Tuesday, July 24, 2012

Mencari Warna : Bab 5

“Assalamualaikum...” Zahin menyapa ceria. Wajah Intan yang baru terjaga dari tidur di balik sana, dipandang senang.

Intan membetulkan letak duduk headphone di kepala. Pagi-pagi buta Zahin call semata-mata nak suruh on Skype. Kira tak apa la sebab dah lama dah tak face to face sejak di lapangan terbang sebulan lepas. Selama ni pun cuma berhubung melalui emel je.

“Waalaikumsalam. Apa khabar orang jauh?”  Intan terus menahan kuap dengan tapak tangan. Mau tak menguap, 3.10 pagi dah ni. Inilah susahnya nak berkomunikasi bila time zone berbeza. Gap jauh sangat. Lebih kurang tujuh jam lewatnya Zahin di sana. Terpaksa stay up semata-mata nak mengadap benda alah Sykpe ni.

Kelihatan Zahin di Badforshire nun, menyarung jersi Malaysia berwarna biru. First time tengok dia pakai jersi Malaysia. Ambil semangat bertandang ke tempat orang mungkin. Macam adat pasukan Malaysia yang menyarung jersi biru bila bertandang ke tempat lawan. Jersi kuning dipakai bila ada macth kat tempat sendiri.

“Baik. Orang sana macam mana?” Zahin senyum. Pensil mekanikal diselit di telinga.

“Macam biasa je.” Intan menongkat dagu dengan siku yang ditahan di tepi laptop.  Mengantuk! “Patriotiknya pakai jersi...” Dia menyeringai gigi.

“Malaysia sentiasa di hati.” Zahin ketawa. Biasa la, bila duduk tempat orang baru teringat tanah air. Semuanya rindu. Itu belum lagi kira rindu nak cakap Melayu.

“So how’s Cranfield? How's you life too.”

“Ohh... Cranfield?” Zahin terseyum sumbing.

“Dah kenapa pulak ni?" Berkerut dahi Intan merenung Zahin.

“Haha. You know what…?" Zahin angkat kening. "Actually the main campus located in rural area. Kira sebuah perkampungan kecil under jajahan Bedforshire.”

Intan mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jari telunjuk. Oh, betul la apa yang Bro Am cakap dulu yang universiti ni dekat ceruk. Bro tu memang la tau semua benda.

Zahin sambung lagi. “It’s about 80 km from London. Ermm... kalau naik train, around 45 minutes sampai la sini. There’s something unique here..." Zahin mengangguk-angguk. Kali ni nampak ceria muka dia. "… Cranfield is the one and only uni in UK yang ada own airfield. Airport ni bukan untuk operasi penerbangan je, in fact uni guna untuk teaching and research for aerospace course. Sebelah-menyebelah je pun position airport dengan campus. Penat duk ulang alik...buat test segala.

“Dah macam tour guide haha.” Intan ketawa kecil.

E’eh! “Tau tak penat orang nak bercerita ni!!” Zahin menggumam.

“Ye la, ye la. Dah tu stay kat mana?”

“Dalam campusat share houses.” Dia menjawab lanjut.

“Miza?”

“Sama jugak. Langsung tak best la stay kat sini.” Mendatar suara dia. “Kalau kita kahwin… boleh la duduk family houses.” Tanpa riak dia berkata-kata. Muka dia pun rileks je tak ada emosi.

Hah?? “Apa dia? Awak cakap apa tadi??” Intan mengecilkan mata. Cuba bagi perhatian kalau-kalau tersalah dengar tadi.

Zahin tersenyum manis. “Kalau kita kahwin…” Dia merapatkan kedua jari telunjuk di hadapan web cam. “… boleh kita duduk di family houses.” Dia sebut sebiji-sebiji. Lepas tu dia ketawa.

“Pergi tidur awak!” Mengarut  je dia bila dah pagi-pagi buta ni. Pagi apanya? Dia kat sana awal lagi kan.

“Mama cakap... orang tu dapat bracelet!” Dia menggiat lagi sambil ketawa terkekeh-kekeh.

“Dah. Sambung lain kali je… ada banyak kerja lagi ni. Nak cuci baju, cuci kereta, tukar minyak hitam, sapu laman lagi.” Intan cuba mengelak. Badan dibawa bersandar ke kerusi. Mata dah dijuling ke siling.

“Orang tu dah reserve jadi menantu. Untung mama dapat menantu rajin, bibik Yanti kat rumah tu hantar je balik ke Jawa. Jawa timur ke Jawa barat eih?” Zahin buat-buat lupa. Dia buat tak endah je sambil asyik ketawa. Caca marba. Sorang kat benua sana cakap lain yang lagi sorang kat benua sini cakap lain pulak.

Ingat meja makan ke nak main reserve-reserve. “Argh... out dulu la. Dah mengantuk ni. Esok nak pergi pasar cari taugeh, Ajinamoto, ayam sekor dua ke buat lauk!” Intan mengetap gigi.Tapi, dia pun rasa nak ketawa sebab boleh merepek bukan-bukan.

Zahin tergelak besar macam nak jatuh dari kerusi. “Oh bagus sangat la tu. Baik belajar masak dari sekarang. Tapi, pandai ke masak? Haha.” 

“Shut up!!!” Intan terjerit kecil. Spontan dia menoleh ke belakang. Tengok Kak Jaja yang baru lena di katil. Takut-takut sentap pulak cik kak tu bila dengar suara dia yang terkuat tadi.

***************************************************************************

Intan turun dari katil dengan rasa malas. Telefon bimbit yang terselit di celah-celah kertas nota di atas meja studi diambil. Nombor yang terpapar di skrin bukan lagi asing walaupun tak pernah bersimpan nombor tu.

“Assalamulaikum Alongggg…” Suara adik menyapa dari jauh. Cerianya bukan main. Rutin mingguan adik pada setiap pagi Sabtu sesudah subuh untuk membuat laporan kehidupan pada si kakak.

Salam dijawab. “Sihat ke? Studi macam mana?” Soalan pertama dia walaupun dah beribu kali adik buat panggilan. Bimbang tak dapat jadi ‘penjaga’ kepada dua orang adik yang jauh beratus kilometer dari dia. Angah tak apa, dia dah besar. Kadang-kadang, dia rasa Angah lebih matang dari dia. Adik yang dia paling risau. Apa nak jawab pada Ayah Long dan Mak Su kalau adik buat hal. Tanggung jawab mama dan papa ada pada dia seratus peratus. Tapi, Angah selalu ada belakang dia. Angah takkan kecewakan dia.

“Okey je… sihat. Studi macam biasa. Orang kan nak jadi orang yang berjaya…” Dia ketawa terkekeh-kekeh. Dia tak guna kata ganti nama sebagai ‘adik’ sebab dia cakap dia dah besar. Dah tingkatan empat dah pun sekarang.

Good. Jangan dimulut je nak berjaya tapi tak belajar nak buat apa!” Intan serius. 

“Ingat tu Irfan Huzein!!”

“Yes madam.. I’m old enough to behave myself.” Irfan memegang gagang telefon sambil bertabik hormat nun di Alor Setar sana nun. Biasa la Along jadi serius kalau dah masuk mode ketua keluarga.

“Hai Irfan.. saya tunggu sana tau.”

Ohh what?? Sayup-sayup terdengar suara lemah-lembut perempuan di balik sana talian Intan. Dua-dua senyap. Irfan yang berdiri di dalam pondok telefon awam tergamam pucat. Intan tertunggu-tunggu kalau ada lagi suara yang lemah-lembut tu yang menyambung. Tapi…

“Okey Long, orang nak letak dah ni. Bye… I love youuu.” Cepat-cepat Irfan menghabiskan ayat. Naik biru muka dia. Cuak dengan kakak sendiri.

“Irfan!! Berani kau nak letak phone! Dah sejak bila kau pandai sebut love-love dengan Along ni??” Intan naik lagi satu oktaf suara. Terkejut ya amat. Dah la sentap budak ni tengah bercinta depan pondok telefon, sekarang pandai pulak dia ber ‘I love you’ dengan aku. Melampau dah budak ni!! Sambil bercakap dengan kakak sendiri kat depan pondok telefon awam dalam sekolah pulak tu pun, dia menjadi.

“Erkk..”

“Erkk, erkk apa?” Intan potong cakap Irfan. Tak padan dengan kecik dah pandai nak berdating. “Irfan... kau kalau Along tahu kau ada girlfriend ke apa, kau pilih dua je.” Dia angkat dua jari walaupun Irfan memang tak nampak. Tapi, itu tandanya serius. “Kau nak Along kerat kau18 ke 24??”

Irfan telan air liur. Bukanlah takut kena kerat. Tapi, takut kena pantau macam penjenayah dengan Along. Habislah aku. Habis elaun bulan ni kena banned. Tak dapat makan KFC.

“Mana ada apa Long…” Serba-salah Irfan ketika ini. Dia mengetap gigi.

“Apa tanggungjawab kau sekarang ni, Irfan??” Macam dah tak boleh nak berlembut suara Intan.

“Belajar…” Pasrah Irfan nak menjawab.

“Dah tau belajar, buat cara belajar! Along tak suka membebel. Kau pun tak suka dengar kan. Jadi, Along cakap sekali ni je.” Dalam satu nafas Intan lafaz. Perkataan ‘je’ tu, dia sebut kuat-kuat.

“Baik. Orang tau.. orang bukan ada sape lagi dah. Orang ada Along dengan Angah je pun..orang mintak maaf.” Sayu je suara dia.

Mengaku pun salah sendiri. Pandai pulak dia buat-buat suara touching dia tu. Intan tak pernah bagi muka. Kalau nak kira sentap dengan perangai Irfan, tak ada la sentap mana pun. Bukan hari ni, dia jaga Irfan. Dah masak dengan perangai adik sendiri. Nakal tak habis. Budak-budak baru nak meningkat umur. Macam ni la perangai dia orang. Dia pun pernah muda dulu.

“Dah tu jangan buat bukan-bukan. Fikir dulu baik buruk. Along tau you’re old enough to behave.”Intan mula merendahkan suara. Tak nak matikan talian dengan kekejaman mulut. Hati adik kena jaga. Tapi, Irfan kena diingatkan selalu. Dia tak cukup matang lagi untuk jaga diri dia sendiri. Dulu masa dia baya-baya Irfan, ada mama papa yang selalu nasihat macam-macam. Irfan tak ada orang yang nasihat macam dia dulu. Sekarang dia la yang kena ganti. Saja Intan cakap Irfan tu dah besar semata-mata untuk sedarkan tanggugjawab yang ada pada adik dia tu. Masa depan masih jauh lagi nak kejar. Jadi, kena didik dari sekarang. Kalau tidak, boleh hanyut entah ke mana.

“Intan...” Kak Jaja panggil dengan lembut. 

Terus Intan tertoleh mencari arah suara Kak Jaja. Entah bila masa dia balik dari bilik mandi pun tak sedar. Kelihatan Kak Jaja duduk di katil sambil membungkus rambut dengan tuala. Layout bilik ni kira buka je pintu bilik, akan nampak ruang kosong yang cukup sangat la untuk solat. Pastu, kat sebelah kanan ada dua meja studi yang diletak satu di hujung sini dan satu lagi di hujung sana. Di antara dua meja tu ada dua almari pakaian berkembar yang tingginya menyentuh ceiling. Kat sebelah kiri pulak ada dua katil yang disusun memanjang dengan kepala bertemu kepala. 

“Garang jugak Intan ye?”

Intan senyum tawar. “I have no choice, Kak Jaja. I have to..” Dia pandang Kak Jaja tanpa riak. Kak Jaja sekadar angkat bahu.

Lepas tu, dia terus bersiap-siap ke perpustakaan. Ada perbincangan berkumpulan untuk subjek Prof Mazni. Nak finalise findings. Naik minggu baru nanti, dah kena buat pembentangan sekali dengan report submission. Di sebelah petang pula, ada satu lagi perbincangan untuk subjek Corporate Social Policy. Dengan group lain pulak. Kalau subjek ni, tak habis-habis dengan case study. Dapat je case terus bincang, kemudian bentang. Normal la tu kalau dah belajar business.

Esok Ahad. Sekarang ni, hari apa pun semuanya dah sama je sibuk sebab nak siapkan thesis. Hujung minggu macam ni la ada masa sikit untuk buat thesis. Tapi malam ni, Linda nak datang menjenguk dia di hostel. Sekali pakej tidur secara seludup di hostel. Lama dah tak jumpa budak sorang tu. Rindu jugak rasa kat dia. Rindu tu takkan rasa kalau dibuat-buat.

***************************************************************************

“Intan!!!” Linda jerit kat depan pintu sebaik pintu dibuka. Intan terus dia peluk macam dua tahun tak jumpa. “Rindu gilak sama kamu..”

Intan menarik tangan Linda masuk ke bilik bila pelukan dah direnggangkan. “Yang kau cakap ala-ala orang Borneo tu kenapa?” Intan menjeling Linda. Dua plastik yang berisi Domino’s Pizza dan dua tin minuman ringan di tangan Linda sudah bertukar tangan.

Linda mencampak bagpack kat tepi almari. Siap dengan sleeping bag minah ni angkut. Tudung di kepala disangkut pada kerusi. Intan dah bentang surat khabar buat lapik kotak pizza. Masing-masing dah bersila kemas kat lantai.

Kak Jaja, petang-petang tadi dah balik ke rumah family dia di Bangi. Jadi, bilik kecil molek ni, dia dan Linda yang conquer. Linda, orang yang pertama dia kenal sebaik kaki dijejak di kampus ni. Kawan satu bilik pada mulanya. Lepas tu, baru tahu mereka dalam course yang sama. Tapi sekarang Linda dah grad dan dah ada kerja bagus pun. Tinggal dia yang terkontang-kanting struggle sorang-sorang habiskan semester akhir. Kalau bukan kerana penangguhan pengajian tu, tentu dia dah grad dan mungkin dah ada kerja juga sekarang ni. Benda yang lepas kalau menyesal pun dah tak guna. Kecuali kita buat jadi pengajaran. Memang sangat mengajar diri dia la sampai sekarang ni.

At least appreciated la rindu aku tu dulu. Ini tidak…” Linda menggumam sendiri sambil menyambar sepotong BBQ Chicken yang siap ditabur dengan Spicy Sauce.

“Jiwang sangat la nak cakap rindu-rindu ni..” Tanpa nada Intan bersuara. Sambil tu mata tak berkelip tengok kotak pizza. Siapa nak makan Xtra Large (15 inci) Pizza ni? Gila tak agak minah ni beli makan untuk dua orang.

Linda mencebik - nak cakap aku jiwang karat la tu. “Tu sos kau...” Dia tunjuk dengan muncung mulut ke arah sachet Top Secret Sauce kepada Intan. Intan memang suka sos tu sebab ada rasa cheese dan tak pedas. Yang Linda pula tak suka sebab dia kata boleh muntah. “Gaji pertama aku ni, jangan risau. Makan!!” Linda mengarah. Dia seperti menjawab segala soalan yang ada dalam kepala Intan.
Gaji bukan masalah, tapi minah ni dah terover size beli pizza. Tak ke membazir? Dia tu pun, bukannya kuat makan sangat. Tak apa, esok pagi boleh buat sarapan sekali.

Apesal kau tak datang tahlil rumah aku hari tu?” Dengan nada tak puas hati Intan bertanya. Tangan baru mula mencapai pizza sedangkan Linda dah kunyah potongan kedua pizza.

Sorry, baby. Aku kan dah cakap aku ada interview esoknya tu. Dah lupa?” Dia mencapai tin 7-Up Revive di atas hamparan surat khabar dan terus diteguk.

“Tak lupa tapi tak puas hati ada.” Sejak kenal Linda, minah ni belum pernah missed ke setiap majlis tahlil. Dah orang ada temuduga kan, takkan nak paksa jugak.

“Alahai.. jangan la gini. Tak ada rezeki aku la tu kiranya. Patutnya kau gembira aku dah dapat kerja tu tau. Tapi kan, macam rugi jugak la sebab tak dapat tengok…” Linda gantung ayat dia tiba-tiba.

“Tengok apanya?” Intan mengarah dagu pada Linda.

Dia tersengih-sengih. Dah kenapa pulak dengan minah ni? “Tengok jiran sebelah rumah kau... yang ada janggut sikit tu.” Linda siap buat ilustrasi rupa Am yang ada janggut sambil bercerita. Gila betul dia ni. “Juga merangkap peguam bela yang kacak bergaya dengan Kawasaki green colour dia haha.”

Huh! Dah datang penyakit mengarut dia ni. Ingat dia dah lupa la jalan cerita jiran sebelah tu bila dah ada kerja besar macam sekarang ni. “Aku jemput kau bertahlil kat rumah aku tu cari pahala. Bukan nak suruh intai anak teruna orang sebelah.” Dah tu, janggut orang tu pulak yang dia kisah. Linda jelir lidah. Mengada-ngadanya dia. “Sekarang dia pakai Ducati. Kawasaki tu dah jual lama dah...” Intan terang nak tak nak. Bukan setakat Kawasaki Ninja 250R, tapi segala aset yang ada Am dah jual. Termasuk la Toyota Caldina Am jual semata-mata nak beli superbike idaman dia yang seratus kali ganda mahal dari motor lama dia tu. Duit superbike tu, boleh buat belanja beli dua ke tiga biji rumah kos rendah kat KL ni tau.

“What? Ducati? Intan….” Bercahaya muka Linda. Dia pegang dada tanda tak percaya sambil menyeringai gigi. “Ohh… so damn awesomed la that guy!!” Gembira sakan dia ketika ni tak boleh nak dicerita.

“Kerja kau macam mana? Best kerja bank.” Intan terus tukar topik tanda tak nak layan Linda yang ada potensi nak mengarut fasal Am sampai esok pagi.

Huh!! Linda terus angkat muka.  “Kau!! Suka kan potong bila aku cakap pasal Abang Am. Tak kasi chance langsung.” Di menggumam lagi. Intan buat tak endah.
“Kerja.” Linda berkira-kira. “Mula-mula tu memang terkial-kial aku nak faham segala benda. Tekanan hari-hari. Rasa nak nangis bila masuk meeting. Bila balik rumah... dah rasa tak nak pergi kerja dah esok tu haha.” Dia tergelak pulak. Intan mengerutkan dahi. “ Nasib bos baik, aku belajar banyak dari dia.” Linda angkat kening.

Sekali nampak macam stres dia bercerita. Dua kali nampak macam lepak je tak ada masalah. Inilah kot realiti hidup kat dunia ni sekarang. Bila dah kerja besar, tekanan pun tinggi la. Finance Executive. Nama kerja memang best, tapi kerja dia tak seindah nama. Stres. Atau Linda sorang je kot yang stres. Sebab tu Linda makan banyak sekarang ni. Tengok, dia dah tela empat potong pizza. Tak sangka aku. Selalu dia makan dua potong je.

“Zahin apa cerita?” Linda dah tersandar dekat pintu almari sambil berlunjur kaki kekenyangan. Sambil-sambil tu tangan dia mengumpal tisu.

Busy je selalu. Class, lab, report, ulang-alik airport  buat research…” Intan angkat bahu. Tisu dikesat di mulut. Hanya sepotong je mampu makan. Dah tak lalu nak sumbat.

“Budak pandai... tak ada masalah nak adapt tempat baru. Padan la korang berdua. Dua-dua bijak. Sama-sama Dean List.” Rasa tumpang bahagia bila tengok Intan gembira. Harap Zahin takkan sia-siakan dia. Biarlah dia dapat rasa bahagia tu sebab dia dah banyak diuji selama ni. Linda bercakap di dalam hati sambil merenung wajah redup Intan.

Erkk? “Ni apehal buat ayat dramatik sangat ni?? Hai la…” Intan mula mengumpul segala paket sos yang berterabur di atas surat khabar. Kotak pizza dah ditutup dan ditolak ke tepi.

So apa plan kau lepas habis belajar ni?” Linda tanya lagi walaupun muka dia dah nampak layu mengantuk.

Intan terdongak. Soalan serius apa malam-malam buta ni? Dia diam lama sebelum menjawab. Memikir. “Further master, maybe.” Jawapan pendek tapi bunyi yang bergema itu sangat yakin dengan keputusannya.

“Kau memang deserve to further pun. Go on Intan and do things with your passion.” Linda senyum berseri-seri. Intan memang patut sambung belajar untuk capai cita-cita dia sebagai pensyarah. Ingatan dia masih lagi kuat tentang siapa orang dihadapannya pada tiga tahun lepas. Anak kepada seorang guru dan seorang doktor veterinar ini punya seribu satu cerita. Sungguh, dia sangat kagum dengan perempuan yang pernah jatuh dan bangun semula di hadapan mata dia sendiri. Dia tak pernah lupa.

Setiap orang ada cerita. Jatuh dan bangun itu pasti. Bagaimana jatuhnya orang itu tidak lagi penting bilamana melihat orang itu boleh bangun dengan hebat.
  

Bersambung . . . 

p/s : Ahlan ya Ramdhan 1433 Hijrah. Nak mencari Ramadhan yang paling bermakna dalam diri. Moga dipermudahkan. 


2 comments:

  1. ~Setiap orang ada cerita. Jatuh dan bangun itu pasti. Bagaimana jatuhnya orang itu tidak lagi penting bilamana melihat orang itu boleh bangun dengan hebat.~

    * mmg betul lah 2, sbb lumrah kehidupan kite myanjungi kejayaan & khebatan seseorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul 2 cik nicesz. nama ko mcm org france + germany.ssh aku nk nyebut haha

      Delete