Tuesday, May 01, 2012

Kisah Najihah : BAB 10

“Kita singgah solat dulu ye.. lepas tu baru makan.” Najmi cakap lepas dua-dua dah masuk dalam kereta.

Wow…dia sebut ‘kita’ maknanya aku dengan dia solat bersama. Berjemaah. Merepek! Berangan je lebih.  Lelaki macam inilah yang aku nak. Lelaki yang menjaga solat dia. Ya Allah… melantun-lantun aku puji mamat ni.

“O.k.”

Najmi matikan enjin kereta. Kemudian dia keluar. Lepas tu, dia toleh tengok Najihah yang masih ada dalam kereta.  Dia berjalan ke tempat Najihah dari arah luar. Najihah buka pintu kereta bila Najmi ketuk cermin tingkap.

“Kenapa tak turun?” Najmi tanya dengan agak pelik. Dia bongkokkan sikit badan dia tengok Najihah.

“ Ermm tak apalah…saya tunggu sini.” Najihah senyum lebar-lebar.

Samdol betullah dia ni, takkan aku nak announce yang aku tak boleh solat. Aku dah bagi hint pun tak dapat detect ke. Ke nak aku keluarkan skil bahasa isyarat aku? Segan jugak aku kalau sampai nak berterus terang bab-bab gini. Nampak je perangai aku macam tak senonoh kan, tapi bila sampai part sesensitif ini aku boleh jadi teramat konservatif dengan tiba-tiba haha.

“Ohhhh…apesal tak cakap?” Najmi tepuk dahi lepas lama dahi dia berkerut-kerut fikir punca masalah Najihah.

Apesal tak cakap? Gila…segan la mangkuk! Nampak sangat dia baru nak faham cerita aku ni. Najihah senyum je lepas tu. Senyum tak perlu kata apa-apa.

“Kalau tau…tak payah off aircond.” Najmi sambung cakap lagi dengan suara ikhlas. Lepas tu, dia patah balik kat tempat duduk dia sambil lari-lari anak. Nak on balik aircond kereta. Lupa nak cakap, dia senyum tadi. Isi pentingnya, senyuman dia tu makin manis dengan seluruh ekspresi muka dia.

Comellah dia lari-lari macam tadi. Najmi ni pun satu, takkan lah aku nak duduk jugak dalam kereta ni kalau dia off aircond. Lepas kau blah, aku keluarlah dari kereta ni. Boleh mati tak cukup oksigen aku kalau duduk dalam kereta ni jugak. Esok keluar dalam front page surat khabar – ‘Seorang  Wanita Ditemui Mati Kerana Ditinggalkan Seorang Diri Di Dalam Kereta Akibat Tertelan Gas Beracun.’  Hah sapa nak jawab? Sapa pulak yang nak dapat insurans nyawa aku yang berjuta-juta Yen tu?

“Errr…jangan pergi mana-mana! Saya masuk kejap…” Najmi buat pesanan penaja. Apa dia ingat aku ni budak kecik ke yang nak jalan merata-rata.

“Baik bos!” Najihah akhirnya bersuara kerana Najmi masih tak berganjak kat tempat duduk dia. Najmi tersengih. Lepas tu, dia keluar daripada  kereta.

                               ******************************************************************************
 Tak lama pun Najmi solat. Tak sampai 15 minit, dia dah kembali ke kereta. Lepas tu, kita orang singgah kat sebuah restoran sebelum meneruskan perjalanan pulang.

“Errmm…nak makan apa?” Lepas cakap, Najmi angkat kening dekat Najihah.

Aku tak tahu kenapa dia ni macam ada masalah nak sebut nama aku. Susah sangat ke nak panggil nama aku? Nak bahasakan diri aku pun susah. Orang tu lah, orang sebelah lah. Nak sebut ‘awak’ ada masalah ke? Dari tadi lagi aku sedar benda ni. Memang tak pernah dengar lagi dia panggil nama aku setakat ini.

“Panggil saya Ain. A-I-N.. AIN!!!” Hah.. aku siap mengeja sebijik-sebijik depan budak Najmi ni ha. “Bukan sesusah nak sebut nama Alfonso de Albuquerque pon.” Najmi senyum sikit. 

Najihah toleh kat budak ambik order. “Milo panas, dik.” Najihah cakap laju. Najmi dah pesan dulu tadi.

“Makan?” Budak laki yang ambik order tu tanya.

“Tak. Minum je dulu.” Najihah senyum. Budak laki tu pun angguk dan berlalu lepas tu.

“Kenapa tak nak makan?  Bukan tengah hari tadi cakap lapar?” Najmi tanya sambil mata dia renung tepat muka Najihah.

“Itu tengah hari…sekarang lain. Dah petang.” Saja Najihah cakap berbelit-belit. Tadi kau dah buat aku malu-malu tenuk depan masjid kan.

“Kenapa? Petang tak boleh makan??” Muka Najmi nampak pelik. Bendul jugak mamat ni.

“A’ah…macam tulah gayanya. Makan saya ada time.”

“E’eh…atlet sukan pun tak macam tu.” Najmi sindir Najihah sambil pandang jengkel.

“Memanglah.. sebab saya tak macam dia orang.” Balas Najihah acuh tak acuh. “Nak gi kedai sebelah jap…” Najihah bangkit dari kerusi dan terus keluar dari restoran.

Beberapa minit lepas tu, Najihah kembali semula ke tempat dia dengan menjinjit seplastik kecil makanan. Najmi tengok isi plastik sampai berkerut-kerut dahi. Apa pelik sangat ke semua barang yang aku beli ni? Bukannya apa pun, dua paket roti Gardenia Coklat, Rocky sekotak, dan tak lupa juga air kotak Milo. 

“Ingat boleh kurus ke kalau makan semua benda ni? Tak faham betul dengan perangai pelik orang perempuan.” Najmi tunduk, pandangan dia jatuh ke bawah. Rasanya tengah busy tekan handphone.

Amboi…lebih nampak!! Betul la mamat ni memang kaki penyibuk. Bila masa pulak aku cakap nak kurus? Main serang je dia ni.

“Ada masalah ke kalau saya nak kurus?” Najihah balas dengan sarkastiknya.

Selama ni aku ingat dia memang senyap.. hari ni, boleh tahanlah mulut dia ni!!! Aku kasi warning letter baru tau. Baru kejap tadi aku terasa kagum dengan dia, tapi tak berkekalan. Sangkakan panas sampai ke petang, tapi tak sangka pulak hujan melanda di tengah-tengah hari buta.

“Saya dah order lebih. Lantaklah orang tu nak kurus ke nak gemuk ke yang penting kena makan apa yang saya order!” Najmi bagi arahan keras. Tak padan dengan driver, huh!!
Najihah mendengus. Terus Najmi tadah tangan baca doa. Najihah ikut kemudian. Tetiba dia rasa tenang masa tu walaupun Najmi hanya baca doa makan dan bukannya doa penenang hati. Persaan kagum pada Najmi menjalar-jalar dalam hati Najihah. Mudah betul la hati  ni. Aku pun tak sangka hati aku macam ni.

Ish! Apa nak heran, anak Kak Wawa yang belum masuk Tadika pun pandai baca doa makan. Kalau suruh Amin baca pun mesti lancar je. Inikan pulak si Najmi yang berlagak macho ni, takkan aku pulak yang kena bacakan doa.

Kita orang layan perasaan masing-masing je ketika makan. Memang mengikut adab la sebab kita orang langsung tak berbual depan rezeki. Aku perasan je Najmi ada pandang nasi dalam pinggan aku ni. Tapi, aku buat tak nampak. Lantak dialah kan, nasi aku suka hati akulah nak habiskan ke tidak. Siapa suruh paksa-paksa aku makan??

Najmi mencekik tanpa hiraukan keadaan sekeliling. Nampak sangat dia memang kebulur. 

Najihah tarik nafas kuat. Sudah Najihah!!! Jangan paksa diri kau nak mencekik. Dua sudu je aku boleh telan nasi yang nampak sedap. Tapi perut dan tekak aku ni memang tak boleh terima. Kalau jolok jugak alamat ke lautlah perginya.

“Sudah??” Najmi tanya lepas dia habis mencekik.

Najihah angguk. Dia bersandar kat kerusi tahan pedih yang dah lama mencucuk-cucuk perut. Rasa nak bergulung-gulung dah ni.

“Saya pergi bayar dulu.” Tambah Najmi. Najihah terus buka zip beg sandang dia. “Eh…tak payah, nanti saya claim.” Najmi cakap bila dia tengok Najihah cuba cari sesuatu di dalam beg.

Dahi Najihah berkerut-kerut. Apasal pulak dia cakap macam tu? Oh.. dia ingat aku nak bayarkan. Sorry lah Najmi, perut aku sakit sangat ni sampai tak ingat makanan ni kena bayar. Ibu tolong orang bu.. adoiiiiiiii!!!!!!!

Najihah cuma anggguk. Malas nak bercakap banyak-banyak. Dia cuba buat cool depan Najmi. Sebenarnya,  dia tengah cari tisu dalam beg, nak mengelap peluh dingin yang merecik-recik kat dahi sebab menahan sakit.

                                 ******************************************************************************
“Jiha…baik kamu ambil MC hari ini.” Mak Cik Aisyah pulak bagi cadangan masa Najihah tengah tarik kerusi nak duduk breakfast.

Teringat cadangan Najmi bagi semalam masa mamat tu hantar aku balik ke rumah. Najmi yang offer nak hantar balik. Aku setuju je lah sebab kesihatan perut aku yang buat aku nak cepat sampai ke rumah. Boleh la cepat-cepat aku buat aksi kuak lentang ke tak pun kuak gulung atas katil.

“Erm…tak payah datang kerjalah esok. Ambik MC.” Najmi buat cadangan paling caring aku rasa. Apa teruk sangat ke rupa aku sekarang ni?

“Cuti?” Jari telunjuk Najihah hala tepat ke muka dia sendiri. “Okey je kalau company tu bapak awak yang punya. Seminggu saya apply.” Najihah gelak perlahan sambil cuba pegang perut. Najmi rileks je, macam tak ada effect pun bila Najihah cakap gitu.

“Tak apa…saya boleh bagi tau Dato’ esok. Cuti je la…awak tu tak sihat pada mata saya.” Bersungguh-sungguh Najmi suruh Najihah cuti. Najihah senyum sikit tengok Najmi. Kenapa ayat mamat ni terasa special dekat telinga aku?? Terbuai-buai kejap. Mudahnya kau Najihah.

Tetiba dahi Najihah terasa disentuh. Najihah terdongak. Ada belakang tapak tangan yang menyentuh dahi dia. Ingatkan Najmi, melampau kan aku ni? Mak Cik Aisyah rupanya. Terus hilang ingatan pasal Najmi.

“Bukan gastrik je ni…dah demam sekali. Cutilah.” Mak Cik Aisyah dah jadi doktor tak terlatih pulak.

Engkau tu dik memang cam tu…ada penyakit berangkai. Bila gastrik je…automatik demam terkejut. Penyakit pelik macam kau pun ada kat dunia ni.

Hah.. bila dapat penyakit berangkai gini, aku mesti ingat dekat kakak ‘kesayangan’ aku tu. Kak Wawa je la yang selalu pandai-pandai suka klasifikasikan penyakit pelik aku.

Orang tak demam la, kak. Orang gastik je…badan orang lemah sebab muntah. Bukan sebab demam.

Cuba kira…berapa kali kalau kau dapat gastrik tanpa demam?? Tak pernah!!! Mesti wujud penyakit berangkai kau tu…

Betul jugaklah cakap Kak Wawa tu. Tapi aku nafi keras sebab aku tak rasa demam. Gastrik aku lebih sakit dari demam. Tapi aku kalah jugak, sebab bila jumpa doktor je mesti detect aku demam. Ciss!!!

“Tak boleh bu…orang kena jumpa Dato’ pasal kes mahkamah semalam. Bukan senang nak jumpa Dato’ kalau tak kena dengan masa dia.” Roti yang baru disapu Peanut Butter, dikunyah. Makanan lain, tak  mampu nak telan sebab perut masih sebu dan mencucuk-cucuk dari semalam lagi. Tekak pon pedih je.

“Teruk betul pucat muka kamu tu…” Mak Cik Aisyah nampak risau dengan keadaan anak dia.

“Kenapa bu?” Najihah dah buat muka pelik. “Ada rupa macam Hantu Kak Limah ke?” Patut ke aku cakap muka aku sendiri macam rupa zombie? Haish…mintak dijauhkan.

“Itulah kamu…selalu sangat tengok cerita hantu. Kita risaukan dia…dia main-main pulak.” Mak Cik Aisyah macam nak marah sekarang ni.

“Tengoklah bu macam mana.. kalau teruk sangat nanti, orang half day.” Sebenarnya, aku memang tak larat nak pergi ofis dalam keadaan macam ni. Nak buat macam kan, sebab ada benda yang lebih penting dari hal sendiri. Benda yang dinamakan tanggungjawab.

“Dah banyak kali ibu cakap...makan jaga. Walau sibuk macam mana pun.. kena jaga makan. Jangan masuk hospital macam dulu lagi.. ibu risau.” Mak Cik Aisyah marah tapi dalam nada penuh kasih sayang dia. Aku tengok mak aku tu dengan senyum. Sia-sia nak membantah kalau dah salah sendiri. 

                                  ******************************************************************************
Memang badan aku ni dah tak larat nak pergi kerja. Sebab berlaku incident bertimpa-timpa semalam. Dalam perjalanan pulang tu, perut aku buat hal, pedih mencucuk-cucuk sampai ke ulu hati. Ni semua Najmi punya pasal sebab paksa-paksa aku makan juga nasi yang dia order. Perut aku memang tak boleh terima terus makanan berat kalau tengah sakit macam tu. Sudahnya apa lagi, muntah kat tepi highway lah jawabnya.

“Najmi…berhenti sini. Cepat! Saya dah tak tahan ni.” Najihah cakap laju.
Najmi toleh sekilas. “Eh…kenapa muka tu berkerut-kerut?” Ada nada risau pada suara Najmi.

“Tolong berhenti cepat…saya nak muntahlah.” Najmi masih meneruskan perjalanan. 

“CEPATLAH BERHENTI!!!!!” Najihah pekik dalam kereta. Najmi terpinga-pinga. Dia terus bagi signal dan berhenti lepas tu.

Najihah dah pekup mulut dia sambil tangan kiri buka pintu kereta. Dia berlari jauh sikit ke belakang kereta. Tak sempat nak bertinggung, terkeluar semua isi perut dia. Najmi keluar dari kereta tak lama kemudian.

“Nah…ambik ni.” Najmi hulur botol air mineral kat Najihah. Najihah ambik buat kumur. Dia tengok Najmi pegang kotak tisu. Najmi tarik tiga empat helai tisu. Lepas siap kumur, Najihah jalan dan ambil tisu yang dihulur Najmi. Botol air mineral, Najihah letak atas boot kereta. Suruh Najmi simpan balik.

“Okey ke tak ni??” Najmi tanya dengan muka nampak cool.

Najihah angguk sambil jalan masuk ke kereta. Badan dia terasa lemah macam orang tak makan nasi dua hari. Tapi, perut dah lega betul bila semua isi dah keluar. Rasa hilang beban lepas muntah.

“Jom gerak.” Najihah bersuara bila tengok Najmi masih lagi bersandar kat boot kereta dengan berpeluk tubuh. Sedangkan sebelah kaki Najihah dah masuk kereta. Mamat tu diam kejap. Tengah fikir apa-apa kot?

“Ada gastrik?” Lepas masuk kereta, terus Najmi tanya.
Najihah yang tengah bersandar pejam mata, cuma angguk. Tak larat nak buka mulut. Nak tidur je rasa sekarang ni.

Sorry...” Mendatar suara Najmi. Rasa bersalahlah tu. Lain kali, buat lagi! “You better sleep then.”

Najihah tak bagi apa-apa reaksi. Dia buang pandang ke luar tingkap.

“Kita singgah klinik dulu. You look pale.. it could be serious.” Suara Najmi berbunyi risau. Tak henti-henti mamat ni cakap orang putih. Kejap-kejap dia intai Najihah kat sebelah. Tadi bukan main sedap lagi dia mengata orang.

No.. it should be okay!” Najihah jawab laju. “Tak ada apa yang serius pun.” Kali ni dia cakap sambil geleng kepala. “Awak sekolah Inggeris ye dulu?” Najihah tanya nakal. Sempat lagi mulut aku ni bertanya dalam sakit-sakit pun. Mana ada driver lain yang cakap orang putih dengan aku. Kalau ada pun, takat-takat yes, no, thank you, all right.. hah itu jelah. Saja nak test Najmi, padahal English kita orang taraf budak-budak tadika je. Rasanya, budak tadika lagi advance kot dari kita orang ahaha.

Najmi hanya menjungkit bahu tanpa perasaan.

KEDEPOMMM!!!

Kereta yang dia orang naik bergoncang-goncang. Kejap ke ke kiri dan kejap ke kanan. Kereta kat belakang dah hon bertalu-talu. Jantung Najihah bergegar, terkejut.  Sempat Najihah paut lengan Najmi yang sedang berusaha kawal stereng kereta. Najihah cemas. Ini baru betul-betul rasa nak tercabut tangkai jantung. Muka yang dah pucat, dua kali ganda bertambah pucat.

“Tayar!!!” Itu je yang Najmi sebut. Mujur dia sempat kawal kereta dan berhenti kat tepi jalan. Kalau tak, entah apa jadi pun tak tau. Najmi pandang pada tangan Najihah yang melekap pada lengan dia.

“Aisehhh…sorry, sorry.” Serta merta Najihah lepaskan tangan dia. Apa yang kau buat ni Najihah?? Argh…tidakkkkk!!! Dia terpaksa buat-buat selamba. Nak control ayu. Dah  malu tahap babun ni. Apa boleh buat…tak sengajalah. Mujur lengan Najmi beralas dengan tangan  t-shirt dia. Kalau tak, boleh  jadi majlis pembatalan air sembahyang pulak walaupun belum nikah.

No big deal…” Najmi hanya tersenyum. Lepas tu dia keluar terus dari kereta.
Memanglah kau tak ada masalah, tapi aku yang bermasalah sebab TERPEGANG tangan engkau. Merudum jatuh saham aku  macam ni…hadoilahhhhh!!!

Najmi ketuk-ketuk cermin tingkap Najihah. Kemudian dia bepeluk tubuh. Najihah menurunkan cermin. Badan Najmi bongkok tengok Najihah kat dalam kereta.

“Tayar depan pecah…larat kan kalau turun? Saya nak tukar tayar.”

“Perut saya je yang sakit…kaki masih boleh berjalan dengan gagah.” Lemah suara Najihah sambil kepala dia menjengah tengok tayar hadapan yang pecah. Tapi sempat pulak aku berlagak dengan mamat ni. Jalan dengan gagah? Haha. Najihah berjalan perlahan meninjau tayar kereta yang pecah. Gagah sangatlah tu.

“Mujur hari dah teduh, kalau tak mahu terbakar kita dekat sini.” Najmi cakap lepas dia letak spare tyre kat sebelah tayar yang pecah tu. Kemudian dia pergi kat boot kereta lagi. Kali ni dia jinjit tools box pulak. Banyak kali jugaklah dia ulang alik ke boot kereta ambil itu ini. Aku pun tolong jugaklah si Najmi tu. Tapi, tolong tengok je pun wakaka.

Aku tengok mamat ni teragak-agak je nak tukar tayar kereta. Banyak kali dia usya-usya tayar kereta tu. Pandai ke dia? Pernah ke buat kerja-kerja pomen gini? Aii…macam tak boleh harap je!!! Tengok muka putih suci. Mamat ni jenis lelaki yang jaga kulit muka, tu yang takut terbakar tu. Ishh…aku macam tak yakinlah dia boleh tukar tayar.

“Najmi!” Najmi yang tengah keluarkan spanar-spanar dari tool box, terberhenti dari buat kerja. Dia tengok Najihah kemudian angkat kening.

“Tak nak panggil mekanik??”

Najmi senyum lebar. First time tengok dia senyum sampai nak tergelak. “Apa guna orang laki kalau tak boleh tukar tayar…” Lepas tu dia sambung buat kerja dia balik.

Okay fine!!! Berlagak kau ye. Najihah angkat bahu. Dia duduk bersila kat tepi tayar kereta yang pecah tadi. Dia tengok je Najmi tukar tayar. Ambil peluang untuk usya Najmi sama, itulah agenda utama aku haha. Lepas itu, Najihah call abah dia nak bagi tahu kena balik lambat. Sesekali ada juga Najmi jeling-jeling.

“Tak tahulah kenapa sekarang pulak kereta ni nak buat hal. Tahan sikit dululah ye sementara saya tukar tayar ni…lepas tu kita ke klinik.” Lemah-lembut suara Najmi.

Ya Allah.. apesal hati aku senang berdebar-debar bila duduk dekat makhlukMu ini. Lapang dada aku ni hah bila dengar suara dia. Jangan buat aku terbuai-buai macam ni!

“Benda dah nak jadi… tak boleh elak. Saya okey.. setakat gastrik ni, belum pernah pengsanlah.” Najihah yakin. “Tak payah pergi kliniklah. Leceh je. Ubat saya ada dalam beg.”

“Boleh ke tahan ni??” Najmi tanya dengan memek muka yang kurang percaya pada Najihah.

“Boleh!!” Pendek jawapan Najihah. Dia dah alih mata ke lain. Terasa segan pulak bila Najmi tengok dia tak berkelip. Apakah makna semua ini Ya Allah??? Mata mamat ni beracun ke?

“Isilah perut tu dulu dengan roti tadi. Jauh lagi kita ni.. jadi apa-apa dekat awak macam mana?” Najmi mengutarakan cadangan. Lucu pulak dengar ayat last dia.

Handphone Najmi berbunyi. Bunyi orang tengah asah pedang. Ngilu, ngeri, dan geli anak telinga aku dengar. Tak ada ringtone lain ke yang dia nak pilih. Eh jap…BLACKBERRY tuuuuuuu!!!!! Dasyat doh…driver boleh pakai BB. Jakun aku!!!

“Hallo...yup! Hmmmm…” Najmi diam kejap. Dahi dia berpeluh-peluh jet kereta. Kesian pulak aku tengok dia. Mesti first time dia buat kerja gini. Tapi kalau tayar bas yang besar gedabak tu pancit kat tepi jalan macam ni, siapa yang nak tukar?? Mesti dia jugakkan. Ah…kesiannya dia. Adoi Lia…tolong kawan kau yang bernama Ain Najihah ni. Entah kenapa dengan dia ni?

“Ermm…ohh, okey!!” Najmi diam lagi. “Err er…a’aa.”

Najihah ternganga. Banyak sangat perkataan yang tak ada maksud kat sini. Dah tak ada lagi ke vocabulary yang Najmi ni nak cakap. Betullah kata pujangga, tiada kata secantik bahasa. Baik suruh dia guna guna bahasa isyarat je.

“Jauh lagi…tayar pancit. Yeah…all right.” Najmi dah letak phone. Pelik betul mamat ni!!

“Wow…BlackBerry!!! iPad ada? iPhone ke?” Najihah tanya dengan muka nakal masa tengok Najmi yang tengah simpan smartphone dia dalam kocek seluar. Aku pun tak mampu nak pakai phone semahal phone dia huhu. Muka Najmi nampak blurr. Kemudian dia angkat kening.

“Ohh.. Made in China.”  Lama jugak Najmi ambik masa nak jawab. Nak kelentong akulah tu.

“Tak percaya langsung!” Najihah tutup mulut nak tergelak. Najmi tak ada respon.
Dia orang diam agak lama, buat hal masing-masing. Sekarang, Najihah jalan ke pintu kereta. Dia ambil plastik makanan yang dia beli tadi. Kemudian dia duduk bersila kat tempat dia duduk  tadi. Lebih tepat lagi, kat sebelah Najmi yang sedang busy tukar tayar…aiceceh.

“Saya makan ni. Kalau nak pelawa awak pun…awak tengah buat kerja, tangan awak kotor.” Najihah saja-saja buat sopan-santun.

“Suaplah…”  Najihah ternganga tiga saat. Eh…betul ke apa yang aku dengar ni hah? Najihah cuba tenung Najmi yang tengah bekerja keras tukar tayar. Najmi tenung balik kemudian dia senyum. Pandai jugak dia ni buat lawak sekarang. 

“Alah…ajak-ajak ayam je kan?” Najmi dah tembak Najihah selamba.

Najihah tak boleh balas balik serangan Najmi sebab mulut dia penuh. Kembung pipi dia dengan roti. Mujur dia tak tertelan roti tu tadi, kalau tak boleh mati tercekik. Perlahan-lahan dia kunyah sambil cuba cari akal. Najmi tersengih tengok pipi aku yang kembung ni. Cipan betul mamat ni.

“Memang ar! Takkan nak ajak babun kot!!!” Najihah jawab laju lepas dia berjaya telan roti. Dia jeling kat Najmi dengan rasa menyampah.

Najmi senyum meleret. Lepas tu, dia geleng-geleng kepala sambil tersengih. Daripada tengah buat kerja, dia  terus duduk bersila kat sebelah Najihah.

“Kenapa sengih? Apesal duduk pulak ni, kerja dah siap?” Najihah tanya sambil mata dia kejap pandang Najmi dan kejap pandang tayar.

“Patutlah Amin suka orang tu.. sebab perangai orang tu lebih kurang je dengan dia rupanya.” Najmi mengejek. Najihah tercengang.

“Sudah lebih nampak…saya ni masih bermoral tau!!”  Muka Najihah tegang.

“Eleh…” Najmi ejek lagi.

“Mana awak tahu Amin tu su..su..suka saya.” Tersekat-sekat dia nak sebut perkataan tu. Sungguh, tak pernah terlintas kat hati ni nak ada perasaan yang sama macam Amin. Najmi sengih. Seronok sangat tengok aku tergagap-gagap ni. Selalu lancang sangat mulut kau nak bercakap, sekarang ambik kau Najihah.. rasakan!

“Apa ingat kita ni tak ada mata, tak ada telinga?” Sebiji-biji Najmi cakap. Rileks je. Aku pulak yang rasa segan bila teringat apa yang Amin cakap semalam.

“Dengar eyh? Dah tu??” Saja Najihah tanya sambil buat muka berminat. Sebab Najmi tunjuk yang dia macam nak cakap sesuatu.

“Erm awak dengan dia…” Najmi tercari-cari ayat. Dia diam kejap sambil tengok Najihah. 

He likes you alot. No doubt.” Najmi sambung cakap dengan laju tetiba. Ayat dia bunyi macam tak ikhlas la.

Apalah mamat ni? Apa dia nak cakap?? Ayat kedua dia tu rasanya tak ada hubung kait pun dengan ayat pertama dia tadi.

Najihah gelak. Aku rasa mamat ni saja nak tau yang aku suka dengan Amin ke tidak. Jangan risaulah, aku memang tak ada hati pun dengan Amin tu hahaha. Adoi…kenapa aku jadi begini??

Keadaan senyap seketika kerana dia orang ternampak four wheel drive berhenti kat depan kereta dia orang. Kereta Peronda PLUS! Orang yang duduk di sebelah penumpang datang menghampiri. Dia orang berdua berdiri serentak.

“Kenapa dua-dua boleh bersila kat sini? Kereta rosak?” Peronda tu tanya sambil tengok muka Najihah dan Najmi bersilih ganti. Mesti peronda tu pelik tengok kita orang boleh berborak kat tepi jalan sikit punya baik. Kalau aku pun naik hairan jugak ni.

“Tak ada apa yang rosak. Cuma tayar pancit.” Cool je cara mamat ni cakap. Najihah tengok je gerak-geri Najmi.

“Nak kami tolong?” Peronda tu tanya Najmi. Sorang lagi peronda yang drive kereta, datang dekat.

“Terima kasih. Dah siap dah pun, tinggal nak kemas-kemas barang je ni.” Najmi berbasi-basi. Najihah terus toleh tengok Najmi kat sebelah.

Aiik…dah siap? Macam tak percaya yang mamat ni dah settle tukar tayar. Boleh harap jugak lah dengan dia ni. Tak sangka haha. Itulah aku, suka sangat prasangka kat dia. Najmi tak perasan aku tengok dia sebab dia tengah fokus kat peronda-peronda tu.

“Kalau macam tu.. kira selesailah ni?” Peronda tu tanya lagi. “Hari dah nak gelap ni.. tak elok duduk berdua lama-lama kat sini.” Peronda tu cakap sambil pandang Najihah dan Najmi lagi. Najihah tertelan air liur. Terasa macam kena sindir. Najmi tak ada kesan pun.

“Lagipun bahaya duduk sini.. kereta dari belakang tak nampak kau orang nanti.” Peronda itu sempat berpesan. Kali ni lebih kepada bunyi ikhlas. Amboi…senangnya aku judge orang!!

“Jangan risau…kami dah nak gerak dah ni.” Najmi cakap sambil pandang Najihah sekilas.
Dia orang berpamitan dengan dua orang peronda tersebut. Kemudian,  Najmi simpan segala peralatan dalam boot kereta. Najihah dah duduk rehat dalam kereta. Pintu kereta, dia biar terbuka sementara tunggu Najmi kemas-kemas.

Najmi tetiba berdiri tercegat kat sebelah pintu Najihah. Najihah angkat kening.

“Err…tolong ambik air! Nak basuh tangan.” Najmi tunjuk kedua-dua tangan dia yang hitam. Tanpa banyak soal, Najihah bangun dan ambil botol air mineral kat tempat duduk belakang. Tolong jelah, kesian pulak aku tengok muka mamat ni yang macam serba salah.

“Bagi tangan.” Najihah mengarah. Najmi menurut. Takkan aku nak suruh dia buka sendiri kot? Dah sah-sah dia mintak tolong tadikan. Tangan dia hitam betul tu.   

Najihah tuangkan air kat atas tangan Najmi yang sedia tersua. Najmi merendahkan badan dia sedikit. Mata Najihah fokus pada tangan Najmi. Kemudian dia angkat muka tengok Najmi. Tak sangka, Najmi memang tengah tengok dia.  

Huru-hara melanda. Nervous tiba-tiba. Macam kali pertama pandang mata Najmi. Mata kita orang bertentang lagi buat entah kali ke berapa pun dah tak ingat.  Sepanjang kenal dia, aku rasa dah beratus juta kali aku berlawan mata dengan mamat ni.

Sudahnya, Najihah tunduk pandang air dalam botol. Punya asyik dok bertentang mata, tak sedar air dalam botol dah kering-kontang. Kering-kontang tak jadi masalah sekarang ni. Yang jadi masalah sekarang ni,  bila – aku – dah – tertuang – air – atas – kasut – mahal – dia. Hujung kaki seluar dia pun basah tercurah air. Uwaaaaaaa!!!!!

“Ohh man!!!” Najihah tutup mulut dengan sebelah tangan. Tak boleh tutup dengan kedua-dua tapak tangan sebab kena pegang botol air. Habislah!!! Mati kena marah dengan dia. Sia-sia bantuan ikhlas aku ni sebab tangan dia hitam tak ada perubahan. Menyesal tolong.

Najmi berdiri tegak. Bola mata dia jatuh tengok kasut. Mana pergi mulut dia?? Cakaplah yang kasut dia tu dah basah aku kerjakan. Ikan pun dah boleh berenang dalam kasut dia tu gamaknya. Ada penyakit kaki kebas kot dia ni sampai tak ada sensor pada air yang bertakung. 

“Sorry…” Lepas cakap sepatah, bersepah-sepah Najihah jalan masuk ke kereta. Mau tak bersepah sebab dah malu + cuak giler dah ni. Tinggal Najmi sorang-sorang kat situ dengan muka yang tak ada riak.  

Najmi masuk dalam kereta tak lama lepas tu. Dia berkaki ayam sambil drive. Kecut kaki dia aku tengok. Kaki jeans dia pun dah berlipat. Lawaklah dia ni. Nak tergelak aku tengok dia. Kah kah kah…kah 15 kali. Tapi tak boleh nak gelak kuat-kuat. Bersabar Najihah, bersabar!!! Ini semua salah kau wakaka. Ada ke orang bersalah boleh gelak macam aku?? Tunggulah Najihah, kejap lagi tahan telingalah dengar ayat sadis dari mulut dia ni.

Bersambung . . . 

p/s : Selamat hari pekerja :D


2 comments:

  1. cayalah najiha! tuang air atas kasut mhal di.kahkah! da bleh byangkan muka mamat tu cmne.haha!

    ReplyDelete