Friday, November 09, 2012

Mencari Warna : Bab 8



“Abang Chik dah jemu cakap dengan Rin…cer tepi sikit bagi Kak Intan pulak.” Zahin ketawa menyakat Airin. Dia tersenyum tengok Intan yang duduk di arm rest chair di sebelah Airin.

Tadi Airin heret dia ke sini. Ke satu sudut melepasi ruang tamu yang menempatkan komputer dan rak CD. Sesampainya dia ke sini tadi, kelihatan nenek bersuka-ria dengan Zahin di hadapan skrin HP 17 inci. Tersengeh Intan bila tengok orang tua tu berbual dengan headphone besar gedabak berwarna kuning terang yang melekap di telinga. Sah la nenek dah jadi mangsa kerasukan teknologi cucu-cucu dia.

Ush! “Jemu? Ayat penghinaan tu Abang Chik tau tak? Touching dua minit.”

“Dua jam pun okey je.” Zairil ketawa lagi. “Intan.. I have died everyday waiting for you. Darling don't be afraid I have loved you. For a thousand years...”

“Dah masuk Christina Perri lak dah. Sape yang tunggu sape ni Abang Chik?? Kak Intan  yang kena tunggu dia cakap banyak pulak. Jangan nak buat muka macam kena tinggal dengan bini eih.” Airin serius dengan Zairil.

Intan angkat bahu dan senyum segaris tengok Zahin. “Tunggu sorang-sorang la kalau sampai seribu tahun tu kan Rin.” Intan angkat kening pada Airin.

Airin ketawa kuat tengok reaksi Zairil bila kena sound dengan Intan. “Sayonara la Bang Chik. Kak Intan ni sekali petik 54 orang yang datang que la haha.”  Airin kenyit sebelah mata tengok Intan.

“Ye la tu seribu tahun! Dua tahun ni pun belum tentu la bro. Jangan janji tinggal janji je. Merana orang kat sini nanti.” Zairil tiba-tiba muncul kat sebelah Intan. Dia berpeluk tubuh dengan tenang. Suara dia tadi pun tenang je. Intan tengok Zairil tak berkedip. Dia orang adik-beradik ni memang aci ada je di mana-mana.
Airin angkat ibu jari depan muka Zairil tanda menyokong cakap-cakap Abang Ngah dia.

“Eh! Sape yang tak sayang mulut tu hah??” Zahin mengarah dagu pada Airin. 

Airin memusing web cam supaya tepat kena ke muka Zairil. “E’eh… semua pakai baju maroon!! Abang Chik nak jugakkkkkkk!!” Terus hilang mood marah Zahin. Suara dia lebih kepada teringatkan suasana majlis kenduri dan hari berkumpul bersama seluruh ahli keluarga. 

“Hah… jangan cakap nak balik sini eih!” Airin dah letak web cam ke posisi asal.

“Rin ingat Abang Chik ni… ada macam Abang Ngah tu ke yang ada beli shares Air Asia. Yang tiap-tiap minggu boleh lepak Malaysia.” Zahin juih-juih bibir tengok Zairil. Perli abang dia.

Airin ketawa tengok Zairil. Zairil dah jegil mata. “Now every week can fly, Abang Chik.” Sesuka hati je Airin ubah tagline catchy Air Asia tu.Apela sangat setakat Perth - KL…KL - Perth… 5 hours only. Macam KL – Penang je pun haha.” Airin ketawa galak perli Zairil. 

Zairil terus luku kepala Airin. “Melampau betul bebudak dua orang ni.” Perlahan je suara marah Zairil kemudian dia berpeluk tubuh. Tapi dia senyum tengok Intan yang masih cuba nak faham cerita tiga orang adik beradik yang terpisah antara dua benua ni.

“Apa Abang Ngah ni??” Airin pusing maut tengok Zairil. “Abang Ngah yang selalu cakap cam tu kan… dah tak ngaku pulak.”

“Bukan ke Tony Fernandes tu ada hubungan darah dengan kau Abang Ngah??” Zahin ketawa kuat bergabung pulak dengan Airin.

“Stop talking nonsenses babies…grrrrr!” Zairil mencemik tengok kedua-dua adik dia. “By the way, Intan… sorry on behalf of my litte child’s. Please forgive them… I beg you.” Zairil cakap tanpa perasaan dengan buat muka innocent.

Erkk! Mamat yang ala-ala macho-macho tenang ni pun pandai buat lawak dramatik. Intan tersenyum tapi dia rasa nak tergelak tengok gelagat Zairil yang kadang-kadang tak boleh nak dijangka.

Perth – KL… 5 hours only. Patut Airin cakap Abang Ngah dia giler. Mati-mati Intan ingat Zairil dah tukar kerja kat ladang tebu di Chuping Perlis nun yang boleh balik tiga kali seminggu. Padahal si Zairil tu dah gaya macam ada pesawat peribadi je buat kenderaan nak balik kampung. Haih, kalau ada duit… masalah bukan jadi masalah lagi. Iyeke macam tu? 

Money is everything but not definitely.

*************************************************************************

“Kak Jaja.. betul ni?” Intan tanya buat kali ketiga.

“Betul… Intan balik je. Tak ada maknanya akak akan mati ketakutan dalam bilik ni nanti. Kalau terdengar je suara-suara mistik… on the spot akak call polis.” Kak Jaja ketawa kecil. Sempat lagi dia buat lawak sambil membetulkan lipatan tudung di hadapan cermin.

Terbeliak mata Intan tengok Kak Jaja. Kak Jaja ni sekali-sekala buat analogi memang melampau.Ye la…memang la baru kenal Kak Jaja dalam semester ni je. Tapi Intan boleh baca karakter Kak Jaja. Budak baik, berjaga segalanya dari adab bercakap, cara berpakaian hinggalah cara dia jaga menjaga hubungan dia dengan Allah. Intan tahu dia tidak sebaik Kak Jaja.

“Good luck Kak Jaja!” Intan melaung pada Kak Jaja yang dah jauh meninggalkan pintu bilik. Kak Jaja cuma mengangguk.

Bilik dikemas sampai licin. Tinggal Kak Jaja yang masih struggle dengan dua paper. Empat hari lepas paper terakhir Intan tamat.  Lepas tu tak tidur sibuk edit thesis, pergi hantar kedai jilid dan submit terus. Dalam masa tu juga la duk sibuk berulang-alik ke bilik Prof. Mazni. Sibuk uruskan markah pelajar-pelajar dia.

Di rumah, ada Angah yang menanti sejak seminggu lepas. Mentang-mentang dia habis exam awal, boleh dia buat-buat tanya orang bila nak balik rumah. Bukan apa sangat Angah tu kalau tak suruh Intan balik kemas rumah dan masak apa yang patut. Kalau Irfan yang sampai dulu ke rumah, alamat tak henti la telefon tu berbunyi mintak Along dia balik cepat-cepat.

***************************************************************************

“Buk…ada enggak bajunya yang mau digosok?” 

“Buk…!!” Orang yang pekat slanga Indonesia itu melambai tangan di hdapan muka Intan.

“Erkkk…” Intan yang hampir terlelap di depan tv, celik membuka mata melihat Bibik Aseh berdiri di belakang sofa.

“Ada Bik. Tunggu saya pergi ambik.” Angah senyum panjang tengok Intan. Bibik hanya tersengih senang hati.

Tak berkedip mata Intan tengok Angah. Serta merta dia duduk tegak di atas sofa. Entah bila masa Angah turun dari bilik, bila dah habis cakap terus je dia pecut semula naik ke bilik. Pelik aku dengan budak Angah ni! Nak ke mana sangat la sampai nak bergosok-gosok baju.

“Duduk bik…duduk situ.” Intan mengisyaratkan tempat duduk di hadapan dia dengan mata. “Sorang lagi kawan bibik pergi mana?” Intan cuba meregang tangan ke atas, ke kiri dan ke kanan.

“Ohh…dianya di luar. Buang sampah.” Bibik Aseh terintai-intai kawan dia dari jauh melalui pintu gelongsor rumah. Intan hanya mengangguk.

Balik rumah malam tadi, tengok dalam rumah ni dah macam kena hambur dengan debu letusan gunung berapi. Habuk bertimbun-timbun. Dapur bersepah-sepah Angah kerjakan. Kalau  bersepah dengan masak hidangan ala-ala satu set makanan tengah hari tak mengapa la jugak. Ini setakat bakar pizza, panaskan sos spaghetti dalam microwave, masak air untuk rendam Maggi dalam cup pun bagai nak terbalik dapur mama ni.

Mama?

Mana la nak cari.

Sudah tak sudah… Angah mintak je Intan call je Radicare. Macam yang selalu kita orang buat kalau badan sendiri dah tak larat nak mengemas rumah. Angah cakap guna je petty cash yang ada untuk kesejahteraan rumah tangga. Dan dua orang bibik dari Radicare… berdesup sampainya. Lagi pun dah terbiasa dengan servis Bibik Aseh ni sebab dia orang ni jugak yang servis rumah Ayah Long. Sebelum ni Ayah Long yang tanggung segala kos servis rumah kita orang tapi sekarang secara senyap-senyap je kita orang call company yang bibik ni kerja. Bukan apa, sebab Intan nak rasa berdikari dan nak rasa buat keputusan sendiri. Tak nak rasa terhutang budi banyak sangat walaupun dah banyak budi yang kita orang terhutang dengan Ayah Long dan Mak Su.

Bab-bab duit memang Ayah Long dan Mak Su sangat bermurah hati. Tapi itu la…takkan pernah sama dengan wujudnya arwah dahulu. Selama ni pun kita orang adik beradik hidup makan dan pakai dengan tinggalan insurance kedua-dua arwah. Dan ada la sikit portion saham dalam klinik papa dan kawan-kawan dia yang dah kita orang jual semuanya. Tak guna simpan, sebab kita orang tak boleh dan tak mampu pun nak contribute apa-apa dalam klinik haiwan tu. Kalau nak kata semua tinggalan tu boleh tanggung makan sampai tujuh keturunan memang auta giler la. Kalau nak dibanding harta tu dengan Gunung Semanggol pun kira kategori bohong sangat-sangat jugak. Tapi kalau kata busut belakang rumah arwah atok dekat Perak tu…hah tu Intan boleh cakap yang harta dia orang rendah lagi dari busut tu. Bila dikira-kira… cukuplah dia orang adik beradik tanggung diri sampai habis belajar dan kalau sampai buat PHD pun agak-agak cukup lagi rasanya.

Berbalik kepada ‘bibik Radicare’… licin rumah ni dia orang kemas. Alas meja, cadar, langsir…semua dia orang tolong tukar bila Intan dah tolong bayar. Semua habuk kat segenap ceruk rumah ni dia orang sedut habis-habisan. Bayangkanlah dari pukul sembilan pagi tadi dia orang buat kerja sampai la sekarang baru nak berhenti. Tip top la! Arghh…apesal bunyi macam promote je ni Intan ? Tak apa…Intan memang tak ada sedara mara yang ada pegang saham kat Radicare tu!

“Ada apa lagi yang saya harus buat, Buk Intan?”

“Oh bibik dah habis buat kerja ya?” Intan tengok jam dinding. 2.45 petang. 

“Tak ada apa bik...” Kata-kata Intan mati apabila terdengar derap kaki Angah yang laju menuruni anak tangga. “…cuma itu je kerja terakhir bibik.” Mulut Intan dah muncung tunjuk Angah yang tersangkut baju di tangan. Baju Melayu! Bibik Aseh cepat mengatur langkah ke bilik menggosok.

“Nak ke mana Ngah?” Intan pandang Angah dengan penuh curiga ketika baju mula bertukar tangan dengan bibik di hadapan bilik menggosok. Angah mula buka senyum. Memang ada sesuatu la budak ni!

“Esok Jumaat Long! Jumaat! Sembahyang Jumaat la. Dah tak ingat hari?” Dia ketawa terkekeh-kekeh. Lepas tu dia rebahkan badan dia atas carpet gebu yang dah bebas daripada habuk.

Awalnya bersiap. Hari ni baru Khamis. Bohong la tu..!” Pandangan mata Intan mengekor pergerakan Angah yang berbaring sambil memeluk dua biji bantal sofa yang bertindan.. “Sejak bila Angah berbaju Melayu macam nak berhari raya bila nak pergi Jumaat ni??” Bukan dia pakai t-shirt je ke selalunya. Bukan sebelum nak pergi masjid ke baru dia nak gopoh-gopoh cari t-shirt. Dan bukan pagi raya ke baru dia nak iron baju dan bukannya sehari awal.

“Ngeeeee….” Dia senyum sampai terpejam-pejam mata. Sah la budak ni tengah angau tahap tiga. “Opps!!!  Along dah jumpa umi??” Dia terus duduk buat macam ada hal penting nak cakap. “Romeo tak lalu makan tau tak.”

Umi? Betul jugak, tak jumpa lagi sampai sekarang. Romeo tak jenguk lagi. Orkid hybrid pun tak tahu khabar berita. Memang la Melayu macam aku ni mudah lupa. Tapi kejap.. kurang asam punya budak! “Eh..jangan nak lompat-lompat cerita ye. Baik bagi tahu Angah nak pergi….”

“Bajunya udah di gosok ya Angah! Bibik sangkut di tempat biasa.” Bibik mengatur keluar dari bilik menggosok. 

Kata-kata Intan mati di tengah jalan dan cuma bersambung dalam hati. ‘….nak - pergi -  mana?’

Sejak bila Angah ada saudara dari Indon ni? Kelakar la bila dengar bibik panggil angah tu dengan panggilan Angah. Mana taknya orang di rumah ini, juga di rumah sebelah, tak pernah panggil angah dengan nama dia sendiri. Semua panggil angah je. Kawan-kawan pun sama. Dekat facebook pun letak nama Angah. Tak ke teruk semangat kekeluargaan dia tu? 

“Bibik dah nak balik ye…jom saya hantar ke depan.” Intan mengiringi langkah Bibik Aseh. Sempat dia pusing maut tengok Angah “Siap la Angah lepas ni!! Along siasat.” Cekap dia ambil sampul duit di dalam laci buat bayaran servis bibik.  

Angah cuma tersengih kaget. Intan dah jauh jalan ke pintu menghantar bibik.

***************************************************************************

Ikatan rambut yang disimpul tinggi seperti orang lepas beranak itu diikat semula. Cekak halus berwarna merah yang mencengkam rambut, dikemaskan di kepala. Sambil tersenyum, Intan melangkah masuk pintu pagar rumah sebelah dan merapati umi yang duduk di gazebo yang terletak di sudut kiri depan rumah.

Sibuk sangat ye semalam dah balik tapi hari ni baru nampak.”

“Sorry la mi…dari pagi tadi menuggu bibik Radicare tu kemas rumah.” Mana boleh tinggal rumah kan. Tangan wanita itu dikucup dan tubuhnya dipeluk erat seketika.

“Umi rasa awal tadi dah bibik tu balik kan.” Puan Adawiyah tengok jam dinding. Intan menarik segaris senyuman mengaku salah. Memang awal bibik tu balik. Tapi sekarang dah pukul enam lebih dah dekat Maghrib sangat-sangat. “Makan apa tengah hari tadi?” Puan Adawiyah menukar suasana dengan soalan baru.

“Ermhh…makan tak ada hal mi. Orang bujang. Angah beli lauk je.” Kalau nak memasak sedap-sedap, alamat tak berkemas la dapur tu tadi. “Angah cakap Romeo tak lalu makan. Apekehalnya Romeo tu, mi?”  Intan dah keluarkan Romeo dari sangkar bersegi empat. Kucing jantan itu dibawa duduk sama di atas gazebo. "Kau demam ke Romeo? Ke kau sakit tua ni..?" Intan bercakap perlahan dengan Romeo.

“Entah…” Puan Adawiyah macam tengah fikir sejenak. “Umi tengok dia macam batuk, bersin-bersin. Hidung berair… mata pun sama. Macam tak sedap mulut jugak kot…”

Pehh… hebat la Puan Adawiyah ni elobrate! Peka betul dengan kesihatan Si Romeo ni.

“Kena Influenza kot mi.” Intan tak henti mengusap perlahan Badan Romeo yang macam tengah lali. “Tak apa… esok kita bawa dia pergi klinik papa.” Dalam satu nafas Intan bercakap. “Opps silap… dah jadi klinik kawan papa dah sekarang.” Hanya senyum kelat yang terukir.

Puan Adawiyah hanya memerhati riak wajah Intan dari hujung mata. “Doktor dah bagi vaksin dah semalam. Abang Am yang bawa ke klinik…”

Serentak! Mengaum-ngaum. Meluncur bro dengan ‘Red Devil’ dia melepasi pagar rumah bila Puan Adawiyah sebut ‘Abang Am yang bawa ke klinik’ tadi. Awal dia balik. Bagai diseru-seru bro sampai macam peleset.

“Kus semangat….ape ke laju sangat ni, Am??” Puan Adawiyah mula buka mukadimah. Siap la bro lepas ni! Siap-siap!!!

Diam! Dia mula tanggalkan fullface helmet, glove, leather jacket dan backpack diletak atas meja bulat. Kerusi besi ditarik lalu dia duduk bersandar menghadap gazebo yang jarak dalam tiga meter. Masih lagi diam. Penat menyelit kat jalan raya tadi gamaknya. Intan dah rasa nak balik.

“Nanti Am beli kapcai, Mi. Tak pun beli Vespa je.” Dia menuturkan selamba lepas lama berdiam diri. Motor berkuasa tinggi, mana ada orang bawa perlahan. Hilanglah fungsi jentera kuasa kuda yang ada tu. Baik tak payah bawa Ducati beli je beca.

“Kalau nak menjawab tu menjawab jugak la.” Puan Adawiyah tokok lagi sambil mulut dah herot tahan senyum. Am duduk bersandar letih sambil kepala dongak memandang awan. Dia diam tak banyak cakap macam selalu.

Perlahan-lahan Intan jalan memasukkan Romeo ke dalam sangkar. Pintu sangkar ditutup.

“Kita balik dululah, mi… dekat Maghrib dah ni.” Intan melibas-libas bulu kucing yang melekat di baju.

Am masih di situ gaya letih tak terkira macam dia sorang je yang jadi peguam kat bumi ni. Puan Adawiyah menyarung selipar lepas turun dari gazebo.

“Ha’ah ye lah…” Puan Adawiyah mengekori Intan sampai depan pagar.

“Terima kasih mi, bawa Romeo ke klinik.” Intan tetiba ingat nak berterima kasih. Dah la orang tolong bawakan ke klinik takkan tak boleh nak hargai sikit pun kan. Jasa orang kena ingat Intan!

“Eh…bukan umi! Tu ha…” Puan Adawiyah memuncungkan mulut tunjuk Am yang nun duduk jauh di tempat tadi. Am mengerut dahi tengok Puan Adawiyah tanda tak faham. Bukan tak faham tapi tak berapa nak dengar butir bicara.

Erkkk! Intan telan air liur. Tiba-tiba tak reti nak jadi orang yang pandai berterima kasih. Cancel la cancel. Cancel!!! “Sama la... umi kan ikut jugak ke klinik tu.”

“Okey sama-sama.” Puan Adawiyah ketawa. “Kunci pagar tu..”

“Ye baik.” Pagar dikunci. Kaki dihayun melangkah menuju pintu masuk ke rumah sambil tengok telefon bimbit yang hantar isyarat mesej.

“Abang teringin nak makan gulai lemak udang galah dengan pegaga!” Laju dalam satu nafas.

Refleks Intan angkat muka. Mata terarah kepada suara yang berbunyi dari tepi pagar. Jelas ternampak Am yang sedang menahan dua belah siku di atas pagar bersimen. Dia pandang Intan dengan muka layu.

“Ha ape dia??” Intan mengecilkan mata. Tak berapa jelas jugak la tadi. Tadi elok je aku kat rumah dia tak pulak dia cakap apa-apa. Sekarang dah aku nak masuk rumah baru nak hegeh-hegeh buat muka seposen.

“Tak ada apalah…” Dia pusing laju membelakangkan Intan dan jalan selamba masuk ke rumah.

Huhhhh!!!

Tak faham! Tapi macam ada bunyi-bunyi galah dan rumput tadi kan.Haaaaa!

2 comments:

  1. kan best kalo intan dgr clear apa si motor merah suh masak udang galah & pgaga 2...hihi tp pandai ke intan 2 masak....=)

    ReplyDelete
  2. wait n see! jgn bengang eik haha

    ReplyDelete