Saturday, April 06, 2013

MENCARI WARNA : BAB 10



Pejam celik pejam celik, cuti semester pun dah tak lama mana tinggal. Tak lama lagi kena mula kelas dan mengajar juga dalam masa yang sama. Belajar sambil bekerja atau bekerja sambil belajar? Arghh… mana-mana la.

Tak lama jugak lagi, minggu konvokesyen bermula. Siapa je yang boleh hadir ke konvo Intan? Angah dan Irfan mana ada kat sini masa tu. Sorang ke utara dan sorang lagi ke selatan. Intan je di tengah-tengah semenanjung. Jemput je la Ayah Long dan Mak Usu. Kalau dia orang tak boleh hadir, Intan sorang-sorang je la terima scroll. Selama ni pun bukan tak biasa hidup sorang-sorang.

Budak berdua tu tengah melepak kat ruang tamu. Kalau tak tengok movie mesti tengah tengok bola. Sebab terdengar Irfan terpekik terlolong menjerit ‘goal’. Tapi bunyi dia bergelak ketawa dengan Angah pun ada. Tak tahulah budak- budak tu buat apa yang betulnya. Sebab mana ada orang gelak sakan masa tengok bola. Tapi yang lebih tepat mungkin Irfan ‘bergusti’ dengan Angah sebab pasukan dia terlepas goal. Dah bergusti tu sah la tergelak-gelak.

Lepas solat Asar tadi, terus sign in Skype. Tak sempat nak buat apa-apa, laju Miza  request nak buat video call. Intan pun laju je accept.

“Intannnnn lama tak chat…makin berseri-seri kau sekarang ni?Apakah rahsianya.” Miza ketawa ceria.

“Aku minum Jus Tok Guru!!” Ceit! Dah tak ada soalan berinformasi ke Miza ni nak tanya. Tanya la ekonomi Malaysia untuk sukuk ke dua ni macam mana ke? Tak pun tanya la orang bujang dah dapat BR1M 2.0 ke? Patut la jugak.

Miza kat Cranfield tu dah gelak pegang perut sekarang ni. “Buat lawak… tapi muka macam tak ada perasaan.” Dia kutuk Intan. “Eh… Yusoof Taiyoob tu eih jus yang kau minum?”

Terus pecah bersembur ketawa Intan. Sejak bila Yusof Taiyoob buat jus? “Yusof Taiyoob tu taukeh kurma la pandai! Berapa lama kau tinggal tanah air tercinta ni?” Lebih kurang enam bulan je Miza bermastautin kat UK tu pun dah lupa segala.

“Haha.. habislah aku kena sue dengan saudagar kurma tu nanti.” Dia masih tak henti gelak. Sesi video call kali ni hanya dibazirkan dengan gelak selama setengah jam. 

“Miza… apa cerita kau kat sana?” Intan angkat kening lepas masing-masing dah cool. Sekali-sekali ketawa ni ringan sikit kepala otak.

“Okey-okey je. Tapi aku tak tahan sejuk. Autumn sekarang ni pun dua lapis baju aku sarung… kalau masuk winter nanti mahu membeku aku kat sini. ” Miza berpeluk tubuh sambil menggosok-gosok kedua belah lengan dia.

Intan ketawa kecil. “Untung laaaaa boleh main salji…” Terselit rasa cemburu pada orang yang boleh menuntut di luar negara. Dia tak merasa la nak jejak university sana.

“Untung la sangat… sampai rasa macam tengah bertapa dalam freezer je ni.” Miza mengecilkan badan tanda tak tahan sejuk.

Kasihan la kau Miza! Orang lain rileks je main baling-baling bola salji, main ski segala. Siap terbaring meniarap habis atas salji. Hah kalau tengok filem Hindi, Rani Mukherjee tu lagi la lepak je menari atas salji pakai sari. Kalau heroin korea, dia orang pakai skirt pendek je main salji. Kalau filem barat… dia orang pakai winter coat. Kira tak tahan sejuk jugak la kan. “Tak boleh adapt lagi ke??”

“Mananya… aku ni orang kampung. Takes time la nak adapt.” Miza ketawa. Kampung la sangat. Kampung Pandan tu je pun rumah mak bapak dia. “Zahin tak apa lah… campak mana pun tak ada hal.”
Zahin? Ye sangat la tu. “Selalu ke kau jumpa dia kat sana…?”

“Selalu sangat.” Miza cakap dengan bersungguh-sungguh. Lepas tu dia ketawa. 

“Hari-hari jumpa dia… tapi setakat terserempak kat faculty la. Jangan jealous kay… coincidence je.” Dia ketawa lagi.

“Ciss… aku jealous ni!” Intan renung siling sambil tersenyum sumbing. “Dia jaga kau tak kat sana?” Keadaan kembali normal. Suara Intan berbunyi lembut prihatin.

“Kau ingat kita orang satu rumah ke sampai dia nak jaga aku?  Baik dia jaga projek kapal terbang dia tu haha…” Miza ketawa besar.

Miza! Kalau dapat ketawa, hilang masalah. Bukan hilang masalah dia, tapi hilang sekali masalah Intan. Intan senyum sorang-sorang lepas habis berbual dengan Miza.

Dan fikiran Intan berputar kepada kejadian pukul 12 tengah malam semalam bersama Irfan.

“Along… orang ada cerita boom tahap pecah panggung punya! Kalau nak dengar… tolonglah buatkan hot chocolateeeeeeee.” Irfan buat muka innocent. Ingat Intan tersentuh ke.

Boom tak boom nak hot chocolate buat sendiri.” Intan membilas mug di singki selepas minum air suam.  

“Alaa Long… hot choc Along la paling sedap dalam dunia ni.”

“Jangan nak ngada Irfan.. 3 in 1 je kut!! Kau punch je button water dispenser tu…on the spot siap! Tak payah nak beresipi-resipi. Tutup mata pun boleh.” Mug kaca itu diletak dirak pengering.

“Betul tak nak dengar ni??” Irfan provok.

Dia bersandar di tiang singki sambil berpeluk tubuh dengan senyum manis. Gaya-gaya macam nak mengorat perempuan je bahasa badan dia tu. Macam ni agakya dia mengayat budak perempuan kat pondok telefon sekolah dia dulu. Intan memang tak boleh lupa la peristiwa yang buat dia nak potong elaun Irfan. Irfan pulak tertunduk penuh warak bila Intan bagi nasihat ikhlas secara face to face sebelum ni.

“Kalau malas nak buat air jangan pulak nak sogok-sogok Along.” Sarkastik.

“Alah… nak manja sikit pun tak boleh. Macam mana la Along nak kahwin dengan Abang Zahin tu nanti?”Berdecit-decit Irfan membebel.

Kahwin? Apa kes lah budak kecik ni sebut hal kahwin tengah-tengah malam  buat ni. “Okay my younger brother…  what are you going to tell about?”

Haha. Tahu pun nak berlembut. Ini tidak garang macam T-Rex.“A big mug of hot choc, please!” Irfan tak mengalah.

“Tell me first la adikku sayang.” Intan mencemik. Tangan dah bersilang di dada memeluk tubuh. Serius. Hati dah mula naik panas.

Suasana di dapur tu dah jadi proses tawar-menawar untuk dapat keuntungan. Masing-masing nak menang. Mata Intan dah mula mengantuk.

“Sure… as long as I got my hot choc.” Irfan tak henti-henti memprovok.
Intan terus buka langkah tinggalkan dapur. Dah malas nak ambik pot dengan budak Irfan. Nak minum? Ada tangan ada kaki, buat sendiri la.

“Alonggggggggg….” Irfan berbunyi putus asa. Dia mengekor Intan ke ruang tamu dengan hentak-hentak kaki. Mengada betul Irfan ni. “Along tau tak Angah dah ada girlfriend. Siap pakai baju Melayu ungu sedondon. Dalam masjid pulak tu dorang bergambar. Shot dia orang lagi banyak dari shot pengantin kut!” Irfan cakap dalam satu nafas.

Rahsia Angah dah terbongkar. Patutlah dia berbaju Melayu bagai dua tiga minggu lepas. Rupanya pergi ambil gambar orang nikah sambil dia bergambar dengan awek ye.

Pehhh... Irfan memang cekap la kalau bergosip. Eh jap! Macam ada keraguan! Apasal ayat aku dah macam ayat Am ni?? Intan geleng kepala.Tapi betullah,  ayat terakhir Irfan itu macam tak boleh percaya. Angah pergi sana nak buat kerja bukan nak bergambar lebih sakan dari pengantin. Itu dia sangat percaya pada Angah. Sekeping dua bergambar tu biasa lah.

“Sumber mana kau dapat ni?? Reuters ke Bernama?” Intan mengherotkan mulut tengok Irfan. Mengejek.

“Sumber manusia haha.” Irfan ketawa sorang-sorang. “Ini Irfan Huzein la Long!” Dia mendabik dada.

Lepas tu, Irfan cerita yang dia tertengok laptop Angah. Masa tu Angah tengah mengedit gambar-gambar orang nikah. Tiba-tiba, Angah terbuka gambar dia dan perempuan yang pakai tudung ala-ala Yuna tu. Dan masa tu lah Irfan bergusti dengan Angah berebut nak rampas laptop.

“Dah tu…mana hot chocolatenya??” Irfan angkat-angkat kening.

“Irfan!!!!” Intan terjerit geram. Tak habis-habis degan hot chocolate dia! Tapi, kaki dah mula melangkah ke dapur. Badan mula merapati kabinet kayu dan tangan dah mencapai sebiji mug dan sudu. Satu sachet hot chocolate dikoyak bahagian atas. Irfan tersengih lebar sambil bersandar gembira di tepi cabinet.

“Gaya sengih kau tu…  mintak Along letak julap dalam mug ni!” Berdecit-decit Intan membebel bila tengok gaya Irfan. 

“Am I got exhaustible smile?” Irfan senyum meleret.

You’re right!  Tapi lagi baik kalau tak senyum….”

***************************************************************************

“Angah… benda-benda macam ni Angah tak boleh sorok la. Dari hari tu lagi Along dah smell something fishy.” Mata di tv tapi kadang-kadang tengok juga gelagat Angah yang bersandar di sofa. Irfan dah tersengih-sengih tengok Angah dan Along dia.

Berkerut-kerut dahi Angah. “Benda apa pulak ni, Long?” Dia bertanya dengan tenangnya.

“Ish Angah ni… ‘benda’ yang Angah segak sangat pakai baju Melayu mengalahkan hari raya tu. Sedondon ungu kan dengan….” Sengaja Intan berhenti di situ. Nampak sangat Irfan tengah menahan ketawa daripada meletup kat ruang tamu tu. 

Angah senyum senget sambil tangan menggaru kepala bila Intan menyakat dia. Dia relaks je tapi sempat dia jeling pada Irfan dan isyarat mata dia membawa ‘tunggulah kau Irfan lepas ni’. Sekejap itu juga Irfan tinggalkan ruang tamu dan lari laju-laju menuju ke pintu.

“Irfan!!! Mengelat nampak!” Angah melaung dengan mengetap gigi. Intan geleng kepala.

Tak sampai 10 saat lepas tu, terdengar suara Irfan ketawa terkekeh-kekeh dari luar rumah. Bukan terkekeh tapi terbahak-bahak sebab kuat sangat suara dia. Lama pulak tu dia gelak. Terkejut gamaknya jiran tetangga dengan suara Irfan.

“Apa kena dengan budak tu?” Angah jadi pelik. Terus dia bangun menjejak Irfan dia luar. Secara tak langsung Intan turut mengekor.

Sebaik keluar dari pintu rumah, kelihatan figura Irfan terduduk di atas simen di tepi pagar dengan meghadap ke rumah sebelah. Dia gelak sambil pegang perut. Apa yang lucu sangat tu?

“Apa kebendanya tu Irfan?” Angah tertanya-tanya. Dia macam nak marah. Buat risau orang je lah. Dah la hari nak masuk senja. Dia pulak gelak macam kena sampuk. 

Irfan tak mampu nak bercakap. Dia gelak sambil tunjuk kepala dia dan tunjuk pulak ke pagar sebelah.

Intan tengok pada arah telunjuk Irfan. Target mengena. Dia pun dah rasa mulut dia sampai senget nak menahan gelak. Comel betul! Hati dia berkata-kata.

Not bad bro! Mana dapat cekak kuning tu?” Kalau letak reben lagi cute apa. Haha. Giliran Angah gelak terkekeh-kekeh tengok Am. Rasa marah pada Irfan tadi dah tenggelam dalam gelak. Gelak Angah tu tak ada la seburuk gelak Irfan.

Am macam tak terkesan pada gelak-gelak dan renungan tiga pasang mata di sebalik pagar sana yang tengah meneliti dia yang bercekak kuning berlabuh di atas kepala dia tu. Dia khusyuk bertinggung meneruskan kerja menggilap ‘Red Devil’ yang dicintai separuh mati.

“Gaya rambut dan kombinasi motor Abang Am tu… dah habis stylo-mylo dah.” Irfan berkira-kira.  “Tapi cekak kuning tu buat hilang mood la...” Bersambung-sambung gelak Irfan.

Sebenarnya, pemandangan kepada orang yang ‘bercekak kuning’ tu bukanlah teruk sangat. Tetapi keadaan Irfan yang sampai gelak teduduk dan suasana kat situ yang buat situasi agak terasa kelakar. Puan Adawiyah yang baru muncul di tengah riuh-rendah tu pun bergabung suara gelakkan anak bujang dia. Intan dah berayun dia buaian berkembar. Cuma merasai suasana dari jauh.

“Inilah kualiti lelaki yang tak ada kat lelaki lain.” Am angkat kening tengok Angah dan Irfan. Kemudian dia menilik wajah di cermin sisi superbike. Tak semena-mena, meletup gelak dia menghadap budak-budak tu. Dia pun gelakkan diri dia sendiri tanda tak sangka. Tadi beria dia control segala.

“Tak payah tengok sangatlah Abang Am… hancur tu confirm! Sweet tu ada haha.” Irfan mengutuk lagi. Dia memang suka bab-bab kenakan orang ni. 

“Adoyai…. muka macam lanun tapi pakai cekak colour kuning. Loya-loya. Along pun tak cam tu la…” Irfan membebel-bebel kalah perempuan.

“Eh budak kecik… siap la bila abang dapat kau!” Am dah merapat ke pagar yang memisahkan rumah mereka.

“Tak apa Abang Am… orang boleh pergi sebelah sana. Serah diri terus.” Riuh-rendah suasana petang yang hampir ke senja tu.

Am terus melekat di tepi pagar tu menunjuk buka lima pada Irfan. Cekak kuning tu tetap dipakai di kepala. Dia tak kisah pun nak tanggalkan.

“Bukak la cekak tu….geli la tengokkkkkkk.” Irfan buat-buat nak muntah.

“Kau jealous kan??” Am senyum senget. Dia campak cekak tu ke arah Irfan. Irfan beria berguling nak mengelak. Dia buat cekak kuning tu macam jijik sangat. Bila cekak tu terdampar di atas simen, Irfan campak balik kepada Am. Kemudian, Am campak balik.  Dia orang buat pagar rumah tu macam kain net main badminton. Masa tu Puan Adawiyah dah bercekak pinggang nak jadi penghalang. Haha padan muka dia orang.

“Tak de dah Motor GP.Tak de jugak show off lepas ni…” Am mengugut Irfan. Habislah Irfan, dah tak boleh dah nak mengekor Am membonceng superbike.

“Berani buat la. Orang scratch motor Abang Am!”  

“Hoihh…lawan taukeh ni!! Sekeh karang.”

Hidup tak akan ada indahnya kalau nak serius memanjang. Sesekali kenalah bergelak ketawa. Baru hati pun jadi senang.

***************************************************************************

- Lamanya tak dengar berita

+  ye la… orang tu kan busy dengan projek-projeknya L

Dah masuk dua minggu juga tak bertanya khabar. Kadang-kadang rasa macam dah terlupa muka dia macam mana. Haha tak logik betul! 

Hari ni terasa sibuk sikit. Bangun-bangun pagi tadi, dah sibuk buat sarapan lepas tu kemas dapur dan mop lantai dapur. Cuci baju, pergi pasar, masak makan tengah hari dan keluar balik pergi beli barang-barang Irfan. Dan jadual lepas tu, penuh dengan aktiviti membantu membangunkan kemajuan restoran segera yang terkenal di Malaysia.

Letih mengikut jejak Irfan menawan shopping kompleks sebenarnya. Bukan beli banyak sangat pun. Menyusun kedai makan je kerja dia. Mula-mula makan ais krim, nak basahkan tekak kata dia. Banyaklah dia punya ‘basah tekak’. Baik minum air mineral je daripada bedal Baskin Robbins. Tiga skop dia telan waffle sundae dengan maple walnut toppings. Bengkok kakak dia ni.

Lepas dah penat jalan, dia singgah pulak Secret Resipe’s makan carbonara siap dengan chocolate fudge cake lagi. Sebelum balik ke rumah, sempat lagi dia ajak melencong ke Burger Bakar Kaw Kaw Seksyen Dua, Wangsa Maju. Intan rasa macam nak cekik-cekik je si Irfan tu.

Mana taknya dekat tiga jam tunggu oi. Queue panjang giler. Nak sangat makan, Intan suruh si Irfan je yang berbaris. Sampai la dekat pukul dua belas malam baru jejak kaki ke rumah. Sampai Angah pun dua tiga kali telefon tanya dekat mana. Apa boleh buat. Ikut je la kehendak dia sebab ingat budak tu dah nak balik ke asrama dah. Lagipun, kalau bukan Intan yang turutkan siapa yang lagi yang nak ‘jaga hati’ si Irfan tu kan. Rasa penat tu akan berbaloi kalau kita dapat gembirakan hati orang lain.

Sekarang ni la baru senang-senang nak rehatkan badan dan kaki. Sambil-sambil tu layan mesej si Zahin yang sentiasa sibuk. Dah la time zon berbeza. Memang payah la nak berkomunikasi. Bila dia tidur Intan dah siang. Bila Intan tidur, dia pulak sibuk-sibuk dengan kelas dan projek. Susah-susah.

-Alaaa… macam la orang tu tak busy ;)

+Break tak habis lagi la. Mana busy. Orang tu je yang tak ada break

-Cuti la…tapi projek tak boleh cuti. Malaysia akan ku jejaki nanti hehe

+ poyo :p !

-Aippp! Berani cakap poyo! Hish! So bila start class?

Intan kat sebelah sini dah tergelak kecil membaca mesej dari Zahin.

+ class lagi seminggu. Tapi 3 hari lagi dah naik sem. Feeling a bit nervous

-Look Intan… peluang dah ada depan mata. Just put trust in yourself.  And everything going to be fine.

Intan termenung seketika. Hati terdetik sesuatu. Mesej Zahin buat dia berfikir. Kata-kata Zahin tadi, terasa ada kekurangan. Seperti kurang lengkap untuk menjadikan ayat itu lebih membawa makna yang dalam. Dia seperti tahu melengkapkan, tetapi ayat itu tak muncul di minda. Jenuh  akal dia mencari di mana kurangnya ayat Zahin. Hingga bibir dia bergerak menyebut kalimah Subhanallah. Wujud rasa diri adalah hamba yang hina kerana serba kekurangan dan banyak buat kesilapan.

Dalam beberapa saat, terus minda dia terlintas untuk ke sekian kalinya dengan kata-kata nenek Zahin lewat majlis akikah dulu.

Allah akan tolong orang yang menolong agama Dia

Kala itu, dia pasti yang kata-kata Zahin akan lebih bermakna jika Zahin menyambung ayat nenek tersebut sebagai pelengkap paling agung.

-Intan….??

Intan tersentak dengan isyarat mesej dari Zahin. SIII di tangan terus dibelek. Dalam kira-kira nak membalas mesej, nada dering telefon dia berbunyi. Zahin.

“Intan…..? Are you okay?” Suara itu menerjah lembut ke gegendang telingan Intan.

Yes Zahin, I’m here. And  I’m okay. Nothing to be worries.” Intan ketawa kecil.

“I’m here too, Intan. Anything… give me a call.” Suara itu berbunyi sangat tenang dan ikhlas. Dia menyedarkan Intan bahawa Intan punya tempat untuk bercerita. Punya orang yang boleh disandarkan untuk meminta bantuan. Dan orang itu boleh Intan harapkan.

Intan tersenyum. Dia tahu yang Zahin sangat sibuk dekat sana. Lagipun dia jauh. Tak sama kalau dia ada di sini. “In shaa Allah…” Dia ambil beberapa saat sebelum manjawab. “UK macam mana?”

“UK?” Zahin dah tersenyum. “Esok check Facebook ye… saya upload gambar 
banyak-banyak.”

“Amboi-amboi... sakan la orang tu!”

Orang di sebelah sana hanya menyambut kata-kata usikan Intan dengan ketawa panjang.

Suasana di rumah itu sunyi sepi sejak masing-masing dah menghilang ke bilik tidur. Irfan dah lama campak sauh dan berlabuh di atas katil bujang. Penat berjalan dan penat bungkus baju agaknya. Penat ke? Bukan ada apa sangat pun baju yang dia bawak balik. Esok dia akan kembali asrama. Dan lusa, Intan dan Angah pula yang akan kembali ke tempat masing-masing. Kosong lagi la rumah ni. Biar labah-labah menjalankan tugas. Biar habuk dan sawang menutup segenap ruang.

Kaki terus melangkah ke bilik yang dijadikan bilik solat sejak penghuninya pergi. Dahulu, bilik ini pernah dihuni oleh kedua orang yang dia rindui. Foto-foto berbingkai kayu yang melekap di dinding bilik itu, ditatap dalam senyuman pahit.

Dia bingkas berwudhuk untuk bertahajud. Malam yang membawa ke pagi itu ditemani dengan alunan yassin. Tanpa sedar dia terlelap di tepi katil dalam telekung berkain kapas dan di atas hamparan sejadah yang menghadap kiblat. 


p/s :  Tak nak cakap apa. Tapi tunggulah bab 11 pulak lepas ni eih hehe. Gedik!

1 comment:

  1. Salam.. Lps I baca post u. I nmpak ur fren Miza study kat Cranfield eh? Blh x I nk kenal2 ngn dia cz i plan nk further study kat sana.. harap u can help me.. (email I: rubi.adawiyah@live.com) Im rubi from kepong...thanks dear..

    ReplyDelete