Tuesday, February 14, 2012

Being a First Timer Blogger

Assalamualaikum semua.....
 
Sebagai mukadimahnya boleh panggil aku Hazira. Bukan nama sebenar dan bukan juga nama glamour. Tapi inilah nama yang diberi untuk ruang ini seperti mana aku menamakannya RUANGHAZIRA.

Ini adalah percubaan pertama untuk create blog dalam sejarah hidup aku. Belajar dari Noon Husna (teman sepermainan masa kecik-kecik dulu)....kredit untuk dia la kan. Sampai saggup meredah terik matahari pergi ke rumah dia untuk menuntut ilmu. Maklumlah....aku ni kan buta IT. Kalau redah lautan api...confirm aku tak pergi dan confirm la tak jadi blog ini. TQ Noon...jasamu dikenang haha (awal2 lagi dah buat segmen penghargaan untuk dia. Kena la buat gini sebab dia kan cikgu aku untuk sillybus nie haha).

Sungguh tak sangka aku dah jadi BLOGGER walaupun blog ni suam-suam kuku je. Suam-suam apenya....memang tak meriah langsung pon. Nak buat camne kan?? Aku ni kurang kreatif...bukan tak kreatif langsung eik. Sedih melanda tetiba :(

Doakan je lah blog ni akan jadi ruang yang indah untuk ditatap suatu hari nanti (jiwangnya aku). Nanti la aku masuk class buat blog...kalau rajin la kan.

Tapi, kira ok la untuk sesuatu permulaan....sebab segalanya akan bermula di sini!!!! Tunggu ye perkembangan ruangan ini dari aku. Sebab aku berada di sini atas satu tujuan dan atas satu cadangan daripada seseorang kerana interest aku pada sesuatu yang akan aku update kemudian hari haha. 

Apehal la aku ni yang macam tengah buat suspen je ni? Suspen ke?? Buat yang mengenali mungkin TERASA la kesuspenannya buat saat ini. Buat yang tidak mengenali aku tak apa....no big deal. Sebab aku sangat mengalu-alukan kehadiran kawan-kawan baru kalau ada yang sudi untuk menjengah ke ruangan ini. Sudi la kiranya ye...


Macam dah tak ada apa nak cakap lagi. Hanya ini je kata-kata aluan aku buat masa sekarang. Walaweyh kawan2 apa lagi..... sertai la aku yang amateur ini!!!!!


Sekian.

4 comments: