Tuesday, February 28, 2012

BAB 3

Dah 6.30 pagi, Najihah tekan butang stop dekat alarm handphone. Dia bingkas bangun ke bilik air mengambil wuduk. Kalau mandi dulu, jawabnya terbabas Subuh. Lepas solat, sempat lagi dia terlelap atas katil.

“Ya Allah… tidur lagi budak ni, dah pukul 7 tau tak? Bangun cepat, mandi!” Mak Cik Aisyah tarik kasar selimut dari badan Najihah. Brutal betul mak aku ni. Terkejut akak!!!

Najihah bangun dengan malas. Tuala yang tersangkut kat penyidai, dia capai dan jalan masuk bilik air dengan mata separuh tutup.

“Jiha, Jiha…apa kamu buat lama-lama dalam bilik air tu. Kamu tidur ke apa?” Lebih kurang 20 minit macam tu, Mak Cik Aisyah terjerit-jerit panggil Najihah yang masih tak keluar dari dalam bilik air.

“Mana ada. Kenapa bu??? Lama sangat eih orang mandi? Dah nak keluar dah ni…jappppp!” Najihah jerit dari dalam bilik air.

“Okeh siap cepat…boleh sarapan! Dah pukul berapa dah ni.” Mak Cik Aisyah membebel-bebel kat depan pintu bilik air Najihah.

Lama sangat ke aku dalam bilik air tadi? Mesti ibu risau, sebab aku selalu tertidur dalam bilik air hahahaha. Tapi, itu cerita lamalah. ‘Penyakit’ tu dah hilang sejak masuk hostel kat universiti. Pernah jugak Mak Cik Aisyah tanya aku dulu.

“Jiha…macam mana kamu boleh lena dalam bilik air tu? Kamu bersila ke, mencangkung ke…tak pun kamu baring betul-betul?”

“Entahlah bu…tak sengajalah boleh tertidur hahahaha.” Aku gelak kuatlah bila dengar Mak Cik Aisyah tanya gitu.

Pukul 8.10 pagi dia sudah sampai di pejabat, bermakna ada 20 puluh minit lagi untuk memulakan kerja. Wah, sesaknya nak masuk sini. Dia terpaksa mengecilkan badan untuk membolosi ruang Jabatan Operasi untuk sampai di meja dia. Semua yang ada di situ pandang Najihah tak lepas. Lagak macam tak pernah tengok perempuan je dia orang semua ni. Manakala ada dua, tiga orang staf sudah mengetahui bahawa dia adalah orang baru di situ. Jabatan ini biasanya di penuhi dengan pemandu-pemandu yang keluar masuk tak kira masa untuk menyemak trip perjalanan bas dia orang.

Ruang ofis Najihah ditempatkan di dalam wisma utama bersama empat department lain. Department yang Alia duduki dekat bangunan lain pulak. Dekat belakang wisma ni je pun.
Sebaik sahaja Najihah duduk kat kerusi, dia disapa oleh seorang pemandu. Mestilah pemandu lelaki, menurut Suzana syarikat ini belum pernah lagi mencipta sejarah untuk mengambil pemandu dari kalangan wanita.

“Pegawai baru kat sini?” Tanya seorang pemandu yang agak berumur. Senang je nak kenal dengan driver kat sini sebab dia orang semua  pakai uniform syarikat yang berwarna biru.

“Ye…baru start hari ni.” Pendek Najihah jawab.

“Cik atau puan?” Pemandu itu menambah. Najihah berfikir sebentar mencari jawapan. Pemandu yang sebaya abah Najihah itu tersenyum. Nak tahu samada aku dah kahwin ke belumlah tu. Sibuk betul orang tua ni.

“Hermm…PUAN!” Najihah selamba.

“Eh tipulah!! Tak nampak macam orang dah kahwin pun. Muka pun berseri-seri je.” Pemandu tadi cakap dengan yakin.
Eh…boleh kenal ke orang dah kahwin ke tak? Bahaya orang tua ni. Tipu pon tak lut.

“Oh…dah kahwin rupanya. Anak berapa?” Seorang pemandu lagi mencelah. Ini soalan perangkap.

“Tiga orang. Dua perempuan satu lelaki. ” Lancar betul mulut aku ni kalau masuk bab menipu. Bukan apa, saja nak tutup cepat cerita kahwin-kahwin ni.

Tak lama lepas itu, Haji Ramli dilihat melintas bilik operasi untuk menuju ke bilik dia. Keadaan bertukar menjadi senyap. Nak tunjuk hormatlah dia orang tu. Belakang pak aji tu, bukan main lagi dia orang.

“Assalamualaikum, Tuan Haji.” Najihah menyapa Haji Ramli dan salamnya disambut.

“Ain…ikut saya ke dalam. Saya ada beberapa perkara nak bincang.” Haji Ramli mengarah.

“Baik, Tuan Haji.” Hamba menurut perintah. Najihah sambung Najihah dalam hati. 
Kemudian dia mengekori Haji Ramli dari belakang dengan membawa sekali diari.
Haji Ramli menerangkan tentang selok-belok bidang tugas Najihah dengan lebih lanjut. Pak aji tu jugak menunjukkan prosedur untuk membuat laporan sesuatu kes saman melalui Gantt Chartt. Selain tu, Najihah perlu tahu mengenai PERKESO, KWSP, PUSPAKOM  dan banyak lagilah tugas aku. Kalau nak cerita semua kat sini mau dua tiga bab pulak karang. Mengantuk je semua yang baca cerita ni hahaha.

Hampir ke tiga jam jugalah Najihah bertapa di dalam pejabat Haji Ramli. Walaupun aircond cukup kuat kat situ, tapi peluh dingin tetap memercik kat dahi Najihah yang sedang pick-up arahan daripada Haji Ramli.

“Cukuplah tu Ain…saya tahu awak pening nak cacth up semua benda ni. Tengok dahi awak yang berkerut tu pun saya dah dapat agak.” Haji Ramli ketawa kecil.

“Eh…sampai macam tu sekali ke Tuan Haji?” Najihah risau. Terasa over acting pulak.

It’s okay…awak boleh semak semua dokumen tu di luar. One more thing…di belakang tempat duduk awak ada sebuah bilik kecilkan. Bilik tu ada semua maklumat mengenai saman dan rekod-rekod pekerja. Awak boleh masuk ke situ untuk ambil segala rekod dan buat rujukan. Awak boleh minta tolong daripada Intan. Sebahagian daripada tugas dia memang untuk membantu awak di sini.” Panjang lebar Haji Ramli membuat penerangan.

“Ok Tuan Haji…kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.”

“Tapi kalau ada yang tak faham…just ask me,okay.” Haji Ramli pandang Najihah dengan mata yang tak lokek nak hulur bantuan. Baguslah pak aji ni.

“Baik Tuan Haji… I will ask you later, for sure. Jawab Najihah tanpa berselindung. Dia melangkah ke meja kerja dia dengan melenggang. Sebaik sampai je, ada seorang lelaki dalam lingkungan 40an datang mendekati.

“Cik Ain…tinggal kat mana?”

“Panggil Ain je…En. Rahim. Rumah saya dekat Taman Cempaka.” Jawab Najihah sambil membelek-belek dokumen yang bertimbun di atas mejanya.

“Eh…tahu nama saya?” En. Rahim terkejut.

“Hish En. Rahim ni…apa guna pakai pas pekerja yang besar gedabak tu kalau bukan nak tunjuk nama En. Rahim.” Najihah tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya.

“Hehehe…” En. Rahim tepuk dahi. “Sorylah Cik Ain…orang tualah katakan.” Ketawa kecil pulak En. Rahim ni.

“Tak ada hallah….” Tak sempat Najihah menghabiskan kata-kata, telefon di mejanya berdering. Najihah dan En. Rahim sama-sama pandang telefon tersebut. Najihah jawab. En. Rahim dah gerak ke tempat dia.

“Hello Jiha…aku ni.” Alia!!!! Pandai dia guna ‘kemudahan percuma’ kat syarikat ni.

“Hargh kau..ingatkan sapa tadi. Kenapa?”

“Jap lagi lunch time …kita makan sama-sama kat café eih.” Najihah tengok jam kat tangan, ada lagi setengah jam untuk keluar rehat. “Aku pergi kat tempat kau. Kau tunggu je situ.” Tokok Alia.

“Ok.” Najihah jawab tanpa banyak soal.         

                                  *****************************************************************************
“AIK…sikit je makan. Tak habis pun…” Tanya Alia.

“Aku memang macam ni…kalau berubah tempat, selera lambat nak mari. Macam lah kau tak kenal aku?”

“Ada juga orang pelik macam kau ni. Tapi yang buat aku lagi pelik…kalau makan kat mana-mana restoran even first time pun…lalu je, berselera je kau makan aku tengok.” Alia mengutuk.

“Aku tak pelik lah…aku unik.” Najihah angkat kening. “Itu lain…suasananya enjoy…mestilah berselera. Kat sini suasana bekerja…first day pulak, macam-macam aku nak kena pick up. Bila aku dah adapt tempat ni, kau tengoklah nanti berapa banyak aku boleh makan.” Najihah tergelak.

“Tulah…siapa suruh belajar tinggi-tinggi, kan dah pening kepala.” Alia ketawa perlahan.

“Apa punya nasihatlah kau bagi kat aku ni… tak ada motivasi memajukan diri langsung. Menjahanamkan aku adalah.” Najihah mengeluh.

“Alah…biasalah tu Jiha, bila dah kau familiar kat sini nanti ok lah tu.” Alia mula memberi semangat.

“Tapikan…kalau aku tau macam ni punya susah bekerja, baik aku jadi doktor je dulu.” Najihah tiba-tiba tergelak besar.

“Ahahahahaha…aper punye perbandingan yang kau buat tu? Tak logik langsung!” Alia gelak kuat-kuat. Kemudian Najihah turut gelak dengan idea bodoh dia tu. Orang lain yang tengah menjamu selera tertoleh tengok dia orang.

“Tak payahlah Jiha oii…dah tak ada makna nak tukar profesyen. Eh, Jie…aku baru teringat nak tanya kau satu benda ni.” Bunyi macam serius. Najihah angkat kepala tunjuk reaksi bertanya. “Kau ada jumpa budak operasi tak? Amin nama dia.”

“Tak ada pun…En. Rahim ada lah.” Najihah jawab acuh tak acuh.

“Cik Rahim yang tua bangka tu nak buat apa???”Alia mencemik. “Kalau kau nak tahu, dia tu supervisor kat operasi tu. Satu sekolah dengan kita dulu. Tapi yang itu…aku sure kau tak heran. Aku cuma nak bagi tahu kau…yang dia tu perangai tak semenggah orang. Suka hati atok nenek dia je nak buat apa kat sini. Kalau bab bergaduh…bagi kat dia jelah. Kau cuba tanya dia…perempuan mana yang kerja kat sini…tak pernah bertekak dengan dia. Ada je point dia nak bergaduh dengan orang.” Panjang betul Alia cerita pasal orang yang bernama Amin tu.

“Aku bukan apa…aku tak nak dia cari pasal dengan kau je. Sekarang aku dah bagi tahu…at least kau boleh berjaga-jaga dengan mamat kurang ajar tu.” Ada lagi penambahan ayat dari mulut Alia.

“Ok-ok…aku dengar nasihat kau tu.” Akhirnya Najihah baru dapat bersuara.

                            ******************************************************************************
Sehari suntuk Najihah mempelajari perkara baru pada hari ini. Lepas habis rehat tadi, terus dia berjumpa dengan IT Technician dekat sini. Belajar semua sistem apa yang patut. Kena buat emel baru sekali. Perkara yang memang perlu dia beri tumpuan seratus peratus. Kalau tidak…boleh mati kutu aku tak reti nak buat kerja nanti dengan segala software yang ada.

Keluar sahaja Najihah di luar pintu ofis, dah boleh nampak kereta abah aku dekat luar pagar. Tak sabar nak balik rumah lepas terasa penat kerja hari ni. Almaklum, dah lama membuta dekat rumah. Hari ni rasalah kepenatannya!!!

“Macam mana kerja…boleh ke?” Tanya Pak Cik Nazim sebaik sahaja Najihah membolosi kereta.

“Ermm…sakit kepala la bah. Semua nak kena belajar.” Najihah bersandar lesu.

“Dah namanya baru masuk kerja…mestilah kena balajar benda baru. Kerja tak sama dengan belajar. Belajar sekurang-kurangnya bertanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga. Tapi, bila kamu dah bekerja…tanggungjawab lebih daripada itu, kamu kena bertanggungjawab pada syarikat merangkap majikan, orang atasan dan orang bawahan juga. Besar amanah tu…jadi kena pikul baik-baik. ” Nasihat Pak Cik Nazim panjang lebar. Adoi, banyaknya tanggungjawab aku!!!

“Ye bah…orang ingat semua tu.” Jawab Najihah lemah. Kepala dia tetiba ingat balik pelawaan Alia masa makan tengah hari tadi.

“Kau pergi balik kerja ni naik apa? Abah kau jadi driver eih angkut kau?”

“Amboi-amboi…aku rasa ringan je tangan aku ni nak lempang mulut engkau tu.” Najihah buat action nak lempang pipi Alia.

“Emo pulak kau ni eih.” Alia menyeringai gigi. “Kau jangan marah-marah…aku nak offer benda baik kat kau ni. Apa kata…aku je yang ambil dan hantar kau. Senang kan sebab kita ke tempat yang sama.”

“Memanglah kita ke tempat yang sama…tapi kita dari tempat yang berbeza. Apa kau dah lupa? Rumah aku tu lagi jauh dari rumah kau.” Sanggah Najihah pulak.

“Itu aku taulah…sebab tu kau kena turun kat rumah aku. Lepas tu kau tak reti-reti nak jalan kaki balik rumah kau.” Selamba betul Alia cakap. Ikut sedap mulut dia je kan.

“Bagus sangatlah tu! Kau bukan tak tahu aku ni rajin sangat nak merentas desa dengan 
berbaju kurung ni. Huhh…tak kuasa mak.”

“Alah…tak jauh mana sangat pun.  Tiga, empat minit je nak ke rumah kau kalau naik kereta.” Alia berkira-kira.

“Ohh…kau nak samakan kaki aku dengan kereta kau pulak ke? Mahu empat, lima puluh minit kalau berjalan. Boleh kurus aku.” Najihah membebel. Rasa nak cekik je tengkuk Alia time ni.

“Sama apa? Dua-dua mula dengan huruf ‘k’…kaki…kereta…” Alia berkira-kira, loyar buruk. Cakap macam budak-budak tak pergi sekolah.

“A’ah lah memang ‘k’. ‘K’…untuk kepala hotak engkau!!!!” Najihah tunjal kepala Alia. Banyak merepek. Biar dia sedar sikit.

Lama Najihah mengelamun, tak sedar dah sampai ke rumah. Sempat jugak Najihah jenguk Mak Cik Aisyah yang sedang cabut rumput dalam pasu bunga. Lepas tu, dia terus naik ke bilik dia. Campak tudung atas katil, tukar baju dan solat Asar. Kemudian terus rebah atas katil. Nak buang rasa penat jap. Tapi rasanya hanyut terus kot hahahaha.

(penulis bersama untuk part ini adalah member aku si YATI.kredit untuk dia hehe)
                             ******************************************************************************
Hampir ke pukul 9.30 pagi, Najihah tenampak ada seorang lelaki yang baru masuk ke bahagian operasi. Pukul berapa lelaki ni masuk kerja?? Dilihat Cik Rahim mahu melintasi mejanya dan Najihah sempat menggamit tangan panggil Cik Rahim. Cik Rahim berpatah balik mendapatkan Najihah. Orang kat sini semua panggil ‘cik’ dan bukannya dengan ‘encik’ sebab dah terbiasa begitu dengan Cik Rahim. Dia orang cuma ambil hujung suku kata ‘encik’ itu je. Betul jugak kan, macam susah je nak pangil encik-encik ni. Sebut ‘cik’ sudah.

“Ada apa Cik Ain?”  Cik Rahim tanya dengan bersahaja.

“Sapa yang duduk kat meja sebelah kanan tu? Dia baru sampaikan?”

“Amin…supervisor kat sini. Dia memang selalu datang lambat.” Sekarang ni, Cik Rahim tunjuk muka bosan bila bercerita pasal orang yang duduk di meja sebelah kiri dia tu.

“Semalam tak nampak dia pun.”

“Semalam off day dia. Kenapa Cik Ain?”

“Tak ada apa. Saya ingat siapa tadi.” Tutur Alia cuba berselindung.
Inilah rupanya budak Amin tu, datang lambat buat company ni macam bapak dia yang punya. Lepas ni apa pula perangai buruk dia??

Lepas Cik Rahim kembali ketempat dia, Najihah nampak Cik Rahim dan Amin borak-borak kejap. Kemudian Amin toleh ke belakang pandang Najihah. Mugkin baru tersedar kewujudan Najihah di situ. Najihah hanya meyelak-nyelak dokumen nak tunjuk yang dia sedang bekerja sedangkan ekor mata dia tengok Amin dari jauh. Sekarang ni, Amin sedang jalan menghampiri meja Najihah.

“Eh siapa ni…orang baru eih!” Amin menyapa Najihah sambil tersenyum riang. “Cik Rahim…siapa nama awek ni?” Tanya Amin kepada Cik Rahim.

“Tanyalah pada tuan punya badan sendiri.” Acuh tak acuh je Cik Rahim jawab. Tetiba Amin jalan ke pintu depan memeriksa rak punch card. Dia tercari-cari sesuatu, kemudiannya dia mengeluarkan satu kad.

“Nur Ain Najihah Binti Mohd Nazim.” Amin baca kuat-kuat sambil tangan dia pegang satu punch card.  Umur dia pun sebaya sayalah Cik Rahim.” Amin membelek-belek punch card Najihah yang tertera nombor kad pengenalan dan jabatan. Cik Rahim buat tak reti je.
Amin letak balik kad Najihah dan pergi jenguk Najihah kat meja. Jenuh Najihah menjawab soalan daripada Amin. Apa dia ingat company ni bapak dia punya ke boleh bersembang anytime. Dalam berborak Najihah sempat juga Najihah siapkan satu laporan mingguan. Daripada bersaya awak bertukar menjadi aku dan engkau. Borak punya borak…sampai juga mereka pada zaman sekolah dulu.

“Tak sangka kita satu sekolah dulu. Kalau aku tau kau comel macam ni…dulu lagi aku dah ngorat sampai dapat.” Amin senyum meleret-leret. Hish…dia cakap aku tak cantik dulu. Apa dia ingat dia tu handsome sangat ke?

“Hermhh…kau dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Sapa yang tak kenal dengan perangai jahat, lawan cikgu, kuat gaduh kau tu.” Najihah dah tembak-tembak Amin sekarang ni.

“Weh Ain…sampai hati kau. Itu dululah…sekarang aku dah berubah.” Mendatar je suara Amin. Takkan sedih kot? Muka gangster.

“Herm…boleh percaya ke? Tak apa…biar aku tengok sejauh mana perubahan kau tu.” Najihah angguk-angguk kepala dia.

“Kau cabar aku ke Ain?” Amin merasa terpukul.

“Ada aku cakap ke? Aku cakap nak tengok je.” Najihah berkias-kias. Kalut betul mamat ni. 

“Dah…aku nak buat kerja ni.” Najihah buat muka serius. Amin dah kembali ke tempat dia. Najihah sambung kerja.

Keadaan ofis senyap sunyi tiba-tiba bila ada sorang lelaki yang pakai kemas siap kot dan tali leher yang lintas kat bilik operasi. Ada jugak  yang tunduk hormat.

“Dato’.” Amin tegur. Dato’ Ramlan hanya mengangguk kepala.
Dato’ menuju ke sebelah kiri bilik operasi. Bilik Dato’hanya  selang dua tiga buah je dari bilik operasi.

“Ain…kalau kau nak tahu, tulah owner company ni.” Amin cakap dari tempat duduk dia lepas Dato’ dah selamat masuk bilik.

“Ohh…patutlah aku tengok muka kau kecut tadi. Rupanya nampak bos besar. Itulah asyik bercakap tak henti-henti.” Sindir Najihah.

Dia ingat aku tak kenal ke tuan punya syarikat ni. Haji Ramli dah bawa aku jumpa Dato’ dah pun sebelum ni. Kena la jumpa bos besar dulu sebelum mula bekerja, syarat kat sini tu!!!

                               ******************************************************************************
“Jiha jom…kau tak nak lunch ke?” Alia datang kat meja Najihah. Boleh tak sedar jam dah masuk ke waktu rehat.

“Ikut boleh?” Amin tiba-tiba mencelah.

“Boleh blah! Lain kali je, hari ni dia makan dengan aku. Esok dengan aku. Lusa dan tulat pun dengan aku jugak.” Jawab Alia dengan suara kasar. Najihah tengok je. Tak dapat rentak lagi nak faham keadaan dua makhluk kat depan dia ni.

“Heh Alia…sombong kau eih! Mentang-mentang dah ada geng...besar kepala pulak” Amin tak puas hati. Sebijik perangai dia macam waktu sekolah dulu-dulu. Langsung tak matang.

“Apa kau ingat kau je yang boleh angkat geng? Kau je yang boleh besar kepala? Aku tak boleh…macam tu?” Lagi tinggi suara Alia mengalahkan Amin. Hish…tak boleh dibiarkan budak dua ekor ni.

“Lia…sudah-sudah la! Jom.” Najihah taik tangan Alia keluar dari situ. Amin sempat tumbuk meja dia tunjuk protes.
Alia berjalan laju ke café  hingga Najihah tertinggal kat belakang. Marah betul Alia dengan Amin. Benci benar dia dengan Amin itu. Sebut nama Amin pun dia tidak sudi. Inikan pulak nak duduk semeja menjamu selera. Memang tidak berseleralah Alia jawabnya. 

“Ermm…Lia, aku dah bincang dengan abah aku semalam…pasal kau nak ambil hantar aku tu.” Najihah buka cerita lain, tak sebut pasal Amin.

“Dah tu?” Alia angkat kening.

“Abah aku yang hantar selagi dia tak ada hal kat luar kawasan ni. Kalau dia ada hal…abah aku minta tolong kaulah. Boleh?”

“Boleh je…dah aku offer ambil dengan hantar kau hari-hari, takkan sekali-sekala pulak tak boleh.” Alia geleng kepala.                 

“Thanks, Lia!”

Thanks  je tak cukup…belanja aku makan hari ni.”

“Kejam la kau ni…aku baru kerja dua hari. First gaji nanti…aku belanjalah.” Najihah buat suara sedih.

“Eleh…buat muka kesian pulak. Iyelah aku tau…saja nak test kau.”

“Heheh…kau memang kawan yang memahami la.” Najihah membodek.

“Jiha…pasal tadi, kau dah tengok sendiri kan. Macam mana dia suka cari pasal…ini baru sikit. Lepas ni kau kena berhati-hati dengan dia. Tempat kau tu, dekat je dengan dia. Memang senang sangatlah dia nak ambil kesempatan kat kau.” Alia buka cerita tadi. Bersungguh-sungguh dia berpesan. Najihah hanya menganggukkan kepala.

                                 ******************************************************************************
Malam-malam macam gini memang bosan sebab tak ada aktiviti nak buat. Nak harapkan kak long, tak muncul-muncul sampai sekarang. Berjanji je lebih kata nak chatting malam ni.

Okay sis, next Saturday…kita chatting lagi eik. Oyasumi nasai! Sayonara!

Janji tinggal janji je. Sibuk sangat la kot dengan kerja. Kerja, anak, suami semua nak handle. Mesti dah lupakan aku yang tengah tunggu dia macam buah tak gugur. Ni nak marah ni!!!

Sila fikir dengan baik-baik ya, Najihah. Kakak ipar kau tu banyak lagi kerja selain nak layan kau. Sudahnya, dia berteleku depan laptop sambil menopang dagu dengan mata separuh tertutup.

<melissa_1701> Kon Ni chi Wa!!!!

Hah…cik kak ni dah oren. Tak sia-sia tunggu setengah jam. Sampai habis sekotak Rocky aku bedal.

<najihah_nazim> you’re late kak long…kena denda

<melissa_1701> sorry sis, so tiring…I’ve done my presentation by noon. So, now can take a deep breath…fuhh

<najihah_nazim> iyelah...wanita berkerjaya memang la cam gitu

<melissa_1701> amboih…macam la orang tu tak ‘bekerjaya’. Congrates sis..boleh belanja kak long nanti :P

<najihah_nazim> congrates  after a third weeks?? Hermmh…

<melissa_1701> ok apa dari tak ada . Kak long baru tahu la dik…nak harap adik bukan nak cerita huhu

<najihah_nazim> saja la tu nak buat sedih. If I didn’t mentioned...at the ends, you still got that information, right? Hahaha…  doesn't matter what, thanks kak long. nanti orang belanja kak long makan cendol mamak kat bawah pokok ketapang

<melissa_1701> cakap jangan cakap cendol-cendol kat sini..nanti kak long homesick

<najihah_nazim> balik raya tak pernah miss pon…still homesick kahkahakah. Kak long….last Saturday…orang makan CENDOL PULUT dekat kedai Bismillah. Sedap kak long…tak pernah lagilah makan sesedap hari tu…slrrrrppppp!!!!!

<melissa_1701> you’re too much dik…sob, sob, sob. Tak apa lah…kak long masih setia dengan sashimi, udon, danburi, ramen….dan banyak lagi dik

<najihah_nazim> Euww…silap oranglah kak long. saya kan benci dengan seluruh keturunan sushi dan seangkatan dengannya. Kuey Teow Doly Special waiting you kak long….

<melissa_1701> Abang Long & Irfan…tengah main snow ball dekat luar. Dia orang tengah jerit-jerit panggil you datang sini…
Chopp!!! Najihah jeling sekilas jam dekat toolbar skrin. 10.25 pm.

<najihah_nazim> Pukul berapa sekarang ni Kak Long?? Agak-gaklah nak tipu orang pon.
Kak Long cuma balas dengan ‘hahaha’ je bila aku cakap macam tu. Gila apa nak main kat luar dalam waktu-waktu sekarang ni. Awal sejam je pon waktu kat sana. Macamlah aku tak pernah ke sana. Ada hati nak tipu aku. Inilah kesannya bila selalu sangat makan sup yang dibeli dari mesin hahaha.  Kalau boleh, semua benda orang Jepun nak beli dari mesin. Termasuklah Kak Long aku yang sorang ni. 

Bersambung ....

5 comments:

  1. waO! taman cempaka!!! ekekekeke
    btw, alia keja department ape eyh miss writer? teeeheee~ :p

    ReplyDelete
  2. haip! mn bley marah pembaca!! wakakaka :p

    ReplyDelete
  3. mn ada.i syg pembaca mcm anda ni huaaaaaa...

    ReplyDelete
  4. baris ayat mudah untuk di fahami ....
    x jemu untuk mengulang membaca ...
    caiyok2 !

    ReplyDelete