Thursday, March 08, 2012

BAB 5

Salam semua...harap okey2 je ye. Tak ada yang sakit gigi ataupun sakit hati eik haha. Rasa nak berkata-kata sikit sebelum memulakan BAB 5 ini. Dalam minggu ni je...dah dua bab saya upload kisah Najihah ini. Bersemangat nak upload jugak2 pada hari yang tenang ini haha. TERIMA KASIH, SYUKRAN, ARIGATO GOZAIMASU pada semua kawan2 yang sudi luangkan masa untuk menjengah ke ruang ini. Hohoho....panjang dah nie!!!

Okey la...selamat membaca semua!!! Dan kalau sudi, saya mahu dengar apa kata anda di sini....sekian.

BAB 5

“Sorang je hari ni?” Amin berdiri depan meja Najihah. Najihah yang sememangnya tunduk pandang pinggan terus suap nasi ke mulut. “Amboi…makan sampai tak perasan aku...” Amin ketuk meja depan pinggan Najihah. Najihah terdongak sambil kunyah nasi. Kacau orang makan je lah dia ni.

“Alia cuti. Ada kau nampak dua tiga orang lagi ke kat sini??” Sinis Najihah jawab lepas dia dah berjaya telan nasi dalam mulut.

“Hehehe…” Amin sengih.

“Tersengih-sengih tu kenapa?? Takkan kau nak tengok je aku makan. Pergilah ambik nasi…takkan nak share ngan aku kot??” Najihah membebel. Dia berselera makan tanpa pedulikan Amin.

Amin terus duduk depan Najihah. Lain yang disuruh, lain yang dia buat. Memang dia ni tak pernah ikut arahan. Register nama dia dalam pasukan commando baru tau. Command and do!!! Kalau tak ikut command, tahulah apa nasib kau Amin kat sana. Baru reti nak ikut arahan gamaknya lepas tu.

“Weh Mie….” Tetiba Amin jerit sambil lambai tangan pada Najmi. “Sini jap…”
Najmi??? Adoiiii…tercekik ikan masin bila dengar nama mamat tu. Bila masa pulak aku makan ikan masin ni?? Hahaha…

Najmi datang dekat meja kita orang. Dia angkat kepala bagi isyarat tanya kat Amin. Aku tengok je gaya Najmi. Najmi tengok aku sekilas dengan senyum yang dia sengaja sembunyi. Cewah...macam pasti je dia nak senyum dengan aku. Makan pon dah tak lalu tetiba. Hormon boleh berubah bila nampak dia.

“Trip kau malam ni pukul 10. Bagi tau partner kau sekali…aku tengah busy sekarang ni. Tak ada masa nak bagi tahu dia..” Amin keluarkan arahan mengalahkan bos. Najihah diam, tak campur. Bengong betul Amin ni. Ada ke patut duduk depan aku ni pun dia boleh kata busy??

“O.k!!” Najmi jawab sepatah. Tanpa ada emosi atau reaksi selebih daripada maksud dua huruf itu.  Lepas tu, dia terus blah. Najihah tengok je mamat tu melangkah keluar dari cafĂ©. 

“Yang kau tengok dia tu kenapa?? Suka…??” Amin terus melumpuhkan pemandangan indah Najihah. Bola mata Najihah beralih tengok Amin.

“Gila…!!!” Najihah buat-buat sinis dengan muka senget. Sebenarnya aku nak cakap gini…’gila tak suka dia’ hahaha. Nanti sembelit bergulung pulak Amin ni kalau aku cakap gitu.

“Bas Najmi tu jalan ke mana, Amin??” Cewahh…aku dah mula nak ambil berat pasal Najmi. Nak tau jugaklah serba sikit pasal dia. Sekarang ni baru ada mood nak sambung makan. Nyumiiiii….

“Dia tu?? Semua tempat dia pergi. Setiap bulan trip dia bertukar. Dato’ yang arah macam tu. Apa ke pelik pon entah??” Dahi Amin berkerut-kerut macam musykil giler dengan arahan Dato’.

“Yang kau nak heran ngan arahan dato’ kenapa?? Kau tu yang patot ikut arahan…dan patot heran ngan diri kau yang tak pernah nak ikut arahan!!!” Tuuuuu dia….kan aku dah cakap berbelit-belit mengalahkan sasterawan.

“Sedapnya bahasa...” Lembut Amin balas. Aik...dia tak tengking aku pon?? Sejak bila dia insaf dah ni??

“Eh.. kenapa kau tak pernah marah aku macam kau marah orang lain??” Pelik pulak dengan perangai Amin ni.

Aku jadi pelik kalau dia tak marah orang. Tapi setakat ni, dia memang tak pernah marah aku lagilah. Apa yang aku tak suka, dia ni suka marah driver-driver yang sebaya bapak aku. Sebaya bapak dia jugaklah kan. Langsung dia tak tahu nak hormat dan jaga air muka orang lain. Mana pergi adab dia sebagai orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa?? Hah tengok…kan aku dah berkempen kat sini. 

“Sebab…aku suka kau.” Sebiji-biji Amin sebut. “Alah Ain…aku bukan senang-senang nak marah dia orang. Ada sebablah aku buat macam tu…dah dia orang mula, aku balas ar balik.” Amin cakap tanpa rasa bersalah.

“Aku memang tak boleh terima alasan bangang kau tu.” Najihah diam kejap, nak tunggu reaksi Amin selanjutnya. Dia kira hingga lima. Tak marah pon!! Ok, aku boleh taruh lagi cukup-cukup.

“Eh kau tak patut tau buat dia orang macam tu. Memang dia orang yang mulakan dulu sebab kau yang selalu buat orang bengang. Kau tahu tak, kau dah jatuhkan maruah dia orang?? Kau tak pernah terfikir ke kalau orang lain buat kat bapak kau camtu, kau nak?” Najihah marah dalam tenang. Nak nasihat kena ada cara. Tipsnya, kena berlembut. Kalu nak melarang baru kena tinggikan suara. Baru boleh ingat sampai bila-bila. Betul ke teori aku ni??

“Bapak aku dah lama meninggal.” Sayu suara Amin. Najihah terpempan.

Sorry.” Hanya perkataan ini yang keluar dari mulut Najihah. Keadaan senyap seketika.

“Rileks ar Ain…” Amin tersenyum.

“Tapi kematian bapa kau, bukan alasan untuk kau buat macam ni. Kau tak boleh nak salahkan takdir. Kita diberi akal untuk berfikir, Amin. Kau bukan lagi budak-budak…kau dah dewasa.”  Takkan sesekalilah Najihah nak berkompromi hal ini dengan perangai tak bermoral Amin.

“Kau pandai bercakapkan, kau pulak macam mana. Aku tahu kau tak jujur.” Dahi Najihah berkerut. Apesal aku pulak yang terbabit ni. Nak balas dendam la tu. “Sudah-sudahlah kau tipu semua orang kat sini Ain. Kau tak kahwin pon lagi kan, kau ingat aku tak tahu. Aku dah pergi tanya ‘suami’ kau yang bawa Storm tu. Aku dah tanya bapak kau sendirilah masa dia tunggu kau hari tu.” Giliran Amin pulak sembur Najihah. Najihah tak terkata. Tak sangka Amin boleh pergi siasat hal dia. “Asal diam…cakaplah.”

Bocor rahsia aku, cisss!!!! “Kau dah tahu semua…apa lagi yang tinggal untuk aku cakap.” Najihah terus bangun. Amin angkat kepala, tengok Najihah. “Aku nak cuci tangan jap, sampai kering tangan aku ni kau buat…nanti mak mertua tak sayang.” Najihah jalan ke singki.

“Jangan risau…mak aku mesti sayang kau.” Amin cakap lepas Najihah dah duduk semula.

“Cehh…siapa nak kahwin ngan kau??” Najihah tunjal kepala Amin. Amin biar je walupun kepala dia terdorong ke belakang. Ada juga orang lain tengok aku dengan Amin kat sini. Peliklah tu, selalu aku mencekik dengan Alia. Alih-alih mamat kurus kering yang ada iras-iras Perak Man bergerak ni yang ada kat sini. Maunya dia orang tak usya pelik.

“Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh marah kau, Ain. Orang selalunya cakap bujang walaupun dah kahwin, tapi kau terbalik pulak.” Amin tergelak kecil. “Kau dah ada boyfriend?” Dalam tenang Amin cuba cungkil rahsia. “Kalau kau anggap aku kawan kau, kau cerita, kalau tak nak tak apa. Aku tahu semua orang kat sini tak pernah suka aku.” Tenang suara Amin. Peka pon dia dengan orang lain kat sini. Kalau Lia dengar ni, mesti tak boleh terima kenyataan.

Najihah balas dengan gelengan. Sebab aku dah mula nak anggap dia sebagai kawanlah aku perlu jujur. Mungkin aku lemah sikit bila tengok Amin jadi luar biasa macam hari ni. Amin memang bijak memanipulasi keadaan.

“Dah kau tahu orang tak suka…apesal kau buat jugak perangai zaman batu kau tu. Orang bukan tak suka kau…tapi orang tak suka perangai tak bertamadun kau tu. Faham?” Amin tersenyum. Senang hati betul dia tengok aku sedang berkata-kata ni.  

“Sebab tu aku makin suka kau. Dengan kau je aku boleh cakap macam ni, orang lain tak pedulikan aku pon.”  

“Kau nak tahu sebab apa…sebab kau bukan reti BERCAKAP dengan orang.” Sengaja Najihah tekan ayat tu. Amin mengerutkan dahi. “Yang kau tahu…marah orang, cari masalah dengan orang, kau je yang betul…cakap orang tak pernah nak dengar.”

“Aku macam tu ke?” Amin buat-buat terkejut. Nak je aku ketuk kepala dia sampai terbenam.

“Yelah…nak aku buat senarai ke? Lepas tu boleh aku pos laju-laju kat rumah kau…” Najihah tergelak. Amin pon gelak sama.

Hailah Amin. Aku harap kau boleh ubah perangai kau tu jadi manusia yang tahu hormatkan orang lain. Kalau dia boleh terima aku jadi kawan dia, takkan aku nak menolak. Kawan jelah, bukan salah pon. Bukan kena bayar pon kan haha.
                              ******************************************************************************
Mak bapak Alia ke KL atas urusan keluarga selama dua hari ni. Jadi, akulah orang yang bertanggungjawab untuk teman Alia tidur di rumah dia. Cewah…tanggungjawab apa sangatlah kan. Cuma tolong menghuru-harakan rumah dia ada la haha. Teman je lah si Lia tu, lagipun dua hari ni cuti hujung minggu. Bukan ada aktiviti pon nak buat kat rumah. Membuta bolehlah. 

Najihah dan Alia makan di luar malam itu. Nak makan kat rumah, tak ada siapa yang rajin nak masak. Kalau setakat asam laksa dan tom yam dari mee segera aku prolah haha. Sudahnya, Western food restaurantThe Gate’s yang aku pilih. Tekak aku ni rasa nak mencekik makanan orang putih pulak malam ni. Alia setuju sangat-sangat dengan pilihan aku ni sebab dia bayar guna duit dari purse aku. Rugi la kalau tak setuju kan.

“Yang kau tak nak ikut gi KL tu, kenapa?” Najihah tanya sambil tengok Alia makan dengan penuh nikmat. Tunduk je minah tu, langsung tak angkat muka tengok keadaan sekitar dia.
“Mak bapak aku balik Isnin ni. Macam mana nak pergi. Kerja kan....” Alia jawab acuh tak acuh. Macam ada perkara yang tengah kacau kepala otak dia sekarang ni.

“Aiii…selalu pon kerja jugak kan, sanggup je kau ambik leave. Tak rindu ke ngan Syam tercinta tu??” Najihah gelak kecil. Alia langsung tak tunjuk minat.

Jogging esok nak?” Hoho…Alia dah ubah topik secara drastik. Tahulah aku benda apa yang racun-racun kepala dia. Tak habis lagi lah tu gaduh dengan Syam. Sebelum kepala aku kena terajang dengan si Lia ni baik aku surrender je cakap pasal Syam. Minah ni bukan spesis yang senang dipujuk dengan ayat-ayat romantis aku ni. Kalau dia tengah merajuk buat tak tahu je. Dia akan ok lepas tu.

You know me well Lia…aku ni tak cukup stamina.” Alasan biasa yang Najihah bagi kalau di ajak jogging. Bagilah banyak mana pon alasan, aku tetap kena paksa dengan dia ni. Menyampah betul.

“Argh…stamina ke ribena ke? Peduli apa aku? Aku tak kira…aku heret jugak kau esok pagi.” Berdecit-decit suara Alia. Tapi oklah tu, dia dah jadi diri dia sebenar yang aku kenal.

“Aku tak bawa track lah. Sport shoes pun tak ada. Kesianlah pada musafir jalanan yang tiada tempat untuk bermastautin iniiiiiii…” Najihah buat suara sedih. Dalam usaha menolak cadangan Alia walaupon tahu ianya sia-sia belaka haha.

“Aikkk…apa yang kau merepek ni mangkuk? Susah apa…pakai je track ngan kasut aku.”

“Oii Cik Gayah…kau  tu saiz S. Aku ni M…entah-entah dah nak kena pakai L dah kot. Mana nak celah badan aku ni.” Najihah marah-marah. Alia tersengih.

“Ahhh engkau…banyak songehlah. Tak pe…aku memang selalu beli baju seluar semua saiz M. Kalau tak muat juga kau pinjam je seluar bapak aku…” Alia gelak berdekah-dekah. Aku sumbat jugak kang mulut dia ni dengan kotak tisu yang ada depan aku ni kot.

“Tak payah…esok pagi hantar aku balik rumah mak bapak aku. Biar aku pakai seluar aku sendiri. Apelah nasib…uwaaaaaa.” Najihah cuba cari simpati yang tak menjadi. “Tapi lepas tu kau belanja aku makan nasi lemak dekat Jalan Tupai. Aku nak lauk ayam rendang dengan sambal sotong…aku tak kira. Aku heret juga kau esok.”

“Wah,wah, wah…selera mengalahkan orang mengidam. Makan je kau tau…benda yang kau makan tadi pun belum sempat nak hadam lagi.” Bentak Alia. “Hah…apa lagi tunggu, cepatlah bayar. Tinggal kau kat sini kang baru tau.” Alia dah bagi arahan macam cikgu disiplin sekolah. Najihah terus angkat punggung dan jalan menonong ke kaunter.

                           ******************************************************************************
“Wei mangkuk….cepatlah!!! Lembap macam siput.” Alia terjerit-jerit panggil Najihah sambil dia tengah berlari setempat sementara tunggu Najihah yang berada 50 meter belakang dia.

Mata orang ramai yang tengah joging kat situ, tertumpu tengok Najihah.  Malu giler aku, Lia kata aku macam siput. Tunggu Alia, aku nak kenakan dia. Najihah terus berhenti joging dan terus toleh tengok belakang. Buat-buat cari orang yang Alia panggil dengan muka curious. Biar dia rasa hahaha.

“Wei…engkaulah baju biru tudung biru!!!” Alia jerit lagi dengan kuat. Lepas tu dia gelak.

Cilanat punya Alia!! Semua orang dah tersengih-sengih pandang aku. Najihah meneruskan larian dia yang konsisten sejak dari tadi lagi sambil buat-buat tak kenal Alia. Time ni memang malu nak mengaku yang aku ada kawan macam dia.

Pedulilah dengan Alia. Dia ni bukan berjoging, tapi berlari mengalahkan ironman triathlon. Dia tak tahu ke apa definisi joging?? Joging itu bermaksud berlari secara perlahan untuk meningkatkan kecergasan badan sambil mengurangkan tekanan. Kalau joging dengan Lia ni, menambahkan tekanan aku lagi ada la. Sebab dia suka push aku lari dengan laju. Macamlah aku ni pegang baton yang perlu aku past dekat dia. Terus putus mood aku nak beriadah.

Alia dah berhenti kat hujung jalan. Berhentilah sebab dah habis satu tasik ni dia pusing. Lepas aku sampai je, kita orang menapak ke parking lot. Menapak sambil bercerita macam-macam. Tengah-tengah baik menapak ada sorang mamat yang tengah berdiri di tepi kereta, tahan kita orang macam gaya tahan bas. Apa dia ingat kita orang ni ada ciri-ciri bas awam ke??

“Sofea, kan??” Mamat yang nampak macam baru lepas joging ni tanya Najihah.
Sofea?? Sofea mana ni…Sofea Jane ke?? Najihah menggali-gali ingatan. Dia cekak pinggang sambil renung jalan tar. Nak fikir sampai dapat. Ganbatte ne, Najihah!!!

Mak oii…ingat dah, Farid!!! Betul la kan, siapa lagi yang panggil aku dengan bukan nama sebenar kalau bukan dia. Habislah aku kali ni!!!

“Mamat dekat McDonalds dululah, mangkuk. Farid.” Alia bisik dekat tepi telinga Najihah. Dia ingat aku lupa la tu. Saja aku nak buat-buat tak kenal tadi sambil cuba cabut perlahan-lahan. Tapi, tak jadi la nak buat rancangan jahat ni.

“Kenapa…dah tak ingat I lagi?” Farid cuba menguji. Alia dah tersengih-sengih. Cipan betul!! “Ini kawan you yang sama jugakan?” Farid tanya lagi. Kuat jugak memori dia ni.

“Ye, saya. Ni Alia, memang kawan yang sama.” Najihah jawab lambat, seolah-olah gugup. Nak je aku transform, jadi vampire sekarang ni. Biar Farid lari lintang-pukang terjun gaung.

“Kita memang berjodohan. Betul kata you…kalau dah jodoh, tak ke mana.” Farid ulang kata-kata Najihah dulu. Dia tersenyum penuh makna.

Hish…mintak simpang!!! Najihah telan air liur sambil pandang Farid tak berkedip.

“Sekarang I nak tuntut janji you dulu. So, takkan dekat sini je? Jomlah kita pergi tempat yang selesa sikit.” Farid bagi cadangan dengan penuh etika.

Mamposlah kau Najihah, dia tak main-main tu. Kau pandai sangat tabur janji, sekarang tanggunglah sendiri. Menyesal pulak aku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dah tak mampu nak berkata-kata.

“Hah oklah tu…kita orang memang nak pergi makan nasi lemak ni. Jomlah sekali…Jiha ni, oppps.” Alia pekup sekejap mulut dengan kedua belah tangan dia. “Sofea. Hah Sofea ni teringin nak makan ayam rendang dengan sambal sotong.” Alia buat rancangan bagi pihak Najihah. Rancangan apa jadahnya, dia buat keputusan!!!

Aku rasa macam nak pijak-pijak kaki si Lia ni, pandai betul dia buat plan. Aku tak pernah setuju pun, suka-suka hati atok dia je.

“Ok set. Dekat mana tempatnya?” Farid sudah bersemangat.

Najihah dah jalan laju ke kereta, tinggal Alia yang tengah beramah mesra dengan Farid. Marah betul aku dengan Lia ni. Tak tahu macam mana nak hadap muka mamat ni nanti. Tak sampai seminit Alia terus berlari mendapatkan Najihah. Lepas Alia melabuhkan punggung dia, terus Najihah cubit paha Alia sekuat hati.

“Sakitlah Jiha!!!!” Alia tampar-tampar tangan Najihah yang tengah cubit dia.

“Tak payah kau nak ajak dia kalau nak makan free. Aku boleh bayarlah kalau kau nak makan lauk penuh pinggan pon.” Najihah marah Alia sungguh-sungguh. 

Sorry Jie…mana aku tahu kau tak suka.” Alia balas tanpa rasa bersalah.

“Tak tahu kau cakap?? Ke kau yang suka dia??” Najihah marah lagi.

Dia orang bertikam lidah sepanjang perjalanan. Rasa nak lompat sambil tikam Alia punya kusyen kereta. Tikam jelah apa yang ada, takkan nak tikam si Lia ni pulak.

Farid dengan gentlenya, pergi ambil semua lauk pilihan mulut Alia. Alialah order sebab aku dah kunci mulut sejak turun dari kereta tadi. Gatal sangat mulut dia nak mengajak Farid. Hah..layanlah kawan dia tu baik-baik.

Sesi soal jawab bermula semasa menjamu selera. Najihah lebih banyak fokus kepada makanan dia berbanding menjawab soalan Farid. Alia dan Farid bertukar-tukar biodata secara lisan. Tapi biodata aku yang banyak dia orang sebut. Tension!!!

You kerja dekat mana??” Farid soal Alia lepas dia teguk teh tarik.

“Dekat sini jugak…I dengan Sofea kerja satu tempat.” Eiii nak muntah pulak bila Alia asyik sebut Sofea depan Farid. Akhirnya, Najihah bersuara juga.

“Herm…Farid, nama I bukan Sofea. I tipu you je. Panggil I Ain.” Najihah terang acuh tak acuh. Kena jugak terang walaupun malas nak menyampuk cakap dia orang ni.

“Patut banyak kali I dengar Alia tersasul…tapi dia sebut Jiha bukan Ain.” Musykil bunyi suara Farid tu.

“Dia sorang je panggil I macam tu…you boleh panggil I Ain.” Lepas cakap, Najihah terus suap nasi ke dalam mulut. Sedap jugak sambal sotong kurita ni. Kurita???

“Kenapa I kena panggil Ain…tapi Alia boleh panggil you Jiha?” Farid belum puas hati. Najihah diam dan terus fokus mencekik nasi lemak.

“Nur Ain Najihah…nama dia.” Alia tolong jawab lepas dia dah jeling Najihah kali ke 27.

“Boleh pulak tipu nama.” Farid ketawa kecil. “I nak panggil sama macam Alia, okey??” Farid tengok Najihah.

“Arghhh…suka hati youlah nak panggil apa pun.” Najihah jawab dengan separuh hati. Bosan nak berbahas dalam topik yang tak ada faedah tu.  Boleh pulak Farid gelak tengok aku yang tengah boring ni. Ciss!!

“Jiha…your parents kerja apa?” Sampai macam tu sekali soalan Farid. Meremang pulak bulu tengkuk aku bila Farid panggil ‘Jiha’. Alergic bila orang luar panggil gitu.

“Bapak I buat business kecik-kecik je. Mak I pencen JKR.” Najihah selamba. Malas nak bersopan santun dengan mamat yang banyak songeh ni, meluat.

Business apa?” Dia soal lagi. Ish…semua dia nak tahu, rimas le.

“Jual jamu ke Indonesia...” Muka Najihah bersungguh-sungguh tetiba . Farid mengangguk-angguk kepala.

Alia pulak terbeliak biji mata sampai terjatuh sudu dia atas meja. “Haaaaa…” Terus terkeluar perkataan yang tak ada maksud ni dari mulut dia.

“Eh…bukan orang sana ke yang jual jamu kat sini?” Tiba-tiba Farid dapat berfikir dengan bijak. Padan muka kau Najihah…nak tipu tapi tak pandai. Lain kali jadi bijak sikit kalau nak menipu.

“Bapa dia kontraktor…” Alia yang macam tersampuk tadi, baru cuba mencelah. Najihah dah jeling tengok Alia. Kerja si Lia ni, memang tolong buat pembetulan ayat aku je dari tadi lagi.

Oh I seecompany?” Farid tunjuk minat.

“Syarikat kecik je I cakap…kalau I sebut pun, sure you tak tahu punya. Lagipun you bukan orang sini.” Najihah berdalih. Sebenarnya, dia tak nak buka pekung di dada. Betul ke perumpaan tu? Salahlah!  Hahahaha…

“E’eh…asyik you je tanya pasal kita orang. Pasal you tak nak cerita ke?” Alia tiba-tiba bagi cadangan hebat. Eloklah tu, sebelum Farid tambah soalan yang entah apa-apa lagi. Masa untuk aku berdiam diri sekarang ni. Sembanglah kau orang berdua.

Farid tersengih. “Betul jugak kan. Nama penuh Farid Helmi Bin Hassan. Umur 27. Masih bujang.”

Masih bujang?? Perlu ke dia cakap cam tu hahahaha.

Farid sambung cakap lagi lepas dia tarik nafas. “ I anak ke tiga dari empat orang adik-beradik. Asal…KL, keja pun di sana...”

“Habis tu…buat apa kat sini?” Alia potong tanpa bagi signal. Kasi la chance dia habiskan…ini cerita dialah. Aku debik jugak kot si Gayah ni. Saja je nak lambatkan cerita.

“Di sini kerja jugak…sementara projek dekat kawasan sini.”

You kerja apa?” Kecoh betul Alia ni menyoal.

“Ermm…engineer, yang tengah buat double track project tu.”
Double? Asal tak buat triple? Baru gempak. Weh Najihah…itu projek negaralah. Hebat tuuu!!!

“Ohhhhh…patutlah pakai kereta  mahal.” Alia tiba-tiba jakun. Tolonglah Lia!!! Mahal ke?? Bukannya dia pakai Skyline pon.

Hehehe…pada aku memang tak mampulah, Toyota Wish colour merah menyala-nyala. Naik sorang pun nak pakai MPV, entah apa-apa mamat ni. Najihah, tolong jangan merepek bukan-bukan boleh tak??

Aduhai…tak boleh jadi ni, dia orang ni dah banyak sangat membebel. Aku dah berapa ratus kali menguap. Makan pun dah kenyang, tak sangka pulak sampai licin pinggan aku bedal nasi lemak hari ni. Best sangatlah Alia tu, beria-ia benar pulak dia. Kang aku balik jalan kaki, baru dia tahu. Jadi, aku kena buat ending pada cerita dia orang ni.

I rasa dah lama sangat kita kat sini…kita orang jalan dulu ar.” Najihah memberhentikan mood Farid dan Alia bercerita yang tak ingat nak balik rumah.

“Jiha…rileks la dulu. Lepak-lepak jap…” Ewah…brutalnya rasa bila Farid cakap macam tu. Kelakar pulak bahasa dia ni.

Najihah tengok jam kat tangan, 12.47. “Tak boleh-tak boleh.” Dia menggeleng kepala laju. “Dah lewat sangat ni…tuan tanah ni pun dah nak tutup kedai.”

“Eh kenapa susah sangat  I nak ambil masa you I dah cari you lama tahu. Hari ni…baru I terjumpa balik. Absolutely, you are not appreciated me!!! You jugak yang janji nak jawab semua pertanyaan I kan? You owed me one, Jiha.

Apehal pulak si Farid ni…nak emo semacam. Dahlah suka guna bahasa-bahasa dalam buku. Letihlah!! Sampai bila aku perlu duduk sini?? Takkan nak tunggu sini sampai lepas Maghrib kot. Alia pun satu, tak reti-reti nak balik ke?

“Dia memang macam tu…suka jual mahal. Susah-susah sangat…you pinang terus jelah si Jiha ni. Dia memang jenis yang suka dipaksa.” Gila betullah kau ni Lia…ada ke patut cakap gitu? Boleh kena tekanan darah tinggi aku macam ni.

“Is that true?” Farid ambil serius kata-kata Alia. Agaknya…Farid ni, tak faham bahasa kiasan kot. Apa bendul sangat dia ni??

“Boleh…tak ada hal pun. Tapi kalau you tak rasa malulah.” Najihah jawab sinis. Padanlah, sorang tak faham bahasa…sorang lagi bijak memutar belit bahasa. Najihah cuba bandingkan diri dia dengan Farid.

“Ok. Phone number, pleaseyou dah janjikan dulu.” Argh…dia ni suka mengungkitlah, Najihah tak puas hati. Sudahnya dia bagi jugak, tapi nombor telefon bimbit Alia.

“Woi…number aku lah!!!” Alia marah Najihah. Najihah gelak. Ahah ha hahaha(gelak sambil hentak kaki).

Oh really…it’s okayYou ni memang suka challenged my mind. Tapi tak apa… I suka.” Farid cakap sinis.

Marah la tu! Marah lagi-lagi pon tak apa. Hermh…apa sangatlah yang aku cabar dia tu. Bukannya aku ajak dia gi track pun…kecoh je lebih!

“Terima kasih banyak-banyak sudi belanja. I terhutang budi dengan you hari ni. Semoga Allah je yang dapat membalas.” Ikhlas nada yang terkeluar dari bibir Najihah. “Sorry kalau ada tekasar bahasa dan mencabar di mana-mana.” E’eh…minta maaf macam di hari raya je. Sejak bila pulak aku bersopan-santun ni? Susah la kalau di suruh buat benda yang kita tak suka.

“Fine, Jiha. When there is a will, there is a way…” Amboi mamat ni siap keluar pepatah lagi! Kalau dah romeo, romeo jugak la kan. Kata-kata itu, Farid suarakan sebelum dia tolong tutupkan pintu kereta di sebelah Najihah. Hailah Farid, tak perlu la buat begitu. Jadi meluat aku.

Sepanjang perjalanan pulang, Alia membebel macam mak nenek. Tak henti-henti Alia salahkan Najihah. Najihah cuma pekakkan telinga. Tak mahu melawan, nanti lagi buruk padahnya. Bila penat si Alia tu,  senyaplah dia nanti. Tapi, ada betulnya juga kata-kata Alia itu.

Kadang-kadang, aku pon tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Aku bukan tak nak mencipta perhubungan dengan lelaki, tapi aku tak nak terlibat dengan lelaki yang aku rasa tak selesa. Macam mana nak berkawan kalau tak selesa kan?? Susahlah nak cerita. Terus tak ada mood  hahaha.

Bersambung ....

5 comments:

  1. ada ka patOt “Jual jamu ke Indonesia...”!!! kakakakaka

    btw,arghhhh! alasan xmau p jOgging tuh familiar gila!!!!!! hah! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...suka hati la nak jual apa pon hahahah.

      joging tu biasa le ngeh3

      Delete
  2. gud jOb sis!!
    bley wat sy gelak menggelak! kahkah

    ReplyDelete
  3. syok cite..part jual mahal

    ReplyDelete
  4. gelak bergolekkk ... wakakakah !

    ReplyDelete