Wednesday, November 20, 2013

Micellaneous #3

Mr S : don't worry k...i think you got that ****

Me : How..? (sambil sengih dengan buat muka confuse)

Mr S : My instinct said that (mata pandang bawah sambil muka macam serius berfikir. Haha...kesian
            Mr S ni...gigih berfikir pasal masa depan aku)

Mr S : You just wait n see. on that day...you must believe me. (Yakin giler ayat orang tua ni)

Me : things are aint easy like that. i did my part...the rest i dont want to think.

Mr S : Yeah... my instinct kadang2 didn't work. (dia berfikir lagi dgn serius)


Haha...ini cerita aku sendiri. Cerita yang tak pasti.

Aim the moon...if u fall u got the star

Klise...haha.

Monday, November 18, 2013

MENCARI WARNA : BAB 11



Senggang waktu bercuti yang ada sebelum masuk semester baru sudah berada di penghujung. Tak lama lagi kena mula kelas dan mengajar juga dalam masa yang sama. Belajar sambil bekerja atau bekerja sambil belajar? Arghh… mana-mana la.

Tak lama jugak lagi, minggu konvokesyen bermula. Siapa je yang boleh hadir ke konvo? Angah dan adik mana ada kat sini masa tu. Sorang ke utara dan sorang lagi ke selatan. Intan je di tengah-tengah Semenanjung. Jemput je la Ayah Long dan Mak Usu. Kalau dia orang tak boleh hadir, Intan sorang-sorang je la terima scroll. Bukan tak biasa pun hidup sorang-sorang selama ni. Tapi, kalau tak pergi pun tak apa. Tak naik pentas pun boleh dapat scroll. Tak ada sangat pun nak dibuat kat sana selain daripada ambik scroll.

Budak berdua tu tengah melepak kat ruang tamu. Kalau tak tengok movie mesti tengah tengok bola. Sebab terdengar Irfan terpekik terlolong menjerit ‘goal’. Tapi bunyi dia bergelak ketawa dengan Angah pun ada. Tak tahulah budak-budak tu buat apa yang betulnya. Sebab mana ada orang gelak sakan masa tengok bola. Tapi yang lebih tepat mungkin Irfan ‘bergusti’ dengan Angah sebab pasukan dia terlepas goal. Dah bergusti tu sah la tergelak-gelak.

Lepas solat Asar tadi, terus sign in Skype. Tak sempat nak buat apa-apa, laju Miza  request nak buat video call. Intan pun laju je accept

“Intannnnn lama tak chat…makin berseri-seri kau sekarang ni?Apakah rahsianya.” Miza ketawa ceria.

“Aku minum Jus Tok Guru!!” Ceit! Dah tak ada soalan berinformasi ke Miza ni nak tanya. Tanya la ekonomi Malaysia untuk sukuk ke dua ni macam mana ke? Tak pun tanya la orang bujang dah dapat BR1M 2.0 ke? Patut la jugak. 

Miza kat Cranfield tu dah gelak pegang perut sekarang ni. “Buat lawak… tapi muka macam tak ada perasaan.” Dia kutuk Intan. “Eh… Yusoof Taiyoob tu eih jus yang kau minum?” 

Terus pecah bersembur ketawa Intan. Sejak bila Yusof Taiyoob buat jus? “Yusof Taiyoob tu taukeh kurma la pandai! Berapa lama kau tinggal tanah air tercinta ni?” Lebih kurang enam bulan je Miza bermastautin kat UK tu pun dah lupa segala.

“Haha.. habislah aku kena sue dengan saudagar kurma tu nanti.” Dia masih tak henti gelak. Sesi video call kali ni hanya dibazirkan dengan gelak selama setengah jam. 

 “Miza… apa cerita kau kat sana?” Intan angkat kening lepas masing-masing dah cool. Sekali-sekali ketawa ni ringan sikit kepala otak. 

“Okey-okey je. Tapi aku tak tahan sejuk. Autumn sekarang ni pun dua lapis baju aku sarung… kalau masuk winter nanti mahu kena frostbite aku kat sini. ” Miza berpeluk tubuh sambil menggosok-gosok kedua belah lengan dia.
Intan ketawa kecil. Miza kalau bercakap mengalahkan orang panjat Everest je gaya dia. 

“Dah tu kau mandi tak ni??” Intan buat muka suspicious. Dalam hati dah nak ketawa tengok muka Miza yang mencebik tu.

“Agak-agak la… aku Malaysian kay. Mandi tu wajib. Kalau tak mandi tu yang pelik.” Dia pegang kedua belah bahu dia. 

“Ye la tu.” Intan senyum sumbing dengan fakta Miza. “Untung la boleh main salji…” Terselit rasa cemburu pada orang yang boleh menuntut di luar negara. Dia tak merasa la nak jejak university sana.

“Untung la sangat… sampai rasa macam tengah bertapa dalam freezer je ni.” Miza mengecilkan badan tanda tak tahan sejuk.

Kasihan la kau Miza! Orang lain rileks je main baling-baling bola salji, main ski segala. Siap terbaring meniarap habis atas salji. Hah kalau tengok filem Hindi, Rani Mukherjee tu lagi la lepak je menari atas salji pakai sari. Kalau heroin korea, dia orang pakai skirt pendek je main salji. Kalau filem barat… dia orang pakai winter coat. Kira tak tahan sejuk jugak la kan.

 “Tak boleh adapt lagi ke??”

“Mananya… aku ni orang kampung. Takes time la nak adapt.” Miza ketawa. Kampung la sangat. Kampung Pandan tu je pun rumah mak bapak dia. “Zahin tak apa lah… campak mana pun tak ada hal.”

Zahin? Ye sangat la tu. “Selalu ke kau jumpa dia kat sana…?”

“Selalu sangat.” Miza cakap dengan bersungguh-sungguh. Lepas tu dia ketawa. 

“Hari-hari jumpa dia… tapi setakat terserempak kat faculty la. Jangan jealous kay… coincidence je.” Dia ketawa lagi. 

“Ciss… aku jealous ni!” Intan renung siling sambil tersenyum sumbing. “Dia jaga kau tak kat sana?”        Keadaan kembali normal. Suara Intan berbunyi lembut prihatin.

“Kau ingat kita orang satu rumah ke sampai dia nak jaga aku?  Baik dia jaga projek kapal terbang Boeing dia tu haha…” Miza ketawa besar.

Miza! Kalau dapat ketawa, hilang masalah. Bukan hilang masalah dia, tapi hilang sekali masalah Intan. Intan senyum sorang-sorang lepas habis berbual dengan Miza. 

Dan fikiran Intan berputar kepada kejadian pukul 12 tengah malam semalam bersama Irfan.

“Along… orang ada cerita boom tahap pecah panggung punya! Kalau nak dengar… tolonglah buatkan hot chocolateeeeeeee.” Irfan buat muka innocent. Ingat Intan tersentuh ke.

Boom tak boom nak hot chocolate buat sendiri.” Intan membilas mug di singki selepas minum air suam.   

“Alaa Long… hot choc Along la paling sedap dalam dunia ni.”

“Jangan nak ngada Irfan.. 3 in 1 je kut!! Kau punch je button water dispenser tu…on the spot siap! Kalau nak sedap sikit.. letak kremer satu sudu. Tak payah nak beresipi-resipi. Tutup mata pun boleh.” Mug kaca itu diletak dirak pengering.

 “Betul tak nak dengar ni??” Irfan provok. 

Dia bersandar di tiang singki sambil berpeluk tubuh dengan senyum manis. Gaya-gaya macam nak mengorat perempuan je bahasa badan dia tu. Macam ni agakya dia mengayat budak perempuan kat pondok telefon sekolah dia dulu. Intan memang tak boleh lupa la peristiwa yang buat dia nak potong elaun Irfan. Irfan pulak tertunduk penuh warak bila Intan bagi nasihat percuma secara face to face sebelum ni. 

“Kalau malas nak buat air jangan pulak nak sogok-sogok Along.” Sarkastik. 

“Alah… nak manja sikit pun tak boleh. Macam mana la Along nak kahwin dengan Abang Zahin tu nanti?”Berdecit-decit Irfan membebel.

Kahwin? Apa kes lah budak kecik ni sebut hal kahwin tengah-tengah malam  buat ni. “Okay my younger brother…  what are you going to tell about?”
Haha. Tahu pun nak berlembut. Ini tidak garang macam T-Rex.“A big mug of hot choc, please!” Irfan tak mengalah.

“Tell me first la adikku sayang.” Intan mencemik. Tangan dah bersilang di dada memeluk tubuh. Serius. Hati dah mula naik panas.

Suasana di dapur tu dah jadi proses tawar-menawar untuk dapat keuntungan. Masing-masing nak menang. Mata Intan dah mula mengantuk.

“Sure… as long as I got my hot choc.” Irfan tak henti-henti memprovok.

Intan terus buka langkah tinggalkan dapur. Dah malas nak ambik pot dengan budak Irfan. Nak minum? Ada tangan ada kaki, buat sendiri la.

“Alonggggggggg….” Irfan berbunyi putus asa. Dia mengekor Intan ke ruang tamu dengan hentak-hentak kaki. Mengada betul Irfan ni. “Along tau tak Angah dah ada girlfriend. Siap pakai baju Melayu ungu sedondon. Dalam masjid pulak tu dorang bergambar. Shot dia orang lagi banyak dari shot pengantin kut!” Irfan cakap dalam satu nafas.

Pehhh... Irfan memang cekap la kalau bergosip. Eh jap! Macam ada keraguan! Apasal ayat aku dah macam ayat Am ni?? Intan geleng kepala.Tapi betullah,  ayat terakhir Irfan itu macam tak boleh percaya. Angah pergi sana nak buat kerja bukan nak bergambar lebih sakan dari pengantin. Itu dia sangat percaya pada Angah. Sekeping dua bergambar tu biasa lah.

Rahsia Angah dah terbongkar. Patutlah dia berbaju Melayu bagai dua tiga minggu lepas. Rupanya pergi ambil gambar orang nikah sambil dia bergambar dengan awek ye. 

“Sumber mana kau dapat ni?? Reuters ke Bernama?” Intan mengherotkan mulut tengok Irfan. Mengejek. 

“Sumber manusia haha.” Irfan ketawa sorang-sorang. “Ini Irfan Huzein la Long!” Dia mendabik dada. 

Lepas tu, Irfan cerita yang dia tertengok laptop Angah. Masa tu Angah tengah mengedit gambar-gambar orang nikah. Tiba-tiba, Angah terbuka gambar dia dan perempuan yang pakai tudung ala-ala Yuna tu. Dan masa tu lah Irfan bergusti dengan Angah berebut nak rampas laptop. 

“Dah tu…mana hot chocolatenya??” Irfan angkat-angkat kening.

“Irfan!!!!” Intan terjerit geram. Tak habis-habis degan hot chocolate dia! Tapi, kaki dah mula melangkah ke dapur. Badan mula merapati kabinet kayu dan tangan dah mencapai sebiji mug dan sudu. Satu sachet hot chocolate dikoyak bahagian atas. Irfan tersengih lebar sambil bersandar gembira di tepi cabinet.
“Gaya sengih kau tu…  mintak Along letak julap dalam mug ni!” Berdecit-decit Intan membebel bila tengok gaya Irfan. 

 “Am I got exhaustible smile?” Irfan senyum meleret.

Yeah right!  Tapi lagi baik kalau tak senyum….”
***************************************************************************
“Angah… benda-benda macam ni Angah tak boleh sorok la. Dari hari tu lagi Along dah smell something fishy.” Mata di tv tapi kadang-kadang tengok juga gelagat Angah yang bersandar di sofa. Irfan dah tersengih-sengih tengok Angah dan Along dia.

Berkerut-kerut dahi Angah. “Benda apa pulak ni, Long?” Dia bertanya dengan tenangnya.

“Ish Angah ni… ‘benda’ yang Angah segak sangat pakai baju Melayu mengalahkan hari raya tu. Sedondon ungu kan….” Sengaja Intan berhenti di situ. Nampak sangat Irfan tengah menahan ketawa daripada meletup kat ruang tamu tu.  

Angah senyum senget sambil tangan menggaru kepala bila Intan menyakat dia. Dia relaks je tapi sempat dia jeling pada Irfan dan isyarat mata dia membawa ‘tunggulah kau Irfan lepas ni’. Sekejap itu juga Irfan tinggalkan ruang tamu dan lari laju-laju menuju ke pintu. 

“Irfan!!! Mengelat nampak!” Angah melaung dengan mengetap gigi. Intan geleng kepala.

Tak sampai seminit lepas tu, terdengar suara Irfan ketawa terkekeh-kekeh dari luar rumah. Bukan terkekeh tapi terbahak-bahak sebab kuat sangat suara dia. Lama pulak tu dia gelak. Terkejut nanti jiran tetangga dengan suara Irfan.

“Apa kena dengan budak tu?” Angah jadi pelik. Terus dia bangun menjejak Irfan dia luar. Secara tak langsung Intan turut mengekor.

Sebaik keluar dari pintu rumah, kelihatan figura Irfan terduduk di atas permukaan pagar konkrit dengan meghadap ke rumah sebelah. Dia gelak sambil pegang perut. Apa yang lucu sangat tu? 

“Apa kebendanya tu Irfan?” Angah tertanya-tanya. Dia macam nak marah. Buat risau orang je lah. Dah la hari nak masuk senja. Dia pulak gelak macam kena sampuk. 

Irfan tak mampu nak bercakap. Dia gelak sambil tunjuk kepala dia dan tunjuk pulak ke pagar sebelah.

Intan tengok pada arah telunjuk Irfan. Target mengena. Dia pun dah rasa mulut dia sampai senget nak menahan gelak. Comel betul! Hati dia berkata-kata. 

So funny bro! Mana dapat cekak kuning tu?” Kalau letak reben lagi cute apa. Haha. Giliran Angah gelak terkekeh-kekeh tengok Am. Rasa marah pada Irfan tadi dah tenggelam dalam gelak. Gelak Angah tu tak ada la seburuk gelak Irfan.
Am macam tak terkesan pada gelak-gelak dan renungan tiga pasang mata di sebalik pagar sana yang tengah meneliti dia yang bercekak kuning melekap di atas kepala dia tu. Dia khusyuk bertinggung meneruskan kerja menggilap ‘Red Devil’ yang dicintai separuh mati.

“Gaya rambut dan kombinasi motor Abang Am tu… dah habis stylo-mylo dah.” Irfan berkira-kira.  “Tapi cekak kuning tu buat imej Abang Am tercemar je la...” Bersambung-sambung gelak Irfan. 

Sebenarnya, pemandangan kepada orang yang ‘bercekak kuning’ tu bukanlah teruk sangat. Tetapi keadaan Irfan yang sampai gelak teduduk dan suasana kat situ yang buat situasi agak terasa kelakar. Puan Adawiyah yang baru muncul di tengah riuh-rendah tu pun bergabung suara gelakkan anak bujang dia. Intan dah berayun dia buaian berkembar. Cuma merasai suasana dari jauh. Dia tersenyum juga tengok Puan Adawiyah.

“Inilah kualiti lelaki yang tak ada kat lelaki lain.” Am angkat kening tengok Angah dan Irfan. Kemudian dia menilik wajah di cermin sisi superbike. Tak semena-mena, meletup gelak dia menghadap budak-budak tu. Dia pun gelakkan diri dia sendiri tanda tak sangka. Tadi beria dia control segala.

“Tak payah tengok sangatlah Abang Am… hancur tu confirm! Sweet tu ada haha.” Irfan mengutuk lagi. Dia memang suka bab-bab kenakan orang ni. 

“Adoyai…. muka macam lanun tapi pakai cekak colour kuning. Loya tekak. Along pun tak cam tu la…” Irfan membebel-bebel kalah perempuan.

“Eh budak kecik… siap la bila abang dapat kau!” Am bercekak pinggang tengok Irfan.

“Tak apa Abang Am… orang boleh pergi sebelah sana. Serah diri terus.” Riuh-rendah suasana petang yang hampir ke senja tu.

Am terus tunjuk buka lima pada Irfan. Cekak kuning tu tetap dipakai di kepala. Dia tak kisah pun nak tanggalkan. 

“Bukak la cekak tu….geli la tengokkkkkkk.” Irfan buat-buat nak muntah.

“Jealous cakap jealous. Kita boleh bincang” Am gelak terkekeh-kekeh. Dia campak cekak tu ke arah Irfan. Irfan pulak lompat ke pagar rumah dia nak mengelak punya pasal. Dia buat cekak kuning tu macam jijik sangat. Bila cekak tu terdampar di atas simen, Irfan campak balik kepada Am. Kemudian, Am campak balik.  Dia orang buat pagar rumah tu macam kain net main badminton. Masa tu Puan Adawiyah dah bercekak pinggang nak jadi penghalang. Haha padan muka dia orang. 

“Tak de dah Motor GP.Tak de jugak show off lepas ni…” Am mengugut Irfan. 

Habislah Irfan, dah tak boleh dah nak mengekor Am membonceng superbike.

“Berani buat la. Orang scratch motor Abang Am!”  

“Hoihh…lawan taukeh ni!! Sekeh karang.” 

Hidup tak akan ada indahnya kalau nak serius memanjang. Sesekali kenalah bergelak ketawa. Baru hati pun jadi senang.

***************************************************************************
- Lamanya tak dengar berita

+  ye la… orang tu kan busy dengan projek-projeknya L

Dah masuk dua minggu juga tak bertanya khabar. Kadang-kadang rasa macam dah terlupa muka dia macam mana.Tak logik betul!  

Hari ni terasa sibuk sikit. Bangun-bangun pagi tadi, dah sibuk buat sarapan lepas tu kemas dapur dan mop lantai dapur. Cuci baju, pergi pasar, masak makan tengah hari dan keluar balik pergi beli barang-barang Irfan. Dan jadual lepas tu, penuh dengan aktiviti membantu membangunkan ekonomi restoran segera yang boleh tahan gah kat Malaysia.

Letih mengikut jejak Irfan menawan shopping kompleks sebenarnya. Bukan beli banyak sangat pun. Menyusun kedai makan je kerja dia. Mula-mula makan ais krim, nak basahkan tekak kata dia. Banyaklah dia punya ‘basah tekak’. Baik minum air mineral je daripada bedal Baskin Robbins. Tiga skop dia telan waffle sundae dengan maple walnut toppings. Bengkok kakak dia ni.

Lepas dah penat jalan, dia singgah pulak Secret Resipe’s makan carbonara siap dengan chocolate fudge cake lagi. Sebelum balik ke rumah, sempat lagi dia ajak melencong ke Burger Bakar Kaw Kaw Seksyen Dua, Wangsa Maju. Intan rasa macam nak cekik-cekik je si Irfan tu. Berselera betul dia makan banyak-banyak. Kakak dia ni sampai dah nak termuntah tengok Irfan makan.

Mana taknya dekat tiga jam tunggu oi. Queue panjang giler. Nak sangat makan, Intan suruh si Irfan je yang berbaris. Sampai la dekat pukul dua belas malam baru jejak kaki ke rumah. Sampai Angah pun dua tiga kali telefon tanya dekat mana. Apa boleh buat. Ikut je la kehendak dia sebab ingat budak tu dah nak balik ke asrama dah makan nasi kawah. Lagipun, kalau bukan Intan yang turutkan siapa yang lagi yang nak ‘jaga hati’ si Irfan tu kan. Letih betul. Tapi rasa letih tu akan jadi gembira kalau kita dapat bahagiakan hati orang lain.
Sekarang ni la baru bersenang-senang nak rehatkan badan dan kaki. Sambil-sambil tu layan mesej si Zahin yang sentiasa sibuk. Dah la time zon berbeza. Memang payah la nak berkomunikasi. Bila dia tidur Intan dah siang. Bila Intan tidur, dia pulak sibuk-sibuk dengan kelas dan projek. Susah-susah.

-Alaaa… macam la orang tu tak busy ;)

+Break tak habis lagi la. Mana busy. Orang tu je yang tak ada break

-Break la ni …tapi projek tak boleh break. Malaysia akan ku jejaki nanti lol
+ poyo :p !

-Aippp! Berani cakap poyo :p ! So bila start class?

Intan kat sebelah sini dah tergelak kecil membaca mesej dari Zahin.

+ class lagi 4 hari. Tapi 3 hari lagi dah naik sem. Feeling a bit nervous

-Look … peluang dah ada depan mata. Go for it, Intan! Just put trust in yourself.  And things going to be fine.

Intan termenung seketika. Hati terdetik sesuatu. Mesej Zahin buat dia berfikir. Kata-kata Zahin tadi, terasa ada kekurangan. Seperti kurang lengkap untuk menjadikan ayat itu lebih membawa makna yang dalam. Dia seperti tahu melengkapkan, tetapi ayat itu tak muncul di minda. Jenuh  akal dia mencari di mana kurangnya ayat Zahin. Hingga bibir dia bergerak menyebut kalimah Subhanallah. Wujud rasa diri adalah hamba yang hina kerana serba kekurangan dan banyak buat kesilapan. 

Dalam beberapa saat, terus minda dia terlintas untuk ke sekian kalinya dengan kata-kata nenek Zahin lewat majlis akikah dulu.

Allah akan tolong orang yang menolong agama Dia

Kala itu, dia pasti yang kata-kata Zahin akan lebih bermakna jika Zahin menyambung ayat nenek tersebut sebagai pelengkap paling agung.

-Intan….??

Intan tersentak dengan isyarat mesej dari Zahin. SIII di tangan terus dibelek. Dalam kira-kira nak membalas mesej, nada dering telefon dia berbunyi. Zahin.

“Intan…..? Are you okay there?” Suara itu menerjah lembut ke gegendang telingan Intan.

Yes Zahin, I’m here. And  I’m okay. Nothing to be worries.” Intan ketawa kecil cuba menutup perasaan. Aneh.  Entahlah, sejak akhir-akhir ni dia seperti terasa kekurangan sesuatu di dalam diri. Bila perasaan aneh tu datang, dia jadi risau dengan perkara yang dia sendiri pun tak tahu apa pucanya dan dari mana datangnya. Dia masih mencari-cari. 

“I’m here too, Intan. Anything… please do feel free to call me.” Suara itu berbunyi sangat menyenangkan. Dia menyedarkan Intan bahawa Intan punya tempat untuk bercerita. Punya orang yang boleh disandarkan harapan untuk meminta bantuan. Dan orang itu boleh Intan letakkan kepercayaan.

Intan tersenyum. Dia tahu yang Zahin sangat sibuk di sana. Lagipun dia jauh. Tak sama kalau dia ada di sini. Tapi dia mudah terpujuk jika Zahin guna ayat-ayat yang berbunyi ‘please’ itu dan ‘please’ ini. Dia rasa diberi perhatian. 

“In shaa Allah…” Dia ambil beberapa saat sebelum manjawab. “UK macam mana?”

“UK?” Zahin dah tersenyum lebar. UK macam mana ke atau Zahin macam mana? “Esok check Facebook… saya upload gambar banyak-banyak.” Dia mengusik Intan.

“Amboi-amboi... sakan la tu!” Intan pun tersengih.

“Kalau rindu cakap la rindu..” Zahin sengaja melembutkan suara dalam senyuman.

“Awak bila nak balik?” Intan ketawa senang. Dia saja bergurau. Dan jawapannya Intan dah lama dah tahu. Zahin takkan balik dalam masa dua tahun ini nak mengejar cita-cita. Dia sentiasa serius kalau masuk bab masa depan dan impian dia. Intan sangat menghormati semangat Zahin. Intan nak pinjam semangat Zahin tu.

“Hah tengok!” Zahin lagi kuat ketawa. 

“Heleh…” Intan ketawa kecil sama. Mulut diherotkan tanda protes.

“Tak lama awak… setahun lebih je lagi.”  Dia berbunyi serius dalam lembut. Macam memujuk pun ada. Dia dan Intan kan dah sama-sama berjanji untuk dua tahun ini. Tanggungjawab untuk setia tu dia tak lupa.

“Nanti saya sewa F-22 Raptor…. boleh cepat sampai. Zahin gelak terkekeh-kekeh. Dia kata pesawat buatan US tu adalah pesawat gempur terbaik , termahal dan termaju yang pernah dibina di dalam sejarah dunia. Dia hebat bercerita mengenai pesawat Lockheed Martin F-22 Raptor yang ada satu tempat duduk dengan enjin berkembar. Apa yang dia paling kagum, pesawat tersebut menggunakan teknologi halimunan yang sukar dikesan di skrin radar. Kebarangkalian nak ditembak jatuh oleh musuh memang rendah tapi dari mata kasar masih boleh dilihat dan bunyi pesawat yang bergegar di ruang udara memang tidak dapat tidak pasti boleh didengar. Orang macam Zahin ni memang hafallah segala specs pesawat ni. Zahin juga cakap yang pesawat US ini mempunyai sistem computer network  yang sangat bersepadu untuk bertempur ketika perang dan mempunyai ciri-ciri termaju avionik. Avionik! Dia memang gila dengan avionik sebab dia kaji benda alah tu la kan.
Intan? Intan mana la tahu apa fasal avionic atau spesifikasi lain mahupun dengan segala keturunan aircraft yang ada kat muka bumi ni. 

“Awak… saya cuma tahu sebut Airbus and Boeing je.” Intan ketawa . Tapi, dia pun semangat habis dengar Zahin bercerita. Okey, Intan dapat ilmu baru hari ini. Ilmu asas Lockheed Martin F-22 Raptor.Pesawat yang digunakan oleh US Air Force. US kan pengeluar pesawat terhebat dalam dunia ni. Entah macam mana rupa dia pun Intan tak tahu. Kalau Charlie dan Sukhoi bolehlah dia bayangkan sebab Malaysia memang guna pesawat tu.

“Awak untung kut dapat saya… sebab saya gigih bercerita dari jauh-jauh dengan bil telefon yang mencanak-canak naik ni.”

Akhirnya bergabung suara ketawa dua manusia di talian telefon di dua benua yang berbeza waktu, cuaca, manusia dan sejarah peradaban. Dan talian itu dimatikan dengan ucapan salam.

Suasana di rumah itu sunyi sepi sejak masing-masing dah menghilang ke bilik tidur. Irfan dah lama mencampak jatuh sauh dan berlabuh nyenyak di atas katil bujang. Penat berjalan dan penat bungkus baju agaknya. Penat ke? Bukan ada apa sangat pun baju yang dia bawak balik. Esok dia akan kembali asrama. Dan lusa, Intan dan Angah pula yang akan kembali ke tempat masing-masing. Kosong lagi la rumah ni. Biar labah-labah menjalankan tugas. Biar habuk dan sawang menutup segenap ruang.

Kaki terus melangkah ke bilik yang dijadikan bilik solat sejak penghuninya pergi. Dahulu, bilik ini pernah dihuni oleh kedua orang yang dia rindui. Foto-foto berbingkai kayu yang melekap di dinding bilik itu, ditatap dalam senyuman pahit. 

Dia bingkas berwudhuk untuk bertahajud. Malam yang membawa ke pagi itu ditemani dengan alunan yassin. Tanpa sedar dia terlelap di tepi katil dalam telekung berkain kapas dan di atas hamparan sejadah yang menghadap kiblat.


 p/s :che syahirah...ini untuk kamuuuuu

Friday, November 01, 2013

Dia seperti bintang !

Ya, dia/ia seperti bintang. Kita hanya boleh tengok dari jauh...tapi tak boleh nak capai.

Inilah perumpaaan yang selalu aku letak bila aku nakkan sesuatu tapi tahu takkan boleh dapat dengan logik melainkan kuasa Allah yang Esa nak bagi rezeki kat aku. 

Huahua... x pe la.lupakan pasal tu...kalau aku sambung cakap pasal bulan dan bintang ni mau bertambah jiwang nanti.

Bercakap pasal kuasa Allah..aku bukan fokus utk perkara besar je... kita tahu kuasa Dia meliputi langit dan bumi. Takkan ada sehelai daun pun yang akan gugur ke bumi tanpa kuasa dari Dia. Subhanallah.... Allahuakhbar.

Sejak usia makin meningkat ni...aku selalu terfikir tentang rezeki yang Allah bagi pada aku. Ada yang aku mntk dapat dan ada yang x dpt. Ada yg cpt dan ada yg lambat. Dan aku pasti ada rezeki yg aku dpt tanpa sedar pun (dah tak sedar cnfirm2 la x ucap alhamdulillah kn.astaghfirullah...)

Aku mula terasa yg Dia bagi apa yg aku mintak peringkat demi peringkat. Bila aku dapat sesuatu benda tu baru aku terfikir yang...."aku pernah doa untuk perkara ni dlm 3 or 4 or 5 dan boleh jadi 10 tahun lepas. sekarang ni aku dh dapat antara apa yg aku mntk tapi tak adalah sehebat org lain (sb aku bercakap mengenai perkara kecil cth spt impian utk memiliki kasut yg diidamkan. Dan aku tidak bercakap mengenai impian utk memiliki banglo, jet pejuang or kawen dgn anak raja ke. tidak dan tidak.)

Tengok tu..masih ada 'tapi'. Memang tak bersyukur...apa yg kau mintak itulah yg kau dapatkan. Bila allah dah bagi pon kita masih nk pertikai apa yg kita dapat. Padahal kita yg mntak semua tu. Sebab apa... sebab manusia memang tak pernah cukup dengan apa yang dia ada. 

Tolonglah bersyukur wahai hati...mintalah dengan hati yang ikhlas.terimalah dengan hati yang terbuka. Takkan ada yang pernah cukup di dalam dunia ni.

Syukur... aku juga terasa yang Allah sedang memakbulkan doa2 aku. Berjalan di dalam lorong2 yang aku mintak Allah tunjukkan pada aku. Tinggal pada aku saja utk membawa jalan tu ke haluan mana. Sebab cita2 aku sgt tinggi. Dulu tak pernah terfikir nak bt macam2. Sekarang ni rasa semuanya nk explore.

Syukur di atas segala nikmat yang Kau berikan kepada kami samada secara sedar atau tidak.  
 
Realisasikanlah impian2 ku, impian2 keluargaku, dan impian2 sahabatku dengan cara yang baik ya Allah. 

Amin.
 



p/s :tajuk entri punyalah jiwang padahal entri tak ada bulan bintang pun haha. Dia seperti bintang... Ya dia seperti bintang! You can't reach it... but you can always see it... and you know it can still there wherever you go. Bibir takkan berhenti senyum bila melihat bintang. Bintang juga impianku Ya Allah.....