Saturday, March 31, 2012

Random #2



Hai hai...

Hari ini terasa nak meningkatkan kesedaran diri sendiri untuk menyelamatkan dunia sempena EARTH HOUR DAY yang jatuh pada hari ni 31 MAC 2012, 8.30 PM - 9.30 PM. Seronok apa dapat sambut acara unik ini dalam setahun sekali je berlaku. Nak buat selalu pon tak ada hal, tapi kurang best la sebab buat sorang-sorang je haha. Padahal selalu je aku tutup lampu, tapi tutup lampu malam ni kira special la sebab tutup lampu dengan bermotif. Motif murni bagi selamatkan dunia untuk masa depan anak dan cucu! Ewah...cheesy la ayat aku ni haha.

Basically, kalau ikut pengetahuan cetek aku ini...Earth Hour adalah worldwide event yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) yang disambut setiap Sabtu terakhir pada bulan Mac setiap tahun.  Event ini bagi menggalakkan penduduk bumi to switch off their non-essential lights for one hour dalam meningkatkan kesedaran terhadap climate change action.

Dalam rekod sejarahnya, acara ini bermula di Sydney Australia (2007) apabila 2.2 individuals and more than 2 000 of businesses turned their lights out for one hour dalam pendirian terhadap climate change. Pada tahun 2008, acara ini diteruskan di seluruh Australia dan disambut baik di hampir kebanyakan bandar besar di seluruh dunia kemudiannya.


Dan pada malam ini, Earth Hour telah menjadi annual global event yang disambut oleh 135 negara di seluruh dunia, malah sejak tahun 2011 lagi. It's not more than switch off lights for one hour once a year and save the energy but it beyond than that. It's about to creating a more sustainable planet where people live in calm and prosperous. It's enough to be one of the millions of supporters who celebrate this event than do nothing for future environmental. So, let's save our planet!!!

 

          
p/s : Amboi!  Rajin pulak aku insert image dengan banyaknya malam-malam buta ni. Sampai ngantuk-ngantuk dah kot, nak kena sign out ni. Masa untuk tidur!!!


Tuesday, March 27, 2012

Random #1



" Sesungguhnya, jika Allah SWT mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah SWT."

                                                                                                Sabda Rasulullah SAW 


" Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.(mereka berdoa) "Ya tuhan kami, janganlah Engkau mengira kami salah jika kami terlupa ataupun kami tersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sepertimana Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu.Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami tidak terdaya memikulnya,maafkanlah kami serta ampunkanlah dosa-dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.Engkaulah penolong kami,bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir..." 
                         
Al-Baqarah : 286

Monday, March 26, 2012

BAB 7

Pagi-pagi hujung minggu ni, Najihah dah keluar main bowling dengan Alia. Pergi dengan kawan-kawan satu ofis sebenarnya. Kita orang duduk sana sampai ke petang. Memang tak ada kerja betul. Ini bukan pergi main namanya. Tapi pergi training untuk wakil simpanan Sukan SEA hahaha.

 Lepas Maghrib, Najihah duduk depan tv sekali dengan mak abah dia. Sambil baca The Women Weekly’s sambil mata tengok tv. Kena buat dua kerja dalam satu masa sebab channel kt tv ni tak ada yang best. Mana nak best kalau tengok berita hahaha.

Tetiba je terdengar berduyun-duyun suara orang bagi salam. Mak Cik Aisyah dah perintah Najihah buka pintu. Sebelum tu, Najihah sempat selak sliding door curtain rumah dia.

Sesak nafas terus. Dia tersandar di sliding door. Ada tetamu berkumpulan yang datang berpakaian lengkap seperti ke rumah kenduri kahwin siap bawa tepak sirih. Cuak giler dah ni. Apa motif dengan tepak-tepak sirih bagai??

“Jiha…kenapa? Sapa kat luar tu?” Mak Cik Aisyah tanya. Mau tak tanya bila tengok Najihah yang dah macam kena current. Najihah yang terlupa dengan arahan Mak Cik Aisyah tadi, terus berlari pergi kat mak dia.

“Ada orang bawa tepak sirih kat luar. Ibu je lah pergi buka pintu…” Muka Mak Cik Aisyah tunjuk yang dia tak dapat mesej sebenar Najihah. Najihah terus berlari kelam kabut naik ke bilik.

Biarlah dia orang kat bawah tu. Silap rumah agaknya. Tapi kenapa pulak aku yang kecut semacam. Macam…. macam apa Najihah??? Macam rombongan meminang!!!

Tapi kalau rombongan Najmi, aku on je hahaha. Tak tau kenapa, dia yang pandang-pandang tapi aku pulak yang rasa macam dah jatuh cinta. Kenapa boleh jadi macam ni?

Hai lah Najmi…dah lebih sebulan kau kerja kan. Apesallah kau pandang-pandang aku je, cakap jelah apa yang kau nak cakap sebenarnya. Ini tidak, boleh pulak kau tanya soalan-soalan yang tak munasabah pada aku. Patut ke kau tanya aku Dato’ buat apa dalam bilik dia, pukul berapa Dato’ masuk ofis. Aku bukan setiausaha Dato’ yang boleh jawab soalan kau. Apa punya kategori soalanlah yang kau tanya.

Setahu akulah, dalam seminggu cuma ada sehari dua je ternampak Dato’ di pejabat. Itupun, kalau ada mesyuarat yang dia perlu hadir, yang selebihnya dia banyak di KL. Ada anak syarikat dia di sana dan lebih mudah bagi dia untuk bertemu dengan pihak kementerian dan agen-agen bas yang lain.

Lagipun, apa kes sangatlah seorang driver nak jumpa pengerusi syarikat. Jarang-jarang berlaku sepanjang aku kerja di sini. Tapi, kekadang ada juga aku nampak dia ke bilik Dato,  atas urusan apa aku tak tau. Kelakar juga dia ni, aku tahu sebenarnya kau nak tanya aku dah ada pakwe ke belum, rumah dekat mana kan haha.

Hish…sudah Najihah! Sudah! Jangan melalut boleh tak?? Entah-entah, orang kat bawah tu nak jual tepak sirih je kot. Chill out…Najihah tepuk-tepuk dada dia sambil baring tepi katil.

Pintu bilik Najihah bergegar kuat sebelum dikuak. Apa gempa bumi ke ni?? Mak Cik Aisyah meluru masuk. 

“Jiha…siap cepat. Pakai baju kurung. Ada orang merisik kamu ni.”

Gedebuk!!!

Jatuh bedebuk Najihah dari katil. Terkejut bila dia termasuk dalam program merisik.

“Adoiiii….sakit!!! Patah apa tulang punggung ni. Orang dah cacat, bu…” Najihah merintih-rintih. Dia dah tak bergerak dari tempat dia jatuh. Cuma tangan dia je yang meraba-raba tulang punggung.

“Astagfirullahalazim…” Mak Cik Aisyah cuba bangunkan Najihah. Dalam keadaan macam ni pon sempat aku perasan yang mak aku tu dah tukar baju sebenarnya. Bila masa pulak orang tua ni pakai baju lawa-lawa gini? Musykil.

“Apa yang kamu terkebil-kebil tu? Cepat, lepas siap kamu turun. Dia orang nak jumpa kamu.” Mak Cik Aisyah cakap lepas dia tengok Najihah dah berjaya berdiri dengan elok. Pucat lesi muka Najihah. Tak sangka kena pinang dengan orang tak dikenali dalam zaman Facebook dan Skype melanda. Tak gentle la mamat ni. Dah tak ada method yang lagi dasyat ke nak ngorat aku haha. Ciss Najihah! Kau ingat kau anak Putera Mahkota Arab ke yang nak dasyat-dasyat tu?

Hah, cakap pasal method…mamat manalah yang guna method dahulu kala ni. Sapa dia yang bertuah sangat tu?? Nak je aku pergi tepuk belakang dia sambil cakap bravo-bravo. Ini semua mesti kerja ibu. Ibu je pernah ada idea-idea macam gini.

Bagus…kalau ada orang pinang, ibu terima je nanti.

Inilah buktinya. Mak aku tu pernah buat pengakuan lisan tentang hal ni. Masih segar lagi bunyi kira-kira mak aku tu masa cakap benda ni.

“Ibu…dah lama ke ibu rancang semua ni? Kenapa ibu tak pernah beri tahu orang?” Otak Najihah tiba-tiba dapat berfungsi.

“Eh…kamu jangan nak mengarut. Ibu tak pernah rancang apa-apa pun.” Mak Cik Aisyah dah bercekak pinggang.
“Habis, sapa dia tu??”

“Aik…boyfriend kamulah. Takkan kamu tak tahu? Sapa nama dia tadi? Hahhh….”    
                               
                                    ******************************************************************************
Masuk je lunch hour, Najihah terus jumpa Alia dekat cafe Kak Liza. Alia masih lagi gelakkan Najihah pasal pinangan mamat tak gentle tu.  Menurut Alia, mamat tu  call dia berkali-kali mintak nombor telefon Najihah. Tapi, Alia tetap berahsia. Baik pulak si Lia ni kan.

Tapi baik pon dah tak guna. Mamat tu curi-curi mengekor aku balik kerja. Tak malu betul mamat tu boleh cerita hal ni kat mak bapak aku. Ni Lia punya pasal la sebab pernah bagi tahu tempat kerja aku dekat dia. Idea jahanam si Lia ni jugaklah buat aku naik angin satu badan.

“Mana cincinnya…apesal tak pakai?” Alia tanya dengan senyuman mengejek dia tu. Saja betul minah ni nak cari nahas.

“E’eh…berani kau tanya aku cam tu Lia!” Najihah pandang Alia tak berkedip. “Cincin kat jari aku ni…” Najihah tunjuk jari manis di tangan kanan dia pada Alia. “Hanya berhak untuk orang yang aku cinta sahaja. FAHAM??”

“Ain…apahal ni? Marah sapa?” Tanya Abang Lan  yang berhenti di sebelah meja makan dia orang. Dia bersama Fitri.

Najihah perasan yang semua mata tengah jeling-jeling tengok dia dan Alia. Jangan risau, tak ada kemalangan jiwa yang berlaku di sini. Semuanya terkawal.

“Err…kalau saya cakap pun, bukan Abang Lan kenal.”  Najihah hembus nafas berat.

“Ohh...abang ingat marah dekat Amin tadi. Kalau tak, boleh abang belasah dia sampai lembik.” Abang Lan berseloroh. Dia dan Fitri ketawa selepas itu.

Ish-ish Abang Lan ni…kang Amin tak kena belasah, kau pulak yang lembik aku belasah. Eh…bukan Abang Lan, aku nak belasah ‘mamat tu’ yang betulnya. Adoihhhh…mamat tu-mamat tu. Letih nak menyebut.

“Eh…Abang Lan, hidup lagi ke mamat tu?” Alia mencelah. Pantang bila nama Amin disebut-sebut. Pasti skala temperature si Alia di naik dengan mudahnya.

“Hish kau ni Alia…ke situ mulut kau ni ye. Abang jalan dululah…bas dah nak gerak dah ni. Jom Fitri.” Abang Lan dan Fitri berlalu. Eloklah tu, pergilah cepat-cepat.

“Kau ingat aku boleh senang-senang ke nak redha dengan ‘side effect’ mulut kau tu. Hish, kecik je aku tengok…sikit lagi je kot rasa nak tempeleng kau ni.” Lepas marah-marah, Najihah pandang ke lain. Geramnya aku pada Alia yang buat muka innocent ni.

“Wei kau ni…sudah-sudahlah. Aku ingat dah habis tadi… boleh pulak kau sambung balik.” Alia masih dalam keadaan acuh tak acuh.

“Eh Lia…kau jangan ingat benda ni semudah apa yang kau fikir!! Kalau jadi dekat engkau tahulah kau macam mana.” Makin bertambah marah aku pada budak perempuan kat depan ni.

“Jiha…bawa-bawa mengucap. Aku minta maaf… serius aku tak tahu sampai boleh jadi macam ni.” Alia cuba merendahkan nada suara dia. Cari jalan berdamai. Kesedaran baru sampai.

“Hai!” Najmi tegur dengan senyum sikit. Kemudian dia jalan ke kaunter café.
Najihah tengok Najmi tak berkelip. Rasa macam kudup bunga tu berkembang mekar bila dapat tengok muka Najmi. Mak oiii… jiwangnya aku!!! Alia terkejut tengok Najihah yang diam macam kena jampi. Dia lambai-lambai tangan dia kat depan muka Najihah.

“Fullamak Jiha…awat ni, kena sampuk ke weiiii? Tadi bukan main meracau-racau. Orang tu cakap ‘hai’ je kau boleh berubah sampai macam ni sekali. Eh…siapa dia tu, driver baru eih?”

Betullah driver…bukan susah sangat pun nak cam. Tak payah fikir pon tak apa, tengok uniform sudah. Soalan tak ada kelas langsung.

“Panggil dia sini…biar aku tengok sikit siapakah gerangan yang mampu tutup mulut Nur Ain Najihah.” Alia dah angkat tangan dia nak panggil Najmi. Tapi, dengan pantas Najihah tangkap tangan Alia bawa turun.

Don’t you Lia…don’t you ever. Nanti, aku tak boleh nak makan…sebab kenyang tengok dia je.” Najihah selamba. Nak tegelak dengan ayat sendiri pon ada. Hilang terbang rasa marah-marah tadi. Ajaib, kan?? Haha…tak boleh terima!!!!!!

Berkerut-kerut dahi Alia. “Jiha…apa ni wei? Motif kau?” Kesian pulak tengok ekspresi muka si Lia ni.

“Heheh…aku rasa aku suka tengok muka dia yang indah tu.” Lembut je tone suara Najihah. Bertambah buruk ekspresi wajah Alia. Apalah yang dia pikir tu, boleh mati cepat sel-sel dalam kepala dia tu.

Handsome??” Alia tak habis-habis dengan teori handsome. “Kau jangan cakap kau suka dia pulak? Kau biar betul…dia tu driverlah.” Alia sinis. Tak boleh terimalah tu bila aku cakap suka Najmi.

Najihah tersengih. “Biarlah…kalau betul pun, apa salahnya. Tapi dia tu malu-malulah. Biar aku yang tak malu ni je yang gi ngorat dia nanti.” Semangat je Najihah cakap. Tersentak lagi minah kat depan ni dengar.

“Agrhhh…parah dia ni. Ada orang elok-elok nak kau…kau jual mahal.” Alia dah risau. Mahu dia tak risau bila aku senang-senang boleh suka dekat Najmi. Farid yang susah payah, aku tak terdetik pon nak jatuh hati. Nak buat macam mana kan…hati ni yang tak nak berdetik. Kalau berdetik, dah lama dah aku rembat si Farid tu hahaha. 

“Oitt…rilekslah. Aku gurau je tadi.” Najihah berseloroh, tak nak keruhkan keadaan. Padahal aku benar-benar maksudkannya. Cuma tak nak panjangkan kerisauan Alia.
                           
                                  ****************************************************************************** 
"JIHA…I jemput you lepas habis kerja nanti.”  Farid tiba-tiba call Najihah pada petang yang aman ni. Saja nak menggangu-gugat ketenangan hidup aku. Terpaksa jawab sebab dah 13 kali dia call. Terasa kejam biar Bruno Mars menjerit sorang-sorang. Bukan kejam sebab tak jawab call Farid hahaha.

Nak apa pulak mamat ni? Sejak kes peminangan dia minggu lepas, aku memang tak nak ambil tahu hal dia langsung. Eh…pernah ke ambil tahu hal dia sebelum ni??  Dalam erti kata lain, kita orang belum pernah bercakap, berbincang dan berjumpa sejak kes ngeri tu. Sebab aku memang tak nak ada apa-apa kaitan pon dengan dia. Kalau boleh, nama dia pon aku tak nak dengar.

Sorry…I kena balik lewat lagi hari ni. Hari lain jelah.”  Najihah cari alasan dengan nada biasa. Escape jangan tak escape. Semalam pon, aku bagi alasan yang sama. Kalau esok pon free, aku tetap akan cakap busy tahap dewa.

“Takkan hari-hari you macam ni? Semalam pon you balik lewat jugakkan?” Farid curiga. Bunyi dia mendengus. Memang curiga habislah dia dengan alasan kuno aku tu haha.

“Iye…dah ini kerja I.” Balas Najihah dengan selamba. Aku masih lagi mampu bertahan. Kalau tak mampu bertahan, aku nak je bertukar.

“Kita kena bincang Jiha…you jangan bagi banyak alasan lagi. You jangan ingat you boleh lari daripada I.” Serius suara Farid. Terdengar roda yang ada beban bergerak laju. Kemudian dengar roda tersebut menghempas dinding. Mamat ni tunjuk protes dalam diam.
Ewah-ewah, nak mengugut aku ke mamat ni. Punyalah cukup aku berbudi-bahasa, dia kasi spoil pulak.

“Did you understand Farid…that I’m so busy right now? Cant’ you?What kind of words that I’ve to tell you… to make you understand on my situation. Please la Farid…please understand me, just a little bit.” Suara Najihah tinggi dan tegas. Takkan dia nak tunggu aku tengking dia baru dia boleh faham.

Dah tak boleh tahan dengan sikap Farid. Dia ingat dia boleh buat apa dia suka. Suka-suka nak pinang anak orang. Suka-suka nak ajak anak orang keluar. Semua nak ikut kepala dia. Apa dia ingat aku suka semua ni? Eh tolonglah!!!

Fine…we’ll see later. I’ll keep your words. So, promise me now.” Mengendur suara Farid tapi sempat mendesak. Dia mengeluh lagi sambil terdengar kerusi bergerak.

Dengan penuh rasa menyampah, aku tekan terus butang end call. Kemudian aku campak handset ni ke luar ofis biar hancur kena gelek dengan bas double deck!!! Huh...aku berhalusinasi je tadi. Tak sampai hati nak campak harta kesayangan aku ni.

Benci. Dia ni memang tak reti nak mengalah langsung. Ayat last dia tu buat aku bengang. Malas nak berjanji macam-macam. Kang tak tunai, aku jugak yang dipersalahkan. Habis keluar perangai buruk aku bila marah-marah dia tadi. Nak buat macam mana, bila aku cakap elok-elok dia tak nak faham. Bila aku naik marah kan dah nampak aku ni macam perempuan bongkak. Tersepit betul!!!                      
                                
                                  ******************************************************************************
Rasa tak sanggup nak ingat balik peristiwa hitam malam kena pinang tu. Hitamlah sebab si Farid ni hampir menjadikan tulang pinggul aku senget-benget seumur hidup.

“Habis, sapa dia tu??”

“Aik…boyfriend kamulah. Takkan kamu tak tahu? Sapa nama dia tadi? Hahhh….Farid!!!” Mak Cik Aisyah sebut dengan penuh yakin. Bukan sekali tapi berkali-kali yakinnya. 

“Farid…hah betullah tu.” Ya Allah Farid…apa kena dengan kau ni?Apa yang dia orang beri tahu ibu dan abah ni…tak betul semua tu. ALIA….siapa suruh kau bagi idea bangang ni dekat Farid. Najihah rasa macam nak nangis.

“Ibu…ibu kalau nak orang turun, ibu kena dengar sini. Orang tak main-main sekarang. Dia bukan boyfriend orang…orang baru TERJUMPA dia minggu lepas. Kalau ibu tak percaya…ibu boleh tanya Lia. Lia pun ada sama masa tu.” Dahi Mak Cik Aisyah berkerut-kerut. Susah orang tua tu nak percaya cakap aku.

“Ibu…tolong, ibu jangan bagi apa-apa jawapan dekat keluarga dia. Biar orang sendiri jumpa dia.” Najihah merayu-rayu pada Mak Cik Aisyah. Mak Cik Aisyah pulak nampak stress. Najihah tak payah cakaplah…dah naik pucat muka dia.

“Kalau kamu cakap gitu, tak apa. Tapi kamu kena turun jugak…tak elok hampakan orang. Dia orang dari jauh tu.” Baik betul hati Mak Cik Aisyah ikut je cakap Najihah. Mungkin sebab tengok muka anak dia yang dah tak ada darah tu kot.

Siap engkau Lia, engkau punya pasallah aku jadi macam ni. Kalau tak,  tak adalah aku sampai meroyan macam gini. Argh…kiv kejap pasal tu. Sekarang ni yang penting, apa yang aku nak pakai ni? Najihah panik. Dah bepasang-pasang baju kurung yang dia keluarkan, lagak macam orang nak bertunang pulak sebab sempat lagi nak match baju dengan warna tudung.

Siap practice macam mana gaya nak salam dia orang nanti, macam mana nak hidang air. Berlatih senyum depan cermin pun dia buat. Nak salam semua ke nak salam orang perempuan je.  Kena cium tangan ke? Argh….TIDAKKKKKK!!!!!!!! Tak suka-tak suka...kenapa aku jadi macam ni. Tak sanggup nak jumpa bakal mak mertua yang aku tak rela tu. Sudahnya…dia mundar mandir dalam bilik.

Telefon bimbit diambil dari atas katil dan Alia dihubungi. Nak suruh minah tu bertanggungjawab. Belum apa-apa lagi, minah tu dah gelak besar. Dia pon tak sangka, yang Farid boleh ikut nasihat bahalul dia. Tahupun yang dia bahalul macam Farid.

“Kau datang rumah aku sekarang…tolong aku apa yang patut.”

“Yang kau gelabah sangat ni kenapa?” Alia jolok sarang tebuan.

“Heh…aku tak ada masa lah nak bergurau dengan engkau.” Marah Najihah. “ Tak jadi dekat batang hidung kau tak apalah…aku yang kena tanggung semua ni kau tahu tak. Ini semua pasal idea gila kau tulah.” Berdecit-decit Najihah marah.

“Alah Jie…kau buat selamba sudah. Kau pergi salam semua orang. Orang perempuan je…jangan pulak kau salam cium kaki tangan si Farid tu.” Alia buat lawak bodoh. “Pakai baju biasa udah…tak payah mekap-mekap, nanti lambat.” Ada lagi lawak yang Alia buat. Dia tak tahu ke kawan baik dia ni memang hidup tanpa make-up.

“Argh gila la kau ni. Aku rasa macam nak lempang-lempang je mulut kau tu. Kalau kau ada kat sini…ish, lunyai kot kena belasah. Dahlah…aku nak pergi mekap-mekap ni.” Najihah terus tekan butang merah.

Dia ambil je sepasang baju yang berselerak atas katil. Lepas siap bertudung, Mak Cik Aisyah datang semula ke bilik. Kaki Mak Cik Aisyah terhenti dekat pintu, kepala dia tercari-cari Najihah. Ibu ni, macam tahu-tahu aje aku dah bersiap. Kan bagus kalau aku boleh koma dua jam.

“Jiha…apa kamu buat lagi tu. Dia orang dah selesai bincang. Cepat, abah panggil turun...” Mak Cik Aisyah membebel kat tepi pintu. Najihah kecut perut.

“Jap, bu.” Najihah mengadap cermin panjang di bilik. Boleh nampak dari atas hingga ke bawah susuk tubuh dia. Nak tengok rupa sendiri sebelum turun menghadap mak mertua. 

“Jap nak tengok…haaa gigi ni okay tak ada sangkut cili, hidung pon tak ada bulu yang terkeluar, mata ni pon ok-ok je.  Tahi lalat bawah bibir ni…ok je kan, bu?”

“Dah-dah…kamu pakai tahi lalat palsu ke sampai boleh bergerak. Jom, jom.” Mak Cik Aisyah jalan mendekati Najihah dan terus tarik tangan anak dia bawa keluar.

“Tak pe bu…orang boleh jalan sendiri.” Aduh…nak buat macam mana ni? Rasa macam nak buat triple sommersault dari tangga ni. Eh…giler punya idea. Mahu patah 18 tulang rusuk aku ni kalau terjun tangga. Lari jelah kat pintu belakang, masih ada masa di saat-saat terakhir ni. Tak boleh jugak, nanti ibu tak bagi aku aku tidur dalam rumah macam mana? Hish! Najihah rentap tangan baju kurung Mak Cik Aisyah di tangga terakhir tanpa sengaja.

“Kenapa kamu ni???” Mak Cik Aisyah tertengking. Mujur mak aku ni tak jatuh tergolek.

“Ibu…orang salam je tau. Orang tak nak hidang air.” Ayat spontan.

“Siapa kata hidang air je…makan malam pun kamu kena hidangkan.” Potong Mak Cik Aisyah.  Terjojol biji mata Najihah. “Siapa pulak suruh kamu hidang air…pergi salam sudahlah. Ibu dah hidangkan air tadi.” 

Fuhhh…Najihah lap peluh kat dahi. Lega. 

I love you bu…” Najihah cium pipi mak dia. Mak Cik Aisyah tarik tangan Najihah supaya membuntuti dia ke ruang tamu.  Najihah…kau tarik nafas dalam-dalam….pastu hembus slow-slow. Tarik, hembus. 1,2, 3,…4 lagi sekali. 1,2,3….arghhhhh macam mana tempo lagu senam robik ni boleh masuk dalam kepala aku ni??

Semua isi rumah bagi tumpuan pada Najihah yang tengah tunduk cium tangan tiga orang wanita. Adoii…sopannya aku. Ada jugak tiga lelaki termasuk Farid. Sepatah pon aku tak bercakap. Lepas siap-siap salam, aku terus naik ke bilik.

Masa salam-salam tadi, dengar jugak suara orang bercakap itu ini.  Tapi aku buat tak endah. Sebab aku memang tak nak dengar apa-apa pon. Aku sempat kerling ke arah Farid tadi yang ceria dengan tersenyum simpul. Makin menyampah aku rasa. Nak je aku picit-picit hidung Farid yang mancung tu sampai kemek.

Kalau bukan idea gila Alia tempoh hari, benda ini tidak akan jadi. Rasa macam nak sumpah je si Alia dan Farid tu jadi dugong. Biar dia orang pergi main jauh-jauh.

“Jangan sumpah aku jadi dugong. Sumpah aku jadi cantik eik!!!” Ada-ada je ayat Alia ni yang nak pintas cakap aku.

“Macam tu…baik aku sumpah diri sendiri je!!!!!!” Aku cakap dengan sinisnya. Alia tersengih sorang-sorang. 

Bersambung...

p/s : Syukur kepada Allah SWT. Segala puji hanya untuk DIA kerana telah menambah satu lagi angka dalam usia aku. Fuhh...semakin rasa dewasa dah aku sekarang ni. Masih banyak impian belum tercapai. Hopefully aku dapat kejar. Better late than never, kan? Ganbatte ne untuk diri sendiri !!!! 

Saturday, March 24, 2012

Song : Adele - Someone Like You

                        

                        

 Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead        
   

p/s : to find him (someone like you)..there's no longer. It was a great pain !! huhu...macam2 la aku ni. saja nak buat gempak sikit.



Thursday, March 22, 2012

Video: How to Live Your Life?

Peace be upon you...

Nampaknya semakin bersemangat untuk aku update ruang aku ini dari hari ke hari. Hari Khamis sengaja dipilih hari untuk aku post sebarang video yang aku rasa sesuai untuk renungan bersama. Skemanya ayat haha.

Renungan?? Ya! Untuk aku yang masih tercari-cari sesuatu. Ye la kan, kadang-kadang aku kurang beri perhatian pada lompang-lompang dalam hidup aku ni. Samada secara sedar atau tak la. Kekurangan tu jangan cakap la...Masyaallah, memang banyak la dalam diri aku ni. 

Untuk itu, aku cuba bermuhasabah diri sendiri dengan mencari apa yang ada dan tidak dalam diri aku dan lihat pulak keadaan sekeliling. Dan pada saat itu, baru aku terjumpa dan tersedar apa sebenarnya yang kurang dalam diri aku ni dan mula terfikir untuk berubah kepada lebih baik.

It's not easy to change everything around us. For me myself, of course! Because the biggest enemy of me - is ME. But I'll try to change bit a bit. It's really hard to me, believed that. Allah...please bless, guide and drive me to change after all.

Okay then, let's close the touching2 segment and stop for it. And I'm going to proceed on this video.

Actually, this video motivates and inspires me to think a lot of aspects on my own life. And I think I should share with you guys.

                                                              Layan jom.....
                                               
                     

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #1


Apa kucing ni buat?? Boleh tahan la dia ni kan. Sama perangai macam kucing aku yang abah aku letak nama o-mei . Tapi,  bezanya kucing aku tu selalu pijak laptop aku then jalan macam tak bersalah langsung. Geram gila!!! Tak apa la...dia kan kucing.  Uhuk!!!

Sunday, March 18, 2012

BAB 6

Lepas je buat copy satu insurance claim, Najihah kembali ke meja. Sibuk-sibuk je Amin datang mengekor dia. Saja la tu nak sembang-sembang. Jam pon dah masuk ke 5.40 petang. Waktu pejabat dah habis. Separuh daripada staf kat sini dah balik. Aku macam biasalah, lebih kurang pukul tujuh baru blah. Jarang-jarang aku nak balik awal. Separuh staf lagi pon balik sama macam aku.

Ingat benda apalah yang Amin ni nak tanya. Rupanya dia nak tahu samada aku ada lesen kereta atau tak. Hairan sangat dia sebab tak pernah nampak aku drive. Dahlah aku ni memang allergic kalau disuruh drive. Boleh pitam tetiba. Jenuh aku nak cipta jawapan paling best untuk tutup mulut dia. Tapi semua tak berkesan. Dia ni memang suka cari kelemahan aku. Sampai aku kena terima cabaran gila dia tu gara-gara terlepas cakap tadi.

“Kalau kau nak tau sangat…aku bukan tak boleh drive, aku tak berapa berani je!!!” Najihah terus pekup mulut. Aiseh, apesal boleh terlepas cakap? Inilah padahnya, kalau pantang terima cabaran sehingga boleh menjerat diri sendiri.

Amin gelak macam orang gila. “Ingatkan berani sangat. Rupanya penakut. Penakut tak bertempat!!!” Amin menambah penghinaan lagi terhadap Najihah. “Tapi tak pe…jom aku bawa kau drive kat belakang sana tu.” Amin tunjuk dengan jari telunjuk dia. Dekat sana memang ada satu kawasan untuk pemandu buat driving test.  

“Kau jangan cabar aku Amin…kau ingat aku takut sangat ke? Jom la!!!” Najihah sinis seolah-olah terror sangat. Action je lebih tu, padahal takut nak mampos. Matilah aku, gatal mulut sangat boleh setuju cakap si mangkuk ayun tu.

“Jom naik kereta aku. Aku drive…sampai sana kita tukar.” Amin lambung-lambung kunci kereta dia. Najihah sempat berfikir, samada betul atau tidak tindakan dia tu.

Najihah naik jugak kereta Wira panjang Amin yang berwarna hitam berkilat. Berkilat lebih kurang tuan dia. Bila sampai dikawasan tersebut, dia orang tukar tempat duduk.

“Amin salah kita masuk kawasan ni. Kau jangan burukkan nama aku kat sini. Kau tu ingat sikit…nak aku tambahkan lagi rekod warning letter kau ke? Kang tak pasal-pasal pulak aku kena buat warning letter pertama untuk diri aku sendiri….”

Amin tergelak. Mata Najihah melilau tengok keadaan jalan kosong kat situ.

“Alah kejap je…tak ada sapa nampak. Jalan cepat.” Amin yang ada kat sebelah Najihah, bagi arahan.

“Amin…betul ni? Kau tak menyesal bagi aku drive kereta kesayangan kau ni?” Najihah masih sempat lagi bertanya buat kali terakhir. Dia rela drive sebab kat situ lengang dan tak ada kereta lain. Dan yang paling penting kat situ tak ada traffic light. Itu faktor utama.

“Iyelah… tapi kalau jadi apa-apa dekat Wira aku ni, Storm bapak kau kena bertanggungjawab.” Amin cakap serius.

“Jangan harap la!!! Kau dah sedia ke? Pakai seat belt tu.” Arah Najihah pulak. Najihah tadah kedua tangan dia. Amin tengok Najihah dengan pelik. “Apa kau tengok-tengok lagi? Cepatlah baca doa naik kenderaan, biar kasi selamat. Ish…itupun nak kena aku ajar ke?” Najihah siku tangan Amin. Tiba-tiba riak wajah Amin dah macam hilang ingatan.

“Alamak Ain…terlupa pulak aku macam mana bunyi doa tu.” Amin garu kepala. Cakap jelah kau memang tak tahu, senang cerita.

“Banyaklah kau punya bunyi. Padanlah nama kau Amin…kau cuma pandai mengaminkan doa je. Dengar sini aku baca…kau aminkan sudah.”

Najihah baca doa naik kenderaan dengan khusyuk. Amin tunduk tadah tangan. Najihah kemudian menghidupkan enjin kereta. Terketar-ketar juga dia nak memandu sejak berlaku peritiwa hitam dalam hidup dia dahulu.

“Sayang…bawa slow-slow eih. Tak pe…abang ada kat sini, jangan takut!” Amin cakap sambil tergelak-gelak kecil. Geli hati dengan kata ganti nama yang dia gunakan sendiri.

Hish dia ni, ni yang bertambah semangat nak bawa selaju mugkin ni. Huh boleh ke tidak ni? Gugup jugak bila dah lama tak bawa kereta. Najihah tolak gear 1 dan tekan pedal minyak kemudian tekan minyak lagi dengan menambah kepada gear 2, 3, 4, dan 5. Kalau Wira ni ada gear 6, gear 6 aku bedal.

Najihah tengok Amin dah capai pemegang di bumbung kereta yang tak jauh dari kepala dia. Kedua belah tangan dia kat situ. Biar padan dengan muka engkau, aku suruh pakai tali pinggang keledar tadi tak nak. Degil! Najihah redah semua laluan kat situ. Macam nak terbalik bila dia tempoh selekoh.

“Fuhh…laju doh!!!” Najihah terjerit-jerit dalam kereta. Amin pucat.

“AIN SUDAH, BERHENTI. BREAK!!!!!!!!” Suara Amin bukan kepalang menjerit. Najihah tersentap. Terus dia  tekan pedal break. Berbunyi tayar kereta bila dia tekan break mengejut.

“Macam nak tercabut tangkai jantung aku ni dengar kau jerit....” Tak sempat habis Najihah membebel, Amin terus buka pintu kereta. Dia merangkak keluar ke tepi jalan.

“Uwekkk…” Tak sangka Amin boleh keluarkan isi perut.

Najihah tengok Amin melalui cermin pandang belakang. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Sudahnya, dia keluar jugak tolong Amin. Tolong tengok je pon, takkan nak pergi tolong gosok-gosok belakang dia kot kan.

Lepas habis muntah, Amin terus terbaring atas jalan tar menghadap langit yang mendung macam nak hujan kejap lagi. Sambil tu, dia gosok-gosok dada dan perut dia. Kalah orang morning sickness hahaha. Kelakar aku tengok dia ni. Najihah duduk tak jauh dari Amin.

“Tangkai jantung kau je yang kau kira…tangkai jantung aku ni kau tak nak kira pulak. Sikit lagi nak tercabut. Huh lega!” Amin baru mula bersuara bila perasan Najihah ada kat sebelah dia. Dia mengucap syukur. Baru reti nak bersyukur  mamat ni. “Aku tak kahwin lagi tau.”  

“Hahahahaha…amik kau. Nak sangat!” Najihah tergelak.“Kau jangan pandang rendah disebalik baju kurung aku ni. Kau ada rasa naik Evo tak tadi?  Aku cuma tak berapa berani bila ada kereta banyak kat jalan raya. Bila clear je jalan macam sekarang…aku pecutlah.” Seronok Najihah bercerita sambil tangannya membuat gaya pecut.

“Agak-agaklah…kau ingat kereta aku ni macam kereta Raleigh kat  Dhaka tu ke? Nasib tak terbang bumbung pintu ni semua.” Amin gosok-gosok pintu kereta dia. Lepas tu, dia jalan sampai ke belakang kereta.

“Jangan risau…belum tercabut lagi ekzos kereta kau tu.” Najihah ketawa kecil.

“Taubat dah aku…boleh kena strok kalau kau drive. Huuuuu…” Amin pegang dada. Padan muka dia. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah, Lain kali tak ada lah dia berani sangat nak cabar aku macam-macam. Aku pon tak sangka yang aku berani bawa laju-laju. Beranilah sebab tak ada traffic light haha.

“Jom Amin…hantar aku balik ofis. Dah lewat dah ni…aku ada kerja nak kena siap.” Najihah berkira-kira sambil melihat jam tangan dia. “Ataupun kau nak aku yang drive? Aku bukan apa, takut kau muntah kali kedua je.” Najihah tersenyum simpul.

“Jangan harap dah kau boleh pegang stereng kereta aku ni lagi.”

“Apa kau ingat aku hingin sangat dengan stereng kiat kau tu??” Najihah mencemik.  Lepas tu, dia orang berdua terus masuk kereta.

“Eh Amin…berhentilah! Kau nak bawa aku ke mana…ke parking lot ke? Woi…dah keluar pagar pulak. Nak ke mana ni hoii?” Najihah mula berang bila tengok Amin buat bodoh. Dia pulas lengan Amin yang berlapik baju. “Amin…kau berhenti sini!” Najihah merendahkan suara. Dia ni tak makan saman kalau berkasar. Jadi, kena bawa-bawa berlembut.

“Auw, auwww…lepasalah Ain! Bisalah tangan kau ni.” Amin sedikit meronta. Lepas dah  rasa sakit, baru dia ni reti nak berhenti kereta kat tepi jalan.

“Aku boleh hilang sabar dengan kau ni. Apa salahnya kau cakap baik-baik dengan aku. Cakap cepat kau nak bawa aku ke mana?” Semua gurau-gurau dengan Amin tadi dah terbang melayang. Sekarang dia marah Amin sungguh-sungguh.

“Maaf.” Pendek ucapan Amin. Amin minta maaf?? Jangkaan aku meleset bila ingat dia nak lawan balik marah aku tadi.

“Aku nak bawa kau pergi makan kat depan tu je. Bolehkan?”

“Kenapa baru sekarang kau nak tanya boleh ke tak ? Eh, kau ingat aku ni apa hah? Ikut kepala kau je nak bawa aku. Kenapa kau tak bagi tahu elok-elok…aku boleh considerlah. Jangan buat kerja gila ni lagi…” Najihah marah Amin lagi. Tak taulah nak buat macam mana dengan dia ni. Nasihat macam mana pon, masih tak berkesan.
                               ****************************************************************************** 
Najihah pulang ke rumah dengan muka cencurut. Mujur Maghrib masih lagi berbaki, sempat Najihah menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu. Masa sampai rumah tadi, semua orang tak ada kat tingkat bawah ni. Mak aku tu confirm ada di bilik. Abah aku pulak pergi masjidlah kalau time Maghrib macam ni. Kalau tidak, jenuh nak menjawab pasal orang yang menghantar aku ke rumah tadi. 

Lepas siap mandi semua, Najihah turun ke ruang tamu. Mak Cik dah ada kat situ tengok Buletin Utama. Dia terus duduk sambil berlunjur kaki dekat sofa L shape. Handset, dia letak celah sofa tepi pinggang.

“Lambat balik hari ni…keluar dengan Lia? Letih sangat ke…ketat je muka?” Mak Cik Aisyah buka mulut lepas dengar Najihah mengeluh lepas dia henyak punggung kat sofa.

“A’ah bu…biasalah. Kerja mana tak letih.” Najihah terus jawab soalan kedua Mak Cik Aisyah. Soalan pertama kena abaikan je. Tak nak buka cerita pasal budak yang hantar aku balik tadi.

Janganlah Mak Cik Aisyah tanya dengan siapa aku balik tadi. Angin je bila ingat balik pasal budak yang bernama Amin tak guna tu. Lepas dia keluar dari restoran, dia boleh bawa aku singgah rumah dia. Tersangat la angin bila ingat hal ni tadi.

“Ain…sekarang aku cakap dengan kau baik-baik ni. Jom singgah rumah aku…depan tu je. Aku nak buang air jap…jap jer.” Amin tanya dengan mulut manis. Tapi bunyi macam kena ikut cakap dia je. Terkena lagi aku nampaknya. Takkan aku nak tahan dia buang air pulak. Karang kalau terkena batu karang, bukan aku orang yang akan bertanggungjawab. Nak tak nak kena la berkenalan dengan mak dan adik dia. Takkan aku tak buat ramah-tamah bila mak dia datang jemput aku sampai dekat pintu kereta.

Bersabar je la aku dengan sikap Amin yang main sedap cakap depan mak dia pasal aku. Aku yang tak tahu apa-apa ni, dah tak reti nak menyampuk. Akhirnya, mengambil langkah berdiam diri lebih baik buat masa tu.

“Ain tegurlah dia kat tempat kerja tu…mak cik ni dah tak tahu nak buat apa kat budak ni. Dah berapa dah surat amaran yang sampai kat rumah ni…mak cik takut dia kena buang kerja je nanti. Selama ni…dialah tempat kami semua bergantung sejak ayah dia tak ada.” Sayu suara mak Amin. Ish…tetiba aku touching. “Tapi dia ni keras kepala sangat…adik-adik dia pon takut dengan baran dia ni. Mana tahu Ain boleh lembutkan hati dia.” Argh sudah…aku pulak yang kena, bisik hati Najihah. “Lagipun nilah kali pertama dia bawa balik anak dara orang ke rumah.” Ceria sungguh suara mak Amin pada akhir ayat dia. Dan ayat ni buat aku rasa tak selesa.

“Abang suka kat dia mak…sebab tu abang bawa dia jumpa mak.” Selamba Amin buat pengakuan berani mati kat depan mak dan adik dia.

Najihah terlopong. Rasa macam nak cekik-cekik dia ni. Perlu ke dia orang berbincang anak-beranak depan aku. Ana si adik  Amin pon terlopong jugak. Mak Amin, aku dah tak tahu rupa dia macam mana. Sebab aku terus pejam mata. Ngeri nak tengok semua muka kat sini.

Lia…tolong aku! Kenapalah aku tak ikut nasihat kau awal-awal lagi. Kalau aku tahu, tak hingin aku naik kereta dia. Tapi bukan salah aku Lia, dia yang paksa-paksa aku. Bencilah macam ni! Nampaknya aku kena buat pembetulan kat sini. Tolong tarik nafas Najihah!!!

“Mak cik…jangan salah sangka ye. Saya cuma berkawan dengan Amin macam semua kawan kat pejabat tu.” Okeh…cukup ayat aku tu. Mesti senang je nak faham. Najihah terus mintak diri. Lagi lama duduk situ, lama banyak bala datang. Boleh kancing gigi aku kat sini.

Dari tadi Amin cuba jernihkan keadaan bila dia orang naik kereta. Tapi Najihah buat tak endah. Marah giler dengan perangai Amin. Sebaik kereta Amin berhenti depan rumah, baru Najihah buka mulut. Mudah-mudahan, ini kali terakhir aku terpedaya dengan cakap dia ni. Lepas ni jangan harap aku nak terlibat apa-apa dengan dia. Serik kot!

“Aku tak suka kau cakap cam tu depan mak kau. Kau jangan bagi orang tua tu salah faham pasal aku ngan kau.” Najihah genggam tangan yang dia letak atas riba.  “Hari ni je, dah berapa kali kau tipu aku. Kau tahu tak aku banyak kerja hari ni, aku tinggal kerja sebab aku ingat aku boleh percaya kau sebagai kawan. Patutnya, aku blah je sebelum pergi restoran tadi.  Tapi aku boleh sabar…sebab aku ingat aku ikhlas berkawan dengan kau. Kau yang tak pernah nak hormat perasaan aku.” Najihah terus keluar dari kereta sebelum sempat Amin bela diri.

“Jiha….”

“Hah…” Huh…kus semangat!! Najihah terus toleh tengok Mak Cik Aisyah. Marah dalam dada ni masih ada pada Amin.

“Tadi petang…Abang Long ada telefon. Dia dan Kak Long kirim salam pada kamu.” Mak Cik Aisyah tiba-tiba ceria bila bercerita pasal anak lelaki tunggal dia yang nun duduk di perantauan. Dah empat tahun abang long menetap di Jepun bersama anak dan isteri dia. Pernah sekali kita orang satu family ke sana. Kak Wawa dan Abang Kamal pon pergi jugak sama, sebelum dia orang ada anak. Sekali je lah kita orang ke sana. Ingat duit banyak bertimbun-timbun ke boleh ke sana selalu??

“Kirim salam je bu…lain tak ada?” Najihah mula berubah mood, ceria sedikit.

“Habis tu nak kirim apa pulak…kirim Al-Fatihah?” Mak Cik Aisyah pulang paku buah keras. Mata Najihah terbuntang. Mak aku ni makin selalu ingatkan aku pasal mati. Maklumlah mak aku tu selalu ke kuliyah agama kat masjid dalam kawasan perumahan ni. Sejak-sejak pencen ni, itulah aktiviti mak aku. Kalau tak ke masjid, hidup dia dengan buku agama. Alhamdulillah. Tapi, tak macam anak dia ni yang…??? Hahahaha…

“Ish ibu ni…orang sihat lagi bu.” Najihah jerit kecil. “ Bu…bila kita nak ke sana??” Najihah angkat kening dengan cara nakal.

Mak Cik Aisyah yang fokus tengok tv tadi, terus toleh tengok Najihah tak berkelip. “Ingat Jepun tu dekat macam nak ke Ipoh?? Yang naik bas pon sampai.”

Najihah gelak beredekah-dekah sambil jalan pergi bukak pintu pada Pak Cik Nazim yang baru balik dari masjid.

“Apa anak dara gelak kuat-kuat ni??” Pak Cik Nazim yang masih dekat luar rumah tengok Najihah dengan geleng kepala. Najihah terus tutup mulut. Dan kemudian anak mata dia berlari tengok sofa L shape bila dengar satu bunyi lagu.

Handset Najihah yang terbenam kat celah-celah sofa berbunyi. Dia berlari ke sofa. Lepas dapat handset,  terus dia naik ke bilik.

“Jiha, Jiha..!!!”

“Asal kau termengah-mengah ni, Lia??”

“Franco call aku tadi. Dia nak address rumah kau…” Alia cakap dalam satu nafas.

“Hah??? Jangan cakap kau dah berjaya bagi nombor peti surat rumah aku!!! Even…poskod pon dia tak boleh tau.”

“Oppsss…” Alia terkial-kial. “Aku dah ba - gi…” Alia masih teragak-agak.

“Woiii!!!!!” Najihah jerit. Dia menggelupur atas katil.

“Aku dah bagi pesanan baik punya….aku suruh dia cari sendiri. Kita kan kawan. Mana boleh bocor rahsia kau tu kan haha..” Alia gelak terkekeh-kekeh.

“Sengal kau Lia…suspen aku!!!” Najihah dah bawa bertenang. Rasa macam beratus-ratus ekor rama-rama bebas dari sangkar. Lega tak terkata.

“Panik la kau ni..”

“Paniklah…kau ingat apa?? Aku nak buat sujud syukur ni…bye.”

                                ****************************************************************************** 
“Lia…jom makan kat luar hari ni. Bosanlah ngadap lauk sama hari-hari.” Najihah berdiri depan printer. Terhegeh-hegeh betul printer ni buat kerja. Dah lah bising, orang kat bilik operasi pun boleh dengar. Kena mintak laser printerlah dekat pak aji kalau macam gini.

“Hah…elok jugak tu.” Laju Alia respon. “Wei Jie…kau tengah print eik?? Sakit telinga aku nie..”

“Ha’ah…kalau kau sakit telinga. Aku sakit hati tunggu menatang ni keluar…” Najihah capai kertas kedua yang baru keluar. Boleh tertidur nak tunggu 15 keping report ni siap print.

Request la printer baru kat pak aji burger tu.” Alia gelak. “Eh…kau belanjakan nanti?” Bahagia je suara dia kalau bab tak nak keluarkan duit.

“Tak ada hal…kata nak merasa gaji sulung aku ni kan.”

“Sulung?? Dah nak masuk bulan ke berapa pon entah kau kerja…ada hati cakap gaji sulung.” Alia ungkit-ungkit janji Najihah dulu. Macamlah aku tak pernah belanja dia sebelum ni. Yang mencekik western food dulu tu apa?? Duit sapa lagi kan kalau bukan duit aku.

“Hahaha…kan aku dah janji nak belanja. So mestilah kena clear kan semua hutang-hutang aku. Tak nak aku jumpa kau kat Padang Masyhar nanti.”  

“Bagus kalau kau fikir macam tu. Baik kau ingat betul-betul, ada tak lagi hutang kau pada aku…elok kau langsaikan semuanya hari ni.” Alia ketawa kecil mengenakan Najihah.

“Eh…sudahlah kau! Aku tengah buat kerja ni. 10 minit lagi aku sampai kat kereta kau.” Najihah matikan talian. Sementara tunggu kertas dicetak, dia berkemas-kemas meja sikit sebelum keluar.

“Jiha…kau nak belanja aku kat mana ni?” Alia angkat kening. Lepas tu, kepala dia meninjau-ninjau restoran yang berada di sepanjang jalan dari dalam kereta.

“Kita ke Medan Selera je lah. Okey?” Putus Najihah tanpa berfikir panjang.

“Medan selera je??? Not my taste!!! Ingatkan nak belanja aku kat Flemington Hotel!!!” Alia buat-buat sinis. Lepas tu dia gelak berdekah-dekah sambil cari parking kat medan selera.
Alia memang tak pernah cerewet memilih tempat makan sebenarnya. Medan selera itulah taste dia dari zaman kita orang sekolah dulu sampai sekarang ni.  Lepas je park kereta, dia orang berdua masuk ke kedai yang selalu dia orang kunjungi.

“Lia…kau makan je apa yang kau nak asal tak lebih daripada lima ringgit.” Najihah gelak besar sambil mata dia tinjau-tinjau lauk. Lepas tu dia terus pekup mulut bila dia tengok muka Alia yang tak puas hati.

“Tergamak kau buat kat aku macam ni, Jiha!!! Apa kedekut sangat kau ni. Gaji kau tu…lagi banyak dari aku tau tak.” Alia cekak pinggang.

Gaji Najihah lebih sikit je dari Alia sebab Alia diploma holder. Bukan apa, Alia yang tak nak sambung belajar lagi. Dia nak kerja terus, lepas tu nak tunggu orang pinang dia je dia cakap hahahaha.

“Hehehe…ok lah tu dari aku bajet dua ringgit je.” Najihah urut-urut belakang Alia. “Sabar eik…”

“Apa sabar-sabar??”

“Kak As, bagi nasi kat budak ni…” Najihah cakap pada Kak Asma yang cedok nasi sambil jari dia tunjuk Alia. “Dua orang makan untuk dia. Dia lapar sangat hari ni…” Najihah gelak.  Alia dah jegil mata tengok Najihah.

“Kat dia pon bagi double jugak, Kak As!!!” Alia balas cakap.

“Korang ni kan…dari dulu sampai sekarang macam ni je. Ambik sendirilah…macam tak biasa!!” Selamba je Kak As tu bising-bising. Dia dah tak heran dengan pelanggan tetap dia tu.   

Dia orang pilih tempat duduk kat tempat terbuka. Lebih selesa dapat fresh air. Tempat favourite dia orang sebenarnya tu. Dan kalau hujan, cepat-cepat lari bawa pinggan dan gelas masuk ke kawasan berbumbung. Hahaha..kenangan dulu-dulu tu.

“Jiha…apa cerita kau sebenarnya dengan Amin ni? Macam-macam aku dengar.” Alia tanya jugak soalan bosan ni.

Bercakap pasal Amin, dah seminggu Najihah tak bertegur dengan dia. Kalau ada pun cuma hal berkaitan kerja. Perkara lain memang tak wujud sama sekali. Saja aku nak jarakkan diri dengan Amin. Amin ada jugak nak cuba berbaik-baik, tapi aku masih lagi tak dapat terima. Ingat tak ada sesiapa yang perasan hal aku. Tup-tup, si Lia pon dah tahu. Jadi kenalah cerita segala dari A-Z dari terima cabaran drive kereta sampailah pergi jumpa Mak Amin tu.

“Kau pergi jumpa mak dia??”

“Ye la....do I have to repeat, mangkuk??”

“Aku rasa dia suka engkau, Jie…”

“Ciss!!! Kau nak ke kalau aku betul-betul suka dengan dia?” Masa untuk uji IQ Alia.

“Habis tu betullah memang dia suka engkau?” Suara Alia naik tinggi. Terkejut minah tu.

“E’eh kau ni…manalah aku tahu kat dia. Itu dia punya pasallah. Soalan tu, kau kena tanya Amin. Kalau kau tanya aku gini…heh Jiha, betul ke kau suka dia? Hah soalan tu, bolehlah aku jawab.” Najihah jeling Alia lepas habis cakap. Rasa nak marah je ngan budak Alia ni.

“Ok sekarang aku tanya kau… heh Jiha, betul ke kau suka dia?” Dengan lurusnya Alia ulang balik sebijik-sebijik soalan Najihah. Apesallah aku boleh dapat kawan macam dia ni??

“Bendul betul kau ni kan. Macam tak kenal aku. Aku berkawan dengan dia sebab dia perlu pendengar yang dia rasa sesuai. Kenapa susah kalau ‘perempuan’ dan ‘lelaki’ nak wujud istilah kawan. Kalau kawan sama gender…tak ada pulak orang nak cakap apa-apa. Peliklah dunia ni..” Najiah luah berjela-jela. Sebenarnya, memang tak salah pon tanggapan Alia dan orang-orang kat sini. Amin memang dah serupa dengan apa yang Alia cakapkan. Tapi tak payah lah aku sentuh isu tu dengan Lia. Aku cuma perlu jelaskan bagi pihak aku sudah. Kadang-kadang tak semua benda perlu dijelaskan. Cukup setakat ini.

“Hah lega…aku ingat kau pun dah syok kat dia. Aku tak nak kau terlibat apa-apa dengan dia. You deserve better than him, Jie. Kau jangan layan dia…dia tu sanggup buat apa je kalau dia nak sesuatu.” Pesan Alia berkali-kali pada Najihah. Ayat Lia yang last nilah yang selalu aku dengar dari mula-mula masuk kerja dulu kalau kita orang tersebut nama Amin.

Bersambung ....