Monday, March 05, 2012

BAB 4

Pejam celik pejam celik, tak sedar dah sebulan aku kerja kat sini. Sedang Najihah meneliti satu dokumen, dia terperasankan seseorang di bilik operasi tengah tengok dia dari kerusi menunggu. Bukan Amin atau Cik Rahim, Fitri pun bukan. Manusia mana entah yang jeling-jeling aku ni.

Sorang lelaki boleh tahan kacak sebenarnya. Cewahhh!!! Ushh…duduk pun ada gaya, kaki kanan bersilang atas kaki kiri. Mat tu bersandar tenang bajet-bajet dia bos kat sini. Tapi kenapa dia pandang-pandang aku pulak. Saja je kot, mungkin aku terperasan lebih ni. Abaikan je lah apa yang aku tengah rasa ni. 

Agak letih main mata, Najihah fokus balik pada kerja dia. Tak sampai 3 minit, hati dia terpanggil-panggil nak tengok depan. Dia angkat kepala, lepas tu….

Mata aku dan mata dia, BERTEMBUNG!!!! Rasa nak terjatuh dari kerusi. Cemas berganda-ganda. Adoihhhh….nak buat apa ni??? Nak tekan keyboard ke nak tekan calculator?? Mata meliar ke permukaan meja cari calculator yang tak ada di mana-mana. Keyboard yang ada depan mata, tak nak pulak aku tekan. Sasau!! Kepala hang dua minit. Idea, idea…tolong!!!! Ahhh…pergi susun fail kat drawer belakang ni lah. Aku kena ubah posisi sekarang ni. Kalau tidak, risiko untuk terkena parkinson kat sini tersangatlah tinggi.

Tak tau nak gambar perasaan aku sekarang ni macam mana. Tak terkata. Sambil-sambil susun fail masuk drawer, aku boleh nyanyi satu lagu ni. Nervous siot!!!

Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti…….

Setakat satu rangkap ni je yang boleh aku nyanyi sebab cerita aku dan mamat ni pon belum tahu hujung pangkalnya lagi. Ciss! Cara aku bercakap ni, macam ada sambungan je kisah aku dengan mamat tu. Hahaha!! Hairan sebenarnya aku ni. Apesal dia yang pandang, aku pulak yang huru-hara.

“Ain!!!”

“Harghhh!!!” Terus Najihah terjerit kecil dengan automatik pusing depan. Dia tengok Kak Intan ada depan meja. Mujur Kak Intan tak perasaan jeritan batin aku ni sebab aku jerit biasa-biasa je tadi haha.

“Orang kat depan  tu baru lepas interview dengan Tuan Haji.” Kak Intan toleh sekilas tengok mamat yang dok tenung-tenung Najihah tadi.

“Tuan Haji suruh cek saman dia. Kalau ok semua, Ain boleh proceedlah…macam biasa.” Kak Intan angkat-angkat  kening dia sambil tangan hulur application form mamat tu pada Najihah. Kak Intan memang suka angkat-angkat kening dia cam tu dengan aku.

Ohhhoo…patut dia pandang-pandang, rupanya Haji Ramli suruh dia jumpa aku. Tapi, motif apa dia pandang aku beratus-ratus kali tu? Sungguh tertanya-tanya!

Mata Najihah dah lekat pada application form mamat tadi. Mamat tadi, Najihah dah tak usya dah. Naik seram nak tengok sebab takut kena penyakit menggeletar.

“Lahhhhh…apply jadik driver rupanya!” Najihah buat suara yang dia memang tak sangka. Kak Intan pulak terkejut tengok reaksi Najihah.

“Kenapa pulak…tak boleh ke?” Lurus je Kak Intan tanya. Muka dia nampak confuse sikit.

“Boleh je, apasal tak boleh pulak?” Najihah saja tanya Kak Intan balik. Nak cover keadaan dia yang tak sangka tadi.

“Tapi kan, bila masa Kak Intan dengan orang tu masuk bilik Tuan Haji? Tak nampak pun.” Soal Najihah kerana sedar-sedar sahaja, Kak Intan dah sampai kat meja dia. Macam sekelip mata je hahaha.

“Masa akak masuk tadi…Ain tak ada kat sini pon.”
Ohhhh…patutlah!!  Aku pergi Maintenance Department tadi. Tengok ada mekanik jatuh dari bumbung bas. Dah bawak ke hospital dah pon. Harap-harap tak ada yang patah-riuk mekanik tu. Najihah jawab soalan Kak Intan sambil belek-belek application form mamat tadi. Kak Intan memang dengar bersungguh-sungguh.

“Najmi.” Najihah sebut perlahan sambil kepala tengah terbayang-bayang lagi kes usya-mengusya tadi. Masih berdebar sebenarnya.

“Ohh…lupa pulak akak.” Kak Intan yang macam baru tersedar, terus cakap laju-laju. “Boleh akak panggil dia sekarang?” Najihah cuma angguk kepala dengan Kak Intan.

“En. Najmi!!! Encik boleh jumpa Cik Ain sekarang.” Kak Intan laung dari tempat Najihah. Lelaki tu jalan mendapatkan dia orang. Najihah tengok je mamat tu susun langkah. Hermm…cantik, menarik, tertarik!!!!

“Jemput duduk En. Najmi…” Najihah mempelawa sambil membaca lagi isi borang permohonan pemuda tersebut. Warghhh…macam terpegun aku tengok muka dia ni dari dekat! Bersih betul muka. Produk apa dia pakai ni? Simply Siti ke…ahahaha.

“Terima kasih.” Lembut orang yang bernama Najmi ni jawab dengan smiling face dia. Ya Allah…romantiknya suara.

Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku tanya… ‘kau apehal, Najmi? Tak malu ke curi-curi pandang aku tadi?’ Motif kau??

Tapi, tak bolehlah…lidah dah krem. Hati dah bergoncang hebat ni. Parah dah aku ni. Hadoiih!!!

“Jika ikut dalam borang ni…En. Najmi memohon sebagai pemandu bas di syarikat kami. Betul ye…saya tak tersalah baca kan?” Najihah menyoal untuk kepastian diri dia sendiri. Dia harap, dia tidak tersalah baca.

Najmi nampak pelik dengan soalan Najihah yang tengah cari jawapan kat muka dia. Najihah, Najihah…kau cari kepastian atau kau cari kepuasan tenung muka Najmi sampai macam tu sekali. Kak Intan jadi pak pacak kat situ.

“Betul, tak ada yang salah! Dah interview tadi. Kenapa? Tak boleh ke saya pohon jawatan tu?”

Hai…dia bertanya sebiji macam soalan Kak Intan tadi le. Najihah angkat kening sebelah. Boleh, boleh…tak ada salahnya pun. Tapi muka kau tu agak kacak nak jadi driver bas. Patutnya kau apply jadi pemandu Airbus dekat Airasia ke Firefly ke, barulah kena gayanya. Ini tidak, boleh berminyak kulit muka kau tu kena asap.

“Jangan risau! Siapa-siapa pun boleh mohon sebagai pemandu di sini asalkan megikut prosedur syarikat dan ujian ringkas yang kami jalankan.” Najihah kembali kepada formal. Mujur boleh susun ayat nak cakap. Kalau tak, haru jugak bila ada penemuduga jadi gagap bila kena soal dengan orang yang ditemuduga hahaha.

Mamat ni nampak smart dengan jeans, t-shirt kolar, dan kasut kulit dia tu. Oh…ada satu lagi, dia pakai cap colour merah. T-shirt dia pun colour merah, sesuai sangatlah dengan kulit dia yang merah. No…kulit dia yang cerah sebenarnya!!! Apehallah aku susah-susah nak elobarate pasal mamat ni hah??

“Hermm…boleh bagi saya ic, lesen memandu,  dan PSV.”

Sure…” Najmi keluarkan wallet dia. Satu-satu dia bawak keluar.

Passport ada?” Najihah tanya tiba-tiba. Najmi pandang Najihah. Takkan terkejut kot? Aku bukan tanya soalan KBKK pon.

“Bas syarikat kami beroperasi hingga ke Singapura dan Thailand. Jadi kalau En. Najmi ada passport, lagi senang kami nak uruskan trip En. Najmi ke sana. Lagipun, elaun pergi balik ke sana memang tinggi. Jadi, syarikat sangat memerlukan pemandu yang masih sihat, muda dan cergas untuk memandu dalam jarak jauh. Ermm…selain tempat yang saya cakap tadi, bas di sini bergerak ke utara, selatan, barat, dan timur Semenanjung. Sabah dan Sarawak je kami tak boleh nak pergi. Kalau boleh, dah lama kami sampai..” Boleh tahan panjang Najihah menghurai. Sempat bergurau kat hujung-hujng ayat dia. Najmi tersengih, tapi kejap je. Wahh…ada lesung pipit! Selebihnya, Najmi serius. Yang serius itulah yang buatkan dia lebih macho rasanya. Angau aku dibuatnya malam ni. Lia, tolong aku! Kepala otak kawan kau ni dah senget ni, Lia oiii!!

Passport ada…tapi saya tak bawak.” Slow je dia cakap. Najihah hulur segala benda yang diminta dari Najmi tadi kepada Kak Intan. Tanpa disuruh, Kak Intan terus jalan ke mesin fotostate.

“Tak apa, boleh bawa kemudian.” Najihah cakap dengan senyum sikit.
Lepas tu, dia terangkan segala prosedur yang perlu dilakukan sebelum menjadi seorang driver di syarikat ini. Tenang mamat ni dengar.

“Tapi sebelum apa-apa…En. Najmi tunggu kejap, saya perlu semak rekod saman En. Najmi dahulu.” Najihah tekan-tekan keyboard nak search internet. Sementara tunggu loading…sempat lagi Najihah perhatikan Najmi dari ekor mata dia. Tapi Najmi rileks je kat tempat duduk dia . Dalam pada itu, Kak Intan datang balik dengan bawa semua salinan harta benda Najmi tadi.

“Setakat ini…saya rasa saya belum pernah kena saman.” Najmi bersuara tiba-tiba dengan yakin melangit. Suara dia tak kuat tapi cukup je di pendengaran. Bibir dia merah…mesti spesis yang tak pernah ambil rokok ni. Makin lebih dah ni aku puji dia.

“Rasa je kan…mana tau kalau ada?” Najihah mengulum senyum. “Tak apa…kita check dulu. Samada pernah kena saman atau tidak, saya perlu semak dan saya perlu rekod di sini.” Najihah tunjuk satu ruang dalam borang permohonan yang perlu di isi. Entah kenapa rasa seronok nak bercakap dengan mamat ni. Bercakap pasal kerja je pon bukan ada topik best. Tapi seronok tengok reaksi dia yang susah aku nak elaborate kat sini. Nervous aku tadi dah terbang jauh-jauh haha.

“Ermm…dah keluar pun rekod Cik Najmi kat sini. Ada satu saman. Kena di KL  bulan lepas nombor platnya pun ada.” Cehhh…yakin muktamad je dia tak pernah kena saman. Pergi sorok muka kau tu kat bawah meja aku ni hah. Najihah pusing skrin LCD dia  menghadap muka Najmi. Biar dia tengok sendiri bukti dia kena saman. Najihah dah bersandar kat kerusi sekarang ni.

Dahi Najmi berkerut-kerut. Apa dia fikir sampai teruk sangat. “Ohh…masa ni bukan saya yang drive. Adik saya sebenarnya.” Najmi cakap dengan yakin jugak kali ni.. Tapi, ada aku kesah kalau atok tiri dia sekalipun yang drive…hah hah hah.

“Setakat satu saman tidak jejaskan peluang En. Najmi untuk pohon kerja di sini. Mengikut polisi syarikat…kami tidak akan mengambil pemandu yang mempunyai enam dan ke atas rekod saman. Mereka kena jelaskan sekurang-kurangnya sehingga tinggal lima bakinya. Kemudian, kami akan pertimbangkan. Kami tak mahu driver yang melanggar undang-undang. Keselamatan penumpang dan nama baik syarikat penting untuk reputasi kami. Jelas ke En. Najmi?”

Najmi anguk-angguk. “Clear enough at all! Err er…cukup jelas semuanya.” Najmi secara sukarela translate ke dalam Bahasa Melayu. Apa dia ingat aku tak faham bahasa orang putih ke? Mesti Bahasa Inggeris si Najmi ni dapat A1 masa SPM dulu.

“Ok…En Najmi boleh ambil semula dokumen. Isnin depan, datang ke sini pukul 9.00 pagi buat driving test. Nanti boleh jumpa terus dengan pegawai bahagian operasi. Itu saja…” Najihah pandang tepat ke muka Najmi.

“Itu je…sijil-sijil akademik tak nak tengok?”  Najmi angkat kening.

“Tak perlu! Cukup dengan apa yang saya mintak tadi. Kalau En. Najmi mohon jawatan pentadbiran…confirm saya dah mintak.” Laju Najihah jawab. Dia ada degree dalam pemanduan bas ke??

“Okay, thanks.” Lepas ucap terima kasih, Najmi bergerak keluar. Lama Najihah pandang hingga kelibat Najmi hilang. Dia tak sedar yang Kak Intan kat sebelah tengah tengok dia.

“Hai…lama tenung! Akak tau kenapa Ain terkejut mula-mula tadi. Sebab dia handsome kan…tak pernah ada lagi driver sehandsome dia. Betul tak?” Kak Intan pasang perangkap. Najihah fokus dengar apa yang  Kak Intan cuba sampaikan. Buat-buat fokus je, takut rahsia bocor. Rupa-rupanya, Kak Intan pun cakap dia handsome gak lah hahaha.

“Aik..saya tak cakap eik Kak Intan. Ke Kak Intan yang dah angau?? Kat mana yang Kak Intan berkenan sangat kat dia tu?” Aku saja cari akal nak tengok reaksi Kak Intan. Padahal aku pon dah naik gatal time ni.

“Kita cakap dia…dia kata kita pulak.” Kak Intan juih bibir dia. “Tapikan…akak suka tengok mata dia.” Ya, memang mata dia yang redup itu yang ada kuasa tarikan untuk dipuji. Cehh…poyo je!!!

“Lesung pipit dan bibir dia yang merah tu yang paling penting.” Tambah Kak Intan. That’s right Kak Intan…good taste! Kita serupa! Hermh…makin menjadi-jadi tahap melampau aku ni.

“Ewah-ewah Kak Intan…siapa yang usya siapa sebenarnya ni?” Giliran Najihah mengenakan Kak Intan.

“Apa salahnya akak memuji ciptaan Tuhan. Ain tu…ingat akak tak nampak ke Ain punya tenung tadi. Yang di depan tu tak marah ke?” Kak Intan memuncung mulut ke arah tempat duduk Amin. Ciss!!! Ada apa dengan ‘yang di depan tu’?? Dia bukan boyfriend aku pun yang perlu aku jaga hati dia. Baik lagi jaga hati sendiri. 

                                ******************************************************************************
Entah kenapa satu hari ni, kepala aku asyik terbayang-bayang mata orang yang bernama Najmi. Sampai dah balik rumah ni pon, masih terfikirkan dia. Kenapa eik..sebab wajah dia indah kot?? Ahhh sudah-sudahlah tu Najihah!!! Banyak lagi kerja lain yang kau boleh buat daripada fikir dia 24 jam.

“Ibu…masak apa petang ni, laparlah.” Najihah turun ke dapur. Melangkah masuk je ke muka pintu dapur,  dah boleh nampak Mak Cik Aisyah tengah kacau air dalam teko. Harap-harap bukan air kopi.

“Ibu buat mee kari…makanlah. Kamu tak makan ke kat tempat kerja tadi?” Mak Cik Aisyah  selalu tanya macam ni sebab anak dia ni suka melewatkan waktu makan.

“Makan…tapi lapar lagi.” Najihah jawab sepintas lalu. Sebelum tu dia sempat pergi jenguk air dalam teko tadi. Air teh. Hermm…lega!!!

“Mana nak kenyang kalau makan tak pernah habis.” Mak Cik Aisyah menyanggah. Najihah mencemik sambil tangan menyenduk kuah kari ke dalam mangkuk.

“Nak buat macam mana bu kalau dah tak boleh habis. Takkan nak sumbat jugak…nanti kalau muntah balik lagi teruk. Macam aneroksia bulimia pulak.” Najihah gelak.

“Kamu jangan nak putar belit ibu…itu penyakit orang yang nak kurus. Tapi kamu ni ada penyakit yang memang makan tapi tak pernah habis. Penyakit membazir.” Mak Cik Aisyah dah keluarkan fakta.

“Ahha…pandai ibu. 10 markah untuk ibu.” Najihah bersahaja.

“Orang tak masuk universiti pun belajar jugaklah.” Mak Cik Aisyah menyindir. Mak aku ni baru je bersara dua bulan lepas. Dia bersara awal pada umur 50 tahun. Katanya nak duduk di rumah bersama keluarga.

“Memang ibu pandai pon…tambah lagi lima markah untuk ibu.” Najihah buat Mak Cik Aisyah tu macam kawan-kawan dia. “Bestnya bu…esok cuti! Yeehaaa…” Najihah memekik.

“Macam budak Tadika je perangai kamu ni…macam tak pernah dapat cuti.” Mak Cik Aisyah kutuk anak dia

“Yelah bu…dah lima hari kerja. Badan pon tahu jugak nak rehat-rehat. Kerja rajin-rajin sangat pon bukan boleh kaya raya. Hidup lebih elok kalau bersederhana kan, bu?” Najihah suap mee ke mulut.

“Cakap kalau kena dengan kamu, memang pandai. Kamu tu bila nak kahwin? Kakak kamu umur 23 dah kahwin. Kamu tu dah 24.” Sudah….Mak Cik Aisyah dah buka hikayat. Mau bernanah telinga nak dengar.

“Asal ibu tiba-tiba je cakap pasal kahwin ni…zaman sekarang muda lagilah bu kalau umur macam orang ni.” Mengelak Najihah jangan tak mengelak.

“Kamu ada boyfriend tak??? Tak pernah cerita apa-apa pun.” Mak Aisyah lagi laju menyoal. Direct to the point mak aku ni. Bagus betul.

“Dah tak ada boyfriend…macam mana nak cerita.” Jujur Najihah jawab. Macam tak ada apa yang perlu dia risau.

“Bagus…kalau ada orang pinang, ibu terima je nanti.” Mak Cik Aisyah tersenyum simpul. Bunyi macam dah ada kira-kira yang nak Mak Cik Aisyah buat. Matilah aku!!!

“Aih-aih…ibu jangan suka-suka, bu. Orang tak nak…nanti orang lari dari sini.” Najihah takut, tapi sempat mengugut.

“Itulah kamu…sikit-sikit ugut. Langsung kamu tak kesian dekat ibu ni?” Nada Mak Cik Aisyah berubah. Seolah-olah berkecil hati.

“Ibu...jangan la gitu, bu. Orang tak maksud pon cam tu.” Jiha bangun dan peluk Mak Cik Aisyah dari bekang. “Orang muda lagi. Ibu kena beri peluang orang cari pilihan orang sendiri eih, bu.” Najihah pujuk lembut tapi dalam masa yang sama maksud dia tegas. Najihah terus angkat mangkuk mee yang kosong ke singki.

“Ibu bukan nak suruh kamu kahwin sekarang…tapi kamu kenalah fikir sikit pasal masa depan kamu tu. Carilah orang yang boleh bimbing kamu, orang yang ibu dan abah percaya untuk jaga kamu.” Nada Mak Cik Aisyah penuh beharap.

“Ok bu…memanglah semua orang nak cari lelaki macam tu. Tak pe bu…ibu jangan risaulah! Bila jodoh sampai nanti…kahwin la orang bu. Nak kena mandi bunga dulu kot, bu??” Najihah gelak. Mak Cik Aisyah juih bibir. 

                                  ******************************************************************************
Pagi-pagi lagi Alia dah bertandang ke rumah Najihah. Dia bagi alasan nak pinjam novel daripada Najihah. Dah lama kata dia tak baca novel. Tapi, dari air muka dia tu, dah tunjuk masalah. Herm…jangan tipulah orang yang kenal dia dari kecik lagi ni hah.

Setelah puas bertanya, barulah Alia cerita hal sebenar. Rupanya dia berperang sakan dengan boyfriend dia, Aidysham. Sedap jugak nama BF Lia ni eik!! Orang bercinta memang macam ni, janji nak keluar sama-sama hari ni, tapi Sham cancel pulak. Itupun beri tahu last minute…masa Alia tengah siap-siap depan cermin.

Orang yang berjanjinya pihak lelaki, yang mungkir juga pihak yang sama. Sapa tak marah…at least bagi tahulah awal-awal.  Lepas tu, orang lelaki suka tuding jari pada perempuan konon orang perempuan kuat merajuklah, tak memahamilah. Hanya dia orang je yang betul, orang lain salah. Hish…mungkin sebab ini aku masih belum berteman, takut untuk ada komitmen. Eh…iyeke, aku pun tak pasti atau tak ada orang yang nakkan aku hahaha.

Alia dah  mampu bergelak-tawa sekarang, dah dapat lupa kejap kot masalah dia. Bercinta jarak jauh memang susah. Si Sham baru dapat kerja kat Putrajaya sekarang ni. Dia dah jadi pegawai kerajaan. Dalam sebulan dua sekali je baru dapat jumpa. Bila tak jadi nak jumpa, tu Lia macam meroyan tu. Teruk betul minah ni kan.

Boringlah cerita pasal orang tengah cintan-cintun ni. Nak cerita pasal Amin jap kat budak Alia ni.

“Kau tahu Lia…petang semalam apa jadi kat ofis.” Alia hanya menunggu cerita lanjut Najihah. “Amin bergaduh dengan Pak Cik Lan driver.”

“Macam mana boleh jadi?” Alia dah tak sabar nak dengar cerita.

“Amin tak nak approve claim Pak Cik Lan. Benda simple je pon, tapi tak tau kenapa Amin suka buat susah. Riuh-rendah dia orang bertikam lidah. Langsung dia orang tak heran ngan aku yang cuba nak settle. Cik Rahim ngan Fitri dah macam tunggul. Lastly, aku panggil pak aji…ape lagi kena kaunseling la dalam bilik pak aji tu.

“Aku boleh tabik springlah kalo Amin nak respect kau. Pak aji tu pon dia  boleh redah cam tu je. Semua orang dah muak dengan perangai Amin. Dia orang tak nak jadi macam kes lepas sampai kena panggil polis. Sikit punya pasal…semua bertumbuk. Termasuk Cik Rahim yang cuba nak lerai kes dia orang tu. Serik dah semua orang kalau nak cuba masuk campur hal Amin.” Panjang Alia bercerita. Maklumlah dah tiga tahun kerja kat situ. Banyaklah dia tahu berbanding aku.

“Dashyatnya…habis tu buat police report?”

“Tak adalah…company mana mahu kecoh-kecoh. Settle luar balai la.”

“Amin tu kena bagi dia pengajaran…kalau tidak entah bila dia boleh sedar.” Najihah merenung jauh.

“Aku pelik jugak, kenapa company tak buang je dia. Senang…aman sikit. Tapi, apa yang aku dengarlah…Head Department dia orang yang pertahankan Amin.”

“Aku tahu jugak cerita ni dari Haji Ramli…”

“Hermh…sampai bila company nak simpan dia lagi?” Berat bunyi keluhan Alia.
Sekurang-kurangnya kerja Alia tak perlu berhadapan dengan Amin melainkan Amin hanya mengganggu dia bila terserempak. Tapi Najihah lain, dia salah seorang yang perlu bertanggungjawab dalam masalah pekerja. Macam mana nak handle masalah pekerja macam Amin, kalau dia langsung tak ada rasa hormat pada orang.

Sebenarnya Alia, aku tahu lebih dari itu sebab Haji Ramli yang bagi info. Banyak cara Haji Ramli buat untuk singkir Amin, tapi dia disokong kuat oleh ketua jabatan dia. Ketua jabatan dia En. Razif, saudara  kepad Amin. Jadi Amin ada backup yang kuat di sini. En. Razif memyokong Amin sebab dia sukar  mencari pengganti, memandangkan Amin lebih mengenali pemandu lebih daripada dia. Amin juga adalah ‘mata-mata’ pada En. Razif. Amin tu dah siap dapat surat amaran terakhir dah pon. Tapi langung tak ada kesedaran nak berubah.

Satu lagi cerita, budak Amin tu percaya aku dah kahwin. Dia betul-betul ingat abah aku itulah suami aku. Lantak dialah!! Biar dia rasa segan sikit dengan aku yang kononnya dah bersuami ini haha.

Bersambung ....

6 comments:

  1. best ... best ...
    nak tnya kat cik penulis , anda penah keje ke kat syrkt bas tersebut ke ...
    tahniah , citer senang nak phm ...
    bab seterusnya plzzzzz .

    ReplyDelete
  2. ha'ah...sye conductor kat c2 ahaha

    ReplyDelete
  3. Okeh2. ni kiranya da masuk kali KEDUA lah i kOmen! hakhak
    msti dia 2 lg ensem dr MUHAMAD FIRAS ADAM kan!!!! (tetap tamO letak Tau Fu Fa!) hah! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero mst la hensem kan hahaha (letak yong tau fu pon xpe huhhh)

      Delete