Friday, September 28, 2012

Mencari Warna : Bab 7

Salam...

Sebenarnya hampir terlupa (ayat melampau) cara nak update blog sebab dah terlalu lama sangat biar ruang ni sunyi sepi sawang sana sini habuk berinci-inci. Serius ni... sampai dah lupa nak guna font apa n font size pon dah tak ingat. Mana tak teruk.. hampir sebulan tak ada entri langsung dan lagi cerita buruk hampir dua bulan tak update 'MENCARI WARNA'. Itu pun lepas dapat ugutan dari kawan aku ni (nak sebut gak nama budak tu...nama dia yati!! haa padan muka kau). Dia la yang selalu rajin suruh aku update cerita ni... kalau tak update dia nak bakar rumah aku katanya haha.

Okey la... tanpa membebel lagi saya persembahkanlah MENCARI WARNA!


Mencari Warna : Bab 7 

“So class… please submit your tutorial assignment to me A.S.A.P.” Intan menekan suara pada huruf A.S.A.P. tu. Ada macam-macam suara yang menyambut dari tempat duduk di hadapan dia. Ada yang mengeluh dengan kuat dan ada yang buat-buat terkejut.  “At least… before this Friday noon. I’m going to pass up your mark to Prof. Mazni on Monday next week.” Intan memasukkan Artline 500 Whiteboard Marker ke dalam bekas pensil. Senarai kehadiran pelajar yang sudah kembali ke meja, direnung satu persatu. Borang penilaian untuk tenaga pengajar juga sudah kembali ke meja.

Cepat sungguh masa berjalan. Semester pengajian dah sampai ke penghujung. Dua minggu lagi dah sampai ke minggu peperiksaan akhir. Mujur ada seminggu cuti ulangkaji. Itu pun dah tak terkejar semua rasanya. Sebab itu takdir tak menjadikan Intan seorang doktor. Bukan kata nak handle pesakit, nak handle diri sendiri pun belum tentu mampu.

“Ms. Intan…” Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan kanan.

Intan angkat muka. “Yes Aizat…??” Riak muka bertanya ditayang.

“There’s any extra marks if I’ll submit that on tomorrow?” Aizat buat suara tak bersalah. Selamba je dia. Tapi muka dia memang sangat berharap. Memek muka tu Intan dah hafal sebab dia pun student juga.

“Eh Aizat…kau jangan nak ngade weh. Aku tak siap lagi… mana aci kau je nak lebih!” Dah si Husna kat sebelah row sana bising tak puas hati.

“Entah… kut ye pun jangan tamak sangat la der. Carry mark kau tu dah hampir berjaya buat aku pengsan.” Si Khairil pulak mencelah. Ramai yang dah buat bising dalam kelas tu.

“Shut up!!” Aizat jegil mata tengok Husna dan Khairil. Tapi, ada jugak sorang dua yang menyokong Aizat. Itu mesti stok-stok budak rajin.

Intan berpeluk tubuh. Dia tersenyum tengok gelagat bebudak di hadapan dia. Cewah ‘bebudak’ aku sebut. Tak sedar yang diri sendiri pun sama level je dengan dia orang semua ni. Degree pun tak habis lagi. Tapi aura-aura nak jadi pensyarah tu dah ‘mari’. Perasan! Perasan tak perasan, realitinya kena la ada sikap kepimpinan walaupun sikit.  

“Cool down class… please.” Intan menunjuk kelas di hadapan yang masih dalam kuliyah. “If you submit early to me… and I’m sure that I’ll try to be fair.” Intan angkat kening tengok reaksi semua pelajar.

“Alaaaa…” Ada jugak tak puas hati. Mana taknya, ramai yang tak siap lagi.
Intan merenung beg di atas meja. Cuba menangkap bunyi vibration telefon bimbit yang bergema perlahan. Sempat dia menjawab untuk meminta si pemanggil tu menunggu seketika.

Okay class… I got to go. Anything else, just contact me. But no more compromised on your submission date.” Beg disangkut kemas di bahu. Modul tutorial dipegang dengan sebelah tangan. Cepat-cepat dia meninggalkan kelas.

Pintu ditutup cermat. Telefon bimbit dibawa melekap di tepi telinga. “Yes Zahin?  Ada apa tadi?”

***************************************************************************

“Minyak hitam kereta, okey?” Am di sebelah sana talian bersandar letih di kerusi. Dia macam ni la, kalau kepala tengah berserabut dengan perbicaraan yang nak datang ni, dia akan hubungi satu nombor ni. Ada rasa tanggungjawab untuk tanya khabar. Lepas tu… lega!

Apa ni call orang tengah-tengah malam dan isinya cuma nak tanya pasal minyak pelincir kereta orang? Tak ada kerja lain ke. Tahu sangat kepala bro tengah tak betul. Siapa suruh kerja susah-susah macam ni. Kan dah tak betul. Patut la awek pun tak lekat. Intan…sejak bila kau sibuk hal orang ni?

“Kereta sihat je bro. Alhamdulillah.. lebih kilometer nampaknya.” Ingat aku ni macam dia ke yang lebih mementingkan kesihatan motor dia berbanding kesihatan diri sendiri. Tanpa sedar ada ketawa kecil yang meletus dihujung talian sana. Am tergelak!!

“Bila final exam?” Soalan ni baru ada gaya abang bertanya khabar adik dia. Soalan tipikal je ni tapi okey apa. Am senyum sorang-sorang

“Minggu depan.” Intan menekan pensil mekanikal sampai mata pensil 2B 0.5 itu terkeluar setengah jengkal. Nampak sangat suka termati kata kalau nak berbual dengan Am.

“Tak ada study week break ke?” Am sedikit pelik.

“Tengah cuti-cuti la ni.” Bersahaja Intan menjawab.

Terangkat kening Am. “Dah tu tak balik rumah tengok pokok orkid… tengok Romeo sekali?”

“Tak, bro.” Apa la yang ada kat rumah tu bro. Pandang dinding je. Sunyi-sepi. Makan pun tak lalu kalau tak ada orang kat rumah tu. Kucing yang bernama Romeo tu dulu pun keluarga Intan yang jaga tapi sejak dah tak ada orang kat rumah, minta tolong umi la yang jaga. Sampai Si Romeo tu pun dah tak tahu siapa tuan dia. Sebab dari kecil lagi dia dah tinggal dengan umi.

Kak Jaja yang duduk di meja study sedang memerhatikan Intan yang sejak tadi hanya bercakap sebiji-sebiji.

“Okey... belajar tu elok-elok. Dah final sem ni. Kalau ada apa tak cukup ke, tak kena di mana-mana ke.. bagi tau abang. Anak tan sri tu dah tak ada nak tolong tengok-tengok.” Am ketawa di hujung ayat. 

Tak boleh kut kalau tak mengata orang. Muka Intan dah cemberut. “By the way…good luck, bro!”

“Asal wish kat abang ni? Sape yang nak exam sebenarnya? Nampak sangat nak suruh abang end call..” Am cakap sambil tersenyum. Dah faham sangat perangai budak Intan ni.

“Laa.. bila masa!” Intan tersengih. “So bilanya perbicaraan terakhir bro ni?” Eh, macam skema habis ayat ni.

“Isnin ni…” Mendatar je suara Am.

Gotcha! Intan dah memang dapat tangkap yang bro ada kes bicara terakhir sebelum keluar keputusan mahkamah.

“Kes kanun keseksaan ke?” Kalau bro ada kes mandatori, mesti muka dia sekarang ni dah sama macam suspek utama kes. Serabut serabai je muka dia berjambang. Silap-silap tuan hakim yang arif lagi bijaksana tu dah tak kenal yang mana satu peguam dan yang mana satu penjenayah. Intan dah terasa nak gelak bila teringat muka Am yang menakutkan tu.

“Wohoo… dah pandai sekarang cakap kes-kes mahkamah ni eih. Not bad.” Am mengurut dagu. “Kes biasa je… conveyancing. Muka pun tak scary lagi. Kemas bertrim je selalu. ” Dia ketawa perlahan. Dia macam tahu yang Intan memang dah sebut-sebut tadi dalam hati.

Kemas bertrim je selalu. Konon! Intan juling mata tengok siling bilik lepas dah menamatkan perbualan. Kak Jaja tak habis-habis renung Intan sejak dari tadi.

“Akak tanya sikit boleh?” Kak Jaja mula buka bicara.

“Shoot.”

“Bro tu si lawyer yang Intan cakap macam abang sendiri tu kan.” Intan angguk. "So… kenapa panggil dia… bro?” Kak Jaja buat simbol quote dan unquote dengan jari dia.

Patutlah Kak Jaja duk tenung Intan dari tadi. Rupanya dia nak tahu benda ni. Agaknya panggilan bro tu mengganggu pendengaran Kak Jaja kut.

Intan letak pensil kat atas meja. “Bro… kira sama je dengan panggilan abang. Cuma Intan tak reti nak panggil dia gitu. Panggil je bro sebagai bahasa pasar… senang cerita!” Intan terus selak buku. Arghh…. tipu sunat lagi kau Intan. Bukan sebab tak reti sebenarnya, tapi ada peristiwa yang jadi sampai perkataan abang tu dah dilupakan untuk disebut. Nak cakap haram untuk disebut, susah pulak kang sebab suka-suka hati nak letak hukum sendiri. Langkah terbaik jangan letak la.

Special… tak pernah dengar lagi kes macam kau orang ni.” Kak Jaja dah ketawa.

Celah mana yang special? "Ini kes terpencil kak oii..." Intan sekadar acuh tak acuh. Kak Jaja geleng kepala je sambil tersengih. 

*************************************************************************** 
  
“Okey dah sampai…” Abang Wan bertutur ceria.

Kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi kepada papa Zahin itu betul-betul berhenti di hadapan pagar rumah yang sedia terbuka luas.

“Terima kasih Abang Wan…” Intan menarik senyum segaris.

Mata dah menyapu perkarangan rumah. Ternampak bersusun canopy berbumbung putih mengisi laman. Ramainya orang tengah duduk-duduk dan berbual. Dan dia rasa dia adalah antara orang yang terakhir sampai ke sini. Ternampak jugak susuk tubuh papa Zahin dan dua orang muda berdiri di tengah-tengah jalan masuk ke rumah.

Pintu kereta dihempas perlahan. Tangan kiri menjinjit tote bag. Kaki makin merapati mereka. Senyum mula diukir bila berbalas pandang dengan kumpulan tiga lelaki penyambut tetamu itu. Ada rasa janggal di situ. Mau tak janggal? Sepanjang tiga tahun kenal Zahin, inilah kali pertama Intan jejak kaki ke sini. Dah la datang sorang-sorang. Kena paksa pulak tu. Dah tu ada driver yang menjemput dia dan siap dijemput duduk ditempat belakang lagi. Intan duduk je kat sebelah pemandu buat tak reti. Takkan nak duduk belakang? Sumpah takkan buat macam tu. Ajak Linda ke sini dia tak nak, ajak Kak Jaja lagi la tak mahu. Tak kena jemput kata dia. Betul jugalah tu. Takkan nak pergi ke majlis yang tak dijemput.

“Assalamualaikum…” Intan menyapa papa Zahin dan semua yang ada di situ.

“Waalaaikumsalam.” Hampir serentak dia orang jawab. “Sampai juga ye Intan ke sini” Lelaki pertengahan umur itu ketawa perlahan. Dua orang lagi tu diam bagi perhatian dengan muka ceria. At least tak ada la nak rasa lone ranger sangat.  Dia orang semua segak berbaju Melayu warna maroon lengkap bersampin dan bersongkok. Ada theme colour eih?

“Alhamdullillah uncle…” Intan pun senyum sebab tak tahu nak buat apa.

“Jemput masuk Intan. Auntie ada kat dalam tu. Zairil…” Papa Zahin memanggil salah seorang dari kalangan lelaki yang berbaju Melayu maroon tu. “Bawa Intan jumpa mama…”

“Come on...” Orang yang bernama Zairil itu mengajak Intan. Intan sekadar mengangguk kemudian mengekor je Zairil. Sekali-sekala Zairil menoleh ke belakang dengan muka senyum tak senyum. “Kawan Zahin, right?”

Opps! Langkah Intan mati seketika tengok orang tu. Patutnya kau dah kena langgar dah tadi dengan aku. “Yeah, right!” Tetiba je bagi soalan kat tengah-tengah jalan ni. Rasa macam tak selesa bila orang tu pandang dia banyak kali. Aku ada buat salah ke?

Pagi-pagi lagi tadi Intan dah siap-siap dengan baju Kurung Pahang berkain kapas. Rambut dibuat sanggul. Selendang berwarna merah jambu hanya diletak longgar di atas kepala dan hujung selendang cuma disemat dengan brooch di kedua belah bahu. Siap ala kadar je pun. Bukan nak ke majlis orang kahwin. Cuma nak ke majlis Aqiqah, cukur jambul dan kesyukuran. Majlis anak buah Zahin senang cerita majlis anak sulung kepada kakak dia merangkap cucu sulung kat rumah banglo dua tingkat ni. Ya, majlis inilah yang Zahin duk sibuk suruh Intan pergi. Tak boleh tak pergi kata dia.

Dalam pada tengah berjalan tu, baru Intan terperasan yang ada berlambak-lambak canopy kat laman yang sangat luas ni. Kenduri apa ni? Meriahnya. Tak sempat pulak Intan nak kira berapa biji khemah yang ada. Tapi dalam congak-congak tu, ada la kut dalam 10 biji. Gila luas laman rumah kat Taman Melawati ni.

“Ma… special guest dah sampai.”

Lamunan Intan terbang melayang. Mata dia fokus kepada si anak yang menyapa ibu di hadapan pintu rumah.

“Sape dia Abang Angah?” Dahi mama Zahin berkerut tengok anak dia. Intan yang berada di belakang orang itu, melentokkan sedikit kepala untuk melihat mama Zahin.

“Lah… Intan rupanya. Mari masuk . Jom, jom…” Mama Zahin menolak bahu anak dia ke tepi. Dan orang muda tu ketawa perlahan. Tangan Intan mula diraih masuk ke dalam rumah. Sempat perempuan itu tersenyum melihat bracelet yang ada di tangan Intan.

Kus semangat! Mujur Intan teringat nak sarung bracelet tu kat tangan sebelum keluar dari bilik tadi. Itupun jenuh mencari kat bawah pelipat kain dalam almari baju. Nampak sangat memang tak pernah pakai.

Masuk je ke dalam rumah, mata Intan dah terpaku pada pelamin yang nampak dari jauh. Meriah habis dengan spotlight lip-lap lip-lap. Betul ke majlis potong jambul ni? Intan dah mula suspen. Dia cuba ingat kembali kata-kata Zahin selepas dia selesai dari kelas tutorial Isnin lepas.

“Yes Zahin. Ada apa nak cakap tadi?”


“Ahad pagi pukul 10.30… Kak Awin buat majlis potong jambul anak dia. Mama papa jemput Intan ke rumah. Wajib datang… any excuses is not acceptable!”

Ye betul la tu majlis potong jambul kan. Lepas tu, Intan bersalam-salaman dengan semua yang ada di ruang tamu yang sebesar alam tu. Macam tak larat nak salam. Ramai giler orang. Intan jalan kat celah-celah orang je. Akhir sekali Intan diperkenalkan dengan sekumpulan orang yang berbaju maroon. Kecil besar semuanya ada. Ada yang berbaju kurung, baju Melayu dan berjubah pun ada. Nenek Zahin rupanya orang yang berjubah itu. Dia memeluk Intan dengan mesra.

“Intan duduk dekat nenek lah ye. Boleh?” Mama Zahin menunggu jawapan dengan senyuman.

Mengada sangat la tu kalau tak boleh. “Oh no problem auntie…” Intan duduk cermat di sebelah nenek Zahin. Mama Zahin dah berlalu. Nak menyambut tetamu agaknya.

“Intan dan adik-adik apa khabar?” Nenek menyapa dengan mesra. Intan angkat muka tengok nenek.

Erk! “Baik nek. Adik-adik pun okey…” Intan sorang je berbaju pink yang duduk di kalangan orang bermaju maroon. Awkward nya rasa.

“Adik bongsu Intan tu ada di boarding school di Kedah ya?” Nenek tanya lagi. Intan bagi jawapan dengan angguk. “Dengar cerita dari Zahin… Intan dapat further study?”

Amboi! Banyaknya nenek Zahin ni tahu tentang aku. Boleh tahan moden jugak la nenek Zahin ni. “ Ya Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya nek.” Intan senyum tawar. Tiba-tiba terasa diri ni kurang sangat bila berada di tengah-tengah keluarga Zahin. Dia teringat mama…

“Insyaallah… Allah akan tolong orang yang membela agama Dia. Itu janji Allah pada kita kan.” Nenek mengurut lembut bahu Intan.

Intan terdiam. Kata-kata nenek tadi meresap kemas ke dalam hati. Suasana ruang tamu rumah yang meriah tiba-tiba terasa sangat sunyi. Sunyi yang datang dari hati sebenarnya dan bukan dari bunyi. Entah kenapa Intan terasa kerdil ketika ini. Tak tahu kerdil dengan siapa. Tak pasti. Susah nak jelas perasaan yang macam pelik ni.

“Yang penting… niat dan tujuan nak belajar tu kena betul. Semuanya hanya kerana Allah, Intan. Niat menentukan jalan yang kita ambil. Kalau tidak sia-sia jadinya…” Nenek tambah lagi dengan suara yang sangat selesa di telinga.

“Hari ni kita buat doa selamat untuk Intan sekali.Tanda kesyukuran kita semua. Zahin ada bagi tahu?” Nenek memecah kesunyian. Agaknya, lama sangat Intan ‘bertafakur’ tadi.

Tentang buat kenduri kesyukuran untuk Intan sekali tu, Intan memang tak tahu menahu langsung. Patutlah beria-ia Zahin minta Intan ke sini.

Tak sempat nak berbual panjang, nenek disapa oleh tetamu yang lain. Lagi sekali tak tahu apa nak buat. Tak ada kerja langsung yang boleh ditolong. Sekurang-kurang kalau pergi kenduri lain tu ada juga tolong potong puding caramel ke tak pun tolong lipat tisu. Kat sini Intan cuma tolong bersimpuh dan senyum sekali-sekala.

Kala ini kakak dan adik perempuan Zahin sibuk melayan baby yang dalam buaian. Sibuk juga bergambar. Siap hired photoghraper lagi. Mula-mula masuk tadi ingat ada orang nak menikah. Meriah habis dengan warna pink dan bunga pahar. Deko punyalah cantik. Kalah orang kahwin. Rupa-rupanya pelamin untuk si kecil yang nak berendoi. Kagumlah. Mata Intan tak lekang memandang keindahan pelamin tu. Tenang je warnanya. Dah macam warna baju dia. Aku tersalah tema rupanya. Zahin ni pun satu tak nak bagi tahu warna tema tu kenapa?  

Tak lama selepas Intan sampai, majlis bermula. Majlis diisi dengan bacaan Yasin, Marhaban, berzanji dan selawat ke atas Nabi. Seronoknya jugaklah sebab Intan diberi peluang untuk potong beberapa helai rambut budak kecil tu. Entah apa-apa sebab boleh terkial-kial nak gunting si baby tu. Rambut itu dikumpul di dalam satu bekas. Kemudian, ditimbang beratnya untuk mendapat nilai kiraan emas dan akan diberi kepada fakir miskin. Bab-bab nilai emas/perak ni nenek yang bercerita. Nak harap Intan, dia memang dah terlupa dengan perkara macam ni. Belajar dulu pun waktu-waktu sekolah je pun.

Allah akan tolong orang yang membela agama Dia

Kata-kata nenek tadi, asyik duk berlegar dalam kepala Intan. Apa yang tak kena ni wahai Intan oii??

***************************************************************************

Air sejuk laju menuruni celah-celah kerongkong. Gelas separuh penuh berisi air oren diletak kembali di atas meja bulat. Sesekali, tisu lembut di tangan dibawa kesat ke dahi. Berpeluh Intan walaupun duduk dibawah canopy yang berkipas angin. Tak boleh lawan la angin sepoi-sepoi bahasa yang datang bertiup kadang-kadang tu. Lega tak boleh cakap apa.

“Panas?” Zairil sua sekotak tisu kat depan Intan. Dan dia terus meletak 
punggung di tempat duduk di hadapan Intan.

Intan tersenyum kelat tengok Zairil yang datang tiba-tiba bawa kotak tisu. Panaslah, takkan sejuk kut tengah-tengah hari buta ni. Adoi! Malas la nak bercakap dengan orang yang tak kenal ni. Tak kenal ke? Kira tak kenal la kan walaupun dia abang Zahin. Mana la nak pernah kenal sebelum ni.

Tadi ramai kat sini hah. Makan sekali dengan adik dan saudara sepapat Zahin. Sekarang tinggal Intan dan si mat ni je. Yang lain dah lesap mana hala. Entah macam entah perkara begini boleh terjadi?

“Dah lama kenal Zahin?” Zairil pun lap peluh kat dahi dia. Tahu pun panas sekarang ni!

“Tiga tahun… and lebih sikit dah.” Mata Intan melilau kiri kanan tengok-tengok kalau ada orang kenal yang dia boleh buat sembang dan cabut lari laju-laju dari situ.

See… kenapa hari ni baru I nampak you?” Dia tanya dengan senyum merekah di bibir.

E’eh…dia guna I dan you! Kan manis kalau dia bahasakan Abang Ngah ke, Abang Zairil ke. Macam tu lagi tenang hati aku ni. Dan cara dia bertanya tu macam la aku ni hari-hari berjumpa seluruh ahli keluarga dia selama ni.

Intan angkat bahu. “Ermm… kenapa yang macam mana?” Intan minum lagi air. Zairil ketawa kecil. “No, tak de ape. I tak stay sini maybe…” Sambil-sambil tu Zairil angkat tangan pada tetamu yang lalu lalang. Nak menempek jugak dia kat kerusi tu. Apa kata bangun dan pergilah berterima kasih pada tetamu yang dah nak gerak balik tu.

So now tengah bercuti panjang la ni?” Intan saja buat-buat ramah takkan nak berlagak sombong pulak kat rumah orang. Memang tayang prestasi buruk la.

“Mana ada. Weekend break je. Tapi lately ni.. almost every weekend I fly ke sini..” Zahin dah letak songkok kat atas meja. Berhelai-helai tisu dia tarik keluar dari lubang kotak dan lap peluh seluruh muka dia.

Tiap-tiap minggu? Bukan abang si Zahin ni kerja dekat Aussie ke? Dahi Intan berkerut. Zahin tak pernah cerita pulak yang abang dia dah transfer sini. “Dah transfer ke Kerteh ke?” Kalau bukan Kerteh, mesti dia ke Melaka tak pun Miri atau Bintulu. Dah namanya kerja kat offshore logik la tempat tu je yang terlintas Intan nak ingat.

Zahin terus bersandar di kerusi. Dia ketawa kecil tengok Intan. “Tak pernah bercadang nak transfer pun. Sayang nak tinggal Perth is for nothing without reasonable cause.”

Perlis. Alahai.. tak hairan la kalau balik tiga kali seminggu pun. Apa nak kisah kan. Eh jap! Tapi Intan rasa Si Zairil cakap sesuatu yang berbunyi ‘Per’di awalnya… dan lepas tu sambung dengan ‘is’dihujungnya. Per + is= Peris. Ape kenama tu? Mana ke pulak datangnya Perlis. Argh…kau merepek la Intan. Telinga sumbat!

“Kak Intan!!!” Airin adik si Zahin yang datang entah dari celah mana menarik tangan Intan.

“Ouchh!!” Intan terjerit kecil. Terasa kerusi dah tertonggeng ke belakang. Kerusi dia hanya berdiri dengan dua kaki ditarik Airin.Tangan terus mendepa pada meja macam gaya orang sujud.

“E’eh Kak Intan..jaga-jaga!!! Tolong jangan jatuh kat tempat awam ni!” Airin gelabah tolong menstabilkan kerusi Intan. Tapi dia ketawa punyalah kuat. Apa Airin ingat aku boleh letak target ke nak jatuh di mana-mana aku suka.

“Apa tiba-tiba datang sergah orang ni? Dari mana nak ke mana.. jatuh  dari langit ke?” Zairil mengarah dagu pada Airin. “Mujur tak jatuh orang tu.” Muka Zairil macam nak tergelak tengok muka Intan yang dah pucat.

“Beribu ampun Kak Intan… break tak makan. Kalau tak… kita jatuh bersama tadi.” Dia gelak tak ingat dunia.

Intan mengurut dada. “Kalau tak… free-free la akak dan kerusi ni hempap Rin.”

“Oh jangan la begitu.” Airin menggeleng kepala di depan Intan. “Abang Ngah jangan nak cuba try test Kak Intan… ini Abang Chik yang punya eih. Airin warning Angah siang-siang ni!!” Airin mencemik tengok Zairil.

“Simpan la warning Rin tu.. Angah tak sempat nak jatuh simpati pon haha.” Zairil duduk bersandar sambil ketawa berpeluk tubuh.

Airin dah bercekak pinggang tengok Zairil. Kurang asam punya abang. “Jom masuk rumah Kak Intan… ada orang nak jumpa. Tinggalkan je engineer giler ni sensorang kat sini.”

Engineer GILER? Intan tengok Zairil sekilas.  Zairil memang tak pernah lekang dengan senyum. Lepas tu kaki dihayun mengikut langkah Airin. Kepala terus berputar mengingatkan PERLIS, PER+IS dan PERTH+IS. Yang mana satu ni? Sejak bila tak faham bahasa? Atau sejak bila jadi pekak?

Allah akan tolong orang yang membela agama Dia

Dan sekali lagi kata-kata nenek datang dalam kepala Intan.


p/s : kena sindrom writer's block gamaknya sebab tu tak boleh nak menulis selama dua bulan ni. Writer's block la sangat... konon dah tulis banyak sangat la tu haha.

4 comments:

  1. perkembangan citer am n intan sikit jer...& aku yakin am suka kat intan...& nak tahu lah knp sbb inta pgil am " bro"...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. the less is better

      lagipun...Intan ada orang lain lagi di sekeliling dia yang dia kena adapt

      am suka Intan eih....tp Intan suka Zahin. Am pun ada hidup dia sendiri

      panggilan 'bro' tu...ko kena tggu la.mcm biasa hehe

      Delete
  2. bila nak ada bab yg cuma citer tentang intan & am sahaja???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh byk sgt citer am jd jemu...sb mcm aku ckp td yg Intan ada org lain lagi di sekeliling dia termasuk keluarga Zahin

      Delete