Friday, July 04, 2014

Apa yang aku suka


   1.       Dengar lagu berulang kali sampai jemu-lg suka kalau lagu sedih.melankolik betul

   2.       Baca novel sedih – walaupun kawan aku sume tension bile baca cite sedih

   3.       Baca ujang

   4.       Suka makan lasagne SR tp tak selalu sebab mahal. Sb tu aku slalu suggest mkn kat SR kalau ada kawan yg nak belanja hahaha. So.. ada sapa2 nak belanja aku tak?? 


   5.      Pergi kedai buku walaupun tak beli apa2. Nak beli sebenarnya tapi tak ada duit haha

   6.       Beli kasut wedges walupun kawan aku asyik complaint “macam sama je patent kasut hang beli”. Abah aku pun cakap.. “asyik2 kasut”
  7.       Merenung koleksi novel/buku di rak walaupun buku tak banyak mana. Sebab itu je harta yang aku ada muahaha

   8.       Banyak mendengar dari bercakap

   9.       Minum milo

  10.   Spaghetti bolognesse
    
 
 







  
  
  11.Makan roti john – aku paling impress dengan Roti John kat Melaka yang tak ada kat tempat lain. Presentation tip top dengan daging hancur, mayo, sos lada hitam & mustard yang melimpah ruah…fuhh

   12.    Kain cotton

   13.   Tudung bawal RM 10..tapi kalau dapat lg murah lg aku suka. Ada orang cakap fesyen aku macam budak sekolah sebab still pakai tudung bawal. Adil ke judge orang macam tu. Kalau dengan tudung bawal buat kita rasa yakin dan itu menunjukkan itu adalah kita… buat apa nak pakai shawl bagai hanya sebab nak tunjuk kita ‘dewasa’. Citarasa & keselesaan orang berbeza. Eh come lah…pakai bawal pon dewasa jugak! Datin Norjuma pakai tudung apa? Taukeh bawal kot dia tu.

   14.   Plain kurung’s

   15.   tengok pelbagai karakter budak2 sb they’re honest and innocent cause they act like the way they are and not because pushed by someone

   16.   impress dengan orang yang respect kita walaupun orang tu somebody. It shows thye’re humble

   17.   suka outdoor activities macam masuk hutan, rafting (tp aku xsuka kayak), flying fox tapi tak suka panjat gunung/bukit….aku lah orang paling cepat pancit kalau climbing

   18.   suka baca blog orang lain yg inspiring to be inspired

   19.   beli baju yang aku kata lawa(walaupun mak aku selalu kata tak lawa) dengan harga murah haha

   20.   pakai jam kat tangan kiri
 
    ciss...ni mcm nk tunjuk tangan.. jam pon nmpk cinonet je.dh pic ni je yg aku ade. opps... jari aku nmpk tua kan





 
  
  
  
   21.   buli kucing 
 

  






  
  22.   buah apricot
  23.   coklat. sebelum ni suka cadbury...tapi disebabkan kontroversi coklat tu aku berhenti dulu makan cadbury. sekarang ni makan hati je

 24.   travel…walaupun jarang buat sebab tak cukup duit.sedih betul ;p

 25.   suasana sunyi kampung

 26.   aku sayang laptop dan henpon buruk aku haha.

   p/s: Salam 6 Ramadhan.Doakan aku rajin terawih. peace yaww!

Saturday, June 21, 2014

Cerpen

Hai Malaysia...

Lama tak update blog sampai terlupa emel & password untuk sign in blog aku sendiri. Ini serius k...tengok betapa teruknya memory aku. Hampir setahun abaikan blog ni disebabkan saja menyibukkan dengan hal-hal duniawi yang lain haha.

Disebabkan aku sedih hari ni, aku nak tunjuk cerpen yang pertama kali aku buat dalam hidup aku. Ok, sedih & cerpen memang tak ada saling kaitan pon. Aku saja rumitkan keadaan. Tapi, disebabkan rasa sedih tu lah aku cari jalan nak kurangkan sedih dgn bercerita tentang cerpen tu kat sini. Ok, sekarang boleh nampak sikit perkaitannya walaupun cerpen tu stand itself without any sadness from the writer.

Aku tak pernah tahu law nak tulis cerpen tapi saja nak cabar diri sendiri untuk masuk dalam satu competition ni. Aku bantai je tulis suka2 aku. Kalau aku cakap aku tak bajet nak menang memang poyo.... tapi betullah memang tak malu betol nak menang sebab cerita sungguh entah apa-apa. Tak ada pengisian, plot bersepah & macam tak ada unsur2 pendidikan langsung. 

Sesudah siap ending cerpen ni aku memang tak yakin nak hantar untuk competition. Tapi aku hantar jugak sebab dah buat dengan effort & member aku pn cakap hantar je. Yang aku tau, aku tulis watak2 & sedikit plot cerpen ni dengan sedikit 'rasa'. Sebab tu aku feeling macam best je...walaupun cerita kosong...kosong...kosong. Perasan betul...macam mana hidup nak maju!
   
So, aku letak intro je dulu. Intro apa? Intro cerpen la... mana boleh tunjuk cerita penuh kan. Tajuk cerpen tu pon aku tak nak bagi tahu lagi.

Dipersembahkan....

        Sewaktu Wardiyah menarik pintu kaca dari arah luar bangunan tempat dia bekerja, dia sudah melihat figura lelaki yang dia rasa nak tempeleng itu sedang ketawa sopan dengan Pak Din yang dibahu kirinya tersangkut selaras senapang patah. Perut yang kenyang tadi, terus terasa menyenak. Kaunter pengawal itu, Wardiyah lintasi dengan menyedekahkan sedikit senyuman hanya kepada Pak Din. Dia tidak berniat seperti selalu untuk bertanya samada orang tua itu sudah mengisi perut pada waktu makan tengah hari atau tidak dihadapan lelaki yang bernama Huzaifah itu. Dan apabila dia terpandangkan Huzaifah yang kononnya sedang mengawal pandangan itu, dia terus menambahkan kelajuan kaki yang melangkah. Dia nak cepat-cepat masuk ke dalam lif dan nak cepat sampai ke pejabat dia yang berada di tingkat 15  memandangkan dia agak terlewat masuk ke pejabat selepas makan tengah hari tadi gara-gara tergoda dengan potongan harga tudung Fareeda yang dia memang tak nak beli pun. 

Bersambung....
Si Huzaifah tu engineer yg selalu membantutkan mood Wardiyah je bukan macam caption imej kartun kat atas ni.

Sekian. 

p/s : baru perasan ini entri pertama di dalam tahun 2014. Sungguh sadis!