Tuesday, February 12, 2013

Mencari Warna : Bab 9


“Along…”

Intan yang baru selesai Asar tertoleh laju. Angah tersenyum lebar dicelah daun pintu bilik Intan yang terbuka separuh. Hanya kepala Angah yang terjengul di situ. Sekarang Intan pulak yang sambung senyum. Senyum tengok Angah yang beria-ia berbaju Melayu Johor berwarna biru langit di petang-petang Jumaat yang lambat lagi nak masuk Maghrib.

Well…Angah?” Intan angkat bahu. “Ada apa-apa nak bagi tahu? Atau ke mana Angah nak pergi dengan muka berseri-seri ni?” Intan menghampiri Angah di pintu bilik.

“A-long…” Dia ketawa geleng kepala tanda tak percaya. “Sejak bila pandai investigate orang dalam rumah ni macam Irfan??”

“Sejak Angah dah pandai senyum sorang-sorang sambil peluk bantal.” Pintu dibuka luas. Angah berundur dan bersandar di barisan tiang menuju ke tangga. “Angau overboard!” Intan mengherotkan mulut.

“Hahaaa…” Dia mengurut belakang tengkuk. “Angah nak ke Putrajaya. Ada majlis lepas Maghrib. Senior Angah masa sekolah dulu nikah malam ni.” Dia bagai menyusun sangat kata-kata dia sambil bibir tak lekang dengan senyum.

“Ohooo… pergi dengan sape?” Bahagian ni yang paling Intan nak tahu sangat ni! Tak henti Intan menggiat bila tengok Angah tayang senyum luar biasa.

Sape Along ingat? Angah pergi dengan Ni…” Angah buat suspen. “Nikon lah…” Dia tunjuk DSLR dia kat bawah. Nak tunjuk yang dia pergi jadi photographer. “…tripod pun nak ikut sama.” Nak cukupkan bukti yang dia sungguh-sungguh buat kerja. “Props pun Angah bawak satu kereta..” Satu lagi hujah menguatkan fakta yang dia tak pergi bersuka ria.

Intan senyum bila ingat kejadian petang tadi. Angah! Angah takkan berbaju melayu sakan la kalau setakat nak pergi ambil gambar orang menikah. Jeans dengan t-shirt dia dah habis pergi hantar laundry gamaknya kut. Intan pulak yang senyum sorang-sorang.

Butang remote controller ditekan silih ganti selang setengah minit. Semua program tv macam tak boleh nak dilayan. Bosan. Seharian duduk kat rumah.  Rasa terindu-rindu dengan bau library dan wanginya bau buku.

Intan congak-congak jadual esok.  Disebabkan esok Sabtu dan memandangkan Intan tengah bercuti panjang, maka Linda ada program untuk Intan. Petang pulak nak pergi menjemput Encik Irfan Huzain Bin Hairi di Hentian Duta. Alamat bergoncang la rumah ni esok bila budak tu jekak kaki ke rumah.

***************************************************************
Sudu dan garfu ditelangkup di dalam pingan. Mata hanya terarah kepada kenderaan yang tak pernah kurang lalu lalang di hadapan Restoran Dulang ini. Waktu makan tengah hari - jadi beginilah keadaannya. Alah waktu bila pun sama je keadaannya kalau dah namanya Kuala Lumpur.

“Allah akan tolong orang yang membela agama Dia. Kau rasa apa dengan ayat ni Lin?”

Tisu yang dipedapkan dimulut terhenti seketika. Linda tengok Intan tak berkedip. Patut la serabut je air muka si Intan ni. “Sape yang bagi kau ayat ni?? Macam terbuku sangat je aku tengok?”

“Nenek Zahin…” Intan jawab lambat-lambat.

Linda tunduk, dia sedut jus limau. “Atas sebab apa dia cakap macam tu?”

Intan hembus nafas perlahan. “As a general… as a motivation maybe.” Intan angkat bahu. “Dah tu kau rasa ape? Dah dua kali ni aku tanya kau cik kak oii..”

Linda tersengih. “Allah – akan – tolong – orang – yang – membela – agama – Dia…” Sebiji-sebiji Linda ulang pernyataan Nenek Zahin. “Ermm… kita tak payah ambik contoh jauh-jauh la macam nak pergi berjihad serang Israel laknatullah tu ke atas sebab nak membela agama. Kita tengok diri kita dulu sudah… cuba cari apa yang kurang. Bila dah jumpa, try la slow-slow ubah, tambah. Benda baik dari Allah akan datang lepas tu... tapi Allah takkan tolong kita kalau kita tak nak tolong diri sendiri.” Linda berhenti cakap, dia tengok orang yang masuk ke restoran. “Ayat nenek Zahin tu… ayat Al-Quran. Surah Muhammad…tapi aku tak ingat ayat berapa.” Linda tunduk lagi dan mencari sesuatu di dalam beg.

Intan tersentap. Linda boleh ingat terjemahan ayat Al-quran siap dengan spesifik surah lagi. Sejak bila Linda hafal semua ni? Perlahan-lahan dia kagum dengan Linda.

“Jap eik…” Mata Linda tertumpu pada android di tangan. Jari telunjuk dia tengah bergerak laju dari atas ke bawah – scroll down di permukaan skrin android. Tengok apa pun entah la. Tengok mesej kot. “Yeah right… Surah Muhammad, ayat 7.” Dia senyum yakin tengok Intan.  “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Tenang dia mengungkap sepotong terjemahan itu walaupun keadaan tengah riuh rendah dengan bunyi gelak tawa pelanggan ditambah pulak dengan kenderaan di luar lagi.

Lama Intan diam. Fikiran dah ditala merata alam sambil mengumpul kekurangan diri di dalam kepala. Terlalu banyak kalau nak dikira. Uhh… tak terkira! Macam mana nak bela agama Allah kalau diri sendiri pun tak nak dibela. “Kau baca tafsir dari situ…?” Intan mengisyaratkan mata dia kepada Samsung Galaxy Note II milik Linda.

“Ermmh…” Linda angkat muka.“Tak jugak.. aku baca manual. Tafsir hard copy…”

Transfer soft copy tu kat aku Lin…”

“No prob. babe!” 

******************************************************************

“Along… orang nak makan ikan keli sambal.” Irfan buat muka sedih.

“Hmmh…” Intan dah tak larat nak layan. Letih tunggu sorang-sorang kat Hentian Duta tadi tu sebab bas yang Irfan naik tu breakdown dekat Trolak. Sampai dah nak malam ni hah baru lah bas sampai. Dalam selang lima minit sepanjang perjalanan dari Hentian Duta sampai la dah nak sampai ke rumah ni, Irfan asyik request macam-macam. Macam-macam dia susun menu. Macam la sepuluh tahun dia tak balik ke rumah. Dan agak-agak dia ingat kakak dia ni ada taraf-taraf iron chef ke?

“Along… orang nak makan gulai lemak udang galah dengan pegaga.”

What!! Gulai lemak udang galah dengan pegaga? Wajah Bro Am muncul di dalam fikiran!! Terus peristiwa handphone Intan yang hampir tercampak ke simen bila terdengar suara bro yang tiba-tiba terpacak tepi pagar konkrit dengan muka seposen tu masuk berlumba-lumba dalam kepala. Ya Allah.. bro nak makan benda ni la kan. Intan dah rasa serba salah. Kenapa hari ni la baru dapat tangkap apa yang bro cakap sebelum ni. Kalau dapat dengar dengan jelas sebelum ni, senang je nak cakap tak boleh masak sebab Intan sibuk sangat. Selesai masalah!

“Along! Dengar tak apa orang cakap niiiiiiiiii??” Irfan dah merayu-rayu gaya macam 20 tahun tak pernah makan makanan Malayu. Kalau Zahin yang mintak makan macam si Irfan ni logik la jugak.

Intan pandang Irfan sekilas. Kemudian, mata Intan hanya fokus pada jalan yang beberapa minit lagi akan sampai ke rumah. “Kau ingat dapur rumah kita tu ada tukang masak istana ke yang nak masak segala makanan eksotik tu kat kau dik?” Stereng kereta terus dipulas menghala ke depan pagar rumah. Hai lah!

“Alah… berkira la Along ni!!”

“Dah-dah… pergi turun sekarang tolak pagar!”

Dengan muka penuh perasaan kecewa, Irfan buka pinta kereta dan jalan ke pagar. Eh!! Sempat pulak Irfan pergi intai rumah sebelah sambil lambai-lambai tangan. Dah bro pulak keluar. Sekarang ni dia orang tengah berpeluk-peluk. Ohh dramatiknya!

Kut ya pun dah lama tak jumpa orang sebelah, tolak la pagar gelongsor tu dulu. Intan tekan hon kereta. Geram! Refleks Irfan dan Am toleh serentak tengok Intan di dalam kereta. Irfan tepuk dahi tanda terlupa nak tolak pagar. Banyak la dia punya ‘lupa’.

Kereta terus meluncur laju di bawah garaj selepas pagar dibuka. 

“Abang Am… umi masak apa hari ni?”

“Kita makan kat luar karang, Irfan!” Intan jegil mata pada Irfan. Itulah ayat pertama Irfan yang dia dengar sebaik pintu kereta ditutup. Tak malu sungguh la budak ni! Patutnya dia tanya umi tu sihat ke tidak.

Am tak jadi masuk rumah. Dia toleh ke belakang tengok Irfan. Sekaligus dia tertengok Intan dengan riak tak puas hati. Memang dasar keras kepala betul budak Intan ni. “Umi masak special hari ni dik… datang makan sini la lepas Maghrib karang. Ajak semua-semua dalam rumah tu. Angah, biar abang call dia kejap lagi.” Suara Am berbunyi biasa.  

Irfan pandang Intan bila melihat reaksi Am. Intan cuma balas dengan mengarah dagu. Apa yang tak kena dia orang ni? Tak faham betul aku dengan masalah orang –orang tua ni. Irfan mencemik tengok Intan. Aku dah lapar ni!!!!

‘Semua-semua dalam rumah tu’ siapa lagi kalau bukan Intan sorang . Intan tersengih tengok kelaku Am. Am hanya berkomunikasi dengan Irfan dan dia langsung tak tegur Intan.

Pasal kes gulai lemak udang galah dengan pegaga tu pun boleh buat bro jadi macam ni eih? Ye la kut kan. Hormon tak stabil betul orang si lawyer ni.

******************************************************************

“Along letak dulu semua barang kat meja dapur. Daun kunyit... ambik je dalam pasu belakang rumah tu. Kejap lagi umi masuk.” Puan Adawiyah sibuk menyiram pokok bunga dia yang tak berapa banyak tu dengan posisi membelakangkan Intan yang tengah bertinggung di depan sangkar Romeo.

“Yes ma’am! Bye-bye Romeo!” Intan atur kaki ke dapur. Lepas letak barang, dia keluar mencari pokok kunyit.

Mata menyapu kepada deretan pasu di sepanjang kaki lima dapur. Pencarian ada dipenjuru pagar. Sambil-sambil jalan ke pasu pokok kunyit, Intan sendawa kecil. Terus bibir mengungkap ucapan Alhamdulillah. Kenyang makan nasi lemak kangkung Kampung Baru. Pagi-pagi lagi dah meredah Kampung Baru nak mengisi perut sebab malam tadi jenuh berlapar tahan makan. Nak jaga air muka depan Irfan dan Angah. Dia orang berdua sedap je menjamu selera kat rumah umi. Intan tak nak ikut sekali sebab dah ‘kenyang giler’ makan dengan Linda sebelum tu. Jahat punya kakak kan, Irfan tu punya la lapar bertafakur sepanjang hari duduk dalam bas, yang si kakak pulak makan tak ingat dunia sampai lupa kebajikan perut adik sendiri. Intan bagi alasan baik punya dengan cakap ‘kenyang giler’, padahal dia malas nak jejak kaki ke rumah Puan Adawiyah. Semua orang tahulah alasan tu!

Intan jalan ke pintu dapur dengan dua helai daun kunyit di tangan. Ada misi yang nak diselesaikan kat dapur rumah Puan Adawiyah ni.

“Mi… anak perempuan umi tu ada datang sini ke tadi?” Am menarik kerusi dan duduk di hadapan meja kaunter dapur.

Langkah Intan terhenti, tak jadi melangkah masuk ke rumah. Dia berdiri di sebelah gril dapur yang terbuka luas. Biarkan anak-beranak tu bersoal jawab dulu. Sementara tu boleh tengok bukit-bukau yang menghijau nun jauh di sana tu.

“Mana kamu tahu dia ke sini?” Laju Puan Adawiyah bagi respon. Ada bunyi syak wasangka pada tone suara dia.

Perfume dia la mi... satu kilometer boleh bau.” Am jawab dengan yakinnya.
Puan Adawiyah ketawa. “Amboiiii! Perfume Along pun kamu cam ye. Anak dara orang tu, Am.”

“Uhhh mau tak cam… dari dia kecik Am dah kenal budak tu mi. Tapi sekarang ni... lagi dekat bau wanginya. Apa dia siram perfume dia kat sini ke tadi?”
 
“Along memang ada kat sini pun…” Puan Adawiyah sengih tengok Am. Intan jalan selamba masuk ke rumah. Terus bawa daun kunyit pergi ke sinki.

Am tiba-tiba terbatuk-batuk. Dia duduk tegak di meja kaunter sambil urut dada. “Eh…lain kali masuk rumah orang tekan loceng dulu.” Dia tuang air teh ke dalam cawan. Ada riak tak senang pada wajah dia.

“Mimpi ke bro ni? Negara mana yang pakai loceng kat pintu dapur??” Perlahan je Intan balas. Sah la dia ni mimpi di siang hari.

Am buat muka bosan. Suasana dapur rumah Puan Adawiyah tu sunyi sepi kejap. Yang kedengaran cuma desiran air paip di singki berkembar yang mengalir laju buat basuh daun kunyit. Puan Adawiyah yang tengah menggunting hujung kepala dan ekor udang galah di singki sebelah, fokus je buat kerja.

Bro merajuk lagi ke? Mengada betul! Gedik! Macam perempuan. Perempuan pun tak macam dia. Ishh Intan…dah-dah la tu mengarut!

“Am…makan la nasi lemak tu. Along beli pagi tadi.” Suara Puan Adawiyah memecah sunyi. Intan cuma menjeling Puan Adawiyah dari ekor mata.

“Okay…” Hambar je suara Am pada ketika ini. Orang tua merajuk memang la buruk rupanya. Serius buruk.

“Kenapa Along tak datang makan dengan budak-budak ni semalam?” Puan Adawiyah bagi soalan tahap yang boleh mendatangkan sentap.

Intan tertelan air liur. Dia pusing kepala tengok Puan Adawiyah yang tengah statik tengok dia “Ermm…” Apa nak cakap ni?? Intan laju pusing kepala tunduk tengok singki. “Kita dah kenyang, mi…” Lambat-lambat Intan jawab.

“Kalau jawab cenggitu gayanya… nampak sangat tipu la tu!” Bro buat serangan mulut jarak jauh dari meja kaunter. Suara dia bunyi mengejek. Cepat betul dia ni kalau bab-bab nak cari kesalahan orang lain. Memang tak boleh tengok orang lain senang.

“Hohoi, jangan main tuduh-tuduh ye!” Dia yang merajuk sakan tak dapat makan gulai lemak udang galah daun pegaga, cakap banyak pulak. 

“Hohoi!!” Am muncung-muncung mulut dia mengajuk cakap Intan. Patut ke main hoi-hoi dengan aku? “Eloknya budi bahasa tu…”
 
“E’eh… Ammmmm.” Puan Adawiyah bulat mata pada Am. Intan tak peduli sangat pun pada dua beranak tu. 

Am angkat kedua belah tangan tanda mengalah. Okey, aku jugak yang bersalah! Umi memanglah! Bungkusan nasi lemak dipandang layu. Memang tak ada selera nak makan. Dia berteleku diam-diam di kaunter tersebut. Tengok-tengok suasana dapur. Tengok umi yang tengah menyiang kacang panjang di meja dapur. Tengok Intan yang menekup tapak tangan ke atas penutup pengisar yang tengah kisar apa pun entah. Nampak hijau kuning je dalam dalam balang pengisar tu. 
“Masak apa tu?” Am mengarah dagu pada Intan.

Erkkk. Tak dengarlah. Intan tekan butang off pada pengisar.  “Apa dia?”

“Masak apa?” Am ulang.

“Karipap pusing berinti ayam…” Sibuk je nak tahu.

“Tipu pandai!”

“Dah tahu orang menipu jangan la tanya.” Bukan tak tahu yang aku ni tak pandai masak.

“Orang perempuan kalau tak pandai masak… tak sempurna hidup.” Am cakap semasa Intan lintas di meja kaunter untuk mengambil tisu di sebelah meja tersebut. Dah habis merajuk la tu kut sebab Am dah start enjin membebel dia tu. Hidup Am ni tak senang gamaknya kalau tak bercakap dan tak mengenakan orang.

Amboi-amboi! Bro ni cakap kat sape? Intan sempat pandang Am dengan muka sombong. Malas nak cakap apa-apa. Tak berminat!

“Orang lelaki kalau pandai masak sekalipun… tapi tak kahwin tak sempurna jugak hidup!” Puan Adawiyah smash kencang sambil potong kacang. Intan tertengok  Puan Adawiyah tanda tak sangka. Baguslah umi! Padan muka engkau bro!

“Umi… kalau Allah tu kata jodoh belum sampai, Am tak boleh buat apa-apa.” Dia bercakap dengan rileksnya sambil bersandar tenang di kerusi. Langsung tak kisah dengan umur dia yang dah cecah 30 tahun. “Kun – Jadilah, Fayakun - Maka jadilah ia.” Dia tambah lagi dengan fakta sahih dari petikan surah Yassin ayat 83.

“Kalau tak ‘mencari’ bini macam mana nak ‘menjadi’ jodoh tu…” Puan Adawiyah pulak bagi serangan balas. Bagus umi! Serang dia lagi, mi.

“Am tak cari ‘bini’ je mi, Am cari ‘menantu’ untuk umi. ” Dia ketawa kecil tengok Puan Adawiyah.

Pisau di tangan Intan terjatuh ke lantai. Ceit klise la bro ni! Orang dah tak pakai dah ayat-ayat tradisional gitu. Intan rasa geli hati tetiba. Rasa nak tergelak.

Puan Adawiyah dah mengherotkan mulut. “Ye sangat la tu…”

Am memang selalu confident je dengan apa yang dia cakap. Optimis dia tu, seolah-olah dia boleh dapat apa yang dia nak. Tapi orang cakap, kita takkan dapat apa yang kita nak.

Am tak cari ‘bini’ je mi, Am cari ‘menantu’ untuk umi. Kata-kata Am tiba-tiba bermain di telinga Intan. Luas maksud bro ni bila difikir-fikirkan. Bini dan menantu… ada dua fungsi yang berbeza di situ. Tak apa, tak payah pikirlah!

Pemandangan dapur tu hanya dihiasi dengan dua orang wanita yang sibuk terkejar ke sana dan ke mari. Mata orang di meja kaunter itu hanya menjadi perakam tidak berlensa. Sekejap-sekejap Intan berjalan ke singki dan ke meja dapur. Puan Adawiyah pun begitu. Ada sekali tu Intan hampir bertembung dengan Puan Adawiyah. Lepas tu mereka ketawa riang. Intan kalau dengan Puan Adawiyah ketawanya boleh dikatakan tanpa dipaksa. Kalau dengan orang lain, kira ala kadar je senyum dia.

Lepas tu nampak Intan sentuh-sentuh skrin SIII dia. Agaknya tengah text dengan orang di UK gamaknya. Tak tidur ke budak TRD tu? Kemudian, Intan berkejar pulak meletak kuali dan periuk di atas dapur. Dia tuang minyak masak ke dalam kuali dah periuk tersebut. Am nampak Intan tengah mengawal suhu dapur umi tu. Tak lama tu,  Intan membalik-balikkan ‘benda’ di dalam kuali. Cakap ‘benda’ la sebab tak tahu Intan masak apa. Ketung-ketang bunyi sudip berlaga dengan kuali. Kalah mamak goreng mee.

Ikut petua yang umi bagi, mulakan masak dengan bismillah  dan kuah dikacau perlahan mengikut arah pusingan Kaabah. Iaitu mengikut arah lawan jam. Sambil-sambil tu, mulut berzikir - laisalaha mindunillaahikashifa. Barulah Allah SWT memberkati rezeki kepada wanita yang memasak tu, umi kata. Umi kata petua ni dia ambil dari hadis Rasulullah yang dijelaskan kepada anak baginda iaitu Siti Fatimah.

“Nah makan ni…” Intan letak piring yang penuh dengan nugget tempura di depan Am. Bagi dia ni makan nugget, biar tutup mulut dia dari bercakap. Penat aku berkawad ke UO beli segala fast food pagi tadi lepas sesak-sesak dari Chow Kit semata-mata nak beli udang galah dan ikan keli. Itupun sebab nak beli nasi lemak kat Kampung baru la, kalau tidak rajin sangat la aku nak mengharung sesak kat Chow Kit tu.

Am tengok nugget tak berkelip. “Benda ni je!!!” Sarkastik. Setakat nugget aku pun pandai nak goreng.

“Silalah belajar bersyukur sekarang.” Intan tuang sos cili Maggi di dalam piring pencecah.

“Punya la teruk bersilat kat dapur tu tadi…ini je benda yang Intan masak??” Aku memang tak puas hati.

***********************************************************

Waktu makan tengah hari itu, dibuat selepas Zohor di rumah Puan Adawiyah. Semua orang berkumpul di meja makan. Ada Intan tiga adik beradik dan Puan Adawiyah tiga anak-beranak. Lauk-pauk dah siap terhidang di meja. Siap dengan pencuci mulut lagi.

“Okey… adik baca doa.” Pak Cik Mus memberi arahan.

“Irfan lah!”  Irfan buat pembetulan. Semua orang ketawa tengok Irfan. Dia memang kurang senang bila dengar perkataan ‘adik’.  

“Ohhh dah besar dah sekarang kan. Sejak bila jadi matang ni haha…” Am ketawa mengusik.

Sejak dia pandai ada girlfriend dan bercinta pulak kat depan pondok telefon. Benda ni cuma terluah di dalam hati Intan.

“Sebab dia yang paling besar kat sini kot…” Angah menambah dengan ketawa. Kalau ikut fizikal, Irfan memang cepat membesar. Dia yang paling tinggi antara adik beradik Intan. Dah sama tinggi dengan Angah dah pun. 

“Okay-okay… up!” Irfan dah angkat tangan tadah doa dan kepala tunduk tawadhuk merenung bawah. Terus tutup topik pasal cerita usik mengusik dia. Puan Adawiyah dan Pak Cik Mus ketawa juga.

Yeay ada ikan keli sambal!” Irfan buat aksi tak sabar nak makan lepas baca doa. Mata dia menyapu sususan piring dan mangkuk lauk di atas meja. 

Intan cubit paha Irfan kuat-kuat. Buat malu dekat orang je Irfan ni. Macam tak pernah makan setahun je perangai dia.

“Auwww… Alonggggggg!!!” Irfan jerit perlahan. Dia tepis laju-laju tangan Intan.
“Apa yang berlaku di situ??” Punyalah skema ayat Am.

Intan cubit lagi. 

“Ada ketam menyepit di sini.” Dan akhirnya Irfan gelak terkekeh-kekeh.  “Hah Abang Am… ada udang galah masak lemak dengan pegaga. Orang chop udang yang paling besar!!!”

Muka Am bercahaya bila tengok mangkuk udang tu. “Oit takde-takde… udang tu abang punya. Kau makan ikan keli je!”

“Bercakap banyak sangat ni…tersedak nanti, susah.” Pak Cik Mus dah tegur dah tu.

Semua orang makan dengan senyap sekarang ni. Ikan keli sambal, Puan Adawiyah yang masak. Udang galah masak lemak dengan pegaga tu pulak, Intan la masak sebab ada orang mengidam sangat nak makan sampai merajuk tarik muka.

Puan Adawiyah letak seekor udang galah yang siap dibuang kulit ke dalam pinggan Intan.

Intan angkat muka tengok Puan Adawiyah. “Mi…kita boleh buat sendiri le.” Heeee…. Intan sengih tengok Puan Adawiyah.

“Tak aci ni!!” Irfan tengok Intan.

Irfan terus pegang sudu nak ceduk seekor lagi udang galah yang tinggal dalam mangkuk. Dan rupanya ada tangan yang lagi laju sambar sudu tersebut. Tangan Am. Jadi, udang tu jadi milik Am.

“Arghhh… kecewa tuan hamba di kala!” Irfan ketap gigi tengok Am.

“Irfan… cukup-cukup la tu.” Angah dah jeling tajam pada Irfan.

Am tersenyum. Udang tu dibawa ke dalam pinggan. Tup-tup dia campak udang tu ke dalam pinggan Irfan. “Nah ambik  ni… kulit buang sendiri.”

Irfan tengok udang macam udang tu lah segala-galanya. Naik hairan Intan dengan Irfan ni!! “Ohh Abang Am.. bro memang handsome la. Motor GP next season kita tengpk dari grand stand eih ?? ” Irfan demand tak agak.Angah dah ternganga tengok budak Irfan tu.

Grand stand??Uiih!! “Ini namanya dah bagi betis nak paha pulak!! Bagi penumbuk kang…” Am sarkastik. Irfan gelak terkekeh-kekeh. Orang lain pun ketawa sama.

Nasi di dalam pinggan dia pun dah licin. Am terus jilat pada hujung lima jari kanan dia dengan tertib. Bagai ada rasa istimewa bila tengok bro jilat hujung jari jemari dia. Sweet. Bukan sweet kut... tapi comel!

Aku rasa aku suka suasana macam ni. Ada dua orang tua, seorang abang yang kuat membebel dan dua adik tapi sorang adik tu telah terkena penyakit dari abang tersebut. Dan lagi, dapat ketawa, dapat makan ramai-ramai dan dapat tumpang kasih sayang. Senyum tawar terukir di hujung bibir Intan. Tiba-tiba dia bangun dan angkat pinggan ke dapur. Tak boleh lama-lama kat meja makan tu. Fikiran tidak dapat tidak teringatkan apa yang dia tak ada. Dan dia rasa semua orang yang ada kat meja makan tu pandang aneh pada dia. Apa ada kisah. Orang kata kalau kita tengah marah, kena ubah posisi untuk hilangkan rasa marah tu. Tapi, Intan kena ubah posisi bila dia rasa sedih.


“Eh lauk-lauk ni semua guna duit sape?” Suara itu mengikut langkah Intan ke dapur. Intan tiada reaksi. Dia statik di singki. “Abang tak nak makan duit anak yatim…” Suara itu makin dekat di cuping telinga. Dan tuan punya suara tu bercakap tanpa rasa salah walau sehabuk kuman pun. Muka tu tak berkocak apa pun.


Intan toleh belakang. Dia tengok Am tak berkelip. Pinggang dicekak dengan kedua belah tangan. Bongek betul bro ni! Tak jadi aku nak feeling sikit la. Dah rasa nak tergelak pulak. Apa dia ingat aku ni under age ke nak sebut-sebut anak yatim bagai. Dah lama dah layak mengundi. Aku kerja kut. Part time tutor pun namanya kerja juga kan.

“Intan payungggggg, ke tepi boleh… nak cuci pinggan ni!” Am sekali lagi cakap tanpa rasa bersalah. Dia halau Intan dengan isyarat mata dia.

Bro, kau ni memang lah. Intan terus berundur. Dia berpeluk tubuh.
 


p/s : Hohoiiiiiii.....dah lama tak sambung MENCARI WARNA ni. Gilar ar kering idea. Cau cin cau...

4 comments:

  1. intan 2 abik je brt psl am ...n rasenye am tu penting je kot kat intan..hahah cume intan lambat pickup & am plak matured...huhu rindu ....leh x kalo sebut namer penuh..sbb mympah dgn name am shj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. am kan byk tlg intan....sb tu intan still amik berat

      jgn la nympah ngan nama am...hero aku kot haha

      Delete
  2. ble nk next chapeter??? lamenyer nk tggu okey ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh berusaha ni nk bt cptr 10.....tggu la heeee

      Delete