Sunday, July 15, 2012

Mencari Warna : BAB 4

Seminggu telah bermula semester baru pengajian. Semester baru yang merupakan semester terakhir buat Intan di sini. Biasalah hidup di minggu pertama di kampus tak kira walau dah masuk ke semester ke berapa pun. Rutinnya tetap sama. Mula-mula sibuk kemas bilik yang sekangkang kera ini, kena mop lantai, cuci tingkap yang dah berinci habuk dan pasang tikar getah. Penuhkan almari dengan baju-baju keperluan. Kemudian heret berbeg-beg buku rujukan dan nota yang sengaja disimpan di dalam store kolej. Bukan tak nak simpan kat rumah tapi buku-buku ni ada gunanya untuk membuat rujukan. Mana nak cari buku kalau tengah-tengah malam kita nak guna rumus The Multiplier in The Keynesian Model untuk buat assignments. Tak pun tetiba je kita perlukan teori Asset Market Equilibrium atau Asset Demands ke untuk jadikan bahan tambahan kepada presentations. Takkan nak pergi ketuk pintu bilik sebelah kan. Itulah gunanya selak balik buku-buku lama.

Dalam seminggu ni jugak la nak berkejar sana sini. Nak kena key in subjek untuk masuk ke dalam sistem maklumat pelajar la. Siap berebut-rebut di dalam alam maya untuk mendaftar ke kelas yang mempunyai pensyarah terbaik untuk sesuatu subjek. Senang cakap, nak pilih pensyarah yang senang bagi A. Habis cerita, tak payah la nak cerita lebih-lebih. Kerja ni simple je pun tapi akan jadi penat tahap nak bina jambatan apabila internet lagging (sebab time tu la semua orang berpusu-pusu nak guna sistem) dan lepas tu connection failed. Dan bila sistem dah pulih, kelas pulak semua dah penuh. Masa tu rasa macam nak tembak komputer sampai hancur je. Sudahnya menyumpah dalam hati.

Siapa kata buat perkara macam remeh tapi amat penting ni tak penat? Penat kot. Tapi kerja-kerja tu semua dah selesai. Semester ni Intan betul-betul rasa sorang-sorang. Serius rasa sepi tak ada member. Hostel pun tinggal sebilik dengan super senior. Member-member seangkatan semua dah grad. Tinggal dia je yang masih terkebil-kebil tertinggal semester.  Syukur, sebab ada orang yang selalu bagi kesedaran pada dia sejak tiga tahun lepas. Orang yang sinis, kadang-kadang menyakitkan tapi ada kebenarannya pada kata-katanya. Kalau bukan kerana orang tu, entah apa jadinya dia pada hari ni.

Saat ini jam dah hampir ke dua pagi. Mata memang payah nak pejam. Dia masih lagi berteleku di meja studi lepas membuat sedikit pembacaan tadi. Bracelet di tangan kiri dipandang dengan senyuman. Tetiba teringat dengan orang yang nun jauh di Cranfield, UK sana. Hanya sempat berbalas emel je setakat ini. Jadi la tu kan. Dia sengih kemudian menoleh ke belakang seketika. Tengok roommate baru yang dah lama tidur lena sambil peluk Patrick yang berwarna pink. Bukan adik-adik ye, tapi kakak yang buat master. Kak Jaja yang lembut gila orang dia. Entah macam mana aku boleh tercampak sebilik dengan pelajar master? Nasib la kan. Tak ada hal pun.

Bercakap fasal UK dan Cranfield tadi, teringat soal jawab Bro Am ketika perjalanan pulang dari KLIA tempoh hari.

TRD tu.. opps!!” Am seperti buat-buat tersebut TRD. Tapi, dia cakap tak sengaja tersebut.

“Zahin...” Lambat-lambat Intan membetulkan sebutan Am yang kononya tersalah sebut tadi. Bukan tersalah tapi dia memang sengaja gelarkan Zahin macam tu. Macamlah orang tak tahu.

Yes, he’s the one. Amboih.. laju sebut!” Am ketawa kecil. Salah sebut tadi, tau tak? Dan-dan dia ni betulkan.

Laju apanya? Saja aku sebut dengan lima harakat apa tadi. Intan dah pandang ke luar malas nak layan. Gelap sebenarnya.Tak nak nampak apa sangat pun melainkan lampu kereta dari depan. Tengok je la dari tak buat apa.

“Tau tak sape mak bapak dia?” Saja nak buka mulut budak Intan ni. Hilang jugak rasa mengantuk. Kalau nak tunggu perempuan ni yang bercakap dulu, alamat sampai esok pagi la kau tunggu Am. Dah nama pun Intan kan, mesti dalam mulut tu penuh dengan segala topaz, ruby, emetis dan zulian pun ada kot. Sebab tu mulut payah nak buka.

“Maksudnya?” Intan terpinga-pinga. Soalan umum yang susah nak tangkap untuk bagi jawapan direct.

Ish dia ni la. “Title yang ada pada bapak dia.” Am menyebak rambut dia ke belakang. Waktu di airport tadi, dia dah buka ikatan rambut. Rambut tu cuma diikat masa riding je pun. Depan orang, tak ada pulak dia nak ikat ala-ala budak perempuan umur tiga tahun tu.

Intan tak tahu macam mana lelaki di sebelah di ni boleh diterima bekerja dengan rambut yang gaya macam ni. Tak la panjang mana pun, tapi cecah ke kolar jugak la. Kalau nak dibeza dengan orang-orang yang sama kerjaya dengan dia, semuanya berambut pendek, kemas bergel. Ini tidak, kalau dua tahun lagi Man Kidal pun kalah kalau dia pergi curl rambut.

Title. Ingat soalan apa la tadi. “Tau..” Intan jawab dengan yakin. Dia berpeluk tubuh. Cara Bro Am bertanya tu, nampak sangat dia dah kenal siapa ibu bapa Zahin tu. Sebab tu berbual rancak je tadi. Bapa Zahin tu Tan Sri. Pengerusi real estate company. Ahli politik jugak rasanya.

“Not bad..” Am sekadar angkat sebelah bahu. Mustahil la tak tahu bakal bapak mertua sendiri kan. Siap dapat bracelet dah tadi. “Dia study mana kat UK?”

Intan memandang depan. Huh! Mula la tu nak menyibuk. “Cranfield. Cranfield University.” Sepatah-sepatah dia jawab. Terus bagi jawapan. Tak ada lencong-lencong.

“Ooo.. ingat London. Apa dia buat dekat ceruk kampung tu?” Selamba je Am berkata-kata. Langsung tak rasa bersalah. Kereta dipandu dengan cermat. Tak macam waktu datang tadi, kereta sentiasa di laluan kanan jalan. Habis semua kereta makan asap la di potong.

Ceruk dia kata? Helloooooo! Intan dah menjulingkan mata ke bumbung kereta.“Master. Aerospace Engine.” Masih dengan ayat sepatah-sepatah. Dia tahu tak yang aerospace graduate dari universiti yang dia kata ceruk tu dah masuk kategori alumni elite kat serata antarabangsa ni. Ingat senang ke nak ke sana.

“Huh aerospace..!!” Dia menggendang stereng dengan jari telunjuk. Gaya tengah fikirkan sesuatu. “Dia dapat the best place on that field. Not surprisingly Cranfield. They are major force in aerospace.” Am mengangguk-angguk kepala kali ni.

E’eh, tahu pulak dia. Bro ni apa yang dia tak tahu. Dari sekecik-kecik anak hingga perkara macam ni pun dia alert. Jaranglah fikiran bro tu nak mendahului dia. Langsung tak kasi chance pada orang lain dari dulu lagi. Intan dah menahan kuap dengan sebelah tapak tangan.

“Apa interest area dia?” Am tanya lagi. Tetiba syok pulak dengan course budak TRD tu.

Ya, Allah. Memang la dasar banyak tanya. “Avionics.. something.” Sedikit teragak-agak  jawapan Intan sambil cuba ingat balik bidang kajian Zahin.

Kelihatan rahang Am bergerak-gerak macam tak puas hati lagi dengan jawapan dia. Gaya Am tu macam nak cakap – kau tahu ke apa benda alah avionik tu? Intan renung tajam pada Am di sebelah. Am pandang Intan balik dengan pelik. Sejurus tu, Am menguap dan sempat dia menahan kuap dengan sebelah tapak tangan.

Adoi.. menguap rupanya! Mati-mati ingat dia nak tuduh aku. Mujur tak sempat 
nak cakap apa-apa lagi.

Kalau dirumus daripada cerita Zahin sebelum ni, avionik tu boleh describe macam satu sistem elektronik yang diguna oleh pesawat udara, satelit buatan dan kapal angkasa (Zahin sebut roket je). Kebiasaanya la, sistem ni dipasang pada kokpit pesawat untuk sistem kawalan, pemantauan, komunikasi, pelayaran (navigation), cuaca dan anti-pelanggaran(anti-collision). Ada beratus-ratus sistem sebenarnya dekat kokpit tu yang sangat penting untuk mengawal keselamatan perjalanan pesawat. Butang-butang yang ada bermacam-macam warna yang pilot selalu tekan-tekan tu,di antara sistem tu la. Rasanya macam tu la kot. Kalau nak lebih, kena tanya Zahin.

“Apa yang Intan jeling-jeling abang tadi? Baik cakap cepat!” Am macam mengugut. Mana tak ugut kalau Intan dah pandang dia macam ada tanduk dua kat kepala.

“Mana ada apa.” Laju Intan membela diri. Hampehnya, macam mana dia tau aku duk mengata dia ni?

“Tak payah tipu la.” Am menarik sedikit senyuman. “Kerja abang memang dah alert dengan body language orang. Tu.. gerak mata Intan tu. Movement badan, kepala.. memek muka, semua abang dah boleh baca la. Itu namanya skill, kelebihan bila kerja macam abang. Never try to pretended apa-apa.” Dia masih memandu di dalam tenang tapi mulut tak henti menyerang orang. Keluar dah la tu semua dalil-dalil mematahkan riukkan hujah pihak lawan. Am gelak senang hati lepas tu sambil-sambil pandang orang sebelah dengan ekor mata. Sebenarnya aku pun tak tau avionics tu apa. Yakin tu kira modal la bila bercakap. Kalau tak yakin, tak boleh kerja la aku jawabya. Am berusaha tahan gelak.

“Tak guna over confidence, bro..” Intan terus pandang ke luar. Dingin. Dah terbiasa berada dalam keadaan macam ni.

Am pandang Intan sekilas. “Mana pulak over kalau dah betul. Kan??” Nak tegakkan benang basah pulak walaupun nyata bersalah.

Am masih lagi macam dulu. Tak kan berhenti kalau dilayan bercakap. Tapi kalau diam, dia diam sungguh-sungguh. Sudahnya, Intan diam dalam geram. Malam-malam buta yang dalam kereta ni pun bro terbawa-bawa teori kerja dia dalam life. Tak ke bosan?? Tak boleh hadam langsung la dia

***************************************************************************

Buku tebal Corporate Social Policy diletak semula di atas troli perpustakaan selepas dibelek lama tadi. Hari ni, kelas habis awal. Cuma ada kelas Dr. Azlin dan Prof. Nasser. Kelas terakhir, dah selesai pukul tiga petang tadi.  Lepas tu, langkah di hala keluar fakulti menuju ke sini yang jalan kaki dua minit pun dah sampai. Dari petang tadi sampai la jam dah pukul 10 malam, Intan duduk bertapa di ruang meja studi yang hanya dipisahkan dengan dinding di kiri dan kanan.

Apa susah kan, kalau lapar pergi la makan kat cafe belakang library. Kalau sampai time solat, pergi la surau. Dulu, tak bertapa di ruang kecil ni tapi duduk di meja besar. Itu bezanya dulu dan sekarang. Kalau dulu, ada Zahin yang tolong tunggu bergilir-gilir ketika masing-masing nak ke surau. Walaupun berlainan fakulti dan jurusan tentunya, tapi masih boleh studi sama-sama la kat meja ni. Caranya –aku studi buku aku, kau studi buku kau.

Pertama kali jumpa Zahin, kat library ni jugak la pun. Masa tu zaman kegelapan lagi, duduk sorang-sorang bertapa kat ruang kecil ni. Kelakar jugak la. Tapi waktu tu, mana ada satu pun yang kelakar. Sebab waktu tu, hanya ada kelas, library dan hostel je dunia dia. Yang lain serupa tak ada makna. Tapi, sekarang pun library ni dah macam rumah ke dua dia juga. Separuh daripada front line staff kat sini dia kenal.

Kat ruang kecil ni la Zahin mula menyapa dengan ungkapan salam. Sebaik Intan menolak kerusi ke bawah meja, terus Zahin terpacak depan Intan. Tiba-tiba je mamat ni muncul. Agak lama Zahin diam sebelum dia mula menterjemahkan niat dia di situ.

“Ermm.. I really don’t have any idea on what’s going on on you. But I know you’re depressed enough on that.” Selesai bercakap, dia serah satu stick note berwarna kuning pada perempuan itu. Stick note kuning itu bertukar tangan. Intan yang terkebil-kebil, terus menatap stick note tersebut tanpa pedulikan makhluk Allah di hadapan dia.

Don’t try to understand everything, because sometimes it is not meant to be understood, but to be accepted... 

Mata Zahin tak lekang menatap wajah perempuan yang tunduk membaca. Hampir dua minggu dia memerhatikan perempuan yang duduk kat celah ceruk sempit tu. Melihat Intan menangis sampai tersedu-sedan di hadapan buku tebal-tebal yang menimbun di atas meja. Dia rasa Intan sedang berada di dalam penafian.  Dan hari ni, dia betul-betul ingin mendekati perempuan itu. Lebih-lebih lagi dia yakin yang dia pernah melihat wajah perempuan itu di satu keratan akhbar hampir tiga minggu lepas. Dia harap dia tak salah orang kerana orang itu juga seuniversiti dengan dia jika menurut laporan akhbar itu la. Nama orang tu pun dia tak lupa. Zahin merenung kad matrik yang tersangkut di hanging tag perempuan itu. Ya, dia tak salah. Tak sangka orang itu yang Allah takdirkan dia untuk jumpa. Sungguh la dunia ni kecil.

Intan mengangkat muka, wajah Zahin direnung tajam. “Err, thanks. And I think..  I don’t need an extra advice from outsiders.” Intan tarik nafas sambil mata tak lepas pandang Zahin dengan berbalam-balam. Perlahan-lahan dia menggumpal kasar kertas nota Zahin di tangan hingga ronyok tak nampak rupa. Separuh sedar, kaki dah tinggalkan lelaki yang cuba memberi nasihat itu.

“Awak..” Zahin panggil perlahan. Walaupun perlahan, semua orang dah tengok mereka bersilih-ganti.  Library la katakan, memang tak boleh lari. Bunyi perut orang berkeroncong pun boleh dengar. “Just let it go and move on!” Bersungguh-sungguh Zahin beri semangat.

Jelas suara lelaki itu menusuk ke telinga. Intan tak berhenti mengorak langah. Sikit pun dia tak toleh. Jauh sekali la nak bagi ucapan terima kasih. Siapa lelaki tu nak cakap dia depressed? Apa lelaki tu ingat mata dan hati dia dah cukup hebat nak menilai orang dengan apa yang dia nampak secara kasar? Jangan berani nak cakap let it go sedangkan dia langsung tak tahu apa yang dah jadi pada orang tu sebelum ni. Dan jangan suruh orang move on kalau dia sendiri pun tak pernah tahu bagaimana orang tu jatuh. Dramatik betul la lelaki ni. Bercakap bila guna air liur, memang senang. Sesenang dia petik kenyataan yang terlampau random pada orang yang langsung dia tak kenal. Betul la orang cakap, sad are only those who understand.

Intan tersenyum pahit jika cuba ingat kembali pertemuan dia dengan Zahin. Kisah silam yang menjadikannya pahit dan bukannya kenyataan dari kata-kata Zahin. Hari itu, merupakan hari pertama dan terakhir dia bertemu dengan Zahin di semester pertama dia. Selepas tu, dia terpaksa menangguhkan pengajian sehingga dia betul-betul disedarkan oleh seseorang.

Malam dah makin lewat. Library pun makin lengang bila dah tiba waktu macam ni. Yang mana menggunakan penggangkutan universiti, semuanya dah balik. Mungkin tinggal orang yang macam dia yang ada pengangkutan sendiri. Mungkin. Kaki di atur perlahan menuruni anak tangga.

“Masuk-masuk sem dah pulun ka Intan?” En. Mat Esa tersenyum di kaunter pelawat. Pekat loghat utara En. Mat Esa tu.

“Eh, tak ade la En. Mat. Terlelap kejap tadi.” Intan senyum segaris. Tutup malu akibat berangan lama kat atas tadi. Mana la orang tua tu tak tanya, pintu library ni pun dah nak tutup. Dia je yang ralit bertapa tadi.  “Balik dulu ye.” Dia memberi salam.

Salam dijawab. “Nasib baik tak kena kurung kat sini..” Tak habis lagi orang tua tu menggiat. Intan sekadar menarik senyum di hujung bibir. 

Bersambung . . .  

2 comments:

  1. aku suke ayt nie"Don’t try to understand everything, because sometimes it is not meant to be understood, but to be accepted... "
    mksud yg mendalam...

    mksud TRD & siapa seseorg tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu quote yg aku amik dr org wei...bkn aku punye

      TRD stand for TOYOTA RACING DEVELOPMENT kalau tak slh aku le. nama ni amik dari Kereta Zahin - VIOS TRD. Am saja ambil nama kereta tu utk panggil Zahin

      seseorang tu... tunggu la haha

      Delete