Saturday, June 21, 2014

Cerpen

Hai Malaysia...

Lama tak update blog sampai terlupa emel & password untuk sign in blog aku sendiri. Ini serius k...tengok betapa teruknya memory aku. Hampir setahun abaikan blog ni disebabkan saja menyibukkan dengan hal-hal duniawi yang lain haha.

Disebabkan aku sedih hari ni, aku nak tunjuk cerpen yang pertama kali aku buat dalam hidup aku. Ok, sedih & cerpen memang tak ada saling kaitan pon. Aku saja rumitkan keadaan. Tapi, disebabkan rasa sedih tu lah aku cari jalan nak kurangkan sedih dgn bercerita tentang cerpen tu kat sini. Ok, sekarang boleh nampak sikit perkaitannya walaupun cerpen tu stand itself without any sadness from the writer.

Aku tak pernah tahu law nak tulis cerpen tapi saja nak cabar diri sendiri untuk masuk dalam satu competition ni. Aku bantai je tulis suka2 aku. Kalau aku cakap aku tak bajet nak menang memang poyo.... tapi betullah memang tak malu betol nak menang sebab cerita sungguh entah apa-apa. Tak ada pengisian, plot bersepah & macam tak ada unsur2 pendidikan langsung. 

Sesudah siap ending cerpen ni aku memang tak yakin nak hantar untuk competition. Tapi aku hantar jugak sebab dah buat dengan effort & member aku pn cakap hantar je. Yang aku tau, aku tulis watak2 & sedikit plot cerpen ni dengan sedikit 'rasa'. Sebab tu aku feeling macam best je...walaupun cerita kosong...kosong...kosong. Perasan betul...macam mana hidup nak maju!
   
So, aku letak intro je dulu. Intro apa? Intro cerpen la... mana boleh tunjuk cerita penuh kan. Tajuk cerpen tu pon aku tak nak bagi tahu lagi.

Dipersembahkan....

        Sewaktu Wardiyah menarik pintu kaca dari arah luar bangunan tempat dia bekerja, dia sudah melihat figura lelaki yang dia rasa nak tempeleng itu sedang ketawa sopan dengan Pak Din yang dibahu kirinya tersangkut selaras senapang patah. Perut yang kenyang tadi, terus terasa menyenak. Kaunter pengawal itu, Wardiyah lintasi dengan menyedekahkan sedikit senyuman hanya kepada Pak Din. Dia tidak berniat seperti selalu untuk bertanya samada orang tua itu sudah mengisi perut pada waktu makan tengah hari atau tidak dihadapan lelaki yang bernama Huzaifah itu. Dan apabila dia terpandangkan Huzaifah yang kononnya sedang mengawal pandangan itu, dia terus menambahkan kelajuan kaki yang melangkah. Dia nak cepat-cepat masuk ke dalam lif dan nak cepat sampai ke pejabat dia yang berada di tingkat 15  memandangkan dia agak terlewat masuk ke pejabat selepas makan tengah hari tadi gara-gara tergoda dengan potongan harga tudung Fareeda yang dia memang tak nak beli pun. 

Bersambung....
Si Huzaifah tu engineer yg selalu membantutkan mood Wardiyah je bukan macam caption imej kartun kat atas ni.

Sekian. 

p/s : baru perasan ini entri pertama di dalam tahun 2014. Sungguh sadis!