Monday, February 20, 2012

BAB 2

Pukul 8.30 pagi Najihah dah keluar dari rumah. Ada interview kat tempat kerja Alia. Itupun Alia yang bagi tahu ada kekosongon jawatan kat situ. Dengan penuh harapan, Alia bercakap sebelum ni.
Aku rasa rezeki kau ada kat sini…

Aku terus je mengaminkan apa yang Alia cakap. Najihah pakai kemeja colour hijau lembut, selendang hijau lumut dan slack yang tak akan mungkin colour hijau. Colour hitamlah, takkan nak macth dengan seluar colour hijau pucuk pisang kot?? Euwww…ngeri doh. Mau seumur hidup Alia tu tak nak ngaku yang aku ni BFF dia.

Najihah perlu tampil kemas untuk menunjukkan keyakinan diri dia. Keterampilan itu adalah penting untuk mengorat majikan haha. Pembetulan…nak mengorat kerja sebenarnya, yeah!!!

Najihah diberi pas lawatan di post security bila disebut tujuan dia ke sini. Dia diminta untuk bertemu dengan penyambut tetamu. Receptionist yang bernama Anis meminta Najihah mengisi borang permohonan kerja. Lepas tu, kena bertafakur sementara tunggu turn untuk ditemuduga.

Alhamdulillah…temuduga pun boleh dijawab dengan baik rasanya walaupon cuak nak mampos. Mujur dah soal siasat Alia sebelum ni pasal latar belakang syarikat dan study sikit-sikit. Banyak jugak study sebenarnya hehe. Kalau tidak parah jugaklah.
Sebelum pulang ke rumah, Najihah terus ke kedai buku. Niat di hati nak melihat, tapi akhirnya rembat jugak sebuah buku. Biasalah Najihah…kalau tak membeli memang tak sah. 

Eleh, kumpul duit banyak-banyak nak buat apa kalau tak dibelanjakan ke jalan yang benar. Heh Najiihah, kau tu kumpul duit ke?? Ngabehkan duit confirm. Dahlah duit poket kau pun mak bapak yang taja. Najihah geli hati dengan monolog dia. Hishh…apesal aku senyum sorang-sorang ni?? Nanti ada orang dalam kedai ni cakap aku sawan pulak. Baik aku blah dulu pergi bayar.

Setelah selesai membayar, Najihah bergerak pulang dengan ambil teksi. Nak tunggu bas, alamatnya boleh tidur lena aku kat sini. Baik ambik teksi yang boleh balik sekarang jugak. Mahal pon mahallah!!! Kalau tak cukup duit, suruh Mak Cik Aisyah yang kat rumah tu je yang tolong bayar hahahaha.                                                                  

                              ******************************************************************************
“HAH…Jiha macam mana?” Mak Cik Aisyah terus soal selidik Najihah. Belum sempat pon anak dia tu nak masuk rumah. Baru je tengah tanggalkan heels ni.

“Entahlah bu....menggeletar sebelum nak masuk tadi. Tawakal je lah.” Najihah tuju ke dapur. Kena cari air untuk tenaga nak bercakap. Kalau lambat dapat air, kena dapatkan bantuan CPR pulak kang hahaha.

“Dah tu..bila keluar result?”  Tanya Mak Cik Aisyah yang turut ikut ke dapur.

“Dia orang cakap tunggu je call. Tapi biasalah bu…orang tak nak berharap sangat. Dia orang mesti pilih yang banyak pengalaman kan bu…orang ni zero.” Najihah cakap lepas minum air sejuk yang dia punch dari water cooler.

“Kita doa je lah. Kalau dah rezeki…mesti ada.” Mak Cik Aisyah cakap dalam tenang.

“Tak taulah, bu. Ramai yang gagah perkasa masa datang interview tadi. Rasa dah tak ada harapan dah ni…” Najihah buat muka sekupang.

“Alah…kamu tak cukup layak ke, tak cukup yakin masa jawab soalan tadi?”  Mak Cik Aisyah cuba bagi semangat. “Tak apa lah Jiha…kamu tunggu jelah, sambil tu cuba mintak kerja lain sama.” Pujuk Mak Cik Aisyah lagi.

“Orang buat-buat confident je tadi, bu. Goreng sikit-sikit.” Najihah menyeringai gigi.

“Ke kamu yang kena goreng ni??” Mak Cik Aisyah pandang Najihah dengan mata dia yang mengejek. 

“Hush ibu ni…ke situ pulak. Tak adalah sampai macam tu sekali…sikit-sikit tu ada la. Tapi bu, orang goreng balik pak haji tu.” Najihah menyeringai gigi. Aku buat lawak je dengan mak aku tu. Takkanlah aku nak goreng Haji Ramli tu. Giler ke apa??

Mak Cik Aisyah buat muka tak percaya. “Sudahlah kamu Jiha, ibu nak buat air ni…layan karut kamu, ibu pun mengarut-ngarut sama.” Mak Cik Aisyah bangun dan keluarkan jag kaca dari dalam cabinet. Najihah tersengih tengok mak dia tu.

“Ibu masak apa, bu?? Lapar…” Najihah buat suara lemah.

“Selaklah bawah tudung saji tu…macam tak biasa pulak kat rumah sendiri.” Mak Cik Aisyah jawab serupa mak tiri bawang putih.

“Ye laa…orang tak tanya ibu dah. Tanya pun dah tak boleh ke?” Sakat Najihah.

“Jiha sayang…ada kurma daging , sayur campur, udang sambal pun ada. Nak ibu suapkan?” Mak Cik Aisyah memerli…haluuuus je.

“Hehehehe…cam tulah ibu mithali. Tak pelah bu…tak payah susah-susah.” Najihah gelak kecil.

Malamnya dah tak ada apa nak dibuat, Najihah hanya menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibeli tadi. Sebenarnya, memang hari-hari tak buat apa pon bukan setakat malam ini je haha. Macam tak percaya aku boleh pergi beli buku motivasi. Spesis buku yang langsung tak pernah berminat aku pegang sebelum ni. Sadis!!! Dah tak cukup motivasi macam sekarang ni hah baru lah nak kecoh. Boleh tahan juga buku yang ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi ni, sarat dengan hukum-hakam dan nasihat yang ditulis melalui penceritaan. Tertiba terasa banyak betul dosa yang aku buat tanpa sedar. Istighfar.
Sebelum Magrhib tadi, Mak Usu ada telefon kat rumah ni. Rajin jugak dia ambil berat hal anak buah dia yang tanam anggur kacukan macam aku ni haha. Teringat pulak cakap-cakap orang tua tu tadi.    

“Haa kamu ni…kakak kamu ada cakap yang kamu tengah stress tak ada kerja.” Nyaring je suara Mak Usu  bila tanya. Bukan nak tau cakap lemah-lembut. Rasa bingit telinga.

“Hish…mana ada, orang oklah.” Suara Najihah mendatar.

“Sekilas suara kamu tu…Mak Usu dah tangkaplah. Jangan kamu nak simpan-simpan, tak elok untuk kesihatan. Nanti senang sembelit...” Berdekah-dekah Mak Usu gelak. Tak ada rasa lawak pon. Mana datang entah kaitan sembelit tu??

“Ermh…seksa tau tak ada kerja ni Mak Usu.” Mengaku juga Najihah akhirnya.

“Dah tu…datanglah rumah Mak Usu, duduk sini, baru senang nak cari kerja. Macam tak biasa pulak kamu…apa halnya yang berat sangat nak ke sini. Malu kat anak Mak Usu ke?” Duga Mak Usu.

“Hah bijak betul! Apa jadahnya setakat anak Mak Usu yang belum akil baligh tu…tak ada effect langsung. Lawak kelas tiga betul Mak Usu ni.” Najihah pulak gelak terpaksa. Tapi berdekah-dekah jugak sebenarnya hahahaha.

“Ewah-ewah…dah tak sayang mulutlah tu. Nak merasa penangan sulung Mak Usu ni kot...” Mak Usu ketawa. “Jiha…bila-bila je kamu nak, kamu boleh datang sini… Pak Usu pun memang pelawa kamu ke sini. Tak payahlah fikir lama-lama sangat. Bila nak datang nanti…call ye.”

“Ok...thank you Mak Usuuuuuuu. I love you!”

                               *****************************************************************************
BEGINILAH rutin hidup Najihah tetap sama dan statik, walaupun bumi beredar menggantikan siang dan malam. Dia tetap begitu, hanya goyang kaki di rumah walaupun pada hakikatnya sangat perit rasanya hidup menganggur. Boleh berkarat otak jadinya, tak mencabar hidup langsung. Mujur ada buku-buku jadi peneman hidup. Najihah kembali membaca buku motivasinya yang belum luak setengah pon. Tengah khusyuk layan buku, terdengar pintu bilik diketuk dari luar.

“Masuk je bu, pintu tak kunci.” Sejak bila pula ibu pandai ketuk-ketuk  pintu ni, selalunya main redah terus.

“Tadaaa…akulah, Alia Yasmin Binti Arif. Aku tak kahwin lagi, jangan panggil aku ibu!” Alia terus lompat ke atas katil. Lepas tu, dia rampas buku yang ada di tangan Najihah.

“Nota Hati Seorang Lelaki…wow!”Alia baca tajuk kemudian selak-selak buku tersebut.

“Ohhhoo…patutlah ada angin ribut yang tak berapa nak kencang depan pintu rumah aku petang tadi. Rupanya kau nak datang sini. Eh…macam mana kau boleh senang-senang masuk terus ke tempat beradu aku ni?? Ibu tak panggil pulak, tak dengar enjin kereta kau pun…??”

“Wei-weiiiii…agak-agaklah soalan. Tak suka aku datang sini ke?” Alia sempat buat suara merajuk. “Dah tiga puluh kali ibu kau panggil. Haram tak jawab. Apa kau buat dalam bilik ni? Harap je buku ada kat tangan…cepat cerita apa kau buat??” Alia gelak-gelak suspen. Saja nak cari pasal la tu.

“Tak de rajinnya ibu aku nak bertegang leher...” Najihah mencebik. “Paling banyak pun dua tiga kali je ibu aku panggil, lepas tu mesti surrender. Yang lebih tu kau yang menambah sesedap mulut engkau.”  

Alia tersengih. “Tak adalah, mana kau nak dengar… ibu kau tak panggil sekali pun. Ibu kau suruh aku naik terus ke bilik.”   

“Hermh…dah agak dah.” Najihah sinis

“Aku merempit ke sini tadi…naik scooter. So memang kau tak dengarlah bunyi enjin kereta aku. Tapi kalau aku naik kereta pon…dijamin tak dengarlah kalau kau buat pekasam dalam bilik ni. Enjin Myvi aku tu smooth je tau. Apa kau ingat enjin kereta aku ada bunyi enjin motorboat ke yang sampai satu kampung boleh dengar.” Panjang Alia berhujah.

“Hahahahaha...” Kuat Najihah gelak. Lama pulak tu. “Pandai jugak kau buat lawak. Kira merempit ke kalau bawa setakat 40 km/jam dengan scooter veteran kau tu.”

“Hey-hey…ini sudah tahap menghina. Kau jangan nak perkecilkan kebolehan scooter kesayangan aku. Saja kau nak cari pasal dengan aku eih Jiha.” Alia gelak perlahan. Kemudian gelak besar. “ Hah hah hahahaaa…” Akhirnya Najihah gelak jugak. Sedar pon Lia dengan kemampuan scooter dia tu.

“Ada apehal kau datang rumah aku malam-malam gini, Lia?” Najihah tanya lepas masing-masing dah boleh berhenti gelak. Lia ni kalau tak ada sebab yang munasabah jangan haraplah nak melangkah ke rumah aku ni.

“Aku keluar beli barang tadi…dah alang-alang dekat, singgah rumah kau terus. Saja nak tanya…interview macam mana?”

“Ahhh engkau…dah berapa hari aku interview, baru nak tanya khabar. Macam niiiii ke kawan???” Najihah juih bibir. Marah-marah pon, cerita jugaklah serba sikit pasal interview tu.

“Ohh…ok lah tu, kalau kau dapat kerja situ best lah aku nanti.” Alia sudah berkira-kira.

“Apesal pulak kau yang best kalau aku dapat kerja?” Najihah sarkastik.

“Seronok bagi pihak kawan aku. Itu pun tak boleh ke? Takkan pulak aku nak tumpang sedih bila kau dapat kerja. Itu sewel namanya!” Lembut Alia bercakap.

“Tau pun sewel…aku tak suruh pon kau buat cam tu.” Najihah senyum sumbing.

“Ish kau ni…suruh salah, tak suruh pun salah. Pening lutut aku ni. Weh…tak pe la, nak balik dah. Jom teman aku sampai bawah! Boleh kita laga-laga pipi kat bawah tu nanti.” Alia gelak sambil tu dia tarik tangan Najihah turun katil.

“Bongek!!!! Boleh jugak kalau kau nak merasa cium selipar aku tu. Moh kita ke sana.” Najihah pulas telinga Alia. Menjerit minah tu sambil turun tangga.

                               ******************************************************************************
Punya asyik layan FB, tak sedar jam dah dekat pukul 9.00 pagi. Najihah terus turn off laptop dan capai tuala ke bilik air. Dia ada tugas rutin yang belum lagi dilaksanakan hari ni, nanti kecoh pula ma’am besar.

Macam biasalah bila dah jadi orang gaji ni, perlu kemas rumah, sapu sampah, dan vacuum carpet. Cuci kain je dia tak buat…sebab ‘orang gaji Jepun’ yang buat hahaha. Siram bunga tu jarang-jarang…sebab Taiping kan banyak hujan, biar hujan je yang buat. Kerja masak-memasak pulak memang dia serrunder, masak sikit-sikit tu bolehlah tapi tak sedap. Tak ada ummph orang kata. Akhirnya tolong kupas bawang jelah jawabnya. Heheh…banyaknya alasan yang tak berapa nak konkrit, cakap malas sudah.

Sedang Najihah bersiap-siap nak ke bawah, handphone dia memekak-mekak kat atas katil. Najihah tengok skrin handphone dia. Ada nombor yang tak dikenali.

“Saya Suzana…minggu lepas Cik Ain ada datang interview di syarikat kami? Jadi masih berminat lagi ke dengan jawatan yang Cik Ain mohon hari tu?”

“Ohh ya! Mestilah saya berminat dan saya memang tunggu panggilan daripada pihak Cik Suzana.” Jawab Najihah ceria.

“Tahniah ya, Cik Ain!!! Kalau macam tu boleh datang lapor diri esok…pukul 10.00 pagi di sini. Jumpa Hj. Ramli ya…manager yang temuduga Cik Ain hari tu. Tapi sebelum itu…jumpa saya dahulu.”  Suzana berpesan-pesan. Panjang jugak pesan dia ni. Kena takes note haha.

Sure …saya datang esok. Terima kasih.” Najihah yakin. Dah rasa macam nak pergi masuk pusat latihan tentera pulak sebab nak kena lapor diri segala.

“YAHOOO…ibuuuuuuuuuu!” Najihah melompat-lompat. Dia kemudian melilau-liliau mencari Mak Cik Aisyah. Mula-mula ke dapur kemudian ke depan. “Ibu, ibu…ibu kat mana?”

“Ibu kat luar ni…kenapa terjerit-jerit tu?” Laung Mak Cik Aisyah.
Najihah jalan ke pintu depan. “Puas orang cari kat dalam. Buat apa bu…siram pokok bunga eih. Malam tadi tak hujan ke bu?” Najihah buat-buat tanya sambil tangan capai hose kat tangan Mak Cik Aisyah. Hose bertukar tangan.

“Apa kamu ingat hari-hari boleh hujan ke? Kalau nak tunggu kamu siram, boleh mati kering semua pokok-pokok ni.” Mak Cik Aisyah memulangkan paku buah keras. Najihah tersengih, buat muka cekodok. Basah satu laman dia dah kerjakan.

“Bu…orang dapat kerja! Kena lapor diri esok.” Ceria suara Najihah.

“Hah iyeke eloklah tu…ibu dah rasa rezeki kamu memang kat situ. Kerja nanti buat elok-elok. Kena kerja dengan jujur, jangan curi tulang…nanti rezeki tak berkat. Kalau tak tahu…kena bertanya, awak tu orang baru kat situ…dah tu jangan sombong-sombong.” Padat nasihat Mak Cik Aisyah kepada anak bongsu dia.

Yes Ma’am…segala perintah berada di atas batu jemala patik!” Najihah angkat tabik depan mak dia. Batu jemala?? Apa benda tu?? Aku main sebut je ikut drama penglipurlara.

“Ada-ada je bila orang tua bercakap…entah dengar entah tidak.” Sanggah Mak Cik Aisyah.

“Orang dengarlah bu…jom masuk dalam bu, breakfast dulu. Dah dengar lagu keroncong dah ni…ibu ada dengar tak?” Najihah ketawa mengusik ibunya.

“Eh tak ada pulak…lagu menyampah adalah ibu dengar. Pergilah masuk, makan. Sudah, tutup pili tu…dah sejuk pokok-pokok tu kamu siram.” Mak Cik Aisyah menghalau Najihah ke dalam.

“Hehehe…sedap jugak ibu buat lawak.” Najihah melangkah masuk ke rumah. Nak isi perut. Sebelum tu kena telefon Alia nak kasi heboh berita baik ni hehe.

                                ***************************************************************************** 
PAGI ini Najihah mengenakan baju kemeja polos berwarna merah hati digandingkan dengan slack hitam. Manakala selendang juga berwarna sama dengan bercorak abstrak cuma tone colour yang berbeza. Pukul 9.40 pagi lagi Najihah sudah sampai di hadapan pintu pagar syarikat. Awal lagi ni, bisik Najihah.

Bagi Najihah, biar dia yang tunggu Haji Ramli dan bukan Haji Ramli yang menunggu dia. Di sebabkan waktu belum lagi ke pukul 10.00, Najihah diminta oleh Suzana untuk duduk dahulu di ruang menunggu di Jabatan Sumber Manusia. Beberapa minit selepas itu, Najihah dijemput masuk oleh Haji Ramli yang mungkin baru masuk ke pejabat. Tetapi rasanya mugkin dia baru sahaja selesai urusan di sekitar kawasan  ini sahaja, sebab aircond kat bilik dia masih terpasang.

Have a sit Ain.” Pelawa Haji Ramli.   

Thanks, Tuan Haji.” Najihah cakap dengan penuh hormat jugak.

Before thatI would like to wishing you congratscause you will be apart of our big family in this company.” Haji Ramli memberi kata-kata aluan.

Yes sir... thank you!!  Actually… thanks cause i’ve been selected to fullfil on this position and give me a chance to show my ability.” Cewah…yakin sangat la tu hahaha.

Today…i’m just to let you know regarding what you have suppose to do.  Lebih tepat lagi…your scope of duty. Menjaga kebajikan semua staf dan driver di sini adalah tugas utama awak. Then …awak perlu menyemak dan menyediakan report daripada saman yang diterima from each buses and drivers either from this companies or our subsidiaries. Boleh faham Ain?” Serius jugak suara pak aji ni.

“Boleh Tuan Haji… but I need your help to guide me till I’ll be able to stand of myself.”  
Good…awak boleh belajar ikut peringkat. Bidang tugas ni awak tak akan faham dalam sehari dua. Ia ambil masa untuk awak benar-benar mahir. Tapi dengan syaratlah…you must have your own initiative to learn a lot of things and the key is hardworking…”  

“Insyaallah... I’ll do my best for company interest and please give me a chance to prove it.” Perghhhh…seriusnya aku bercakap hahahaha. Dalam hati berdebar-debar siot.

“Jadi…bila awak boleh mula bekerja di sini?” Haji Ramli minta kata putus.

“Bila- bila yang Tuan Haji mahu…saya bersedia.” Ewah…cantik aku bagi jawapan nampak.

“Hari ni…boleh?” Pintas Hj. Ramli. Glurrrp…Najihah telan air liur. Hah ambik engkau, Najiihah…nak sangat. “ Just jokingyou can start on Monday, lagipun rumah awak tak jauh dari sini kan?” Haji Ramli menokok soalan.

“Err err.. yuparound 15 minutes from here. So should’nt be a problem.” Tergagap-gagap Najihah pada mulanya untuk bercakap bila disuruh memulakan kerja pada hari ini juga.          
 
So that’s it. Is that clear…or anything else’s you want to know from me?” Soal Haji Ramli lagi.

“Ermm…I think, there’s nothing at all.” Najihah jawab sambil geleng kepala.

After thisyou boleh jumpa dengan Suzana dululah untuk tengok tempat awak…dan ada beberapa dokumen that you have to fullfil. Okay then...we’ll see you next week.” Haji Ramli tersenyum manis.

Najihah hanya diberi meja dan bukannya sebuah bilik. Satu partition yang agak luas dilengkapi dengan almari berkunci. Dan ada satu bilik kecil untuk kemudahnnya menyimpan segala dokumen penting syarikat seperti maklumat pekerja. 

Dia ditempatkan dibelakang Jabatan Operasi yang sengaja dibuat secara terbuka untuk memudahkannya bertemu dengan semua staf khususnya pemandu. Kedudukannya sedikit jauh daripada bilik Haji Ramli tetapi masih lagi dalam aras yang sama. Najihah berkemas-kemas dahulu apa yang patut. Memandangkan meja tersebut sudah lama dibiar, maka habuknya pun tebal berinci-inci. Kemas biar kasi bersih…sekurang-kurangnya miggu depan aku boleh mulakan kerja dengan senang hati. Kemudian Najihah bingkas pulang. Duduk sini lama-lama pun bukan dapat gaji…perjuangan akan bermula minggu depan.

Bersambung ...

4 comments:

  1. ehem2~
    cOmpany Alia tuh nama ape eyh mis writer~??
    eheheh! ;))

    ReplyDelete
  2. taiping..blh bayangkan suasana cite nie..i follow you.....

    ReplyDelete
  3. tempat sayer keje ke ...
    cam kenal jer tempat alia tu keje ...
    hehehe

    ReplyDelete