Sunday, June 24, 2012

Mencari Warna : Bab 2

Genap sudah tiga tahun hari ni, kami adik beradik ditinggalkan. Tiada apa yang mampu dilakukan untuk mama dan papa melainkan doa kami sentiasa ada bersama mereka. Moga roh mereka tenang di sana.

Tahlil sudah, jamuan makan pun sudah. Tahun ketiga yang tidak pernah tinggal dengan majlis sebegini. Tetamu dari surau sudah beransur pulang. Ayah Long dan Mak Long baru sangat bergerak  pulang sebentar tadi. Ada kerja kata mereka. Sekarang, hanya tinggal saudara terdekat dan jiran yang sudah dianggap keluarga masih sibuk tolong mengemas itu dan ini. Umi tolong di dapur dan Pak Cik Mus di canopy di depan rumah. Seorang lagi jiran yang serumah dengan umi dan Pak Cik Mus yang suka berkonvoi tu, entah kat mana entah. Tolong cuci pinggan kot.

“Along. Mak Su balik dulu..”

“Baik. Thanks Mak Su.” Langkah kaki Intan menemani Mak Su hingga ke pintu. Tangan dihulur pada Mak Su dan bersambut sambil bahunya digosok lembut.

“Kalau ada apa-apa..bagi tahu Mak Su. Jangan lupa yang Along dan adik-adik masih ada kami.”

Intan sekadar mengangguk. Sudah immune dengan kata-kata yang berbaur simpati begitu. Juga jemu dan lelah. Hanya pandangan dihantar mengiringi Mak Su dan Pak Su. Memang aku dan adik-adik masih ada mereka – Mak Su dan Ayah Long tapi manalah sama dengan mama dan papa. Tak akan pernah sama sebenarnya. 

Mata dia terus menyapa figura lelaki berbaju Melayu sepasang kelabu – Zahin yang sedang berbual dengan Angah di meja makan di bawah canopy. Adik juga ada di situ. Dan ada seorang lelaki lagi turut bersama mereka. Lelaki berwajah lanun, berkopiah putih, berkain pelikat kotak-kotak dan berbaju raihan sedang ralit berbual dengan adik.

Sekali pandang dah serupa ustaz baru balik dari Al-Azhar. Dua kali pandang macam anggota Taliban pun ada. Mujur janggut sejemput je dekat dagu dia tu. Jaggut cari makan katanya. Konon!! Apa dia ingat, kenyang ke dengan makan janggut?  Oh, lagi satu rambut dia agak panjang dan lurus. Hampir mencecah ke bahu. Bajet kacak sangat la tu. Dia je yang selalu perasan begitu.

“Along. Abang Zahin nak balik dah ni..” Angah menggamit tangan pada Intan.  Kelihatan Zahin dah bersalam-salaman dengan semua yang ada berdekatan dia. Intan yang tersedar terus menghantar Zahin ke kereta. Mata si janggut sejemput itu tak endah bilamana Intan berlalu dengan Zahin. Malah dia ketawa enak dengan adik. Gembira sakan nampak.

“Lusa, make sure Intan datang sebelum Zahin depart nanti kay.” Suara itu berbunyi lembut dan seolah-olah sangat berharap bila kaki dah hampir ke kereta.

“O.k !!” Intan tersenyum sedikit.

“Jangan cakap o.k je. Kalau tak datang nanti.. belive me that I’ll cancel my flight on that day!!” Zahin bernada serius kali ni.

Intan ketawa hambar. “Jangan buat lawak la. Insyaallah.. I will.” Huh!! Nak cancel konon. Ini bukan filem Hindustanlah yang bila mana heroin tak datang kat stesen keretapi dan si hero akan tunggu melutut sampai esok paginya. Ini perihal cita-cita, impian dan masa depan. Dan aku tahu dia sangat bercita-cita tinggi bagai mahu menggapai segala cakerawala di langit kalau diibaratkannya la. Dia boleh, itu aku yakin. Sebab dia bijak. Bertepatan dengan nama dia Zahin – yang cerdik.

“Zahin balik dulu. Lepas ni.. take a rest la. Muka Intan dah letih sangat tu..”
Wajah penyejuk hati itu dipandang dengan senyuman terukir di bibir.

Luggage dah ready?” Intan angkat kening.

Zahin ketawa kecil.  “Sikit lagi. Malas la nak pack. Jom tolong nak?”

“Malas?” Intan terus berpeluk tubuh. “Boleh pulak gitu. Tak kuasa la nak tolong..”

Zahin ketawa lagi bila tengok Intan mencemik.Ohh... nanti Intan pergi airport dengan Amir. Zahin dah pesan banyak kali dengan dia.”

“Intan boleh drive.” Muka Intan memang tunjuk yang dia tak puas hati. Tak suka bila kena sekereta dengan orang yang dia tak selesa. Dia bukan tak biasa dengan perkara sebegini. Lebih daripada itu pun dia pernah lalui. It’s not big deal.

Nope!! Dah lewat sangat nanti on your way back home. Bahaya.” Tiada kompromi. Zahin terus masuk ke dalam perut kereta. Tiada kata dari bibir Intan. Protes. Termenung seketika Zahin di dalam kereta. Macam mana la nak tinggal Intan ni sorang-sorang kat sini. Dia memang susah nak dengar cakap orang. Semuanya dia nak buat sendiri.

“Bye Intan, sleep tight. You need a rest.” Lama Zahin merenung Intan sebelum dia menghidupkan enjin kereta.

Intan cuma balas dengan senyuman paksa. Bila mana kereta Zahin dah menderu laju, dia kembali merapati canopy.

“Dah makan, bro?” Intan menyapa pada lelaki yang berwajah lanun itu. Cuba berbasi-basi. Agak lama sebenarnya tidak bertegur sapa dengan dia. Maklumlah, orang busy vromm sana vromm sini. Bawa motor bukan tahu slow-slow. Risiko untuk terkorban di jalan raya sangat la tiggi. Eh mulut, choiii!!

TRD tu dah balik?” Lelaki itu pulak yang bertanya. Semacam serupa nada Intan yang bertanya dia tadi. Angah dan adik tersengih dan di sebelahnya Intan berdiri.

Apelah cakap TRD. Nama dia Zahin la.” Angah ketawa terkekeh-kekeh. Intan tengok je perilaku lelaki yang duduk di hadapan Angah. “Abang Am tak makan lagi la, Long. Dia sibuk layan tetamu tadi.”

“Ohh, tak makan lagi?” Intan bermanis mulut. “Pergi makan sendiri!” Laju dia menyusun langkah masuk ke rumah. Nak jenguk umi di dapur. Umi dan keluarga dah macam tuan rumah ini. Sangat terharu.

“Intan. Kejap!!”

Sedar-sedar je, si Am yang berwajah lanun ini dah ada di belakang. Tak jadi Intan masuk ke rumah. Dia terus belok ke meja buffet. Am mengekor. Gelas ditadah pada corong water cooler jug. Seketika, air sirap laici memenuhi gelas.

“Terima kasih. Ni sirap abang, kan?” Am terus menyambar gelas pada tangan Intan. Dia gelak dalam hati. Sungguh la suka tengok muka budak Intan yang blurr ni.

“Huh..” Intan tak terkata. Rela je la. Nak buat apa lagi. Memang muka tak malu betul la dia ni. Terus tak ada mood nak minum air. Intan berpeluk tubuh sementara menunggu Am meneguk air. Dia kemudian mengarah dagu pada Am tanda bertanya.

“Esok-esok, Intan akan macam ni lagi ke?” Diam sebentar.  “And I think.. you should.” Sangat bersahaja suara Am. Dari tadi lagi, mata dia tertancap pada kepala Intan yang berhijab. Pandai budak ni belit selendang hitam dekat kepala dia. Macam orang Arab.

Oh, aku dah ambil sirap dia, mesti bengang je budak perempuan ni kan haha. Tak apa, dia diam je pun jauh sekali nak berdendam. Dulu, dia tak macam ni. Dulu, dia akan serang balas segala mulut jahat aku ni. Eh, aku jahat eih?? Itu, dia pernah kata pada aku dulu.

Sekarang dia lain. Dia lebih menyendiri sejak peristiwa tiga tahun lalu. Sejak tiga kali tarikh yang sama majlis tahlil ini berlangsung untuk dua arwah. Sejak dia hilang dua tonggak utama dalam keluarga. Dan terus dia hilang kata-kata seperti hari ini. Dia seperti hilang seluruh warna dalam hidup. Itu yang aku sangat rasa. Sangat perit walau bukan aku yang tanggung. Aku tahu.

Lama Intan terdiam. Tapi, dia memang selalu berdiam diri pun kalau terserempak dengan makhluk bermotor merah ini.

“Erkk.” Intan mengangakat bahu. Dia terus jalan masuk ke rumah. Spechless. No idea!
Ya Allah, kenapalah susah benar nak buat dia tersenyum mahupun bercakap lebih daripada 10 perkataan. Aku tahu, bukan senang untuk dia lalui semua ini pada usia yang masih muda begini. Dia anak sulung. Besar tanggungjawab dia di dalam keluarga. Dia nak tunjuk yang dia tak lemah di hadapan mata dua lagi adik lelaki dia.Sudahnya, dia pendam semua. Seolah-olah, seperti dia tidak punya sesiapa lagi kat dunia ni. Kopiah putih dibuka dengan tangan kiri. Rambut, diraup dengan celah-celah jari kanan.

Dalam diam, Intan merapati Puan Adawiyah yang sedang mencuci di singki berkembar. Tenang melihat pergerakan orang tua itu.

“Umi… cukup la tu, mi.” Intan menegah dengan lembut. Tertoleh Puan Adawiyah, lantas tersenyum. Basah dah baju orang tua ni dek percikan air mencuci saki baki cawan dan piring buat orang tahlil tadi.

“Sikit lagi ni.” Puan Adawiyah masih lagi tak berhenti mencuci. Rajin sungguh.

“Terima kasih umi…” Intan merenung mata Puan Adawiyah. Belum sempat Puan Adwiyah bertanya, Intan menyambung.  “Untuk semuanya. Kita tak mampu nak balas.” Tak terucap semua pengorbanan umi, Pak Cik Mus dan Bro Am sekeluarga. Sungguh tak terbalas jasa untuk majlis tahlil tadi, tapi lagi besar jasa mereka sejak tiga tahun dahulu. Tidak keberatan cakap, sejak kecil lagi jasa mereka itu ada pada aku dan keluarga.

Puan Adawiyah yang tersenyum pada mulanya tadi, dah bergenang air mata. Sebak. Dia diam tak terkata. Tangan je laju membilas cawan di bawah air lalu. Intan tersenyum. Cuba melawan perasaan. Dia menggosok bahu Puan Adawiyah. Umi memang begitu. Mudah tersentuh.

                                          ***************************************************************************
Sudah kali lapan kali enjin kereta cuba dihidupkan. Tapi, tak hidup-hidup jugak. Okey, cuba hidupkan sekali lagi. For the ninth time – last trial! Pedal clutch dipijak dengan kaki kiri sambil kunci kereta dipulas mengikut arah pusingan jam. Enjin hidup… dan lepas tu mati terus. Aduhai.

Macam-macam terfikir dalam kepala ni. Dah la lepas Maghrib tadi, Amir cakap dia tak dapat jemput aku. Ada emergency case kata dia. Tentang itu, aku memang tak kisah. Aku okey je. Tapi, yang menjadi masalah sekarang kereta pula meragam tak tahu punca. Benarlah kata orang sudah jatuh ditimpa tangga. Serabut. Masa tetap berjalan. Teringat kata-kata Zahin melalui telefon sebentar tadi.

‘Intan.. I don’t mind kalau Intan tak dapat datang kejap lagi. You are alone all the way. Seriously, I’m worried. I just thought about your safety.

Itulah kata-kata Zahin sebaik dia tahu yang Amir gagal menjemput aku. Itu belum lagi kes kereta rosak sampai ke pengetahuan dia. Harapan untuk berjumpa dia memang dah tinggal harapan je ni.

Kedua-dua tangan Intan kaku di stereng. Kepala juga tanpa sedar dihempas di situ. Hon berdenting kuat. Hampir melompat Intan ketika ini. Terkejut dengan perbuatan sendiri.

“Along, kenapa ni?”

Suara nyaring Puan Adawiyah membuat Intan terkaku. Pintu kereta yang sedia terbuka tidak menjadi penghalang kepada suara umi walaupun dari rumah sebelah. Perlahan-lahan kepala ditoleh ke arah rumah Puan Adawiyah. Opps! Umi, bukan kat rumah sebelah sebenarnya, tapi umi dah ada kat tepi pintu pemandu. Umi berdiri kat sebelah aku sekarang ni! Entah bila masa umi masuk ke sini pun tak sedar langsung.

“Enjin tak boleh hidup.” Intan terhenyak di tempat pemandu. Letih berfikir.

“Nak ke mana malam-malam ni? Mustahak sangat ke?” Suara Puan Adawiyah antara berbaur risau dan prihatin. Selalunya, begitu la.

“Kita nak ke airport. Zahin fly malam ni, mi.” Rendah sahaja suara yang bergema.

“Pergi sorang-sorang?” Puan Adawiyah dah membeliakkan mata. Intan sekadar mengangguk. 

“Angah dengan adik mana?”

“Dah keluar dengan kawan Angah.” Memang dia orang dah keluar lepas Maghrib tadi. Lepas tu, Amir call dan cakap tak jadi jemput.  Dan tak sangka pula kereta nak rosak waktu terdesak macam ni. Spoil! Angah tak akan biar aku sorang-sorang kalau dia tahu keadaan ni akan berlaku. Memang la kan. Itu pun nak cakap juga.

Intan keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup tergesa-gesa. Puan Adawiyah pandang dia tak berkelip.

“Dah nak ke mana pulak ni?” Cemas Puan Adawiyah dibuatnya.

“Ambil cab.. dah tak ada masa dah ni, umi.” Idea yang tiba-tiba muncul dalam kepala Intan. Yang penting, airport mesti dijejak sebelum Zahin berlepas. Zahin mesti ditemui walau macam mana pun keadaan.

“Jangan! Intan tunggu abang. Abang cakap dia dah nak balik tadi.” Laju kata-kata dari bibir Puan Adawiyah. “Pinjam handphone. Dial nombor abang sekarang...”

Berkerut-kerut muka Intan. Arahan Puan Adawiyah tetap dituruti dalam blurr. Kemudian,  Samsung Galaxy S II dihulur kepada Puan Adawiyah. Perbualan Puan Adawiyah, langsung Intan tak ambil perhatian. Langkah dia sudah ditala ke buaian. Dia berteleku di sana.

Handphone dihulur semula kepada tuan empunya. “Abang suruh Along tunggu. Dia baru keluar highway..”

Intan menelan air liur. Sambil-sambil itu, jam di tangan dipandang entah buat kali ke berapa. 9.30 minit malam. Baru keluar highway, kalau naik kereta makan 10 minit jugak sampai ke sini. Kalau naik motor, kurang la dalam seminit dua je kot. Ish, mana la aku tahu naik motor pun tak pernah. Sempat ke ni?

Puan Adawiyah asyik mundar-mandir dari depan pagar rumah Intan ke pagar rumah dia sejak dari tadi lagi. Gelisahnya umi, lebih daripada aku. Mana la nak cari orang yang macam umi.
Intan mula mengetatkan silangan tangan di dada. Buaian diayun perlahan. Angin agak kuat malam ni. Sejak bila angin dekat Rawang ni boleh jadi sesejuk tahap tak boleh nak dijangka? Argh… semuanya memang tak boleh nak dijangka hari ni.

“Along. Abang dah sampai.” Puan Adawiyah menjerit kecil di hujung pagar. Mengaum-ngaum bunyi ‘Ferrari Merah’ itu. Lagi tak boleh dijangka mahupun menyangka, bro dah sampai ketika ini!!

Intan siap buat double triple check pada jam dia sebaik Am tiba di hadapan rumah. 9. 34 minit malam waktu Malaysia. Empat minit? Serius empat minit? Biar betul dia ni. Empat minit je dari plaza tol sampai ke sini. Ini bukan sepantas harimau, tapi sepantas kilat. Agaknya, kadar kelajuan Ducati itu lebih tinggi berbanding dengan kadar kelajuan kilat. Argh, tipu-tipu! Perlahan-lahan dia merapati Puan Adawiyah di tepi pagar.

“Bertuah punya anak. Berapa laju kamu pecut ni? Tak sayang nyawa ke?” Hah tengok, umi pun sedar juga rupanya.

Am terus menanggalkan topi keledar dari kepala. Terserlah rambut yang diikat belakang pada bahagian atasnya sahaja. Nak mengelak rambut berjuntai ke muka. Rangginya dia.

Telinga Am dipiat oleh Puan Adawiyah. Kalau nak kasi lempang sikit pun tak apa, umi. Intan memang suka. Kasi dia pengajaran.

Am cuma menarik sedikit sengih di hujung bibir sambil mengosok telinga dia secara ala kadar. Dia merenung wajah budak perempuan di sebelah umi itu yang seolah-olah tidak ada perasaan. Takut tak dapat jumpa boyfriend dia la tu. Bagaimana orang tak ada perasaan macam dia ni boleh ada boyfriend? Haih, dunia memang pelik. Am sengih sumbing.

“Jom la. Apa lagi tunggu ? Helmet mana, helmet?” Am melirik pada Intan yang masih berdiri tercegat di sebelah Puan Adawiyah. 

Oh tolong la jangan ajak aku naik motor!! Ternganga mulut Intan ketika merenung lelaki yang sememangnya lengkap berpakaian kerja. Uniform wajib, kemeja putih lengan panjang dan slack hitam. Itulah warna kerja dia setiap hari. Sebenarnya, warna di rumah pun begitu. Bosan. Konon kata hidup aku tak ada warna. Dia tu sebenarnya yang tak berwarna langsung. Oldskull. 60th. Tak ubah macam tv hitam putih. 

“Helmet apa jadahnya. Kamu jangan nak buat pasal bawa anak dara orang naik motor. Bawa kereta umi.. tak pun pakai je kereta ayah.” Punyalah tegang suara Puan Adawiyah dengan cadangan Am sebentar tadi. Itulah, ada kereta elok-elok dijual. Nak sangat beli pelesit merah ni. Tak sanggup nak madukan kereta kesayangan dengan motor idaman kata Am. Bukan tak sanggup, tapi tak mampu yang betulnya nak menanggung nafkah kereta dan motor sekaligus. Sudahnya, ceraikan kereta. Memang la si Am ni suka buat macam-macam analogi. Puan Adawiyah membebel dalam hati.

“Pukul berapa flight dia?” Soalan Am menjurus kepada Intan.

“10.50.” Intan  jawab senada. Tiada perasaan macam Am selalu tuduh dia.

“Jadi, sekarang ni pukul berapa?” Am menyoal balas.

Intan tengok jam lagi. Lelaki ni tak pakai jam ke? “Almost 9.45.”

“Umi.. dalam keadaan sekarang ni, cuba umi cakap pukul berapa boleh sampai sana kalau naik kereta? Berapa laju kereta umi yang Am boleh pecut?” Am angkat bahu.

“Macam mana umi nak bagi kamu bawa Along kalau kamu bawak motor dah macam pelesit.” Puan Adawiyah masih bertegang urat dengan Am. Intan tersepit di tengah-tengah. “Jadi apa-apa dekat Along macam mana??”

Am sengih dalam hati. Risau betul dia dengan Intan payung dia tu. Umi lebih sayang Intan dari dia. Ibaratnya macam ni la, kalau jadi apa-apa pun dekat aku kira tak pe je. It's okay and just all right. Tapi tolong jangan jadi apa-apa dekat Intan. Itu tidak boleh terjadi sama sekali.

“Umi.. kalau ada pilihan untuk Am selamatkan diri sendiri atau Intan, Am akan selamatkan Intan untuk Umi.” Tenang sahaja suara Am sambil mengurut janggut sejemput dia tu.

Intan cuma berpeluk tubuh menjadi pendengar setia. Sesekali cuba merenung jam di tangan. Cepatlah, aku dah tak ada masa sekarang ni. Anak beranak ni pulak tak habis-habis bertelagah. Tapi, tolonglah jangan cakap naik motor. Ngeri. Sempat je kot kalau naik kereta.

“Kamu ingat boleh pilih-pilh ke, Am??” Puan Adawiyah masih tak penat berhujah.

“Okey, naik motor atau duduk sini sampai subuh? Pilih sekarang??” Am mengugut.

“Umi cakap naik kereta!!!” Puan Adawiyah mengetap gigi. Intan dah pegang kepala. Rasa macam nak goncang.

Bersambung . . .

 Saja nak buat action  ---> Ducati 1199 Panigale.... Giler awesome superbike si Am ni !!

8 comments:

  1. motor mmg lah styloo kan..tp ak akn tetap pilih naik keter klo dgn laki yg bukan "husband" hehhe...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mcm nk pengsan tgk motor 2 :D haha

      kalo aku naik bas je ahaha

      Delete
    2. ak suke motor 2 mmg class gitu lah..lalu je mst org pndang n glamour lah..n org akn ttunggu part buka helmet heheh...mmg macho habis..=)

      motor gak nmpak kn someone 2 styloo( sbb ak suke yg styloo) , macho, berani & taste tinggi..

      Delete
    3. amboih2...prenggan ke2 ko mmg xleh tahan :D

      Delete
  2. ak rase am ni sytloo, part rambut .ak mmg like pd laki gitu....=) compare dgn zahin tu..& mybe am ada hati pd intan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...ko rse am lg stylo eih. Ok ar heee

      "mybe am ada hati pd intan??" ....satu spekulasi baru ni. Just wait n wait haha

      Delete
    2. hmmm...perasaan yg x diluahkn..tp tindakan n perhatian yg dberikan boleh mgambarkan feel am kan...cume si intan 2 pham n sedar @x jer...( betul x??)

      Delete
    3. baru bab ke2...mcm2 ko bg spekulasi eih.perjalanan masih pnjg.tunggu aku nk bertapa dulu cmne jdnye cite ni haha

      Delete