Tuesday, June 19, 2012

Song : Gemuruh Suara - Team Malaysia's Theme Song

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,

Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,

Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,

Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!


Hari ni rasa patriotik sikit, sebab tu aku post lagu dari Team Malaysia. Bajet patriotik sangat la tu. Caitt!! Sebenarnya, aku tertarik and asyik dok ulang nyanyi dalam bilik air rangkap pertama lagu tu je haha.

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Memang betul suka la tu  sebab ulang lagi. Rangkap lain bukan tak menarik, tapi aku tak ingat lirik yang betulnya wakaka. Rasanya, aku bukan semata-mata suka nyanyi je. Maksud pada rangkap pertama tu, lebih dari itu. Sebab ada lebih kurang kena mengena,terkena, mengait, dan berkait rapat dengan aku. Tuuuu dia...bahasa langsung tak indah heeee. Kalau Lim Swee Tin terbaca blog aku dalam mimpi...menanges la dia.

Lately ni, personal entri aku semuanya pasal kejatuhan je (erm...selalu ke aku post pasal personal?? Update blog pon jarang.. haha).Forget it !!

Okeh.. berbalik kepada 'kejatuhan' tadi. Dalam entri sebelum ni aku ada pinjam sajak orang yang guna perkataan 'jatuh'. And now, lagu.. and still guna word 'jatuh' lagi. Jatuh and jatuh. Nak taip pon dah bosan. Orang lain yang baca lagi la bosan(ada ke orang baca. bajet2 ade la kot barang sorang dua). Dah macam zaman kejatuhan kerajaan Majapahit pulak kan. Tapi kalau jatuh cinta best gak la kan wakaka. Tolong jangan booo aku eih kahkahkah.

Bila nak bangun ni?? ------> aku tengah berusaha (jawapan yang sangat pendek). But that's it i'm able to say for right now. 


Pehh...tetiba pulak upload madah pujangga pasal cinta. Mana taknya sebab tadi sebut sangat pasal jatuh cinta. Memang caca marba betul la entri aku kali ni. Aku rasa lepas ni kena buat entri pasal cinta pulak. Baru la tak mengantuk haha. Ye ker?? Tengok-tengok muntah terus.
 
Okeh...cukup la tu. Menyampah dah haih :D

2 comments:

  1. boooooooooooooooooooooooo!
    hahaha
    ececeh..nk cinta2 plak yeeeeee. ehehehe! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boooooooooooooo balik ahaha

      x leh ke nk cintan2 ni?? jeles?? :p wakaka

      Delete