Sunday, August 02, 2015

SI PEMANDU HATI ~ NAZIRA ILIAS


Hai-hai,

Alhamdulillah.. di bulan Syawal yang mulia ini saya ingin meuar-uarkan keberadaan novel solo pertama saya di pasaran - SI PEMANDU HATI terbitan JEMARI SENI SDN BHD (JS). Seluruh ucapan terima kasih buat JS yang percaya dengan karya serba kekurangan ini. Actually lambat giler nak announce pon..asyik sibuk beraya. Konon!! haha.

Kronologinya, sejarah penulisan peribadi saya bermula dengan menulis kisah ini pada tahun 2011 dan berjaya disudahkan pada 2012. Kedua, saya menulis MENCARI WARNA yang hingga hari ini masih belum jumpa ending (teruk betul performance). Ketiga, saya mencuba nasib menulis cerpen yang turut termuat di dalam Antologi Cerpen Cinta Pertama berjudul SI MANGKUK TINGKAT 18 di bawah JS Adiwarna. Karya ketiga itulah yang terbit dahulu walaupun yang pertama dah lama siap - Allah dah tulis semuanya kan. He knows best :)

Berbalik pada tujuan asal, SI PEMANDU HATI ini adalah tajuk yang diberi oleh pihak penerbit. Ya, tajuk ini memang sesuai dengan jalan ceritanya. Tapi, jika diikuti daripada entri2 awal di blog ini, saya menggelarkan karya ini dengan tajuk sementara iaitu KISAH NAJIHAH. Dan mungkin saya ada letak tajuk2 lain yang saya dah tak ingat pun samada ianya tercatat di entri2 lepas atau tidak. *faktor penuaan* haha.
 
Frankly speaking... inilah kisah yang saya sayang, kisah yang saya 'menyampah' dan kisah yang kadang-kadang buat saya macam nak tumbuk muka sendiri bhuahaha. Yang pertama ni banyak yang kurang tapi secara peribadinya amat istimewa untuk saya. Namun, saya sangsi karya ini diberi untuk tatapan umum. Serius saya takut tak ada orang nak baca!!! haha. Tengok betapa tak yakinnya diri saya ni. Namun..inilah permulaannya!!! Allah izinkan ia diterbitkan..Alhamdulillah. Kalau tak ada yang pertama ini, tak mungkin ada yang lain. Just put your trust in Allah.

Jadi, anda boleh mendapatkannya di toko-toko buku yang berhampiran ok! Atau boleh juga beli online melalui :

http://www.jemariseni.com/js-novel/543-novel-umum-ogos-2015-si-pemandu-hati-nazira-ilias.html



Kalau anda dah baca kisah SI PEMANDU HATI INI, sudi-sudikanlah turunkan pendapat anda di sini ye.

Jutaan terima kasih buat anda yang sudah mendapatkan nashkah ini baik dari book store, penerbit mahupun daripada saya sendiri. Sayang korang sampai syurga! Hanya Allah yang boleh balas jasa anda.

Ok lah, panjang sangat dah ni. Mak dah panggil cuci pinggan :p

Sekian.



2 comments:

  1. TAHNIAH UMI.. WISH U ALL THE BEST IN YOUR PASSION.. INSYAAllAH

    ReplyDelete