Senggang waktu bercuti yang ada
sebelum masuk semester baru sudah berada di penghujung. Tak lama lagi kena mula
kelas dan mengajar juga dalam masa yang sama. Belajar sambil bekerja atau
bekerja sambil belajar? Arghh… mana-mana la.
Tak lama jugak lagi, minggu konvokesyen
bermula. Siapa je yang boleh hadir ke konvo? Angah dan adik mana ada kat sini
masa tu. Sorang ke utara dan sorang lagi ke selatan. Intan je di tengah-tengah
Semenanjung. Jemput je la Ayah Long dan Mak Usu. Kalau dia orang tak boleh
hadir, Intan sorang-sorang je la terima scroll.
Bukan tak biasa pun hidup sorang-sorang selama ni. Tapi, kalau tak pergi pun
tak apa. Tak naik pentas pun boleh dapat scroll. Tak ada sangat pun nak dibuat
kat sana selain daripada ambik scroll.
Budak berdua tu tengah melepak
kat ruang tamu. Kalau tak tengok movie
mesti tengah tengok bola. Sebab terdengar Irfan terpekik terlolong menjerit ‘goal’. Tapi bunyi dia bergelak ketawa
dengan Angah pun ada. Tak tahulah budak-budak tu buat apa yang betulnya. Sebab
mana ada orang gelak sakan masa tengok bola. Tapi yang lebih tepat mungkin
Irfan ‘bergusti’ dengan Angah sebab pasukan dia terlepas goal. Dah bergusti tu sah la tergelak-gelak.
Lepas solat Asar tadi, terus sign in Skype. Tak sempat nak buat
apa-apa, laju Miza request nak buat video call.
Intan pun laju je accept.
“Intannnnn lama tak chat…makin berseri-seri kau sekarang
ni?Apakah rahsianya.” Miza ketawa ceria.
“Aku minum Jus Tok Guru!!” Ceit! Dah
tak ada soalan berinformasi ke Miza ni nak tanya. Tanya la ekonomi Malaysia
untuk sukuk ke dua ni macam mana ke? Tak pun tanya la orang bujang dah dapat
BR1M 2.0 ke? Patut la jugak.
Miza kat Cranfield tu dah gelak pegang perut sekarang ni. “Buat lawak… tapi
muka macam tak ada perasaan.” Dia kutuk Intan. “Eh… Yusoof Taiyoob tu eih jus
yang kau minum?”
Terus pecah bersembur ketawa
Intan. Sejak bila Yusof Taiyoob buat jus? “Yusof Taiyoob tu taukeh kurma la
pandai! Berapa lama kau tinggal tanah air tercinta ni?” Lebih kurang enam bulan
je Miza bermastautin kat UK tu pun dah lupa segala.
“Haha.. habislah aku kena sue dengan saudagar kurma tu nanti.”
Dia masih tak henti gelak. Sesi video
call kali ni hanya dibazirkan dengan gelak selama setengah jam.
“Miza… apa cerita kau kat sana?” Intan angkat
kening lepas masing-masing dah cool.
Sekali-sekali ketawa ni ringan sikit kepala otak.
“Okey-okey je. Tapi aku tak tahan
sejuk. Autumn sekarang ni pun dua
lapis baju aku sarung… kalau masuk winter
nanti mahu kena frostbite aku kat
sini. ” Miza berpeluk tubuh sambil menggosok-gosok kedua belah lengan dia.
Intan ketawa kecil. Miza kalau
bercakap mengalahkan orang panjat Everest je gaya dia.
“Dah tu kau mandi tak ni??” Intan
buat muka suspicious. Dalam hati dah
nak ketawa tengok muka Miza yang mencebik tu.
“Agak-agak la… aku Malaysian kay. Mandi tu wajib. Kalau tak mandi tu
yang pelik.” Dia pegang kedua belah bahu dia.
“Ye la tu.” Intan senyum sumbing
dengan fakta Miza. “Untung la boleh main salji…” Terselit rasa cemburu pada
orang yang boleh menuntut di luar negara. Dia tak merasa la nak jejak
university sana.
“Untung la sangat… sampai rasa macam
tengah bertapa dalam freezer je ni.”
Miza mengecilkan badan tanda tak tahan sejuk.
Kasihan la kau Miza! Orang lain
rileks je main baling-baling bola salji, main ski segala. Siap terbaring
meniarap habis atas salji. Hah kalau tengok filem Hindi, Rani Mukherjee tu lagi
la lepak je menari atas salji pakai sari. Kalau heroin korea, dia orang pakai
skirt pendek je main salji. Kalau filem barat… dia orang pakai winter coat. Kira tak tahan sejuk jugak
la kan.
“Tak boleh adapt
lagi ke??”
“Mananya… aku ni orang kampung. Takes time la nak adapt.” Miza ketawa. Kampung la sangat. Kampung Pandan tu je pun
rumah mak bapak dia. “Zahin tak apa lah… campak mana pun tak ada hal.”
Zahin? Ye sangat la tu. “Selalu
ke kau jumpa dia kat sana…?”
“Selalu sangat.” Miza cakap
dengan bersungguh-sungguh. Lepas tu dia ketawa.
“Hari-hari jumpa dia… tapi setakat
terserempak kat faculty la. Jangan jealous kay… coincidence je.” Dia ketawa lagi.
“Ciss… aku jealous ni!” Intan renung siling sambil tersenyum sumbing. “Dia
jaga kau tak kat sana?” Keadaan
kembali normal. Suara Intan berbunyi lembut prihatin.
“Kau ingat kita orang satu rumah
ke sampai dia nak jaga aku? Baik dia
jaga projek kapal terbang Boeing dia tu haha…” Miza ketawa besar.
Miza! Kalau dapat ketawa, hilang
masalah. Bukan hilang masalah dia, tapi hilang sekali masalah Intan. Intan
senyum sorang-sorang lepas habis berbual dengan Miza.
Dan fikiran Intan berputar kepada
kejadian pukul 12 tengah malam semalam bersama Irfan.
“Along… orang ada cerita boom tahap pecah panggung punya! Kalau
nak dengar… tolonglah buatkan hot
chocolateeeeeeee.” Irfan buat muka innocent.
Ingat Intan tersentuh ke.
“Boom tak boom nak hot chocolate buat sendiri.” Intan
membilas mug di singki selepas minum
air suam.
“Alaa Long… hot choc Along la paling sedap dalam dunia ni.”
“Jangan nak ngada Irfan.. 3 in 1 je kut!! Kau punch je button water dispenser
tu…on the spot siap! Kalau nak sedap
sikit.. letak kremer satu sudu. Tak payah nak beresipi-resipi. Tutup mata pun
boleh.” Mug kaca itu diletak dirak
pengering.
“Betul tak nak dengar ni??” Irfan provok.
Dia bersandar di tiang singki
sambil berpeluk tubuh dengan senyum manis. Gaya-gaya macam nak mengorat
perempuan je bahasa badan dia tu. Macam ni agakya dia mengayat budak perempuan
kat pondok telefon sekolah dia dulu. Intan memang tak boleh lupa la peristiwa
yang buat dia nak potong elaun Irfan. Irfan pulak tertunduk penuh warak bila
Intan bagi nasihat percuma secara face to
face sebelum ni.
“Kalau malas nak buat air jangan
pulak nak sogok-sogok Along.” Sarkastik.
“Alah… nak manja sikit pun tak
boleh. Macam mana la Along nak kahwin dengan Abang Zahin tu
nanti?”Berdecit-decit Irfan membebel.
Kahwin? Apa kes lah budak kecik
ni sebut hal kahwin tengah-tengah malam
buat ni. “Okay my younger
brother… what are you going to tell
about?”
Haha. Tahu pun nak berlembut. Ini
tidak garang macam T-Rex.“A big mug of hot choc, please!” Irfan
tak mengalah.
“Tell me
first la adikku sayang.” Intan mencemik. Tangan dah
bersilang di dada memeluk tubuh. Serius. Hati dah mula naik panas.
Suasana di dapur tu dah jadi
proses tawar-menawar untuk dapat keuntungan. Masing-masing nak menang. Mata
Intan dah mula mengantuk.
“Sure… as
long as I got my hot choc.” Irfan tak henti-henti memprovok.
Intan terus buka langkah
tinggalkan dapur. Dah malas nak ambik pot dengan budak Irfan. Nak minum? Ada
tangan ada kaki, buat sendiri la.
“Alonggggggggg….” Irfan berbunyi
putus asa. Dia mengekor Intan ke ruang tamu dengan hentak-hentak kaki. Mengada
betul Irfan ni. “Along tau tak Angah dah ada girlfriend. Siap pakai baju Melayu ungu sedondon. Dalam masjid
pulak tu dorang bergambar. Shot dia
orang lagi banyak dari shot pengantin
kut!” Irfan cakap dalam satu nafas.
Pehhh... Irfan memang cekap la
kalau bergosip. Eh jap! Macam ada keraguan! Apasal ayat aku dah macam ayat Am
ni?? Intan geleng kepala.Tapi betullah,
ayat terakhir Irfan itu macam tak boleh percaya. Angah pergi sana nak
buat kerja bukan nak bergambar lebih sakan dari pengantin. Itu dia sangat
percaya pada Angah. Sekeping dua bergambar tu biasa lah.
Rahsia Angah dah terbongkar.
Patutlah dia berbaju Melayu bagai dua tiga minggu lepas. Rupanya pergi ambil
gambar orang nikah sambil dia bergambar dengan awek ye.
“Sumber mana kau dapat ni?? Reuters ke Bernama?” Intan mengherotkan
mulut tengok Irfan. Mengejek.
“Sumber manusia haha.” Irfan
ketawa sorang-sorang. “Ini Irfan Huzein la Long!” Dia mendabik dada.
Lepas tu, Irfan cerita yang dia
tertengok laptop Angah. Masa tu Angah tengah mengedit gambar-gambar orang
nikah. Tiba-tiba, Angah terbuka gambar dia dan perempuan yang pakai tudung
ala-ala Yuna tu. Dan masa tu lah Irfan bergusti dengan Angah berebut nak rampas
laptop.
“Dah tu…mana hot chocolatenya??” Irfan angkat-angkat kening.
“Irfan!!!!” Intan terjerit geram.
Tak habis-habis degan hot chocolate
dia! Tapi, kaki dah mula melangkah ke dapur. Badan mula merapati kabinet kayu
dan tangan dah mencapai sebiji mug dan sudu. Satu sachet hot chocolate dikoyak bahagian atas. Irfan tersengih lebar
sambil bersandar gembira di tepi cabinet.
“Gaya sengih kau tu… mintak Along letak julap dalam mug ni!” Berdecit-decit Intan membebel
bila tengok gaya Irfan.
“Am I got exhaustible smile?” Irfan
senyum meleret.
“Yeah right! Tapi lagi baik
kalau tak senyum….”
***************************************************************************
“Angah… benda-benda macam ni
Angah tak boleh sorok la. Dari hari tu lagi Along dah smell something fishy.” Mata di tv tapi kadang-kadang tengok juga
gelagat Angah yang bersandar di sofa. Irfan dah tersengih-sengih tengok Angah
dan Along dia.
Berkerut-kerut dahi Angah. “Benda
apa pulak ni, Long?” Dia bertanya dengan tenangnya.
“Ish Angah ni… ‘benda’ yang Angah
segak sangat pakai baju Melayu mengalahkan hari raya tu. Sedondon ungu kan….”
Sengaja Intan berhenti di situ. Nampak sangat Irfan tengah menahan ketawa
daripada meletup kat ruang tamu tu.
Angah senyum senget sambil tangan
menggaru kepala bila Intan menyakat dia. Dia relaks je tapi sempat dia jeling
pada Irfan dan isyarat mata dia membawa ‘tunggulah kau Irfan lepas ni’. Sekejap
itu juga Irfan tinggalkan ruang tamu dan lari laju-laju menuju ke pintu.
“Irfan!!! Mengelat nampak!” Angah
melaung dengan mengetap gigi. Intan geleng kepala.
Tak sampai seminit lepas tu,
terdengar suara Irfan ketawa terkekeh-kekeh dari luar rumah. Bukan terkekeh
tapi terbahak-bahak sebab kuat sangat suara dia. Lama pulak tu dia gelak.
Terkejut nanti jiran tetangga dengan suara Irfan.
“Apa kena dengan budak tu?” Angah
jadi pelik. Terus dia bangun menjejak Irfan dia luar. Secara tak langsung Intan
turut mengekor.
Sebaik keluar dari pintu rumah,
kelihatan figura Irfan terduduk di atas permukaan pagar konkrit dengan meghadap
ke rumah sebelah. Dia gelak sambil pegang perut. Apa yang lucu sangat tu?
“Apa kebendanya tu Irfan?” Angah
tertanya-tanya. Dia macam nak marah. Buat risau orang je lah. Dah la hari nak
masuk senja. Dia pulak gelak macam kena sampuk.
Irfan tak mampu nak bercakap. Dia
gelak sambil tunjuk kepala dia dan tunjuk pulak ke pagar sebelah.
Intan tengok pada arah telunjuk
Irfan. Target mengena. Dia pun dah rasa mulut dia sampai senget nak menahan
gelak. Comel betul! Hati dia berkata-kata.
“So funny bro! Mana dapat cekak kuning tu?” Kalau letak reben lagi cute apa. Haha. Giliran Angah gelak
terkekeh-kekeh tengok Am. Rasa marah pada Irfan tadi dah tenggelam dalam gelak.
Gelak Angah tu tak ada la seburuk gelak Irfan.
Am macam tak terkesan pada gelak-gelak
dan renungan tiga pasang mata di sebalik pagar sana yang tengah meneliti dia
yang bercekak kuning melekap di atas kepala dia tu. Dia khusyuk bertinggung
meneruskan kerja menggilap ‘Red Devil’ yang
dicintai separuh mati.
“Gaya rambut dan kombinasi motor
Abang Am tu… dah habis stylo-mylo
dah.” Irfan berkira-kira. “Tapi cekak
kuning tu buat imej Abang Am tercemar je la...” Bersambung-sambung gelak Irfan.
Sebenarnya, pemandangan kepada orang
yang ‘bercekak kuning’ tu bukanlah teruk sangat. Tetapi keadaan Irfan yang sampai
gelak teduduk dan suasana kat situ yang buat situasi agak terasa kelakar. Puan
Adawiyah yang baru muncul di tengah riuh-rendah tu pun bergabung suara gelakkan
anak bujang dia. Intan dah berayun dia buaian berkembar. Cuma merasai suasana
dari jauh. Dia tersenyum juga tengok Puan Adawiyah.
“Inilah kualiti lelaki yang tak
ada kat lelaki lain.” Am angkat kening tengok Angah dan Irfan. Kemudian dia
menilik wajah di cermin sisi superbike.
Tak semena-mena, meletup gelak dia menghadap budak-budak tu. Dia pun gelakkan
diri dia sendiri tanda tak sangka. Tadi beria dia control segala.
“Tak payah tengok sangatlah Abang
Am… hancur tu confirm! Sweet tu ada haha.” Irfan mengutuk lagi.
Dia memang suka bab-bab kenakan orang ni.
“Adoyai…. muka macam lanun tapi pakai
cekak colour kuning. Loya tekak. Along
pun tak cam tu la…” Irfan membebel-bebel kalah perempuan.
“Eh budak kecik… siap la bila abang
dapat kau!” Am bercekak pinggang tengok Irfan.
“Tak apa Abang Am… orang boleh
pergi sebelah sana. Serah diri terus.” Riuh-rendah suasana petang yang hampir
ke senja tu.
Am terus tunjuk buka lima pada
Irfan. Cekak kuning tu tetap dipakai di kepala. Dia tak kisah pun nak
tanggalkan.
“Bukak la cekak tu….geli la
tengokkkkkkk.” Irfan buat-buat nak muntah.
“Jealous cakap jealous. Kita
boleh bincang” Am gelak terkekeh-kekeh. Dia campak cekak tu ke arah Irfan.
Irfan pulak lompat ke pagar rumah dia nak mengelak punya pasal. Dia buat cekak
kuning tu macam jijik sangat. Bila cekak tu terdampar di atas simen, Irfan
campak balik kepada Am. Kemudian, Am campak balik. Dia orang buat pagar rumah tu macam kain net
main badminton. Masa tu Puan Adawiyah dah bercekak pinggang nak jadi penghalang.
Haha padan muka dia orang.
“Tak de dah Motor GP.Tak de jugak show off lepas ni…” Am mengugut Irfan.
Habislah Irfan, dah tak
boleh dah nak mengekor Am membonceng superbike.
“Berani buat la. Orang scratch motor Abang Am!”
“Hoihh…lawan taukeh ni!! Sekeh
karang.”
Hidup tak akan ada indahnya kalau
nak serius memanjang. Sesekali kenalah bergelak ketawa. Baru hati pun jadi
senang.
***************************************************************************
- Lamanya
tak dengar berita
+ ye la… orang tu kan busy dengan
projek-projeknya L
Dah masuk dua minggu juga tak
bertanya khabar. Kadang-kadang rasa macam dah terlupa muka dia macam mana.Tak
logik betul!
Hari ni terasa sibuk sikit.
Bangun-bangun pagi tadi, dah sibuk buat sarapan lepas tu kemas dapur dan mop
lantai dapur. Cuci baju, pergi pasar, masak makan tengah hari dan keluar balik
pergi beli barang-barang Irfan. Dan jadual lepas tu, penuh dengan aktiviti membantu
membangunkan ekonomi restoran segera yang boleh tahan gah kat Malaysia.
Letih mengikut jejak Irfan
menawan shopping kompleks sebenarnya. Bukan beli banyak sangat pun. Menyusun
kedai makan je kerja dia. Mula-mula makan ais krim, nak basahkan tekak kata
dia. Banyaklah dia punya ‘basah tekak’. Baik minum air mineral je daripada
bedal Baskin Robbins. Tiga skop dia
telan waffle sundae dengan maple walnut toppings. Bengkok kakak dia
ni.
Lepas dah penat jalan, dia
singgah pulak Secret Resipe’s makan carbonara siap dengan chocolate fudge cake lagi. Sebelum balik
ke rumah, sempat lagi dia ajak melencong ke Burger Bakar Kaw Kaw Seksyen Dua,
Wangsa Maju. Intan rasa macam nak cekik-cekik je si Irfan tu. Berselera betul
dia makan banyak-banyak. Kakak dia ni sampai dah nak termuntah tengok Irfan
makan.
Mana taknya dekat tiga jam tunggu
oi. Queue panjang giler. Nak sangat
makan, Intan suruh si Irfan je yang berbaris. Sampai la dekat pukul dua belas malam
baru jejak kaki ke rumah. Sampai Angah pun dua tiga kali telefon tanya dekat
mana. Apa boleh buat. Ikut je la kehendak dia sebab ingat budak tu dah nak
balik ke asrama dah makan nasi kawah. Lagipun, kalau bukan Intan yang turutkan
siapa yang lagi yang nak ‘jaga hati’ si Irfan tu kan. Letih betul. Tapi rasa
letih tu akan jadi gembira kalau kita dapat bahagiakan hati orang lain.
Sekarang ni la baru bersenang-senang
nak rehatkan badan dan kaki. Sambil-sambil tu layan mesej si Zahin yang
sentiasa sibuk. Dah la time zon
berbeza. Memang payah la nak berkomunikasi. Bila dia tidur Intan dah siang.
Bila Intan tidur, dia pulak sibuk-sibuk dengan kelas dan projek. Susah-susah.
-Alaaa…
macam la orang tu tak busy ;)
+Break
tak habis lagi la. Mana busy. Orang tu je yang tak ada break
-Break la
ni …tapi projek tak boleh break. Malaysia akan ku jejaki nanti lol
+ poyo :p
!
-Aippp!
Berani cakap poyo :p ! So bila start
class?
Intan kat sebelah sini dah
tergelak kecil membaca mesej dari Zahin.
+ class
lagi 4 hari. Tapi 3 hari lagi dah naik sem. Feeling a bit nervous
-Look … peluang dah ada depan mata. Go
for it, Intan! Just put trust in yourself. And things going to be fine.
Intan termenung seketika. Hati
terdetik sesuatu. Mesej Zahin buat dia berfikir. Kata-kata Zahin tadi, terasa
ada kekurangan. Seperti kurang lengkap untuk menjadikan ayat itu lebih membawa
makna yang dalam. Dia seperti tahu melengkapkan, tetapi ayat itu tak muncul di
minda. Jenuh akal dia mencari di mana
kurangnya ayat Zahin. Hingga bibir dia bergerak menyebut kalimah Subhanallah.
Wujud rasa diri adalah hamba yang hina kerana serba kekurangan dan banyak buat
kesilapan.
Dalam beberapa saat, terus minda dia
terlintas untuk ke sekian kalinya dengan kata-kata nenek Zahin lewat majlis
akikah dulu.
Allah akan tolong orang yang
menolong agama Dia
Kala itu, dia pasti yang
kata-kata Zahin akan lebih bermakna jika Zahin menyambung ayat nenek tersebut
sebagai pelengkap paling agung.
-Intan….??
Intan tersentak dengan isyarat
mesej dari Zahin. SIII di tangan
terus dibelek. Dalam kira-kira nak membalas mesej, nada dering telefon dia
berbunyi. Zahin.
“Intan…..? Are you okay there?” Suara itu menerjah lembut ke gegendang
telingan Intan.
“Yes Zahin, I’m here. And I’m okay. Nothing to be worries.” Intan
ketawa kecil cuba menutup perasaan. Aneh.
Entahlah, sejak akhir-akhir ni dia seperti terasa kekurangan sesuatu di
dalam diri. Bila perasaan aneh tu datang, dia jadi risau dengan perkara yang
dia sendiri pun tak tahu apa pucanya dan dari mana datangnya. Dia masih
mencari-cari.
“I’m here
too, Intan. Anything… please do feel free to call me.” Suara
itu berbunyi sangat menyenangkan. Dia menyedarkan Intan bahawa Intan punya
tempat untuk bercerita. Punya orang yang boleh disandarkan harapan untuk
meminta bantuan. Dan orang itu boleh Intan letakkan kepercayaan.
Intan tersenyum. Dia tahu yang
Zahin sangat sibuk di sana. Lagipun dia jauh. Tak sama kalau dia ada di sini. Tapi
dia mudah terpujuk jika Zahin guna ayat-ayat yang berbunyi ‘please’ itu dan ‘please’
ini. Dia rasa diberi perhatian.
“In shaa
Allah…” Dia ambil beberapa saat sebelum manjawab. “UK macam mana?”
“UK?” Zahin dah tersenyum lebar. UK
macam mana ke atau Zahin macam mana? “Esok check
Facebook… saya upload gambar
banyak-banyak.” Dia mengusik Intan.
“Amboi-amboi... sakan la tu!”
Intan pun tersengih.
“Kalau rindu cakap la rindu..” Zahin
sengaja melembutkan suara dalam senyuman.
“Awak bila nak balik?” Intan
ketawa senang. Dia saja bergurau. Dan jawapannya Intan dah lama dah tahu. Zahin
takkan balik dalam masa dua tahun ini nak mengejar cita-cita. Dia sentiasa
serius kalau masuk bab masa depan dan impian dia. Intan sangat menghormati
semangat Zahin. Intan nak pinjam semangat Zahin tu.
“Hah tengok!” Zahin lagi kuat
ketawa.
“Heleh…” Intan ketawa kecil sama.
Mulut diherotkan tanda protes.
“Tak lama awak… setahun lebih je
lagi.” Dia berbunyi serius dalam lembut.
Macam memujuk pun ada. Dia dan Intan kan dah sama-sama berjanji untuk dua tahun
ini. Tanggungjawab untuk setia tu dia tak lupa.
“Nanti saya sewa F-22 Raptor…. boleh cepat sampai. ” Zahin gelak terkekeh-kekeh. Dia kata
pesawat buatan US tu adalah pesawat gempur
terbaik , termahal dan termaju yang pernah dibina di dalam sejarah dunia. Dia hebat
bercerita mengenai pesawat Lockheed
Martin F-22 Raptor yang ada satu tempat duduk
dengan enjin berkembar. Apa yang dia paling kagum, pesawat tersebut menggunakan
teknologi halimunan yang sukar dikesan di skrin radar. Kebarangkalian nak
ditembak jatuh oleh musuh memang rendah tapi dari mata kasar masih boleh
dilihat dan bunyi pesawat yang bergegar di ruang udara memang tidak dapat tidak
pasti boleh didengar. Orang macam Zahin ni memang hafallah segala specs pesawat ni. Zahin juga cakap yang
pesawat US ini mempunyai sistem computer network yang sangat bersepadu untuk bertempur ketika
perang dan mempunyai ciri-ciri termaju avionik. Avionik! Dia memang gila dengan
avionik sebab dia kaji benda alah tu la kan.
Intan? Intan
mana la tahu apa fasal avionic atau spesifikasi lain mahupun dengan segala
keturunan aircraft yang ada kat muka
bumi ni.
“Awak… saya cuma
tahu sebut Airbus and Boeing je.”
Intan ketawa . Tapi, dia pun semangat habis dengar Zahin bercerita. Okey, Intan
dapat ilmu baru hari ini. Ilmu asas Lockheed
Martin F-22 Raptor.Pesawat yang digunakan oleh US Air Force. US kan pengeluar pesawat terhebat dalam dunia ni. Entah
macam mana rupa dia pun Intan tak tahu. Kalau Charlie dan Sukhoi
bolehlah dia bayangkan sebab Malaysia memang guna pesawat tu.
“Awak untung kut
dapat saya… sebab saya gigih bercerita dari jauh-jauh dengan bil telefon yang
mencanak-canak naik ni.”
Akhirnya bergabung suara ketawa
dua manusia di talian telefon di dua benua yang berbeza waktu, cuaca, manusia
dan sejarah peradaban. Dan talian itu dimatikan dengan ucapan salam.
Suasana di rumah itu sunyi sepi
sejak masing-masing dah menghilang ke bilik tidur. Irfan dah lama mencampak jatuh
sauh dan berlabuh nyenyak di atas katil bujang. Penat berjalan dan penat bungkus
baju agaknya. Penat ke? Bukan ada apa sangat pun baju yang dia bawak balik. Esok
dia akan kembali asrama. Dan lusa, Intan dan Angah pula yang akan kembali ke
tempat masing-masing. Kosong lagi la rumah ni. Biar labah-labah menjalankan
tugas. Biar habuk dan sawang menutup segenap ruang.
Kaki terus melangkah ke bilik
yang dijadikan bilik solat sejak penghuninya pergi. Dahulu, bilik ini pernah
dihuni oleh kedua orang yang dia rindui. Foto-foto berbingkai kayu yang melekap
di dinding bilik itu, ditatap dalam senyuman pahit.
p/s :che syahirah...ini untuk kamuuuuu
No comments:
Post a Comment