“Abang Chik dah
jemu cakap dengan Rin…cer tepi sikit bagi Kak Intan pulak.” Zahin ketawa
menyakat Airin. Dia tersenyum tengok Intan yang duduk di arm rest chair di sebelah Airin.
Tadi Airin heret
dia ke sini. Ke satu sudut melepasi ruang tamu yang menempatkan komputer dan
rak CD. Sesampainya dia ke sini tadi, kelihatan nenek bersuka-ria dengan Zahin
di hadapan skrin HP 17 inci.
Tersengeh Intan bila tengok orang tua tu berbual dengan headphone besar gedabak berwarna kuning terang yang melekap di
telinga. Sah la nenek dah jadi mangsa kerasukan teknologi cucu-cucu dia.
Ush! “Jemu? Ayat
penghinaan tu Abang Chik tau tak? Touching
dua minit.”
“Dua jam pun
okey je.” Zairil ketawa lagi. “Intan.. I
have died everyday waiting for you. Darling don't be afraid I have loved you.
For a thousand years...”
“Dah masuk
Christina Perri lak dah. Sape yang
tunggu sape ni Abang Chik?? Kak
Intan yang kena tunggu dia cakap banyak
pulak. Jangan nak buat muka macam kena tinggal dengan bini eih.” Airin serius
dengan Zairil.
Intan angkat
bahu dan senyum segaris tengok Zahin. “Tunggu sorang-sorang la kalau sampai
seribu tahun tu kan Rin.” Intan angkat kening pada Airin.
Airin ketawa
kuat tengok reaksi Zairil bila kena sound
dengan Intan. “Sayonara la Bang Chik. Kak Intan ni sekali petik 54 orang yang
datang que la haha.” Airin kenyit sebelah mata tengok Intan.
“Ye la tu seribu
tahun! Dua tahun ni pun belum tentu la bro.
Jangan janji tinggal janji je. Merana orang kat sini nanti.” Zairil tiba-tiba
muncul kat sebelah Intan. Dia berpeluk tubuh dengan tenang. Suara dia tadi pun
tenang je. Intan tengok Zairil tak berkedip. Dia orang adik-beradik ni memang aci
ada je di mana-mana.
Airin angkat ibu
jari depan muka Zairil tanda menyokong cakap-cakap Abang Ngah dia.
“Eh! Sape yang tak sayang mulut tu hah??” Zahin
mengarah dagu pada Airin.
Airin memusing web
cam supaya tepat kena ke muka Zairil. “E’eh… semua pakai baju maroon!! Abang Chik nak jugakkkkkkk!!” Terus
hilang mood marah Zahin. Suara dia lebih kepada teringatkan suasana majlis kenduri
dan hari berkumpul bersama seluruh ahli keluarga.
“Hah… jangan
cakap nak balik sini eih!” Airin dah letak web
cam ke posisi asal.
“Rin ingat Abang
Chik ni… ada macam Abang Ngah tu ke yang ada beli shares Air Asia. Yang
tiap-tiap minggu boleh lepak Malaysia.” Zahin juih-juih bibir tengok Zairil.
Perli abang dia.
Airin ketawa
tengok Zairil. Zairil dah jegil mata. “Now
every week can fly, Abang Chik.” Sesuka hati je Airin ubah tagline catchy Air Asia tu. “Apela sangat setakat Perth - KL…KL -
Perth… 5 hours only. Macam KL –
Penang je pun haha.” Airin ketawa galak perli Zairil.
Zairil terus luku
kepala Airin. “Melampau betul bebudak dua orang ni.” Perlahan je suara marah
Zairil kemudian dia berpeluk tubuh. Tapi dia senyum tengok Intan yang masih
cuba nak faham cerita tiga orang adik beradik yang terpisah antara dua benua
ni.
“Apa Abang Ngah
ni??” Airin pusing maut tengok Zairil. “Abang Ngah yang selalu cakap cam tu
kan… dah tak ngaku pulak.”
“Bukan ke Tony
Fernandes tu ada hubungan darah dengan kau Abang Ngah??” Zahin ketawa kuat bergabung
pulak dengan Airin.
“Stop
talking nonsenses babies…grrrrr!” Zairil mencemik
tengok kedua-dua adik dia. “By the way,
Intan… sorry on behalf of my litte child’s. Please forgive them… I beg you.” Zairil cakap tanpa perasaan dengan
buat muka innocent.
Erkk! Mamat yang
ala-ala macho-macho tenang ni pun pandai buat lawak dramatik. Intan tersenyum
tapi dia rasa nak tergelak tengok gelagat Zairil yang kadang-kadang tak boleh nak
dijangka.
Perth – KL… 5 hours only. Patut Airin cakap Abang
Ngah dia giler. Mati-mati Intan ingat
Zairil dah tukar kerja kat ladang tebu di Chuping Perlis nun yang boleh balik
tiga kali seminggu. Padahal si Zairil tu dah gaya macam ada pesawat peribadi je
buat kenderaan nak balik kampung. Haih, kalau ada duit… masalah bukan jadi masalah
lagi. Iyeke macam tu?
Money is everything but
not definitely.
*************************************************************************
“Kak Jaja..
betul ni?” Intan tanya buat kali ketiga.
“Betul… Intan
balik je. Tak ada maknanya akak akan mati ketakutan dalam bilik ni nanti. Kalau
terdengar je suara-suara mistik… on the
spot akak call polis.” Kak Jaja
ketawa kecil. Sempat lagi dia buat lawak sambil membetulkan lipatan tudung di
hadapan cermin.
Terbeliak mata
Intan tengok Kak Jaja. Kak Jaja ni sekali-sekala buat analogi memang melampau.Ye la…memang la baru kenal Kak Jaja dalam semester ni je. Tapi Intan boleh baca
karakter Kak Jaja. Budak baik, berjaga segalanya dari adab bercakap, cara
berpakaian hinggalah cara dia jaga menjaga hubungan dia dengan Allah. Intan
tahu dia tidak sebaik Kak Jaja.
“Good luck Kak
Jaja!” Intan melaung pada Kak Jaja yang dah jauh meninggalkan pintu bilik. Kak
Jaja cuma mengangguk.
Bilik dikemas
sampai licin. Tinggal Kak Jaja yang masih struggle
dengan dua paper. Empat hari lepas paper
terakhir Intan tamat. Lepas tu tak tidur
sibuk edit thesis, pergi hantar kedai jilid dan submit terus. Dalam masa tu juga la duk
sibuk berulang-alik ke bilik Prof. Mazni. Sibuk uruskan markah pelajar-pelajar
dia.
Di rumah, ada
Angah yang menanti sejak seminggu lepas. Mentang-mentang dia habis exam awal, boleh
dia buat-buat tanya orang bila nak balik rumah. Bukan apa sangat Angah tu kalau
tak suruh Intan balik kemas rumah dan masak apa yang patut. Kalau Irfan yang
sampai dulu ke rumah, alamat tak henti la telefon tu berbunyi mintak Along dia
balik cepat-cepat.
***************************************************************************
“Buk…ada enggak
bajunya yang mau digosok?”
“Buk…!!” Orang
yang pekat slanga Indonesia itu melambai tangan di hdapan muka Intan.
“Erkkk…” Intan
yang hampir terlelap di depan tv, celik membuka mata melihat Bibik Aseh berdiri
di belakang sofa.
“Ada Bik. Tunggu
saya pergi ambik.” Angah senyum panjang tengok Intan. Bibik hanya tersengih senang hati.
Tak berkedip
mata Intan tengok Angah. Serta merta dia duduk tegak di atas sofa. Entah bila masa Angah turun dari bilik, bila dah habis cakap terus je dia pecut semula naik ke bilik. Pelik
aku dengan budak Angah ni! Nak ke mana sangat la sampai nak bergosok-gosok
baju.
“Duduk bik…duduk
situ.” Intan mengisyaratkan tempat duduk di hadapan dia dengan mata. “Sorang
lagi kawan bibik pergi mana?” Intan cuba meregang tangan ke atas, ke kiri dan ke kanan.
“Ohh…dianya di
luar. Buang sampah.” Bibik Aseh terintai-intai kawan dia dari jauh melalui
pintu gelongsor rumah. Intan hanya mengangguk.
Balik rumah
malam tadi, tengok dalam rumah ni dah macam kena hambur dengan debu letusan gunung
berapi. Habuk bertimbun-timbun. Dapur bersepah-sepah Angah kerjakan. Kalau bersepah dengan masak hidangan ala-ala satu
set makanan tengah hari tak mengapa la jugak. Ini setakat bakar pizza, panaskan
sos spaghetti dalam microwave, masak air
untuk rendam Maggi dalam cup pun bagai nak terbalik dapur mama ni.
Mama?
Mana la nak cari.
Sudah tak sudah…
Angah mintak je Intan call je Radicare. Macam yang selalu kita orang
buat kalau badan sendiri dah tak larat nak mengemas rumah. Angah cakap guna je petty cash yang ada untuk kesejahteraan
rumah tangga. Dan dua orang bibik dari Radicare… berdesup sampainya. Lagi pun
dah terbiasa dengan servis Bibik Aseh ni sebab dia orang ni jugak yang servis
rumah Ayah Long. Sebelum ni Ayah Long yang tanggung segala kos servis rumah
kita orang tapi sekarang secara senyap-senyap je kita orang call company yang bibik ni kerja. Bukan
apa, sebab Intan nak rasa berdikari dan nak rasa buat keputusan sendiri. Tak
nak rasa terhutang budi banyak sangat walaupun dah banyak budi yang kita orang
terhutang dengan Ayah Long dan Mak Su.
Bab-bab duit
memang Ayah Long dan Mak Su sangat bermurah hati. Tapi itu la…takkan pernah
sama dengan wujudnya arwah dahulu. Selama ni pun kita orang adik beradik hidup
makan dan pakai dengan tinggalan insurance kedua-dua arwah. Dan ada la sikit portion saham dalam klinik papa dan
kawan-kawan dia yang dah kita orang jual semuanya. Tak guna simpan, sebab kita
orang tak boleh dan tak mampu pun nak contribute
apa-apa dalam klinik haiwan tu. Kalau nak kata semua tinggalan tu boleh
tanggung makan sampai tujuh keturunan memang auta giler la. Kalau nak dibanding
harta tu dengan Gunung Semanggol pun kira kategori bohong sangat-sangat jugak.
Tapi kalau kata busut belakang rumah arwah atok dekat Perak tu…hah tu Intan
boleh cakap yang harta dia orang rendah lagi dari busut tu. Bila dikira-kira…
cukuplah dia orang adik beradik tanggung diri sampai habis belajar dan kalau
sampai buat PHD pun agak-agak cukup lagi rasanya.
Berbalik kepada ‘bibik
Radicare’… licin rumah ni dia orang kemas. Alas meja, cadar, langsir…semua dia
orang tolong tukar bila Intan dah tolong bayar. Semua habuk kat segenap ceruk
rumah ni dia orang sedut habis-habisan. Bayangkanlah dari pukul sembilan pagi
tadi dia orang buat kerja sampai la sekarang baru nak berhenti. Tip top la!
Arghh…apesal bunyi macam promote je
ni Intan ? Tak apa…Intan memang tak ada sedara mara yang ada pegang saham kat Radicare tu!
“Ada apa lagi
yang saya harus buat, Buk Intan?”
“Oh bibik dah
habis buat kerja ya?” Intan tengok jam dinding. 2.45 petang.
“Tak ada apa
bik...” Kata-kata Intan mati apabila terdengar derap kaki Angah yang laju menuruni
anak tangga. “…cuma itu je kerja terakhir bibik.” Mulut Intan dah muncung
tunjuk Angah yang tersangkut baju di tangan. Baju Melayu! Bibik Aseh cepat
mengatur langkah ke bilik menggosok.
“Nak ke mana
Ngah?” Intan pandang Angah dengan penuh curiga ketika baju mula bertukar tangan
dengan bibik di hadapan bilik menggosok. Angah mula buka senyum. Memang ada
sesuatu la budak ni!
“Esok Jumaat Long! Jumaat!
Sembahyang Jumaat la. Dah tak ingat hari?” Dia ketawa terkekeh-kekeh. Lepas tu
dia rebahkan badan dia atas carpet gebu yang dah bebas daripada habuk.
“Awalnya bersiap. Hari ni baru Khamis. Bohong la tu..!”
Pandangan mata Intan mengekor pergerakan Angah yang berbaring sambil memeluk
dua biji bantal sofa yang bertindan.. “Sejak bila Angah berbaju Melayu macam
nak berhari raya bila nak pergi Jumaat ni??” Bukan dia pakai t-shirt je ke
selalunya. Bukan sebelum nak pergi masjid ke baru dia nak gopoh-gopoh cari t-shirt. Dan bukan pagi raya ke baru dia nak iron baju dan bukannya sehari awal.
“Ngeeeee….” Dia
senyum sampai terpejam-pejam mata. Sah la budak ni tengah angau tahap tiga.
“Opps!!! Along dah jumpa umi??” Dia
terus duduk buat macam ada hal penting nak cakap. “Romeo tak lalu makan tau
tak.”
Umi? Betul
jugak, tak jumpa lagi sampai sekarang. Romeo tak jenguk lagi. Orkid hybrid pun
tak tahu khabar berita. Memang la Melayu macam aku ni mudah lupa. Tapi kejap..
kurang asam punya budak! “Eh..jangan nak lompat-lompat cerita ye. Baik bagi
tahu Angah nak pergi….”
“Bajunya udah di
gosok ya Angah! Bibik sangkut di tempat biasa.” Bibik mengatur keluar dari
bilik menggosok.
Kata-kata Intan
mati di tengah jalan dan cuma bersambung dalam hati. ‘….nak - pergi - mana?’
Sejak bila Angah
ada saudara dari Indon ni? Kelakar la bila dengar bibik panggil angah tu dengan
panggilan Angah. Mana taknya orang di rumah ini, juga di rumah sebelah, tak
pernah panggil angah dengan nama dia sendiri. Semua panggil angah je.
Kawan-kawan pun sama. Dekat facebook
pun letak nama Angah. Tak ke teruk semangat kekeluargaan dia tu?
“Bibik dah nak
balik ye…jom saya hantar ke depan.” Intan mengiringi langkah Bibik Aseh. Sempat
dia pusing maut tengok Angah “Siap la Angah lepas ni!! Along siasat.” Cekap dia
ambil sampul duit di dalam laci buat bayaran servis bibik.
Angah cuma
tersengih kaget. Intan dah jauh jalan ke pintu menghantar bibik.
***************************************************************************
Ikatan rambut
yang disimpul tinggi seperti orang lepas beranak itu diikat semula. Cekak halus
berwarna merah yang mencengkam rambut, dikemaskan di kepala. Sambil tersenyum, Intan melangkah masuk
pintu pagar rumah sebelah dan merapati umi yang duduk di gazebo yang terletak di
sudut kiri depan rumah.
“Sibuk sangat ye… semalam
dah balik tapi hari ni baru nampak.”
“Sorry la
mi…dari pagi tadi menuggu bibik Radicare tu kemas rumah.” Mana boleh tinggal
rumah kan. Tangan wanita itu dikucup dan tubuhnya dipeluk erat seketika.
“Umi rasa awal
tadi dah bibik tu balik kan.” Puan Adawiyah tengok jam dinding. Intan menarik
segaris senyuman mengaku salah. Memang awal bibik tu balik. Tapi sekarang dah
pukul enam lebih dah dekat Maghrib sangat-sangat. “Makan apa tengah hari tadi?”
Puan Adawiyah menukar suasana dengan soalan baru.
“Ermhh…makan tak
ada hal mi. Orang bujang. Angah beli lauk je.” Kalau nak memasak sedap-sedap,
alamat tak berkemas la dapur tu tadi. “Angah cakap Romeo tak lalu makan.
Apekehalnya Romeo tu, mi?” Intan dah
keluarkan Romeo dari sangkar bersegi empat. Kucing jantan itu dibawa duduk sama di
atas gazebo. "Kau demam ke Romeo? Ke kau sakit tua ni..?" Intan bercakap perlahan dengan Romeo.
“Entah…” Puan
Adawiyah macam tengah fikir sejenak. “Umi tengok dia macam batuk,
bersin-bersin. Hidung berair… mata pun sama. Macam tak sedap mulut jugak kot…”
Pehh… hebat la
Puan Adawiyah ni elobrate! Peka betul dengan kesihatan Si Romeo ni.
“Kena Influenza
kot mi.” Intan tak henti mengusap perlahan Badan Romeo yang macam tengah lali.
“Tak apa… esok kita bawa dia pergi klinik papa.” Dalam satu nafas Intan
bercakap. “Opps silap… dah jadi klinik kawan papa dah sekarang.” Hanya senyum
kelat yang terukir.
Puan Adawiyah
hanya memerhati riak wajah Intan dari hujung mata. “Doktor dah bagi vaksin dah
semalam. Abang Am yang bawa ke klinik…”
Serentak!
Mengaum-ngaum. Meluncur bro dengan ‘Red Devil’ dia melepasi pagar rumah bila
Puan Adawiyah sebut ‘Abang Am yang bawa
ke klinik’ tadi. Awal dia balik. Bagai diseru-seru bro sampai macam peleset.
“Kus
semangat….ape ke laju sangat ni, Am??” Puan Adawiyah mula buka mukadimah. Siap
la bro lepas ni! Siap-siap!!!
Diam! Dia mula
tanggalkan fullface helmet, glove, leather jacket dan backpack
diletak atas meja bulat. Kerusi besi ditarik lalu dia duduk bersandar menghadap
gazebo yang jarak dalam tiga meter. Masih lagi diam. Penat menyelit kat jalan
raya tadi gamaknya. Intan dah rasa nak balik.
“Nanti Am beli
kapcai, Mi. Tak pun beli Vespa je.” Dia menuturkan selamba lepas lama berdiam
diri. Motor berkuasa tinggi, mana ada orang bawa perlahan. Hilanglah fungsi jentera
kuasa kuda yang ada tu. Baik tak payah bawa Ducati beli je beca.
“Kalau nak
menjawab tu menjawab jugak la.” Puan Adawiyah tokok lagi sambil mulut dah herot
tahan senyum. Am duduk bersandar letih sambil kepala dongak memandang awan. Dia
diam tak banyak cakap macam selalu.
Perlahan-lahan
Intan jalan memasukkan Romeo ke dalam sangkar. Pintu sangkar ditutup.
“Kita balik
dululah, mi… dekat Maghrib dah ni.” Intan melibas-libas bulu kucing yang melekat
di baju.
Am masih di situ
gaya letih tak terkira macam dia sorang je yang jadi peguam kat bumi ni. Puan
Adawiyah menyarung selipar lepas turun dari gazebo.
“Ha’ah ye lah…”
Puan Adawiyah mengekori Intan sampai depan pagar.
“Terima kasih
mi, bawa Romeo ke klinik.” Intan tetiba ingat nak berterima kasih. Dah la orang
tolong bawakan ke klinik takkan tak boleh nak hargai sikit pun kan. Jasa orang
kena ingat Intan!
“Eh…bukan umi!
Tu ha…” Puan Adawiyah memuncungkan mulut tunjuk Am yang nun duduk jauh di
tempat tadi. Am mengerut dahi tengok Puan Adawiyah tanda tak faham. Bukan tak
faham tapi tak berapa nak dengar butir bicara.
Erkkk! Intan
telan air liur. Tiba-tiba tak reti nak jadi orang yang pandai berterima kasih. Cancel la cancel. Cancel!!! “Sama
la... umi kan ikut jugak ke klinik tu.”
“Okey sama-sama.”
Puan Adawiyah ketawa. “Kunci pagar tu..”
“Ye baik.” Pagar
dikunci. Kaki dihayun melangkah menuju pintu masuk ke rumah sambil tengok
telefon bimbit yang hantar isyarat mesej.
“Abang teringin
nak makan gulai lemak udang galah dengan pegaga!” Laju dalam satu nafas.
Refleks Intan
angkat muka. Mata terarah kepada suara yang berbunyi dari tepi pagar. Jelas
ternampak Am yang sedang menahan dua belah siku di atas pagar bersimen. Dia
pandang Intan dengan muka layu.
“Ha ape dia??” Intan mengecilkan mata. Tak
berapa jelas jugak la tadi. Tadi elok je aku kat rumah dia tak pulak dia cakap
apa-apa. Sekarang dah aku nak masuk rumah baru nak hegeh-hegeh buat muka
seposen.
“Tak ada apalah…”
Dia pusing laju membelakangkan Intan dan jalan selamba masuk ke rumah.
Huhhhh!!!
Tak faham! Tapi
macam ada bunyi-bunyi galah dan rumput tadi kan.Haaaaa!
kan best kalo intan dgr clear apa si motor merah suh masak udang galah & pgaga 2...hihi tp pandai ke intan 2 masak....=)
ReplyDeletewait n see! jgn bengang eik haha
ReplyDelete