Monday, June 18, 2012

Mencari Warna : Bab 1


Salam..

Hai. Macam tak tahu pula nak buat mukadimah macam mana kali ni (ciss.. macam la setiap kali entri baru ada buat mukadimah kan haha).

Direct to the point, aku upload cerita baru hari ni. 'MENCARI WARNA' ialah tajuk sementara yang mampu aku fikir setakat ni. Sekejap je pun fikir sebab dapat idea secara tiba-tiba sekejap tadi. Hopefully dapat meneruskan usaha menyusun penceritaan ini hingga ke penghujung tanpa kering idea. Indahnya kalau begitu. Mana la mungkin kan - ini kenyataannya hehe. May Allah always be with me. Amin.

Ohh.. KISAH NAJIHAH, akan di update dari semasa ke semasa. Itu pasti (cewah...yakin sangat la tu).

Okey. Harap enjoy dengan cerita ini. Kekurangan yang ada, maafkan saya kerana tidak sempurna. Ewah.. dah macam lagu Rossa. Heheh.


Terimalah  ------>  MENCARI WARNA !!

                **************************************************************************************************************** 

MENCARI WARNA : BAB 1


Lelaki berambut ala-ala Taylor Lautner Style yang sedang berjalan tenang di sebelah dia itu diperhatikan dari ekor mata. Lelaki itu sedang merenung jarum Swacth besi di tangan kiri. Orangnya berkulit cerah, bersih. Kurus dan biasa-biasa sahaja tingginya. Tersarung V-neck cardigan berwarna kelabu di tubuh dan di dalamnya dibaluti dengan T berwarna putih jernih. Dan Levi’s 501, menjadi jeans wajib jika diikuti dari pemerhatian selama ini.

Sungguh la, memang sejuk mata yang memandang. Bukan kerana imejnya tapi kerana hatinya. Tak susah nak memahami dia kerana dia terlalu selesa bagi aku. Okey Intan jalan cepat-cepat, jangan nak jadi penglipur lara kat sini.

“Snow cap?”

“Already have.”

“Scarf?”

“Ada tiga.”

“Winter coat.. urm.. trench coat ke??”

“Pakai yang lama je.. ”

“Thermal dress, thermal shirt, jacket, wool glove, jeans, boot, luggage.. kain pelikat, 
sejadah…??”

“Woo wooo… semua dah ada la cik Intan. Yang lama pun still in good condition.” Zahin memintas jalan di hadapan Intan. Terbehenti langkah mahkluk Allah itu. Si lelaki itu ketawa sambil bercekak pingang – memerhati riak wajah orang di hadapan dia yang sedang menayang muka tak puas hati. Stress je muka si perempuan berambut panjang lurus dan berdress separas lutut serta skinny jeans yang membaluti tubuhnya.

“Habis tu nak beli apa?? Bukan semalam beria cakap nak shopping untuk fly ke??” Dah lenguh dah hai kaki aku ni menyukat kaki lima di sepanjang kedai di dalam Mid Valley. From top to toe keperluan dia aku dah sebut. Semuanya dia dah ada. Habis tu apa yang dia ni nak beli??

“Nak beli rain coat haha.” Dah buat lawak pulak Zahin ni. Berubah air muka Intan. “Mana ada. Nak beli sweater fleece and tight sock je. Jom la masuk Topman..” Intan menunduk letih sambil menyaingi langkah Zahin di sisi yang mula menghala ke hujung wing Mid Valley.

“Jangan bergerak!! Kami polis.”

Kaki mereka statik. Tercengang Intan dan Zahin ketika ini. Lengan kanan Intan terasa ditarik serentak dengan arahan suara tadi.

“Gotcha!! Haha.Suara itu bergema lagi.

“Ciss!! Mangkuk kau Miza. Kecut perut aku..” Bahu Miza ditampar Intan . Mati-mati ingat kena rush apa ke tadi. Tapi, ada terfikir juga la yang kita orang terkacau orang tengah shooting drama Gerak Khas ke kan. Zahin yang mengenakan kaca mata Tom Ford terus menyangkutnya di kepala. Dia pun sentap jugak tadi tu. Tetiba pulak boleh ada polis wanita kat tengah-tengah megamall ni. Mau tak terkujat dia. Aku, tak payah cakap la kan.

Si Miza ni datang dengan adik perempuan dia. Dah ada lima enam paper bag kat tangan dia. Ada B.U.M Equipment, Bless Shop dan Jusco. Hah, itu je yang aku nampak. Shopping sakan minah ni. Itu belum kira lagi beg yang ada kat tangan adik dia. Serius memang banyak.

“Kau pun shopping kat sini??” Dagu Miza mengarah pada Zahin.

“Ha’ah.. cari satu dua barang. Kau tu yang dasyhat..” Zahin ketawa. Intan angkat bahu tengok Miza.

“Aku ni first time. Kau tu dah selalu. Holiday je pun dah fly merata alam. Confirm luggage dah complete. Kalau tak complete jugak.. memang slack la kau.” Miza smash Zahin sedas.

“Hah awak.. dengar tu.” Intan dah tersenyum mengejek.

“Aippp.. jangan derhaka!!” Zahin jegil mata pada Intan dan dia balas dengan menjeling. Miza dan adik dia turut ketawa.

Dan selepas itu, mereka bergerak mengikut haluan yang bertentangan. Intan dan Zahin jalan ke Topman. Beli barang yang Zahin cakap nak shopping sangat tu. Lepas selesai, dia orang singgah makan di Spaghetti Grill. Suka sangat Zahin ni makan segala jenis suku-sakat pasta. Kalau aku, makan lauk kampung lagi best apa, kan? Ikan pari bakar cicah budu. Mak oii, meletup!

Vios TRD Sportivo berwarna putih selamat tiba di hadapan rumah Intan. Matahari dah makin condong ke barat. Cerah siang makin mengundur dan senja kelabu baru mula berlabuh. Apa sahajalah aktiviti yang orang bujang itu buat di dalam rumah yang kosong ini. Kosong dan suram sebenarnya. Hampir tiga tahun terasa begini. Tiga tahun yang terlalu panjang untuk aku lalui. Benarlah kata orang, setelah kehilangan barulah kita mula sedar apa yang tidak nampak di mata. Begitu jugalah bila hari menginjak ke malam barulah kita tercari-cari cahaya untuk menerangi. Sedangkan terang siang itu, kadangkala kita tak sedari cahayanya.

“Intan..”

Zahin yang duduk di tempat pemandu dipandang senang. “Hmmm..”

Why not we tie up.. towards a more serious relationship. Engagement ke dulu..? Dalam tenang Zahin meluahkannya. Sedikit terkejut bagi Intan bila kali pertama mendengar Zahin menyebut tentang perhubungan. “At least.. Zahin tak risau kat sana.”

“Zahin tak percaya Intan?” Intan statik pandang depan dengan hanya pandangan kosong.

“Zahin jauh. Zahin tak nak hilang Intan.” Laju dia menjawab.

Zahin, look. Dua tahun tak lama. Kalau Zahin boleh setia.. Intan lebih daripada tu.” Intan menghembus nafas berat. Tapi yakinnya tinggi.

Tak sampai dua minggu je lagi Zahin akan berlepas. Tak perlu serabutkan kepala dia dengan perkara macam ni. Bertunang atau tidak bukan ukuran pada kepercayaan dan kesetian. Jarak juga bukan masalah.

Perkara penting ialah janji. Janji itu tanggungjawab kan. Kalau masing-masing tahu ada tanggungjawab, galaslah amanah ini sehabis baik. Sebab kita tak mampu nak mengubah atau membentuk orang lain mengikut apa yang kita nak. Jadi, amanahlah pada diri sendiri dahulu. Yang baik akan datang kemudian. Prinsip kena ada tak kira di manapun kita berpijak. Whoever you are today, never forget your roots’. Satu quote daripada seorang professor yang tidak pernah aku lupa sejak mula-mula kaki ini menjejak ke menara gading. Quote yang bernama prinsip.

Pintu kereta Vios itu ditutup. Langkah diatur masuk menuju ke pintu pagar. Sebelum tangan memulas tombol pintu rumah, sempat lagi mata melirik pada rumah sebelah. Terlihat Superbike Panigale 1199 yang baru dibeli oleh jirannya itu tersadai elok di penjuru kaki lima rumah teres semi D itu. Pehh.. Ducati tu, mana mampu nak beli. Melainkan mampu dekati je. Bau kedai lagi superbike berwarna merah macam Ferrari ini. ‘The Most Beautiful Bike of Show’ bak kata si tuan punya motor . Cantik memang cantik la. Ceitt!! Bangga sangat la dia tu.

                                      ***************************************************************************

Musim-musim cuti semester begini, ada tugas rutin yang menuggu dia – Intan. Selepas solat Subuh dia mula mengemas, membuat sarapan, membasuh, mengemop dan menyiram pokok bunga serta perlu membaja juga hari ini. Tiga tahun dahulu, halaman rumah ini pernah terhias dengan warna-warni bunga kertas, dengan segala macam keladi, asam batu dan ros juga.

Aku bukanlah peminat bunga, malah ros merah sekalipun tidak. Tapi, jika ditanya bunga kesukaan aku, akan tetap ada jawapannya. Dan jawapannya – orkid. Hanya semata-mata kerana mama, perasaan ‘suka’ kepada bunga itu wujud. Kini di hadapan aku ini – hanya  tinggal sebatang kara orkid yang aku jaga baik-baik seperti mana mama pernah tatang dahulu.

Orkid berbunga putih itu, dibelek. Kemudian, bunga kesayangan mama itu dipandang simpati. Ternyata, kecantikan orkid itu tidak ada lagi pada pandangan mata. Pokok itu tetap berbunga indah bila tiba masanya tapi serinya tak mungkin lagi ada. Dahulu yang aku rindu. Semuanya tentang dulu.  Tiada siapa yang boleh menjaga orkid hybrid ini secantik jagaan mama.
‘Hybrid? Orkid apa tu ma?’

Mama ketawa. ‘Orkid kacukan la Long. Spesis orkid macam ni lebih cantik. Bunga dia besar-besar. Sebab tu mama suka.’ Bibir mama tak henti menarik senyum.

Manisnya senyuman itu masih terasa hingga saat ini. Lebih-lebih lagi di sini. Bila mana melihat mama meletakkan arang, serpihan batu-bata dan sabut kelapa di dalam pasu sambil bercakap-cakap dengan pokok. Tipikal perempuan gilakan pokok bunga – kata papa. Kita akan bahagia kalau kita suka apa yang kita buat – kata mama. Dan mama cakap lagi – jangan kacau! Haha.

“Along. Apa yang tenung orkid tu lama-lama?”

Refleks Intan menoleh ke belakang. Angah ni lah! Dia mengucap panjang. Terkejut. Terus lenyap segala apa yang ada di dada dan kepala.

“Awal bangun. Nak keluar ke?” Intan memandang Angah yang sudah bersiap-siap dan backpack camera bag dia hanya digalas sebelah bahu. Tripod ada di tangan kanan.

“Ada orang nikah hari ni. Kat Masjid Wilayah..” Angah melabuhkan punggung di buaian berkembar dua di depan rumah yang menghadap ke jalan raya. Iaitu di sebelah tempat di mana Intan bertinggung.  Backpack dan tripod itu diletak di sisi. Kamera dikeluarkan dari beg. Kemudian, dia cuba-cuba mengambil beberapa angel yang entah apa-apa pun aku tak tau.

“Ambik gambar cantik-cantik, Ngah. Orang dah bayar mahal.” Lembut dan ikhlas dia memesan. Dia bangun dan duduk di hadapan kiri Angah.

“Insyallah. Bukan baru hari ni Angah buat kerja ni, Long. Dah makan tahun pun.” Tangan kiri Angah masih lagi mengampu lens di bahagian bawahnya manakala tangan kanan dia sedang support kamera sambil cuba mengawal setting DSLR itu. “Along ingat mama, papa?” Senada Angah bertanya. Diam. Hening. Dan awan juga redup seiring.

“Tak pernah lupa, Ngah.” Lama baru Intan bereaksi. Dia kemudian menunduk lemah.

Angah terus menyimpan Nikon D90 di dalam backpack. “Jadi ke tahlil malam Jumaat depan?”

Intan mengangguk. “Along dah mintak tolong umi book caterer. Orang surau nanti Pak Cik Mus jemput.”

“Okey. Nanti Angah jemput Ayah Long, Mak Su, semua la.. ” Angah berkira-kira. Tugas biasa Angah yang tak pernah missed.

“Jangan lupa ambik adik sekali, Ngah!”

“Allah. Almost forgot.” Angah nampak cuak. “Lusa kan kena ambik dia??”

“Ye. Ingat tu Ngah. Jangan lupa lagi lepas ni!” Intan menggeleng. Tak mudah nak pikul tanggungjawab seperti hari ini. Secara tak sedar, tanggungjawab menjadikan aku dewasa. Kalau bukan kerana terpaksa, tidak mungkinlah secepat ini.   

“Apa sajelah dua beradik ni berbual?”

Serentak kepala kedua beradik itu tertoleh ke arah rumah sebelah. Mata mereka menyapa pada wanita separuh umur yang berdiri di sebelah tembok yang menjadi penghadang rumah mereka.

“Umi…” Intan menyapa Puan Adawiyah.

“Tak ada ape la, umi. Abang Am mana? Tak nampak pun.” Mata Angah tertinjau-tinjau pada sudut parkir superbike yang dah kosong itu.

“Hermm.. mana pernah dia lekat kat rumah ni ha. Konvoi ke Melaka.” Bunyi bosan je suara Puan Adawiyah.

“Oh.. best la tu. Ada masa.. kita kena enjoy kan, mi. Bagi peluang untuk diri sendiri.” Angah tersengih tengok Puan Adawiyah. Makin blurr muka orang tua tu buat dek Angah.

“Along, Angah pakai kereta, lupa nak cakap.” Angah bangun jalan ke kereta. “Ohh, Umi tolong tengok-tengokkan Along eih..

“Kenapa?” Puan Adawiyah tertanya-tanya. Kening dah bercantum.

“Dia sentimental sikit hari ni.” Angah ketawa kecil. Intan mencemik. Tahulah Puan Adawiyah pada asas kata-kata Angah tadi. Honda City 1.5E yang satu-satunya tinggalan kenderaan mama, dah laju berundur. Hon berdenting. Hanya Puan Adawiyah yang mengangkat tangan pada Angah.

“Along okey?” Penuh santun Puan Adawiyah bersuara.

“Okey je. Umi jangan terpegaruh dengan cakap budak Angah tu.” Dia ketawa kecil dalam usaha cuba sembunyikan rahsia hati.

“Along tak payah masak tengah hari ni. Makan kat rumah umi. Jangan cakap tidak!”

Erkk! Kenapa la umi ni nak susah-susah? Dah tak boleh nak menolak dah pun. “Baik.”

Laju Puan Adawiyah masuk ke rumah. Tinggal Intan yang terkebil-kebil di buaian yang dibuai perlahan. Cuaca hari ini, amat menenangkan suasana. Redup sejak tadi, belum lagi menjemput terik. Perlahan-lahan bibir mengungkap syukur. 

Bersambung...


p/s: Secara jujurnya, cerita ini belum ada rangka yang konkrit untuk diterjemahkan di sini. Ideanya ada, tapi belum menyeluruh. Huh... aku ingat senang je nak menulis ni. Tapi susah jugak la sebenarnya. Malaysia boleh, kan !!!

6 comments:

  1. jacob!!! ;))

    but....ntah nape..rasa tertunggu2..ternanti2..tertampi2.. kemunculan si empunya DUCATI! heehee

    ReplyDelete
  2. cewah ika..ayat engkau smpai tertampi2 haha.Bombastic.

    ika... td bkn cakap minat ngan rambut taylor lautner 2 ke??

    skang dh ternanti2 tuan punya ducati lak ni haha

    ReplyDelete
  3. mula2 memg teruja kat taylor lautner..
    tp bila diorg dok sebut2 psal tuan DUCATI..i jd lg truja lahhh..
    n bajet mesti lg ensem gila.
    lg KACAK dr empunya VIOS TRD neyh!! haha! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih..hensem je ko kira eih haha

      boleh tahan la spekulasi kau ni ika oii...so tunggu :D

      Delete
  4. x sabaqqqqq lahhhhh.
    cepat la update next chapter!!!!! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sabar2

      sye tgh berusaha...in making

      ngeh3 :D

      Delete