Thursday, January 01, 2015

Antologi Cerpen Cinta Pertama : Si Mangkuk Tingkat 18


Hai-hai Malaysia...

Entri kedua pada hari yang sama di tahun baru weehuuu.

Entri ini berkesinambungan daripada entri yang bertarikh 21 June 2014. Entri yang hanya ada intro cerpen tu lah...yang ada Wardiyah dan si Huzaifah tu.

Sebernarnya, ini cerita November 2014 lalu.. baru hari ni sempat nak update sebab kat rumah aku tak ada coverage internet *stress* (Takkan nak blogging kat ofis pulak, nanti kena tembak dengan boss) .Dalam dua bulan kabel internet kat rumah aku ni kena curi tiga kali berturut-turut dengan penyamun. Sigh.. kalau aku dapat penyamun tu mau aku tembak kaki tangan dia tu. Mohon jangan dicuri untuk kali keempat. Aku fed up nak call buat report.

Okey, berbalik kepada cerita asal seperti tajuk nun di atas sana.

Alhamdulillah..dengan sungguh tak dijangka cerpen yang bertajuk Si Mangkuk Tingkat 18 ini telah dipilih untuk dibukukan di dalam ANTOLOGI CERPEN CINTA PERTAMA di bawah penerbitan ADIWARNA. Novel ni dah ada kat kedai2 buku pada November lepas. 


Jadi, nak tahu apa kisah lanjut Si Mangkuk Tingkat 18 ni.. belilah jangan tak beli. 

Cerpen ni turut berada bersama dengan 43 buah cerpen lain yang membuatkan aku berasa kecil berada di kalangan penulis-penulis hebat yang lain. Semuanya Alhamdulillah kerana Dia izinkan cerpen kerdil aku berada di situ.




Dan terimalah.......


                           Dah macam hantaran pulak aku tengok

Dan Allah sahaja yang tahu perasaan ini... Subhanallah.

Terima kasih buat Kak Su @ Noor Suraya dan juri-juri yang mempercayai karya serba kekurangan ini. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa kalian.

Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang selalu menyokong! Lots of love!  

Sekian dan Wassalam.


p/s : Nantikan kemunculan karya solo sulung aku... kalau ada rezeki In Shaa Allah. We just plan but He decide at all. 

 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 !!!


Hai Malaysia...


 
Kalendar tahun 2015 telah bermula hari ini.

Alhamdulillah untuk segala nikmat dan ujian yang dikecapi samada secara sedar ataupun tidak selama ini khususnya di dalam tahun 2014 - nikmat hidup, , ibu bapa, keluarga, pancaindera, kesihatan, rezeki, pekerjaan... countless. 

SYUKUR! Banyak nikmat yang Allah bagi..aku je yang selalu lalai. Istighfar.

Tidak kurang juga tahun 2014 kita tinggalkan dengan penuh hiba di sebalik pelbagai musibah yang kita sendiri tidak jangka boleh berlaku - MH370, MH17, QZ8501, banjir besar di hampir semua negeri semenanjung dan banyak lagi. Subhanallah, Allahuakhbar!

Walaupun aku tak berada di dalam situasi paling sukar tu tapi aku turut merasai hibanya bersama 29 juta rakyat Malaysia yang lain. Kerana kita berpijak dia tanah yang sama dan kita berkongsi cerita yang sama. Kami bersama mu wahai insan-insan yang diuji. Kami juga turut diuji cuma bentuknya berbeza. Allahuakhbar!

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mari muhasabah diri!! Mari-mari.

Let's move on! Perjuangan diri ini belum selesai selagi nyawa dikandung badan. Moga tahun 2015 ini dan seterusnya kita terus mendapat rahmat dan barakah serta dilimpahkan dengan segala kebaikan. Dan mohon apa jua yang kami lakukan akan dpat memanfaatkan orang lain hendaknya. Moga juga tanah tumpahnya darahku ini dilindungi oleh Yang Maha Esa dari sebarang marabahaya. 
In Shaa Allah.

Selamat menyambut tahun baru, Malaysia!  

Sekian dan Wassalam