Wednesday, February 15, 2012

Permulaan Sebuah Kisah...

Dengan lafaz Bismillah...

Baru ada kekuatan untuk aku berkongsi cerita di sini heheh. Cerita yang biasa-biasa dan cerita yang banyak kekurangan. Tak salahkan untuk mencuba apa saja di sini. Sebab ini blog aku yang punya haha (giler bongkak...tunduk beristighfar kejap). Apa2 pon, kira aku tengah bereksperimentasi la nie...ewah!

Now that I'm ready to get started. On my mark, get set...and GO!!!

KISAH NAJIHAH
 
BAB 1

Pap!!! 

Skrin notebook Viao ditutup selepas selesai buat Video Call dengan Kak Long. Sebelum tu, sempat Najihah berbual dengan Abang Long. Perbualan jadi panas, sebab Abang Long cakap, pipi aku dah macam kuih Pau Tanjung Malim. Sedap dia bantai gelak berdekah-dekah dekat aku. Memang jenis abang yang tak pandai nak jaga hati adik dia yang halus ni.
  
Aduhai…bosannya petang-petang macam gini. Najihah mengeluh. Ibu dan abah dia pergi menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu abah dia di Ipoh. Hanya tinggal Kak Wawa suami isteri dan dua anak dia orang yang tengah tidur. Itu pun mujur dia orang balik bercuti hujung minggu kat rumah. Kalau tak bertambah bosanlah hari-hari Najihah semenjak menjadi ‘full time housewife’ ni hahaha.

“Tolong!!!!! Apa nak buat niiiiiiiiiiiiiii???” Najihah terjerit-jerit macam tak sedar diri. Dia terbongkang atas sofa L shape kat ruang tamu rumah.

“Ya Allah…apa kenanya ni? Dah macam rumah masuk penyamun!” Najihah toleh tengok Kak Wawa yang tengah menapak ke ruang tamu. Lepas tu, Kak Wawa duduk kat sofa depan Najihah.

“Eh, ada makhluk lain kat sini rupanya…ingatkan semua dah membuta. Hadoilahhhh…orang dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Orang stress...rasa dah macam tiga puluh tahun duduk rumah.” Najihah mengeluh. Padahal baru masuk bulan ketiga dia menganggur.

“Dik, akak rasa kau kena pergi KL…cari kerja kat sana. Pergi lah tumpang rumah Mak Usu ke, rumah Mak Ngah ke…senang sikit nak pergi temuduga. Dekat sana bangunan tinggi-tinggi, besar-besar…banyak lah peluang kerjanya. Kalau dekat Taiping ni, besar manalah sangat syarikatnya…kilang banyaklah. Lainlah kau ambil engineering…ini tidak ambil Admin. Tak dapek den nak nolong.” Kak Wawa cuba memberi buah fikirannya.

“Alah akak ni…rezeki ada je kat mana-mana.” Najihah cuba menyanggah.

“Bila orang bercakap, kau ada aje nak pusing-pusing. Tak boleh ke nak dengar cakap orang tua sikit.” Kak Wawa dah jeling Najihah. Ada nada lucu sikit pada ayat Kak Wawa. Najihah tersengih.

“Hermm…sedar pon diri tu dah tua.” Najihah tergelak. Kak  Wawa geram. Dia baling bantal kecil yang ada di atas riba dia  dan terkena hidung Najihah. Najihah gosok-gosok hidung dia yang terasa sengal. “Sengal betullah akak ni...”

“Akak ni kalau tua pon tak apa…kerja ada, kahwin pun sudah. Ada dua orang anak yang comel-comel lagi. Tengoklah pulak siapa mamanya kan?” Kak Wawa dah masuk bakul besar kemudian angkat sendiri.

“Habis tu akak nak cakap yang orang ni tak ada apa-apa lah. Tak laku la cam tu?” Rasa nak marah betul kat Kak Wawa ni. Tapi betul kot, aku ni apa pun tak ada. Uwaaaaaaa!!!!!

“Aii…mama, papanya tak sebut pun. Kalau tak macam mana nak dapat anak yang comel tu.”  Tetiba, ada satu suara lelaki bergema kat sini. Suara Abang Kamal. Mana datangnya abang ipar aku ni?

“Opps…sorry bang , ingatkan abang dekat atas lagi.” Kak Wawa meyeringai gigi. Najihah biar je dua laki bini tu sembang-sembang. Dah sah-sah anak dia orang, itu pon nak berkira sapa yang lagi comel, lagi hensem. Hish…comel lagi aku agaknya hahahaha.

“Hah itulah…bersembang bukan main cantik lagi. Cerita apa tadi?” Abang Kamal berminat. Kak Wawa rewind balik semua cerita. Mengantuk je aku kat sini. Cerita kat tv memang berjaya buat mata aku terpejam. Tak best langsung!!!

“Herm…abang rasa elok tak cadangan saya tu?” Kak Wawa soal suami dia lepas dia dah habis bercerita.

“Elok jugak tu dik…cuba lah, mana tau kalau rezeki kat sana.” Abang Kamal yang duduk bersebelahan isteri dia, fokus tengok Najihah.

“Orang bukan tak nak pergi KL lah Bang Kamal…orang tak kisah kalau dapat kerja kat mana-mana pon. Orang dah banyak apply kerja kat sana. Tapi satu temuduga pun tak sangkut. Macam mana orang nak pergi? Takkan nak melangut je kat rumah orang. Tengoklah sehari dua lagi nanti…bagi orang fikir dulu.” Najihah cakap dengan mata kuyu. Ngantuk giler. Macam dah telan ubat tidur sebanyak 17 biji.

“ Fikir-fikir jugak, masa berjalan jugak.” Kak Wawa cuba mengingatkan.

“Iyelah kak…orang tau, terima kasih ye. Susah-susah orang kahwin je la…” Najihah tergelak dengan lawak yang dia buat sendiri. Kemudian dia terus berlari masuk ke dalam bilik. Terbantut niat Kak Wawa yang ada rupa nak buat ucapan sepatah dua kata lagi. Biar aku berfikir dengan tenang sekejap.
                              
                                 ******************************************************************************

Mak Cik Aisyah dan Pak Cik Nazim dah sampai rumah sebelum Maghrib tadi lagi. Selesai solat Isyak, Najihah terus berbaring di atas katil dengan muka menghadap ceiling. Nak makan pun tak lalu. Selera putus malam tu. Kepala dia masih berserabut memikirkan masa depan yang masih belum nampak tanda-tanda kejayaan.

Untung Kak Wawa kan…lepas habis belajar, terus dapat bertugas di Kedah. Tak lama lepas itu, berjumpa pulak dengan Abang Kamal yang juga sama tempat mengajar. Kira cinta lokasilah. Eh…sempat pulak recall cerita-cerita lama. Memang kaki berangan betullah aku ni.

Apa nak jadi sebenarnya dengan aku ni?  Semua benda yang aku buat, semuanya tak kena. Baca majalah tak boleh fokus, main game pun asyik kalah je. Badan makin bertambah-tambah bulat. Dah berKG- KG lemak tepu terkumpul ni.  Kalau tak dapat kerja jugak dalam masa sebulan dua ni…alamat sempit  la semua baju aku di dalam almari tu. Mana taknya, makan minum freeexercise selalu sangat tak buat. Tekanan betul. Najihah ambil bantal dan pekup muka dia. Kemudian…..jerit kuat-kuat!!!!

Lagu Just The Way You Are nyanyian Bruno Mars menjerit-jerit. Handphone yang ada tepi bantal, terus dicapai. Gambar Alia terpampang kat skrin handphone. Konon cantik sangatlah tu dengan gaya flying kiss dia. Langsung tak  berselera aku tengok. Butang answer ditekan.

“Fuhyyoo…caller ringtone Justin Bieber. Gedik betul!” Alia terus gelak kuat. “Woi Jiha…apa kau buat tu?”  Alia tanya bila Najihah diam je tunggu dia habis gelak.

Patut ke dia kata aku gedik?? Dah lah tak reti nak bagi salam minah ni. Lepas tu boleh pulak dia gelak kuat-kuat macam orang gila. Alia ni tak sah kalau masa dia call ada saja lagu-lagu yang memekak dalam bilik dia tu. Bingit betul.

“Hermh…ayat macam cipan!! Apehal ni?? Cepat cerita sebelum aku buka cerita mengantuk.” Najihah sarkastik. Nak je aku nyanyi lagu Justin Bieber tu secara akustik kat sini.

“Garangnya mangkok! Relekslah Jie…kau bukannya kerja esok, buat apa nak tidur awal-awal.” Alia mengeluarkan kenyataan yang benar belaka. Najihah pekup mulut, menguap. Mata pun dah layu.

“Esok ke lusa ke…aku memang tak kerja. Lagi satu…aku kerja ke, tak kerja ke aku memang tidur awal. Faham!! Cakap cepat kau nak apa sebenarnya ni?” Najihah dah mula naik geram.

“Aku nak kau temankan aku keluar esok,boleh? Kita makan-makan, jalan-jalan. Aku 
 belanja…semua ditanggung beres, don’t worry!” Alia cakap dengan penuh gambaran seronoknya. Mata Najihah terus terbuka luas. Kepala dia dah terbayang-bayang nak makan free hahaha.

“Betul ke apa yang aku dengar ni Lia…susah-susah je kau.” Nada suara Najihah bertukar jadi ceria. Mau tak ceria bila budak kedekut cucu Hj. Bakhil ni nak belanja. Apa lagi, take for granted la kahkahkah gelak jahat ni.

“Eh kenapa? Tak nak ke…ataupun kau yang nak belanja aku?”  Bidas Alia pulak. Bengong punya bidasan.

“Wehhh… giler apa tak nak?? Kau jangan nak buruk siku, Liaaaaaa.” Najihah terperangkap dengan lawak tak jadi dia. Bimbang kalau-kalau Alia bertukar niat suci murni dia tu.

“Ye laaa…aku yang offer, mestilah aku yang belanja. Sudah-sudah…esok je kita sambung. Buang kredit je cakap lama-lama kat sini. Esok  aku ambil kau kat rumah…11.00 pagi, ok?” Cadang Alia.

“Ok, setuju!!! I love you, mangkok. Kaulah kawan yang terindah yang pernah aku jumpa.” Najihah cakap laju-laju sambil sempat bodek Alia. Terindah ke?? Gasaklah labu.

*******************************************************************

Hampir Maghrib jugak Najihah sampai ke rumah setelah berjalan sakan dengan Alia. Habis satu Bandar Taiping dia orang pusing. Semua pasar raya ditinjau. Teringat pulak Najihah pada kejadian petang tadi ketika mereka berada di mall. Ketika itu dia orang sedang menikmati makanan segera di McDonalds. Najihah macam biasa dengan Milo McFlurry dan Double Cheeseburger. Alia pula mencekik McDeluxe dan Coke. Katanya tak hilang dahaga kalau makan aiskrim. Najihah pulak tak peduli, kalau aiskrim tak cukup buat dia hilangkan dahaga – air minuman Alia dia bedal. Sebenarnya, bukan cerita aiskrim yang Najihah ingatkan tetapi cerita tentang seorang lelaki ini.

“Lia…perasaan tak?  Ada sorang mamat kat belakang kau…yang pakai t-shirt colour hitam tu.” Seperti tindakan refleks, Alia terus nak toleh ke belakang. Belum sempat toleh, Najihah sempat meletakkan kedua belah tapak tangan dia dekat pipi Alia. Semata-mata tak nak bagi Alia toleh.

“Weh…jangan tengok dulu. Mamat tu tengah pandang kita sekarang ni. Nanti bila aku bagi hint, then baru kau boleh tengok dia.” Najihah bagi arahan. Serius tu bunyi.

“Hish kau ni Jie…terkejut aku. Ingatkan kau nak buat apa tadi. Tapi betul ke? Buat apa dia pandang kita? Dia kenal kau kot Jie?” Alia serkap jarang.

“Eiiii…tak kenal pon.” Najihah kecilkan biji mata dia sebelah. Tanda-tanda tak boleh terima cakap Alia.  “Hah hah…tengok-tengok dia pandang sini lagi. Kalau iye pon aku ni cantik…janganlah pandang gitu. Malu doh…hahahaha.” Najihah gelak sambil tutup mulut. Bajet perempuan melayu terakhir, trademark yang Alia dan aku selalu buat. Tapi dalam hati, rasa makin tak selesa bila kena pandang semacam.           

“Eleh-eleh, aku dengan kau…bezanya cuma aku ‘lebih cantik sikit’ dari kau je.” Alia pulak puji diri dia pulak. Langsung tak ada kena mengena dengan cerita mamat yang tengah usya kita orang ni. Aku ni dahlah tengah meremang bulu tengkuk bila tengok muka mamat tu.

“Hermh…betul, betul, betul.” Najihah tiru suara Upin Ipin. “Kesimpulannya memang aku ‘lebih cantik’…sebab kau ‘cantik sikit’ je ahahaha.” Najihah tergelak kuat. Lupa nak control cun. Alia dah buat muka menyampah dia.

“Lia, Lia cepat…kau boleh tengok mamat tu sekarang.” Najihah cakap dengan suara yang separuh keluar. Macam berbisik. Dia nampak mamat tu tengah tunduk sambil busy sentuh-sentuh skrin handphone dia. I-phone 4S gamaknya hahaha.

Tak semena-mena, mamat tadi angkat muka dan tengok depan. Kantoi!!! Kita orang semuanya jadi tak tentu hala kejap. Paling teruk kantoi aku dan Alia lah. Terkejut kerana aktiviti kita orang dah terbongkar. Tapi mamat tadi sempat senyum pulak. Alia terus pusing ke depan semula. Najihah dah tunduk menganalisis burger yang makin sejuk ni. Dalam mulut penuh dengan burger yang dah tak lumat nak dikunyah. Tolong jangan tecekik time ni ye burger! Tolong la aku!

“Jiha…kalau mamat ni, aku rasa aku nampak dia dari tadi lagi dengan kawan dia ni. Sebelum kita masuk panggung  tadi aku dah perasan. Aku rasa memang dia pandang kau yang cantik jelita ni hahaha.” Panjang Alia bercerita sambil cuba puji mengejek. Najihah angkat kening sebelah.

“A’ah…iyelah kot tu . Eh…kau dah habis makankan? Jom kita blah…dah tak tenteram duduk sini.” Najihah tak ada mood nak layan lawak Alia.

Alia ikut Najihah yang dah bangun tinggalkan meja yang comel tu. Dia orang masuk beberapa kedai pakaian yang berdekatan restoran McDonalds tadi. Sebaik keluar daripada kedai yang kedua, Najihah ternampak mamat aneh tadi berada di hadapan kedai tersebut dengan kawan dia. Najihah terpempan. Cepat-cepat Najihah tarik tangan Alia supaya menuruti dia keluar dari kedai tersebut. Tak sempat nak bergerak jauh, mamat aneh tadi cuba menahan langkah dia orang. Dia orang berdua tersandar di dinding koridor kedai.

“Eh awak…nanti dulu. Jangan takut… saya bukan orang jahat.” Melihatkan Najihah dan Alia diam tidak berkutik, mamat aneh itu meneruskan kata-kata. “ Saya cuma nak berkenalan. Nama saya Farid. Nama cik adik yang pakai baju colour coklat ni, siapa?”

Eleh..ada ke orang jahat nak mengaku jahat. Nak berkenalan je si mamat ni, ingatkan nak ragut aku ke, tak pun nak tarik kereta si Alia ni tadi. Buat penat aku suspen. Mujur tak pasang kuda-kuda lagi. Najihah mendengus. Mati aku kena ganyang dengan Alia kalau dia tahu yang aku cakap dia tak bayar installment kereta hahaha.

Chop, chop, chop!!! Cik adik yang pakai baju colour coklat tu?? Najihah pandang Alia kot-kot minah tu pakai baju warna yang sama jugak. Alia serba pink lah.  Ciss!!! Najihah terus peluk pinggang Alia dari belakang.

Lelaki yang kata nama dia Farid tadi, menggawang-gawangkan tangan dia depan muka Najihah. Alia cuba renggangkan tangan Najihah yang tengan peluk kemas pinggang dia.
Alia toleh tengok Najihah kat belakang dia sambil bisik perlahan. “Wei mangkuk…lepas tangan kau ni. Hishhhhhh….!!!”

“Nama??” Farid ulang soalan. Kawan Farid kat sebelah tu, cuma tersenyum je dari tadi.
Najihah yang baru tersedar terus lepas tangan dia tu. “Aaaa….nama saya Sofea.” Najihah jawab terkulat-kulat. Dia menyeringai gigi pada Alia. Terbeliak biji mata Alia sekarang ni.

“Oh…nice name’s. Padanlah dengan orang dia.” Farid senyum meleret sambil mengangguk-angguk perlahan. “Berapa umur you? Kalau tak keberatan…minta nombor telefon boleh?”
Farid keluarkan skill ngorat dia taraf-taraf budak darjah tiga. Memang beratlah nak bagi nombor telefon aku pada dia. Boleh blah!!! Heroin Melayu mesti kena jual mahal dahulu pada babak-babak pertama macam sekarang ni hahaha.

“Seganlah nak bagi tahu. En. Farid tak kenal saya, saya pun tak kenal En. Farid.” Najihah bersopan-santun.

“Cik Sofea…macam mana kita nak kenal kalau Cik Sofea tak nak beri peluang pada saya. Saya cuma nak berkawan, takkan tak boleh? Takkan itupun salah pada Cik Sofea? Saya ikhlas… saya bukan lagi budak-budak yang nak mainkan Cik Sofea.”

Wargh…dia dah panggil aku ‘Cik Sofea’. Tiru aku lah tu panggil dia ‘En. Farid’.  Boleh tahan juga mamat ni susun ayat. Boleh tahan apa?? Skema kot!!! Malas nak main kasar…kang aku cakap aku memang tak hingin nak bagi nombor telefon, susah pulak jadinya nanti. Macam la aku ni cun sangat nak buat cam tu haha.

“IKHLAS! Oh ya, En. Farid…kalau betul En. Farid ikhlas, kita akan jumpa lagi satu hari nanti. Saya percaya dengan jodoh pertemuan. Kalau ada jodoh…tak ke mana kan. Waktu tu, saya boleh jawab semua soalan En. Farid tadi.” Terang Najihah dengan idea tiba-tiba dia.

“Takkan nombor telefon pun tak boleh? Macam mana pulak nak jumpa nanti?” Farid masih lagi tak berputus asa.

“En. Farid hanya perlu percaya pada jodoh. Okay ye, En Farid!” Najihah senyum lepas dia bagi salam dekat Farid. Lepas tu dia tarik tangan Alia jalan dari situ.
Farid dah tak terkata. Najihah terus jalan laju tanpa pedulikan Farid yang ada rupa kecewa.
                        ******************************************************************************
“Ewah-ewah Jiha…pandai kau pusing-pusing ayat. Konon jodohlah, pertemuanlah…ada-ada je kau ni.” Alia gelak mengejek. Masa tu dia orang dah jauh tinggalkan Farid.“Apa salahnya kalau kau bagi je nombor telefon kau tu.  Lagipun, kau bukannya ada boyfriend. Berkawan tak salahlah.”

“Aku malas la nak buang-buang kredit melayan dia. Malas nak buang masa aku dan masa dia jugak. Aku belum desparate lagi nak ada boyfriend, belum sampai masanya.” Najihah jawab acuh tak acuh. Mentang-mentanglah kau dah ada Aidysham tersayang kau tu, kau nak berlagak dengan aku pulak eih Lia.

“Apesal  buang masa? Ok ape si Farid tu, muka macam James Franco….good looking. Tak tidur malam ingat dia.” Alia cakap dengan bersungguh-sungguh.

“James Franco?? Harry Osborn dalam Spider Man 2 and 3 tu??  Adoiii…langsung tak kena!!! Franco tu dah jatuh dalam kategori handsome tau tak. Celah mana yang sama ni Lia oii?? Kalau ingat Franco a.k.a Farid ni...confirm aku tak tidur malam. Sebab sepanjang malam aku nightmare. Woowooo…takut aku.”

Alia gelak kuat-kuat.  “Kau ni buta hati ke apa? Macam manalah maksud handsome kau tu?”

Handsome? Handsome tu…tak perlu sekacak Franco cuma cukup ada satu rasa yang indah bila kita pandang wajah dia. Wajah yang boleh buat aku tersenyum sampai ke hati. Okey, sekian wassalam.”

“Memang sah kau tu buta!! Farid memang dalam kategori tu apa. Dah tu …kau tipu nama kau tu apehal? Ciss…Sofea konon! Ingat kau tu Sofea Jane ke??” Alia kutuk-kutuk Najihah.

“Saje…mana boleh bagi tau nama sebenar. Kena rahsia nama aku yang sedap ni.” Najihah jawab main-main.
“Kau jangan ingat Taiping ni besar sangat, probability untuk kau terjumpa balik si Farid tu tinggi. Masa tu kau nak buat apa, kalau terserempak dengan dia?” Alia menduga. Tapi mungkin boleh jadi betul jugak dengan dugaan minah ni.

Cool Lia…entah-entah dia pon dah tak ingat aku masa tu. Lagipun aku kan tak janji apa-apa. Aku cuma cakap yang aku akan jawab semua soalan dia tadi je. Yang lain sorry dan boleh naik lori hehehe.” Najihah cakap dengan yakin. Kena yakinlah untuk sedapkan hati sendiri.

“Tapi…kau pon kena percaya pada jodoh dan pertemuan.” Alia pinjam kata-kata Najihah. Najihah dah tersepit.

Absolutely I’m belived it!!! Udah-udah…jom balik. Kang kalau si Farid tu datang lagi, aku bagi je nombor telefon kau.” Najihah ugut-ugut Alia.

“Tak heranlah aku…dia bukan nak aku, dia nak kau.” Alia serang balik.

“Wehhhh…banyak cakap pulak dia ni. Jom balik!!!” Najihah jegilkan mata dia kat Alia. Dia terus angkat kaki pijak ascelator. Lantaklah kau Lia. Terpacaklah kau sorang-sorang kat situ.

Bersambung ....
 

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ayat bes!
    dialog banyak!
    x bOsan!
    sambungannye plish!!! ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. follower pertama...thanks 4 comment
      nnt sye sambung...tggu ye hehehe

      Delete