Tuesday, August 07, 2012

Mencari Warna : Bab 6

“Intan… is that you?”

Intan yang sedang berjalan ke kelas, berhenti di tepi tangga. Telefon bimbit di telinga, dibawa sekali lagi depan mata. Prof Mazni. Intan membaca di dalam hati buat kali kedua. Sebelum jawab tadi, dah tengok dah skrin ni. Tak pernah dibuat prof ni call aku. Selalu guna text messaging je pun. Takkan nak suruh submit thesis dah kot? “Yes I am, prof.”

“Ohh good. Are you free now?” Prof Mazni berbunyi serius. Mesti dia tengah mengecilkan mata sementara menunggu jawapan Intan. Intan dah boleh agak.

Glurpp. “Not, really. I got class about…” Intan memeriksa Guess di tangan kiri.“…. about ten minutes from now. Ermm… may I know why, prof?” Intan mengetap gigi sambil memasang pandangan pada orang yang bersilih ganti turun naik tangga mengejar kelas.

“Well…  I’ve matters to discuss with you. So… when we can meet?”

Matters? Banyak sangat ke perkara yang nak dibincang ni? Intan mencongak di dalam kepala. Cuba ingat balik jadual kelas hari ni. Isnin, jadual memang pack giler. “Ohh… I think in the evening. Are you okay with that, prof?”

“Good. See you in my room.” Laju je Prof Mazni menjawab.

Aduhai. ‘Good’ saja orang tua ni. Intan terus menyimpan telefon bimbit di dalam beg. Tergesa-gesa dia memanjat anak tangga ke tingkat tiga. Ada kelas dengan Dr. Safwan.

*************************************************************************** 
 
Kereta terus dipecut laju ke suatu tempat yang dia anggap tenang sebaik keluar dari bilik Prof. Mazni. Masjid universiti dijejak sebaik tiba waktu asar. Dan sekarang dia sedang berada di hadapan dua buah kemasan mamar putih.

Angin petang membawa sekali haruman kemboja menusuk ke hidung. Segar dan menyenangkan tempat ini dirasakan. Kala ini hanya ada sepi mengisi suasana.

Yasin selesai dibaca sekejap tadi. Rumput di keliling kotak kemasan mamar, dicabut. Sambil tu, mata tak lekang memandang burung kelicap yang dah pulang ke sarang di celah pohon kemboja tak jauh dari tempat duduk dia. Kalau Angah yang tengok, pasti dia dah petik shot yang paling cantik. Confirm punyalah. Tapi, Angah tak pernah pulak nak heret Nikon dia ke kubur.

Umi pasti membebel kalau tahu dia ke tempat ini dalam pada matahari dah mula condong ke barat. Langit pun dah mula serakkan warna jingga. Intan tak pernah kisah dengan semua tu. Sebab tempat ini dah jadi tempat luah segalanya. Tempat berkongsi cerita….

Pandangan Intan menyapa seluruh isi bilik Prof Mazni. Tuan bilik itu sedang menunduk memandang planner. Untuk dua tiga minit ni, Intan diminta duduk sebentar sementara menunggu Prof Mazni yang tengah duk tenung apa entah dekat planner dia tu.

Planner ditutup dan diseret ke tepi meja. Prof Mazni angkat muka.“Sorry for taking your time to waiting me just now. Okay then. Shall we?” Cermin mata ditanggalkan dan diletak di tepi papan kekunci.

Intan tersenyum tapi rasa debar di dada dah terasa. “Sure, prof.” 

Muka Prof Mazni tak ada riak.  Serius tidak senyum pun tidak. “Actually I’ve a budget... means I got Research Grant dari pihak uni. And now I need a student to complete of that research. So I would like to offer you to involve in my new research since we are the same fields. To make it clear… you’re offered to further master in next semester.”

Intan seperti tidak terkata apa. Otak macam sedang berada dalam keadaan rehat.

“Do you agree with it, Intan?” Prof Mazni merenung Intan tak berkelip. “What’s in your mind exactly?” Dia menurunkan cermin kata ke hidung bila melihat muka Intan seperti di awang-awangan. “Look. Saya offer awak ni bukan semata-mata thesis awak dibawah seliaan saya… but I’m so impressed with your CGPA and your achievements so far. And I’m also believed that you’re going to keep your momentum in this semester. Frankly speaking… pihak uni mengutamakan first class degree holder. Do you get it?” Ketika ini Prof. Mazni mula mengukir senyuman.

Subhanallah. “I… I just really speechless, prof?” Intan dah tunduk terharu dengan tawaran Prof Mazni.

Prof Mazni bersandar perlahan di kerusi. Dia ketawa kecil. Prof Mazni juga menawarkan satu lagi peluang yang betul-betul Intan tak boleh tolak lagi dah. Dia ditawarkan menjadi tutor sambilan kepada pelajar tahun pertama sehingga selesai semester ini. Dalam semester ni jugak la pun yang Intan kena struggle sungguh-sungguh siapkan thesis. Sekarang tambah lagi kerja baru. Tapi, ini namanya rezeki. Dia pandang rezeki tersebut sebagai satu permulaan untuk karier akan datang. Dan orang cakap peluang datang sekali je dalam hidup kan.

“Thanks, prof. Millions thanks for the unexpected things…” Boleh juga dipanggil miracle. Dia mengucap dengan gembira ada dan sedih pun ada. Prof Mazni tersenyum. Dia tak henti-henti beri semangat kepada Intan.

Perlahan-lahan kaki diatur meninggalkan ruang bilik yang membawa dua berita gembira tadi. Dia rasa nak kongsi berita ini dengan orang yang terdekat dengan dia. Dia nak dengar suara mama. Dia nak dengar suara papa. Dia nak dengar suara gembira mereka tentang berita ini. Nombor telefon Angah terus didail. Tak sempat berdering, dia tekan butang cancel. Dia rasa dia lebih memerlukan mama dan papa saat ini. Dan sebab itu dia berada di sini pada kala ini. Situasi ini dah jadi rutin sebenarnya. Rutin bila mana berita yang gembira itu akhirnya bersatu dengan rasa hiba. Hingga seolah-olah rasa gembira tu juga turut hilang dibawa bersama sejak tiga tahun lepas.

***************************************************************************

Congrats Long. Angah kat sini dah senyum sorang-sorang sampai ke telinga... tumpang bahagia sekali ni.” Ceria Angah berkata-kata lepas mendengar cerita Intan.

Intan sangka, talian dia tadi belum sempat bersambung ke talian Angah. Sudahnya Angah call balik ketika Intan menapak ke kereta.

“Ceit! Budak engine pun nak cakap bunga-bunga…” Set alarm di acu ke arah kereta dari jarak 30 meter. Serentak kereta berbunyi.

Wait! Along kat mana ni?” Suara Angah tiba-tiba berbaur curiga.

“Ermm…”

Angah memotong. “Along kat kubur kan? Jangan auta Angah la! Better Along gerak balik sekarang. Dah senja, Long. Bahaya sorang-sorang kat sana tu…”

“Haha. Angah ni main serbu je. Along bukan kaki auta la. Angah yang suka-suka potong cakap Along tadi.” Intan dah masuk ke perut kereta.

See… memang betul Along ke kubur. Instinct Angah ni very precise and accurate apa.” Dia ketawa terkekeh-kekeh puji diri melambung. “Long… batu nisan tu tak boleh bercakap sepatah haram pun.” Duduk tak duduk, Angah dah bertukar ke mode serius. “Orang yang hidup macam Angah ni la yang Along kena refer dulu kalau Along terdetik nak bercakap. Please la jangan sisihkan Angah macam ni… I ain’t an outsider.” Bukan dia tak tahu apa yang Along buat di kubur. Dia cukup tahu. Bila ada berita luar biasa sikit, Along akan ke sana. Lagi-lagi kalau berita gembira, lagi laju la Along sampai. Angah menggeleng di hujung talian sana.

Angah dah besar. Angah dah faham dengan rentak kehidupan. Tapi kekadang tak semua benda orang lain boleh faham tentang kita. Sampai satu tahap, kepala sendiri pun tak boleh faham dengan tindakan yang diambil. Macam mana tu? Yang penting kita rasa benda tu tak salah. Menjadi satu kesalahan ke pergi kubur kalau kita tahu kat situ la yang boleh bantu kita tenang. Bukan pergi buat acara pemujaan pun malah dapat sedekah Fatihah dan Yasin siap. Tapi Angah, Bro Am tambah-tambah lagi umi selalu membantah. Mungkin kita ada cara dan tempat yang dah terlalu selesa untuk kita ekpres rasa. Kala itu, orang lain bukan lagi jadi tempat bergantung.

***************************************************************************  
Intan terkocoh-kocoh mandi. Balik dari fakulti tadi, terus campak beg atas meja, ambil wudhuk dan solat Maghrib. Pukul 8.30 malam kejap lagi Puan Adawiyah dan Pak Cik Mus nak datang melawat dan angkut sekali Intan ke tempat makan.

Sejak jadi tutor sambilan selama sebulan ni, hidup dia macam lari sikit dari garisan tipikal seorang student. Mana taknya, nak kena conduct tutorial class, buat kuiz, bagi exercise, tanda kertas, bagi markah dan sampai balik hostel pun kerja tu tak habis lagi. Serius terasa macam cikgu tuisyen.

Dalam seminggu ada dua kelas. Walaupun dalam setiap sesi hanya ada satu jam kelas, tapi cabaran mengajar tu hebat jugak sebab nak kena study semula sebelum nak mengajar orang yang hampir sebaya dengan dia. Lepas tu nak berkejar dengan kelas sendiri lagi. Mana tak penat hidup kat kampus ni.

Dari jauh lagi dah nampak Puan Adawiyah melambai-lambai dari luar pintu kereta Pak Cik Mus. Sebaik tiba, dia meraih tangan pengetua sekolah itu lalu dikucup.

“Umiiii…” Intan menyapa lembut. Macam biasa, Intan didakap buat macam anak sendiri. “Sihat, mi?”

“Alhamdulillah…” Puan Adawiyah menepuk lembut belakang Intan.
Kemudian, Intan terus merendahkan badan melihat tempat pemandu. 

“Assalamualaikum Pak Cik Mus…” Cuba berbasi-basi.

“Waalaikumsalam… pak cik tak ada. Anak dia ada!” Tuan punya suara itu menarik senyum di hujung bibir. Senyum jahat. Lagi bertambah ciri-ciri lanun kat muka orang tu.

Huh!! Meloyar buruk la tu. Orang ni bukan Pak Cik Mus tapi Pak Cik Am!! Apalah nasib. Intan menggumam macam-macam dalam hati. Ingat Pak Cik Mus yang datang sebab ini kereta dia. Kalau Am yang datang mesti dia bawa Caldina GT-Four. Ohh, kan bro dah jual dah kereta tu. Adei!! Bahana apa entah sampai satu benda pun tak boleh nak diingat dah. Sibuk punya pasal la kut.

Intan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Duduk betul-betul di belakang kerusi Puan Adawiyah.

Puan Adawiyah ketawa kecil. “Pak Cik Mus kamu tu ke surau la time-time sekarang ni..”

“Oh eih…” Intan sekadar mengangguk. Padahal memang sedia maklum dah.

Kereta dah meluncur laju. Sedar tak sedar, mereka dah sampai di Bangi. Punya la jauh setakat nak makan sepinggan je pun. Intan merenung set ala qarte makanan Melayu yang terhidang di atas meja Jepun. Dia bersila kemas di sebelah Puan Adawiyah. Di hadapan Puan Adawiyah, ada Am yang sibuk menyentuh skrin iPad. Sibuk duk study kes dia la tu. Tak ada maknanya dia nak beramah mesra kat laman sosial macam orang lain buat. Facebook pun dia tak pernah register. Twitter lagi la tak ada. Yang ada hanya blog yang berkisahkan amalan guaman dia. Adei bosannya!  

“Sejak Along balik ke kampus kali ni… terus senyap sunyi. Umi tertanya-tanya jugak la…sihat ke tidak, makan ke tak kan.” Puan Adawiyah meletak dua ekor udang celup tepung ke dalam pinggan Intan. Suara Puan Adawiyah tadi tu menunjukkan yang dia seperti berjauh hati.

Intan terdiam. Gelas yang telah dituang dengan jus tembikai, Intan letak di tepi pinggan Puan Adawiyah dan juga Am.

Am memang sibuk sangat dengan iPad dia sejak sampai sini tadi. Tengah-tengah makan ni pun dia bagi tumpuan penuh pada skrin iPad tu. Sekejap tadi, ada jugak dia jawab panggilan dari telefon bimbit. Sibuk memanjang. Elok juga dia sibuk dengan dunia dia, kalau tidak mulut dia tu lagi sibuk nak bercakap dan suka pulak argue bila orang bercakap. Bab nak kenakan orang lagi dia terror.

Kira awal jugak la dia balik kerja hari ni sebab dia tak berpakaian kerja. Dia nampak kemas je malam ni dengan rambut panjang yang dirapi dan tee putih berkolar. Dia memang tak ada baju berwarna rasanya selain warna putih sejak umur dia meningkat tua ni. Inilah makhluk aneh yang Intan pernah jumpa sepanjang hayat ni.

“Maaf mi. Kita sibuk sangat sem ni.” Intan senyum serba salah kala tengok Puan Adawiyah. Dia harap Puan Adawiyah faham. Sebab dia bukanlah spesis yang pandai berkata-kata macam Bro Am tu. Lepas tu dia teguk air. “Kita jadi tutor. Buat part time. Ermm… habis final sem ni kita dapat scholar sambung belajar, mi.” Sebiji-biji Intan cuba bercerita. Alang-alang dah cerita, baik cerita semuanya. Nanti tak adalah umi nak berkecil hati ke apa.

Automatik Am angkat muka dan tegakkan badan tengok Intan yang tengah makan dengan tenang. Serentak itu juga dia dah tutup casing iPad. “Mi tengok la Intan payung umi ni. Sampai dah berapa bulan ni ha baru dia nak update kat kita.” Am tengok Intan dengan tak puas hati. Budak ni kalau tak ditanya, memang dia tak akan bercerita. Teruk punya perangai. Am macam tiba-tiba panas hati.

Tapi Intan tak kisah sangat pun. Sebab dia lagi kisah dengan penerimaan Puan Adawiyah.

“Along buat Master?? Betul ni Long??” Puan Adawiyah tanya dengan bersungguh-sungguh. Intan sekadar mengangguk dengan senyum segaris. 

“Alhamdulillah… rezeki Along.” Ceria sungguh muka Puan Adawiyah. Langsung dia tak peduli dengan rungutan anak dia tadi. Am dah membeliakkan mata.

“Umi memang la.” Am menggumam. “Entah-entah dia kahwin esok pun tak bagi tau umi…”

“Ada ke pulak kamu ni Am…” Puan Adawiyah buat gaya nak pukul bahu Am. Tapi mana boleh pukul pun sebab Am jauh sikit dari depan dia.

“Kita tak macam tu la mi…” Intan meyakinkan Puan Adawiyah walaupun dengan hanya suara yang mendatar. Sempat dia jeling Am. Ada hati nak tuduh orang bukan-bukan.

“Tak macam tu apanya?? Intan memang macam tu sangatlah!!” Am membalas dengan sinis.

Intan mengetap gigi. Muka dah keluar riak bosan. Letihlah nak berkomunikasi dengan lelaki yang suka membebel ni. “Huh! A person is presumed innocent until he is proven guilty la.” Di bawah paras dengar Intan bercakap kepada diri sendiri. Mata dah dibuang pandang ke luar restoran. Mulut mencemik.

“What??” Am mengerut dahi buat-buat tak faham. Tapi lepas tu,dia ketawa terkekeh-kekeh. Bro memang dramatik pun. Puan Adwiyah makan buat tak reti. Dah biasa sangat dengan perangai dua budak dengan dia ni.

“Kalau nak tau orang tu bersalah ke tidak…kena la heret ke prosiding mahkamah. At least boleh guna common law untuk kita rujuk kes. Tapi kes Intan ni… abang guna common senses je pun dah boleh selesai sekelip mata haha.” Am kenakan Intan lagi. Dia ketawa sampai tertutup mata.

“Hah mula la tu nak buat cerita yang orang tak minat…” Puan Adwiyah mencemik. Umi pun dah naik loya gamaknya dengan bahasa undang-undang yang dicampur aduk dengan auta.

Common senses? Kurang asam betul. Dasar suka meloyar buruk. Menyesal bila boleh terkeluar statement dalam undang-undang tadi. Silap caturan la bila nak bercakap dengan lawyer tu. Bila bro masuk ke dalam cerita perundangan dia, Intan memang rasa nak goncang kepala. “Mi…” Intan panggil Puan Adwiyah. Orang tua tu kalih tengok Intan di sebelah dengan angkat dagu bertanya. “Jom balik. Ngantuk betul sekarang ni.”

“Aii… dah nak balik? Kalah dah la ni?” Am senyum senget.

“Orang tak kuasa la nak gaduh!” Intan dah tarik tangan Puan Adawiyah meninggalkan meja makan.

"Alalala Intan, payung, dewi, sayang.... jom la balik jom." Am ketawa kuat gila. 

Cait!! Intan dah rasa nak muntah kat tepi kaki Am. Dia ingat aku ni budak-budak ke nak layan macam gini.

iPad di sebelah pinggan, Am selit di celah ketiak. Dia mula bangun mengekor langkah Puan Adawiyah dan Intan.

Puan Adwiyah dah tersenyum-senyum kat orang yang duduk di meja sebelah. Nak cover line bila ada anak tak tahu malu.Sambil-sambil tu sempat dia toleh belakang bagi jelingan amaran pada anak dia. Ketika tu Am cuma tersenyum manis je sambil usap-usap janggut.

Bersambung . . .  


p/s : Sorry for a lot of grammatical error. Ramadan dah sampai hari ke 18...cepat betul putaran masa. Allah... tolong kuatkan hati ini.

4 comments:

  1. singkatnye pertemuan am & inta 2...hurmmm.. xpuas bce part diorg!he he he

    ReplyDelete
  2. setuju je ble intan nk luahkan apa yg dia rase kat kubur tu..sbb setiap org mmg ada care dia yg tsendiri tuk settle kn pe y di rase....

    ReplyDelete