Monday, March 26, 2012

BAB 7

Pagi-pagi hujung minggu ni, Najihah dah keluar main bowling dengan Alia. Pergi dengan kawan-kawan satu ofis sebenarnya. Kita orang duduk sana sampai ke petang. Memang tak ada kerja betul. Ini bukan pergi main namanya. Tapi pergi training untuk wakil simpanan Sukan SEA hahaha.

 Lepas Maghrib, Najihah duduk depan tv sekali dengan mak abah dia. Sambil baca The Women Weekly’s sambil mata tengok tv. Kena buat dua kerja dalam satu masa sebab channel kt tv ni tak ada yang best. Mana nak best kalau tengok berita hahaha.

Tetiba je terdengar berduyun-duyun suara orang bagi salam. Mak Cik Aisyah dah perintah Najihah buka pintu. Sebelum tu, Najihah sempat selak sliding door curtain rumah dia.

Sesak nafas terus. Dia tersandar di sliding door. Ada tetamu berkumpulan yang datang berpakaian lengkap seperti ke rumah kenduri kahwin siap bawa tepak sirih. Cuak giler dah ni. Apa motif dengan tepak-tepak sirih bagai??

“Jiha…kenapa? Sapa kat luar tu?” Mak Cik Aisyah tanya. Mau tak tanya bila tengok Najihah yang dah macam kena current. Najihah yang terlupa dengan arahan Mak Cik Aisyah tadi, terus berlari pergi kat mak dia.

“Ada orang bawa tepak sirih kat luar. Ibu je lah pergi buka pintu…” Muka Mak Cik Aisyah tunjuk yang dia tak dapat mesej sebenar Najihah. Najihah terus berlari kelam kabut naik ke bilik.

Biarlah dia orang kat bawah tu. Silap rumah agaknya. Tapi kenapa pulak aku yang kecut semacam. Macam…. macam apa Najihah??? Macam rombongan meminang!!!

Tapi kalau rombongan Najmi, aku on je hahaha. Tak tau kenapa, dia yang pandang-pandang tapi aku pulak yang rasa macam dah jatuh cinta. Kenapa boleh jadi macam ni?

Hai lah Najmi…dah lebih sebulan kau kerja kan. Apesallah kau pandang-pandang aku je, cakap jelah apa yang kau nak cakap sebenarnya. Ini tidak, boleh pulak kau tanya soalan-soalan yang tak munasabah pada aku. Patut ke kau tanya aku Dato’ buat apa dalam bilik dia, pukul berapa Dato’ masuk ofis. Aku bukan setiausaha Dato’ yang boleh jawab soalan kau. Apa punya kategori soalanlah yang kau tanya.

Setahu akulah, dalam seminggu cuma ada sehari dua je ternampak Dato’ di pejabat. Itupun, kalau ada mesyuarat yang dia perlu hadir, yang selebihnya dia banyak di KL. Ada anak syarikat dia di sana dan lebih mudah bagi dia untuk bertemu dengan pihak kementerian dan agen-agen bas yang lain.

Lagipun, apa kes sangatlah seorang driver nak jumpa pengerusi syarikat. Jarang-jarang berlaku sepanjang aku kerja di sini. Tapi, kekadang ada juga aku nampak dia ke bilik Dato,  atas urusan apa aku tak tau. Kelakar juga dia ni, aku tahu sebenarnya kau nak tanya aku dah ada pakwe ke belum, rumah dekat mana kan haha.

Hish…sudah Najihah! Sudah! Jangan melalut boleh tak?? Entah-entah, orang kat bawah tu nak jual tepak sirih je kot. Chill out…Najihah tepuk-tepuk dada dia sambil baring tepi katil.

Pintu bilik Najihah bergegar kuat sebelum dikuak. Apa gempa bumi ke ni?? Mak Cik Aisyah meluru masuk. 

“Jiha…siap cepat. Pakai baju kurung. Ada orang merisik kamu ni.”

Gedebuk!!!

Jatuh bedebuk Najihah dari katil. Terkejut bila dia termasuk dalam program merisik.

“Adoiiii….sakit!!! Patah apa tulang punggung ni. Orang dah cacat, bu…” Najihah merintih-rintih. Dia dah tak bergerak dari tempat dia jatuh. Cuma tangan dia je yang meraba-raba tulang punggung.

“Astagfirullahalazim…” Mak Cik Aisyah cuba bangunkan Najihah. Dalam keadaan macam ni pon sempat aku perasan yang mak aku tu dah tukar baju sebenarnya. Bila masa pulak orang tua ni pakai baju lawa-lawa gini? Musykil.

“Apa yang kamu terkebil-kebil tu? Cepat, lepas siap kamu turun. Dia orang nak jumpa kamu.” Mak Cik Aisyah cakap lepas dia tengok Najihah dah berjaya berdiri dengan elok. Pucat lesi muka Najihah. Tak sangka kena pinang dengan orang tak dikenali dalam zaman Facebook dan Skype melanda. Tak gentle la mamat ni. Dah tak ada method yang lagi dasyat ke nak ngorat aku haha. Ciss Najihah! Kau ingat kau anak Putera Mahkota Arab ke yang nak dasyat-dasyat tu?

Hah, cakap pasal method…mamat manalah yang guna method dahulu kala ni. Sapa dia yang bertuah sangat tu?? Nak je aku pergi tepuk belakang dia sambil cakap bravo-bravo. Ini semua mesti kerja ibu. Ibu je pernah ada idea-idea macam gini.

Bagus…kalau ada orang pinang, ibu terima je nanti.

Inilah buktinya. Mak aku tu pernah buat pengakuan lisan tentang hal ni. Masih segar lagi bunyi kira-kira mak aku tu masa cakap benda ni.

“Ibu…dah lama ke ibu rancang semua ni? Kenapa ibu tak pernah beri tahu orang?” Otak Najihah tiba-tiba dapat berfungsi.

“Eh…kamu jangan nak mengarut. Ibu tak pernah rancang apa-apa pun.” Mak Cik Aisyah dah bercekak pinggang.
“Habis, sapa dia tu??”

“Aik…boyfriend kamulah. Takkan kamu tak tahu? Sapa nama dia tadi? Hahhh….”    
                               
                                    ******************************************************************************
Masuk je lunch hour, Najihah terus jumpa Alia dekat cafe Kak Liza. Alia masih lagi gelakkan Najihah pasal pinangan mamat tak gentle tu.  Menurut Alia, mamat tu  call dia berkali-kali mintak nombor telefon Najihah. Tapi, Alia tetap berahsia. Baik pulak si Lia ni kan.

Tapi baik pon dah tak guna. Mamat tu curi-curi mengekor aku balik kerja. Tak malu betul mamat tu boleh cerita hal ni kat mak bapak aku. Ni Lia punya pasal la sebab pernah bagi tahu tempat kerja aku dekat dia. Idea jahanam si Lia ni jugaklah buat aku naik angin satu badan.

“Mana cincinnya…apesal tak pakai?” Alia tanya dengan senyuman mengejek dia tu. Saja betul minah ni nak cari nahas.

“E’eh…berani kau tanya aku cam tu Lia!” Najihah pandang Alia tak berkedip. “Cincin kat jari aku ni…” Najihah tunjuk jari manis di tangan kanan dia pada Alia. “Hanya berhak untuk orang yang aku cinta sahaja. FAHAM??”

“Ain…apahal ni? Marah sapa?” Tanya Abang Lan  yang berhenti di sebelah meja makan dia orang. Dia bersama Fitri.

Najihah perasan yang semua mata tengah jeling-jeling tengok dia dan Alia. Jangan risau, tak ada kemalangan jiwa yang berlaku di sini. Semuanya terkawal.

“Err…kalau saya cakap pun, bukan Abang Lan kenal.”  Najihah hembus nafas berat.

“Ohh...abang ingat marah dekat Amin tadi. Kalau tak, boleh abang belasah dia sampai lembik.” Abang Lan berseloroh. Dia dan Fitri ketawa selepas itu.

Ish-ish Abang Lan ni…kang Amin tak kena belasah, kau pulak yang lembik aku belasah. Eh…bukan Abang Lan, aku nak belasah ‘mamat tu’ yang betulnya. Adoihhhh…mamat tu-mamat tu. Letih nak menyebut.

“Eh…Abang Lan, hidup lagi ke mamat tu?” Alia mencelah. Pantang bila nama Amin disebut-sebut. Pasti skala temperature si Alia di naik dengan mudahnya.

“Hish kau ni Alia…ke situ mulut kau ni ye. Abang jalan dululah…bas dah nak gerak dah ni. Jom Fitri.” Abang Lan dan Fitri berlalu. Eloklah tu, pergilah cepat-cepat.

“Kau ingat aku boleh senang-senang ke nak redha dengan ‘side effect’ mulut kau tu. Hish, kecik je aku tengok…sikit lagi je kot rasa nak tempeleng kau ni.” Lepas marah-marah, Najihah pandang ke lain. Geramnya aku pada Alia yang buat muka innocent ni.

“Wei kau ni…sudah-sudahlah. Aku ingat dah habis tadi… boleh pulak kau sambung balik.” Alia masih dalam keadaan acuh tak acuh.

“Eh Lia…kau jangan ingat benda ni semudah apa yang kau fikir!! Kalau jadi dekat engkau tahulah kau macam mana.” Makin bertambah marah aku pada budak perempuan kat depan ni.

“Jiha…bawa-bawa mengucap. Aku minta maaf… serius aku tak tahu sampai boleh jadi macam ni.” Alia cuba merendahkan nada suara dia. Cari jalan berdamai. Kesedaran baru sampai.

“Hai!” Najmi tegur dengan senyum sikit. Kemudian dia jalan ke kaunter cafĂ©.
Najihah tengok Najmi tak berkelip. Rasa macam kudup bunga tu berkembang mekar bila dapat tengok muka Najmi. Mak oiii… jiwangnya aku!!! Alia terkejut tengok Najihah yang diam macam kena jampi. Dia lambai-lambai tangan dia kat depan muka Najihah.

“Fullamak Jiha…awat ni, kena sampuk ke weiiii? Tadi bukan main meracau-racau. Orang tu cakap ‘hai’ je kau boleh berubah sampai macam ni sekali. Eh…siapa dia tu, driver baru eih?”

Betullah driver…bukan susah sangat pun nak cam. Tak payah fikir pon tak apa, tengok uniform sudah. Soalan tak ada kelas langsung.

“Panggil dia sini…biar aku tengok sikit siapakah gerangan yang mampu tutup mulut Nur Ain Najihah.” Alia dah angkat tangan dia nak panggil Najmi. Tapi, dengan pantas Najihah tangkap tangan Alia bawa turun.

Don’t you Lia…don’t you ever. Nanti, aku tak boleh nak makan…sebab kenyang tengok dia je.” Najihah selamba. Nak tegelak dengan ayat sendiri pon ada. Hilang terbang rasa marah-marah tadi. Ajaib, kan?? Haha…tak boleh terima!!!!!!

Berkerut-kerut dahi Alia. “Jiha…apa ni wei? Motif kau?” Kesian pulak tengok ekspresi muka si Lia ni.

“Heheh…aku rasa aku suka tengok muka dia yang indah tu.” Lembut je tone suara Najihah. Bertambah buruk ekspresi wajah Alia. Apalah yang dia pikir tu, boleh mati cepat sel-sel dalam kepala dia tu.

Handsome??” Alia tak habis-habis dengan teori handsome. “Kau jangan cakap kau suka dia pulak? Kau biar betul…dia tu driverlah.” Alia sinis. Tak boleh terimalah tu bila aku cakap suka Najmi.

Najihah tersengih. “Biarlah…kalau betul pun, apa salahnya. Tapi dia tu malu-malulah. Biar aku yang tak malu ni je yang gi ngorat dia nanti.” Semangat je Najihah cakap. Tersentak lagi minah kat depan ni dengar.

“Agrhhh…parah dia ni. Ada orang elok-elok nak kau…kau jual mahal.” Alia dah risau. Mahu dia tak risau bila aku senang-senang boleh suka dekat Najmi. Farid yang susah payah, aku tak terdetik pon nak jatuh hati. Nak buat macam mana kan…hati ni yang tak nak berdetik. Kalau berdetik, dah lama dah aku rembat si Farid tu hahaha. 

“Oitt…rilekslah. Aku gurau je tadi.” Najihah berseloroh, tak nak keruhkan keadaan. Padahal aku benar-benar maksudkannya. Cuma tak nak panjangkan kerisauan Alia.
                           
                                  ****************************************************************************** 
"JIHA…I jemput you lepas habis kerja nanti.”  Farid tiba-tiba call Najihah pada petang yang aman ni. Saja nak menggangu-gugat ketenangan hidup aku. Terpaksa jawab sebab dah 13 kali dia call. Terasa kejam biar Bruno Mars menjerit sorang-sorang. Bukan kejam sebab tak jawab call Farid hahaha.

Nak apa pulak mamat ni? Sejak kes peminangan dia minggu lepas, aku memang tak nak ambil tahu hal dia langsung. Eh…pernah ke ambil tahu hal dia sebelum ni??  Dalam erti kata lain, kita orang belum pernah bercakap, berbincang dan berjumpa sejak kes ngeri tu. Sebab aku memang tak nak ada apa-apa kaitan pon dengan dia. Kalau boleh, nama dia pon aku tak nak dengar.

Sorry…I kena balik lewat lagi hari ni. Hari lain jelah.”  Najihah cari alasan dengan nada biasa. Escape jangan tak escape. Semalam pon, aku bagi alasan yang sama. Kalau esok pon free, aku tetap akan cakap busy tahap dewa.

“Takkan hari-hari you macam ni? Semalam pon you balik lewat jugakkan?” Farid curiga. Bunyi dia mendengus. Memang curiga habislah dia dengan alasan kuno aku tu haha.

“Iye…dah ini kerja I.” Balas Najihah dengan selamba. Aku masih lagi mampu bertahan. Kalau tak mampu bertahan, aku nak je bertukar.

“Kita kena bincang Jiha…you jangan bagi banyak alasan lagi. You jangan ingat you boleh lari daripada I.” Serius suara Farid. Terdengar roda yang ada beban bergerak laju. Kemudian dengar roda tersebut menghempas dinding. Mamat ni tunjuk protes dalam diam.
Ewah-ewah, nak mengugut aku ke mamat ni. Punyalah cukup aku berbudi-bahasa, dia kasi spoil pulak.

“Did you understand Farid…that I’m so busy right now? Cant’ you?What kind of words that I’ve to tell you… to make you understand on my situation. Please la Farid…please understand me, just a little bit.” Suara Najihah tinggi dan tegas. Takkan dia nak tunggu aku tengking dia baru dia boleh faham.

Dah tak boleh tahan dengan sikap Farid. Dia ingat dia boleh buat apa dia suka. Suka-suka nak pinang anak orang. Suka-suka nak ajak anak orang keluar. Semua nak ikut kepala dia. Apa dia ingat aku suka semua ni? Eh tolonglah!!!

Fine…we’ll see later. I’ll keep your words. So, promise me now.” Mengendur suara Farid tapi sempat mendesak. Dia mengeluh lagi sambil terdengar kerusi bergerak.

Dengan penuh rasa menyampah, aku tekan terus butang end call. Kemudian aku campak handset ni ke luar ofis biar hancur kena gelek dengan bas double deck!!! Huh...aku berhalusinasi je tadi. Tak sampai hati nak campak harta kesayangan aku ni.

Benci. Dia ni memang tak reti nak mengalah langsung. Ayat last dia tu buat aku bengang. Malas nak berjanji macam-macam. Kang tak tunai, aku jugak yang dipersalahkan. Habis keluar perangai buruk aku bila marah-marah dia tadi. Nak buat macam mana, bila aku cakap elok-elok dia tak nak faham. Bila aku naik marah kan dah nampak aku ni macam perempuan bongkak. Tersepit betul!!!                      
                                
                                  ******************************************************************************
Rasa tak sanggup nak ingat balik peristiwa hitam malam kena pinang tu. Hitamlah sebab si Farid ni hampir menjadikan tulang pinggul aku senget-benget seumur hidup.

“Habis, sapa dia tu??”

“Aik…boyfriend kamulah. Takkan kamu tak tahu? Sapa nama dia tadi? Hahhh….Farid!!!” Mak Cik Aisyah sebut dengan penuh yakin. Bukan sekali tapi berkali-kali yakinnya. 

“Farid…hah betullah tu.” Ya Allah Farid…apa kena dengan kau ni?Apa yang dia orang beri tahu ibu dan abah ni…tak betul semua tu. ALIA….siapa suruh kau bagi idea bangang ni dekat Farid. Najihah rasa macam nak nangis.

“Ibu…ibu kalau nak orang turun, ibu kena dengar sini. Orang tak main-main sekarang. Dia bukan boyfriend orang…orang baru TERJUMPA dia minggu lepas. Kalau ibu tak percaya…ibu boleh tanya Lia. Lia pun ada sama masa tu.” Dahi Mak Cik Aisyah berkerut-kerut. Susah orang tua tu nak percaya cakap aku.

“Ibu…tolong, ibu jangan bagi apa-apa jawapan dekat keluarga dia. Biar orang sendiri jumpa dia.” Najihah merayu-rayu pada Mak Cik Aisyah. Mak Cik Aisyah pulak nampak stress. Najihah tak payah cakaplah…dah naik pucat muka dia.

“Kalau kamu cakap gitu, tak apa. Tapi kamu kena turun jugak…tak elok hampakan orang. Dia orang dari jauh tu.” Baik betul hati Mak Cik Aisyah ikut je cakap Najihah. Mungkin sebab tengok muka anak dia yang dah tak ada darah tu kot.

Siap engkau Lia, engkau punya pasallah aku jadi macam ni. Kalau tak,  tak adalah aku sampai meroyan macam gini. Argh…kiv kejap pasal tu. Sekarang ni yang penting, apa yang aku nak pakai ni? Najihah panik. Dah bepasang-pasang baju kurung yang dia keluarkan, lagak macam orang nak bertunang pulak sebab sempat lagi nak match baju dengan warna tudung.

Siap practice macam mana gaya nak salam dia orang nanti, macam mana nak hidang air. Berlatih senyum depan cermin pun dia buat. Nak salam semua ke nak salam orang perempuan je.  Kena cium tangan ke? Argh….TIDAKKKKKK!!!!!!!! Tak suka-tak suka...kenapa aku jadi macam ni. Tak sanggup nak jumpa bakal mak mertua yang aku tak rela tu. Sudahnya…dia mundar mandir dalam bilik.

Telefon bimbit diambil dari atas katil dan Alia dihubungi. Nak suruh minah tu bertanggungjawab. Belum apa-apa lagi, minah tu dah gelak besar. Dia pon tak sangka, yang Farid boleh ikut nasihat bahalul dia. Tahupun yang dia bahalul macam Farid.

“Kau datang rumah aku sekarang…tolong aku apa yang patut.”

“Yang kau gelabah sangat ni kenapa?” Alia jolok sarang tebuan.

“Heh…aku tak ada masa lah nak bergurau dengan engkau.” Marah Najihah. “ Tak jadi dekat batang hidung kau tak apalah…aku yang kena tanggung semua ni kau tahu tak. Ini semua pasal idea gila kau tulah.” Berdecit-decit Najihah marah.

“Alah Jie…kau buat selamba sudah. Kau pergi salam semua orang. Orang perempuan je…jangan pulak kau salam cium kaki tangan si Farid tu.” Alia buat lawak bodoh. “Pakai baju biasa udah…tak payah mekap-mekap, nanti lambat.” Ada lagi lawak yang Alia buat. Dia tak tahu ke kawan baik dia ni memang hidup tanpa make-up.

“Argh gila la kau ni. Aku rasa macam nak lempang-lempang je mulut kau tu. Kalau kau ada kat sini…ish, lunyai kot kena belasah. Dahlah…aku nak pergi mekap-mekap ni.” Najihah terus tekan butang merah.

Dia ambil je sepasang baju yang berselerak atas katil. Lepas siap bertudung, Mak Cik Aisyah datang semula ke bilik. Kaki Mak Cik Aisyah terhenti dekat pintu, kepala dia tercari-cari Najihah. Ibu ni, macam tahu-tahu aje aku dah bersiap. Kan bagus kalau aku boleh koma dua jam.

“Jiha…apa kamu buat lagi tu. Dia orang dah selesai bincang. Cepat, abah panggil turun...” Mak Cik Aisyah membebel kat tepi pintu. Najihah kecut perut.

“Jap, bu.” Najihah mengadap cermin panjang di bilik. Boleh nampak dari atas hingga ke bawah susuk tubuh dia. Nak tengok rupa sendiri sebelum turun menghadap mak mertua. 

“Jap nak tengok…haaa gigi ni okay tak ada sangkut cili, hidung pon tak ada bulu yang terkeluar, mata ni pon ok-ok je.  Tahi lalat bawah bibir ni…ok je kan, bu?”

“Dah-dah…kamu pakai tahi lalat palsu ke sampai boleh bergerak. Jom, jom.” Mak Cik Aisyah jalan mendekati Najihah dan terus tarik tangan anak dia bawa keluar.

“Tak pe bu…orang boleh jalan sendiri.” Aduh…nak buat macam mana ni? Rasa macam nak buat triple sommersault dari tangga ni. Eh…giler punya idea. Mahu patah 18 tulang rusuk aku ni kalau terjun tangga. Lari jelah kat pintu belakang, masih ada masa di saat-saat terakhir ni. Tak boleh jugak, nanti ibu tak bagi aku aku tidur dalam rumah macam mana? Hish! Najihah rentap tangan baju kurung Mak Cik Aisyah di tangga terakhir tanpa sengaja.

“Kenapa kamu ni???” Mak Cik Aisyah tertengking. Mujur mak aku ni tak jatuh tergolek.

“Ibu…orang salam je tau. Orang tak nak hidang air.” Ayat spontan.

“Siapa kata hidang air je…makan malam pun kamu kena hidangkan.” Potong Mak Cik Aisyah.  Terjojol biji mata Najihah. “Siapa pulak suruh kamu hidang air…pergi salam sudahlah. Ibu dah hidangkan air tadi.” 

Fuhhh…Najihah lap peluh kat dahi. Lega. 

I love you bu…” Najihah cium pipi mak dia. Mak Cik Aisyah tarik tangan Najihah supaya membuntuti dia ke ruang tamu.  Najihah…kau tarik nafas dalam-dalam….pastu hembus slow-slow. Tarik, hembus. 1,2, 3,…4 lagi sekali. 1,2,3….arghhhhh macam mana tempo lagu senam robik ni boleh masuk dalam kepala aku ni??

Semua isi rumah bagi tumpuan pada Najihah yang tengah tunduk cium tangan tiga orang wanita. Adoii…sopannya aku. Ada jugak tiga lelaki termasuk Farid. Sepatah pon aku tak bercakap. Lepas siap-siap salam, aku terus naik ke bilik.

Masa salam-salam tadi, dengar jugak suara orang bercakap itu ini.  Tapi aku buat tak endah. Sebab aku memang tak nak dengar apa-apa pon. Aku sempat kerling ke arah Farid tadi yang ceria dengan tersenyum simpul. Makin menyampah aku rasa. Nak je aku picit-picit hidung Farid yang mancung tu sampai kemek.

Kalau bukan idea gila Alia tempoh hari, benda ini tidak akan jadi. Rasa macam nak sumpah je si Alia dan Farid tu jadi dugong. Biar dia orang pergi main jauh-jauh.

“Jangan sumpah aku jadi dugong. Sumpah aku jadi cantik eik!!!” Ada-ada je ayat Alia ni yang nak pintas cakap aku.

“Macam tu…baik aku sumpah diri sendiri je!!!!!!” Aku cakap dengan sinisnya. Alia tersengih sorang-sorang. 

Bersambung...

p/s : Syukur kepada Allah SWT. Segala puji hanya untuk DIA kerana telah menambah satu lagi angka dalam usia aku. Fuhh...semakin rasa dewasa dah aku sekarang ni. Masih banyak impian belum tercapai. Hopefully aku dapat kejar. Better late than never, kan? Ganbatte ne untuk diri sendiri !!!! 

4 comments:

  1. apa punya kunO la farid 2.
    len kali pinang kat skype ja!
    kakakakaka

    pesananikhlas:epybufdaysis!semOgapanjangumOr,murahrezeki! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farid...dia mmg cam tu.ssh nk ckp ngan dia haha

      amin!! tq for the wishes. hopefully u 2

      Delete
  2. igtkan amin dah dtg minang 2!
    hahah!

    p/s: amin toO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. si amin 2 belom smpai seru nak pinang2 tu haha

      Delete