Monday, July 02, 2012

Mencari Warna : Bab 3

KLIA – International Departures.

Intan berlari tak cukup tanah dengan dada berdebar. Harapan cuma satu untuk bertemu dengan Zahin. Mata dia melilau-lilau mencari kelibat Zahin dengan kaki masih kencang membuka langkah. Miza pun tak nampak bayang. Kalau ada Miza, bermakna Zahin pun ada sama. Harap mereka belum berlepas lagi la. Syukur! Terlihat Zahin melambai dari jauh sambil menunjuk ke arah Swacth di tangan kiri dia. Jelas sangat, dia dah tak boleh lama di situ.

Intan berhenti berlari betul-betul di hadapan Zahin dan keluarga. Dia memberi salam sambil tercungap-cungap tak cukup nafas. Semput. Semua orang sedang memerhatikan dia ketika ini. Malu tak terkira. Apa yang dibuat, tarik nafas perlahan-lahan dan kemudian dia senyum usai melepaskan lelah. Tangan terus dihulur kepada mama Zahin. Dia tunduk dan mengucup tangan wanita itu. Kiri kanan pipi Intan dicium dan dia dipeluk erat. Terkesima. Mata hanya memandang Zahin tanpa fikir apa-apa. Zahin sentiasa mengukir senyuman tatkala melihat respon mama dia. Dan papa Zahin, Intan sekadar menunduk dengan penuh hormat.

Maybe Zahin nak bercakap dengan Intan. Pergilah.” Mama Zahin menolak lembut bahu Intan ke arah Zahin. Intan mengaggguk. Zahin bergerak ke hadapan sedikit daripada tempat mereka berkumpul. Intan menurut.

“Only five minutes left to you.. or less now.” Redup pandangan Zahin pada Intan. “Datang dengan sape ni, hmmm?”

Sempat lagi Zahin bertanya. Cara dia bertanya tu, macam dia masih ada 50 minit lagi untuk berbual. Sangat bersahaja. Intan memusing sedikit kepala dia ke belakang. Cuba mencari kelibat ‘pemandu peribadi’ kalau-kalau dia turut berada di sini. Yup, memang ada. Kira kejap la jugak dia cari parkir selepas dia turunkan Intan di hadapan entrance tadi. Kelihatan Am sedang berbual mesra dengan papa Zahin. Kenal gamaknya. Bro memang ramai kenalan. Ke mana saja dia pergi, ada sahaja orang yang dia kenal.Kelihatan dia ternampak skema habis dengan kemeja putih, slack dah kasut hitam kat tengah-tengah KLIA ni.

“Oh, datang dengan Abang Am.” Lega. Tak perlu nak risau lagi dengan dia. Suara Zahin mengembalikan Intan ke situasi nyata. Zahin mengangkat tangan pada Am dari jauh tanda menyapa.

“Yup.” Intan balas datar.

Punyalah banyak pancaroba nak ke sini tadi. Mujur niat untuk bertemu si Zahin ni tertunai. Plan awalnya nak naik kereta dengan Amir tapi tak menjadi. Tak kisah tak ada masalah, Intan boleh naik kereta sendiri. Dah kereta sendiri pulak rosak,jadi Intan dapat idea tiba-tiba nak ambil teksi. Puan Adwiyah pulak suruh tunggu Bro Am dengan bawa kereta dia orang. Sesampainya bro, dia ajak naik motor besar dia tu. Kemudian dua beranak tu bertelagah di hadapan pagar. Otak Intan terus blank. Lepas tu…

“Umi cakap naik kereta!!!” Puan Adawiyah mengetap gigi. Intan dah pegang kepala.

Am buat muka penat tiba-tiba. Memang penat pun sebab dia baru balik dari kerja. Dia serah bagpack kerja dia kepada Puan Adawiyah. Laju je Puan Adawiyah menyambut. Enjin superbike dihidupkan. Fullface helmet hanya diletak di atas tangki petrol superbike. Puan Adawiyah dah terpaku. Intan tak tunjuk riak. Hanya pandangan mengarah pada superbike Am yang dah laju masuk ke tempat parkir. Dia masuk ke dalam rumah. Dalam 10 saat dia keluar kembali dan alarm kereta Pak Cik Mus berbunyi.

Masing-masing tak bercakap bila dah selamat naik kereta. Agak laju Am memulakan perjalanan. Bukan ‘agak’ laju tapi ‘memang’ laju gila. Sampai dia suka-suka hati ambil jalan orang lain. Sepatutnya Am berhenti di simpang yang menghala ke jalan besar tadi dan bagi laluan kepada pemandu kereta tersebut. Tapi dia selamba je bunyikan hon dan angkat tangan kanan, bagi isyarat nak jalan dahulu. Bila kereta tersebut dah perlahan dan bagi laluan dia terus angkat thumbs up dia tanda bagus siap sedekah senyum lagi. Nampak la dia masih berhati-hati dan boleh kira berbudi bahasa jugak la kot kan. Memang la dia ni penuh dengan taktik. Padan la dengan kerjaya dia yang begitu.

“Intan. Dua benda Intan kena janji sekarang. Only two.” Zahin angkat dua jari di hadapan Intan. Kepala Intan yang tengah recall cerita sebelum sampai ke sini tadi, kembali terarah pada Zahin.

The first one, you have to take care of yourself.” Jaga makan. Jaga kesihatan. Jaga segalanya la.  Tak lupa juga jaga hati tu untuk aku. “And please do that for me. Please.” Sangat laju Zahin berkata-kata.

Intan menarik segaris senyuman. “And you too.”

“Second..” Zahin tersenyum lebar tiba-tiba. Responnya, Intan mengerutkan dahi. “Untuk dua tahun ni.. sudilah kiranya untuk tunggu Zahin.” Dia tergelak kecil. Dah masuk mode Nordin Ahmad pulak. “ I’ll be back. As you said.. tak lama.”

“Insyaallah..” Intan menyahut yakin.

Kedengaran departures announcement sudah bergema.
Miza dah berpeluk-pelukan dengan keluarga dia. Mama dan papa Zahin sedang menyorot pandang pada Zahin dan Intan. Am juga sama memerhati sambil berpeluk tubuh.

“Zahin..” Mama Zahin memanggil lembut. Cuba mengingatkan sekaligus.

“Wait ma, wait.” Zahin terus menyemak passport, visa dan boarding pass di tangan. “So.. finish your last word now. I gotta go.” Mata masih lagi tunduk menyemak dokumen perjalanan di tangan. 

“Good luck.” Intan mengukir senyuman. Zahin terus angkat muka. Intan ditatap dengan padangan sayu.

“Itu je?? It’s not enough for me.” Suara Zahin bunyi semacam serak. Seperti tidak sanggup mahu meninggalkan dia di sini. Dua tahun kalau dihitung memang la lama. Kalau ditunggu lagi la lamanya. Apa-apa boleh jadi. Kalau boleh jangan la ubah hati dia selain dari yang aku kenal dia selama ini.

“May Allah be with you. Just focus on your studies.The priority.. bring me your master. And I’m here waiting to be with you. Ohh now.. you’ve got to go. Have a safe journey, Zahin.” Laju Intan buat pesanan dan sempat lagi ‘menghalau’ Zahin. Intan seperti tenang. Tetapi, Zahin tak macam tu. Dia lebih nampak emosi.

Kelihatan Zahin seperti tidak terkata. Dia cuba untuk tersenyum. Payahnya. Dia jalan merapati keluarga. Setelah berpamitan, dia memandang Intan yang masih berpelukan dengan Miza.

“Tak nak suruh aku jaga dia untuk kau.” Miza sempat berbisik di telinga Intan.

No. Dia yang patut jaga kau kat sana. Dia lelaki.”

Miza juga tidak terkata. Zahin dan mula melangkah ke balai pemeriksaan. 
Begitu juga Miza. Dari jauh dia melihat Zahin melambai tangan.

Dalam tak sedar, mama Zahin sudah merapati Intan. Intan menyambut dengan senyuman.

Auntie cuma nak hadiahkan Intan dengan ini…”

Kelihatan wanita itu membuka bracelet di tangan dia. Dia kemudiaanya menyarungkan braceletnya itu di tangan kiri Intan. Seperti disuruh, Intan menurut sahaja. Intan macam tak ada idea untuk berkata apa-apa jauh sekali untuk menolak.

“Kita balik, ya.” Wanita menarik perlahan tangan Intan.

Auntie…” Intan tak lepas memandang bracelet di tangan. Tertanya-tanya 
maksud ‘hadiah’ itu

“Jangan risau ape la. Ini tanda dari Auntie. Zahin balik nanti, kita jumpa family Intan dan buat ikut adat.” Mama Zahin tak henti tersenyum. Senang melihat wajah Intan di sebelah.

Glurrppp. Mulut Intan terkunci. Masing-masing mengambil haluan untuk pulang. Dia terus mendekati Am yang berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam poket.

***************************************************************************

Buku Yassin yang bersaiz tapak tangan ditutup lambat-lambat. Surah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sebagai hati di dalam al’Quran, ditamatkan dengan penuh tertib sebelum itu. Salah satu fadhilatnya menurut baginda, ‘jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya’. Moga mama dan papa juga begitu hendaknya.

Jug kaca lutsinar berisi air tahlil yang diletak awal-awal lagi di atas kemasan mamar putih tadi, dicapai oleh Angah. Air tahlil malam kenduri tempoh hari, disiram di dua pusara berkembar.

Dua orang lelaki yang duduk di kiri dan kanan Intan sememangnya selalu 
tenang begini. Tiada emosi. Tak ubah seperti cuaca pagi ini yang masih lagi redup sambil membawa angin tenang. Namun ketenangannya seperti tidak ada sejak tiga tahun lepas…

Intan terjaga daripada lena yang betul-betul terasa panjang. Mata dibuka perlahan-lahan dengan rasa pedih ya amat. Cahaya terang benderang terus menyerbu dicelah-celah kelopak mata.

“Along…” Mak Usu duduk di sisi Intan. Dia menggengam tangan kanan Intan dengan begitu kemas. Seolah-olah macam dah tak boleh nak lepas. Intan yang sedang terpisat-pisat membuka mata, terus memerhati orang yang sedang berdiri mengelilingi katil dia. Dia memerhati sekali imbas ke segenap ruang bilik kecil segi empat tepat itu. Ramai. Semuanya ahli keluarga sebelah mama dan papa yang dapat dilihat dengan pandangan yang agak kabur. Realitinya, kelihatan begitu janggal sekali dengan suasana sebegini. Apa yang sedang berlaku ni Ya, Allah?

“Kenapa ni Mak Su?” Intan memejam celik mata. Terasa sangat perit ketika ini dengan kepala yang berpinar-pinar. Namun dia mengoncang tangan Mak Su untuk menjawab segala soalan yang mengasak dalam kepala. Mak Su masih diam. Orang lain yang ada di situ, seperti seorang pun tidak dapat diingat nama untuk bertanya. “Mak Su, please.”

“Intan kena tenang ,ya.” Mak Su mula membuka bicara.

“Apa dia Mak Su? Intan dengar ni.” Intan dah tak sedap hati. Dia seperti tidak sabar.

“Papa mama. Along. Dah. Tak. Ada.”

“Allahuahkbar…” Hanya kata itu yang terucap dengan penuh lemah. Air mata juga tiada ketika ini. Masih lagi kabur dengan maksud Mak Su walaupun dia dapat dengar dengan sangat jelas tadi. Hujung bantal bersarung kain kapas putih, diramas kuat. Dada berombak kuat bagai nak pecah. Genggaman tangan Mak Su dibiar tidak berbalas. Datang seorang lagi di sisi Intan untuk cuba tenangkan keadaan.

Orang itu menggosok lembut belakang badan Intan yang tengah mengiring. “Mak Long ada kat sini. Along takkan sorang-sorang. Kita semua ada dengan Along.”

Pada saat ini, Intan hanya pejam mata serapat yang mungkin. Dunia dilihat terlalu gelap. Dan kosong walaupun penuh orang di sini. “Tolong keluar…” Terketar-ketar suara Intan. “Tinggal Along kat sini..” Dia merayu dalam payah.

“Along…” Mak Su pula memujuk sambil cuba menyalurkan kekuatan.

“Please Mak Su. Please go…” Aku rayu. Tolonglah pergi dari sini. Aku tak nak tengok sesiapa lagi kat sini. Tolong la faham keadaan aku. Aku tak nak dengar apa-apa lagi dah. Intan terus menyembam muka ke bantal.

“Mengucap Along. Banyak-banyak ingatkan Allah.” Sayup-sayup suara Mak Su mencecah ke telinga.

Dalam pada itu, perlahan-lahan semua ahli keluarga meninggalkan dia. Itu dia dapat dengar melalui derap tapak kaki yang melangkah keluar. Satu apa pun dia tak pandang. Tak sedar air mata dah deras mengalir.

Sungguh dia tak tahu macam mana dia boleh berada di atas katil hospital seperti sekarang ini. Langsung tak boleh ingat. Kali terakhir di bercakap dengan mama dan papa ketika di dalam kereta. Secara tepatnya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menghantar adik di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena(SAINA), Alor Setar. Angah tidak turut sama ketika itu kerana dia berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Bagi Intan, dia tiada masalah. Kedudukan kampus dan rumahnya hanya dalam lingkungan 45 minit perjalanan. Setiap minggu dia boleh pulang ke rumah untuk bertemu mama dan papa. Jadi, hanya dia sahaja yang menemani mama dan papa untuk menghantar adik yang baru menghabiskan cuti semester kedua di tingkatan satu.

"Papa.. pa okey tak ni drive sorang-sorang? Coffee dah ambik kan?" Intan bertanya dari tempat duduk belakang. Kelihatan tin Black Roast Nescafe yang terletak di depan kotak handbreak dah tunggang-langgang lepas habis diteguk papa. Ketika ini, kereta mereka baru sahaja meluncur keluar daripada Plaza Tol Alor Setar. Kuala Lumpur -462km. Pehh jauhnya! Ciss! Macam la datang tadi naik jet. Intan menghembus nafas panjang. Enam jam lagi perjalanan. Hari makin lewat petang. Mama yang duduk di sebelah papa dah lama terlelap sejak kereta meinggalkan sekolah adik tadi.

“Papa okey.. Along tidur la.” Papa hanya memandang melalui cermin pandang belakang.

“Okey. Bagi Along lelap setengah jam je. Lepas tu kita tukar.” Intan mencadangkan idea untuk menggantikan tempat papa.

“Setengah jam ke setengah hari? We’ll see la eih.” Papa ketawa kecil. Dah masak sangat dengan perangai anak-anak yang kuat tidur. Sudahnya dia drive sorang-sorang je.

“Pa jangan nak underestimate Along eik. Along set alarm ni…” Intan buat-buat sedang menetapkan jam penggera di telefon bimbit. Papa ketawa mengejek.

Intan mencemik sambil pejam mata. Mata memang dah tak larat nak angkat. Sekejap je dah lena. Sedar-sedar dia dah kat sini. Dan sekarang ni, dia dah hilang dua orang terpenting dalam hidup. Perasaannya seperti dia telah hilang semua yang pernah ada dalam hidup ini.

Tiada setitik air mata yang jatuh sepanjang majlis pengembumian dah tahlil berlangsung. Entah kenapa dia berasa kuat ketika itu untuk mengurus semua majlis tersebut. Angah dan adik pun tiba agak lewat untuk membantu . Jika mereka ada pun, dia tetap akan jadi orang yang bertanggungjawab ke atas semua perkara ini. Dia mesti.

Setelah seminggu pemergian mama dan papa, Intan terbaca satu keratan akbhar yang Angah gunting cantik-cantik dan secara tak sengaja dia letak di atas meja kopi. Keratan yang merungkai segala khabar yang memilukan ini.


Slim River, 26 Ogos – Sepasang suami isteri maut, manakala seorang lagi anak perempuan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan apabila kereta yang mereka naiki dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 359 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungkai malam ini.

Nahas ngeri ini berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina yang dipandu laju dari arah utara terbabas melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.30 malam itu ialah pemandu MPV iaitu…

Intan tidak mampu lagi meneruskan pembacaan. Pandangan dia terlalu kabur akibat menakungi air mata. Dia menangis teresak-esak. Mana pergi janji aku untuk mengambil alih tempat pemandu dari papa? Dia terhenyak lembik di sofa.

“Along.Jom...” Adik menyentuh bahu Intan yang masih lagi bersimpuh di atas tikar pandan. Intan yang tersedar terus laju mengesat manik-manik jernih di pipi. Dia menoleh sekilas kemudian. Entah bila masanya kedua-kedua lelaki itu berdiri membelakangi dia. Segera Intan juga bangun. Angah terus melipat tikar buat melapik punggung tadi. Jag kaca tadi sudah  berada di tangan adik.

Perjalanan hari ini masih jauh. Perjalanan seperti juga tiga tahun lepas, menghantar adik ke SAINA, Alor Setar. Bukan untuk mengulangi nahas yang sama dan bukan juga adik tidak boleh menaiki bas dan pulang sendiri. Tetapi, Intan yang sengaja mahu melihat adik tiba di depan mata sementalah Angah juga bersetuju.

Kawasan Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri itu ditinggal buat sementara waktu. Kelas Intan dan Angah akan bermula pada minggu hadapan. Esok Angah akan balik semula ke UTM. Intan, lusa baru nak mendaftar di kolej kediaman. Dan sekarang, Alor Setar sedang menanti. 

Bersambung . . . 

p/s : 

1. Susah sebenarnya nak menulis ni (Actually benda ni dah cakap kat entri lepas. Tapi nak cakap lagi haha.) Bila baca cerita orang pandai aku kompelin sana sini. Bila buat cerita sendiri dah tak reti pulak nak buat cerita bagi sedap dibaca. Serius memang tak pandai. Haih!!! To be honest, sekarang ni aku lebih menghargai semua karya penulis yang pernah dan akan aku baca. Sebab semua buku itu membawa ilmu bersama (poyo tak haha)

2. Entri ini di update sementara menunggu finale football Spain vs. Italy(mesti tengok pagi ni walaupun hangat2 tahi ayam je. Mesti tetap mesti.) Aku dah jangka Spain aku masuk final. Walaupun tak pernah tengok siaran langsung kat TV. Ngantuk tahu tak? Tapi ada la baca kat paper and tengok Buletin Utama kan. Haha tipikal perempuan. Iyeke? Wanita2 lain jangan marah eih. 

3. Ohh.. tertinggal tadi. Aku pilih Italy untuk menang. Bagi peluang Balotelli score lagi. Tapi muka dia memang scary habis la ngheeeee. 

4. Wahh banyak betul post scripts(p/s) hari ni. Rajinnya membebel.
 

No comments:

Post a Comment