Thursday, January 01, 2015

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 !!!


Hai Malaysia...


 
Kalendar tahun 2015 telah bermula hari ini.

Alhamdulillah untuk segala nikmat dan ujian yang dikecapi samada secara sedar ataupun tidak selama ini khususnya di dalam tahun 2014 - nikmat hidup, , ibu bapa, keluarga, pancaindera, kesihatan, rezeki, pekerjaan... countless. 

SYUKUR! Banyak nikmat yang Allah bagi..aku je yang selalu lalai. Istighfar.

Tidak kurang juga tahun 2014 kita tinggalkan dengan penuh hiba di sebalik pelbagai musibah yang kita sendiri tidak jangka boleh berlaku - MH370, MH17, QZ8501, banjir besar di hampir semua negeri semenanjung dan banyak lagi. Subhanallah, Allahuakhbar!

Walaupun aku tak berada di dalam situasi paling sukar tu tapi aku turut merasai hibanya bersama 29 juta rakyat Malaysia yang lain. Kerana kita berpijak dia tanah yang sama dan kita berkongsi cerita yang sama. Kami bersama mu wahai insan-insan yang diuji. Kami juga turut diuji cuma bentuknya berbeza. Allahuakhbar!

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mari muhasabah diri!! Mari-mari.

Let's move on! Perjuangan diri ini belum selesai selagi nyawa dikandung badan. Moga tahun 2015 ini dan seterusnya kita terus mendapat rahmat dan barakah serta dilimpahkan dengan segala kebaikan. Dan mohon apa jua yang kami lakukan akan dpat memanfaatkan orang lain hendaknya. Moga juga tanah tumpahnya darahku ini dilindungi oleh Yang Maha Esa dari sebarang marabahaya. 
In Shaa Allah.

Selamat menyambut tahun baru, Malaysia!  

Sekian dan Wassalam


No comments:

Post a Comment