Salam...
Sebenarnya hampir terlupa (ayat melampau) cara nak update blog sebab dah terlalu lama sangat biar ruang ni sunyi sepi sawang sana sini habuk berinci-inci. Serius ni... sampai dah lupa nak guna font apa n font size pon dah tak ingat. Mana tak teruk.. hampir sebulan tak ada entri langsung dan lagi cerita buruk hampir dua bulan tak update 'MENCARI WARNA'. Itu pun lepas dapat ugutan dari kawan aku ni (nak sebut gak nama budak tu...nama dia yati!! haa padan muka kau). Dia la yang selalu rajin suruh aku update cerita ni... kalau tak update dia nak bakar rumah aku katanya haha.
Okey la... tanpa membebel lagi saya persembahkanlah MENCARI WARNA!
Mencari Warna : Bab 7
“So class… please submit your tutorial
assignment to me A.S.A.P.” Intan menekan suara pada huruf A.S.A.P. tu. Ada macam-macam suara yang
menyambut dari tempat duduk di hadapan dia. Ada yang mengeluh dengan kuat dan
ada yang buat-buat terkejut. “At least… before this Friday noon. I’m
going to pass up your mark to Prof. Mazni on Monday next week.” Intan
memasukkan Artline 500 Whiteboard Marker
ke dalam bekas pensil. Senarai kehadiran pelajar yang sudah kembali ke meja,
direnung satu persatu. Borang penilaian untuk tenaga pengajar juga sudah
kembali ke meja.
Cepat sungguh
masa berjalan. Semester pengajian dah sampai ke penghujung. Dua minggu lagi dah
sampai ke minggu peperiksaan akhir. Mujur ada seminggu cuti ulangkaji. Itu pun
dah tak terkejar semua rasanya. Sebab itu takdir tak menjadikan Intan seorang doktor. Bukan kata nak handle pesakit, nak handle diri sendiri pun belum tentu mampu.
“Ms. Intan…”
Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan kanan.
Intan angkat
muka. “Yes Aizat…??” Riak muka
bertanya ditayang.
“There’s
any extra marks if I’ll submit that on tomorrow?”
Aizat buat suara tak bersalah. Selamba je dia. Tapi muka dia memang sangat berharap.
Memek muka tu Intan dah hafal sebab dia pun student
juga.
“Eh Aizat…kau
jangan nak ngade weh. Aku tak siap
lagi… mana aci kau je nak lebih!” Dah si Husna kat sebelah row sana bising tak puas hati.
“Entah… kut ye
pun jangan tamak sangat la der. Carry
mark kau tu dah hampir berjaya buat aku pengsan.” Si Khairil pulak
mencelah. Ramai yang dah buat bising dalam kelas tu.
“Shut
up!!” Aizat jegil mata tengok Husna dan
Khairil. Tapi, ada jugak sorang dua yang menyokong Aizat. Itu mesti stok-stok
budak rajin.
Intan berpeluk
tubuh. Dia tersenyum tengok gelagat bebudak di hadapan dia. Cewah ‘bebudak’ aku
sebut. Tak sedar yang diri sendiri pun sama level
je dengan dia orang semua ni. Degree
pun tak habis lagi. Tapi aura-aura nak jadi pensyarah tu dah ‘mari’. Perasan!
Perasan tak perasan, realitinya kena la ada sikap kepimpinan walaupun sikit.
“Cool
down class… please.” Intan menunjuk kelas
di hadapan yang masih dalam kuliyah. “If
you submit early to me… and I’m sure that I’ll try to be fair.” Intan
angkat kening tengok reaksi semua pelajar.
“Alaaaa…” Ada
jugak tak puas hati. Mana taknya, ramai yang tak siap lagi.
Intan merenung
beg di atas meja. Cuba menangkap bunyi vibration
telefon bimbit yang bergema perlahan. Sempat dia menjawab untuk meminta si
pemanggil tu menunggu seketika.
“Okay class… I got to go. Anything else, just
contact me. But no more compromised on your submission date.” Beg disangkut
kemas di bahu. Modul tutorial dipegang dengan sebelah tangan. Cepat-cepat dia
meninggalkan kelas.
Pintu ditutup
cermat. Telefon bimbit dibawa melekap di tepi telinga. “Yes Zahin? Ada apa tadi?”
***************************************************************************
“Minyak hitam
kereta, okey?” Am di sebelah sana talian bersandar letih di kerusi. Dia macam
ni la, kalau kepala tengah berserabut dengan perbicaraan yang nak datang ni,
dia akan hubungi satu nombor ni. Ada rasa tanggungjawab untuk tanya khabar. Lepas
tu… lega!
Apa ni call orang tengah-tengah malam dan
isinya cuma nak tanya pasal minyak pelincir kereta orang? Tak ada kerja lain
ke. Tahu sangat kepala bro tengah tak
betul. Siapa suruh kerja susah-susah macam ni. Kan dah tak betul. Patut la awek
pun tak lekat. Intan…sejak bila kau sibuk hal orang ni?
“Kereta sihat je
bro. Alhamdulillah.. lebih kilometer nampaknya.” Ingat aku ni macam dia ke yang
lebih mementingkan kesihatan motor dia berbanding kesihatan diri sendiri. Tanpa
sedar ada ketawa kecil yang meletus dihujung talian sana. Am tergelak!!
“Bila final exam?” Soalan ni baru ada gaya
abang bertanya khabar adik dia. Soalan tipikal je ni tapi okey apa. Am senyum
sorang-sorang
“Minggu depan.”
Intan menekan pensil mekanikal sampai mata pensil 2B 0.5 itu terkeluar setengah
jengkal. Nampak sangat suka termati kata kalau nak berbual dengan Am.
“Tak ada study week break ke?” Am sedikit pelik.
“Tengah cuti-cuti
la ni.” Bersahaja Intan menjawab.
Terangkat kening
Am. “Dah tu tak balik rumah tengok pokok orkid… tengok Romeo sekali?”
“Tak, bro.” Apa
la yang ada kat rumah tu bro. Pandang
dinding je. Sunyi-sepi. Makan pun tak lalu kalau tak ada orang kat rumah tu. Kucing
yang bernama Romeo tu dulu pun keluarga Intan yang jaga tapi sejak dah tak ada orang
kat rumah, minta tolong umi la yang jaga. Sampai Si Romeo tu pun dah tak tahu siapa
tuan dia. Sebab dari kecil lagi dia dah tinggal dengan umi.
Kak Jaja yang
duduk di meja study sedang
memerhatikan Intan yang sejak tadi hanya bercakap sebiji-sebiji.
“Okey... belajar
tu elok-elok. Dah final sem ni. Kalau
ada apa tak cukup ke, tak kena di mana-mana ke.. bagi tau abang. Anak tan sri
tu dah tak ada nak tolong tengok-tengok.” Am ketawa di hujung ayat.
Tak boleh kut
kalau tak mengata orang. Muka Intan dah cemberut. “By the way…good luck, bro!”
“Asal wish kat abang ni? Sape yang nak exam sebenarnya? Nampak sangat nak suruh
abang end call..” Am cakap sambil
tersenyum. Dah faham sangat perangai budak Intan ni.
“Laa.. bila
masa!” Intan tersengih. “So bilanya perbicaraan
terakhir bro ni?” Eh, macam skema habis ayat ni.
“Isnin ni…”
Mendatar je suara Am.
Gotcha!
Intan dah memang dapat tangkap yang bro
ada kes bicara terakhir sebelum keluar keputusan mahkamah.
“Kes kanun
keseksaan ke?” Kalau bro ada kes mandatori,
mesti muka dia sekarang ni dah sama macam suspek utama kes. Serabut serabai je
muka dia berjambang. Silap-silap tuan hakim yang arif lagi bijaksana tu dah tak
kenal yang mana satu peguam dan yang mana satu penjenayah. Intan dah terasa nak
gelak bila teringat muka Am yang menakutkan tu.
“Wohoo… dah
pandai sekarang cakap kes-kes mahkamah ni eih. Not bad.” Am mengurut dagu. “Kes biasa je… conveyancing. Muka pun tak scary
lagi. Kemas bertrim je selalu. ” Dia ketawa perlahan. Dia macam tahu yang Intan
memang dah sebut-sebut tadi dalam hati.
Kemas
bertrim je selalu. Konon! Intan juling
mata tengok siling bilik lepas dah menamatkan perbualan. Kak Jaja tak
habis-habis renung Intan sejak dari tadi.
“Akak tanya
sikit boleh?” Kak Jaja mula buka bicara.
“Shoot.”
“Bro tu si lawyer yang Intan cakap macam
abang sendiri tu kan.” Intan angguk. "So…
kenapa panggil dia… bro?” Kak Jaja
buat simbol quote dan unquote dengan jari dia.
Patutlah Kak
Jaja duk tenung Intan dari tadi. Rupanya dia nak tahu benda ni. Agaknya
panggilan bro tu mengganggu
pendengaran Kak Jaja kut.
Intan letak
pensil kat atas meja. “Bro… kira sama
je dengan panggilan abang. Cuma Intan tak reti nak panggil dia gitu. Panggil je
bro sebagai bahasa pasar… senang
cerita!” Intan terus selak buku. Arghh…. tipu sunat lagi kau Intan. Bukan sebab
tak reti sebenarnya, tapi ada peristiwa yang jadi sampai perkataan abang tu dah
dilupakan untuk disebut. Nak cakap haram untuk disebut, susah pulak kang sebab
suka-suka hati nak letak hukum sendiri. Langkah terbaik jangan letak la.
“Special… tak pernah dengar lagi kes macam kau orang ni.” Kak Jaja dah ketawa.
Celah mana yang special? "Ini kes terpencil kak oii..." Intan sekadar acuh tak acuh. Kak Jaja geleng kepala je sambil tersengih.
***************************************************************************
“Okey dah sampai…”
Abang Wan bertutur ceria.
Kereta yang
dipandu oleh pemandu peribadi kepada papa Zahin itu betul-betul berhenti di
hadapan pagar rumah yang sedia terbuka luas.
“Terima kasih
Abang Wan…” Intan menarik senyum segaris.
Mata dah menyapu
perkarangan rumah. Ternampak bersusun canopy
berbumbung putih mengisi laman. Ramainya orang tengah duduk-duduk dan berbual.
Dan dia rasa dia adalah antara orang yang terakhir sampai ke sini. Ternampak
jugak susuk tubuh papa Zahin dan dua orang muda berdiri di tengah-tengah jalan
masuk ke rumah.
Pintu kereta
dihempas perlahan. Tangan kiri menjinjit tote
bag. Kaki makin merapati mereka. Senyum mula diukir bila berbalas pandang
dengan kumpulan tiga lelaki penyambut tetamu itu. Ada rasa janggal di situ. Mau
tak janggal? Sepanjang tiga tahun kenal Zahin, inilah kali pertama Intan jejak
kaki ke sini. Dah la datang sorang-sorang. Kena paksa pulak tu. Dah tu ada driver yang menjemput dia dan siap
dijemput duduk ditempat belakang lagi. Intan duduk je kat sebelah pemandu buat
tak reti. Takkan nak duduk belakang? Sumpah takkan buat macam tu. Ajak Linda ke
sini dia tak nak, ajak Kak Jaja lagi la tak mahu. Tak kena jemput kata dia. Betul
jugalah tu. Takkan nak pergi ke majlis yang tak dijemput.
“Assalamualaikum…”
Intan menyapa papa Zahin dan semua yang ada di situ.
“Waalaaikumsalam.”
Hampir serentak dia orang jawab. “Sampai juga ye Intan ke sini” Lelaki
pertengahan umur itu ketawa perlahan. Dua orang lagi tu diam bagi perhatian
dengan muka ceria. At least tak ada
la nak rasa lone ranger sangat. Dia orang semua segak berbaju Melayu warna maroon lengkap bersampin dan bersongkok.
Ada theme colour eih?
“Alhamdullillah uncle…” Intan pun senyum sebab tak tahu
nak buat apa.
“Jemput masuk
Intan. Auntie ada kat dalam tu.
Zairil…” Papa Zahin memanggil salah seorang dari kalangan lelaki yang berbaju
Melayu maroon tu. “Bawa Intan jumpa
mama…”
“Come
on...” Orang yang bernama Zairil itu mengajak
Intan. Intan sekadar mengangguk kemudian mengekor je Zairil. Sekali-sekala
Zairil menoleh ke belakang dengan muka senyum tak senyum. “Kawan Zahin, right?”
Opps! Langkah Intan mati seketika tengok orang tu. Patutnya kau dah kena langgar dah tadi dengan aku. “Yeah, right!” Tetiba je bagi
soalan kat tengah-tengah jalan ni. Rasa macam tak selesa bila orang tu pandang
dia banyak kali. Aku ada buat salah ke?
Pagi-pagi lagi
tadi Intan dah siap-siap dengan baju Kurung Pahang berkain kapas. Rambut dibuat
sanggul. Selendang berwarna merah jambu hanya diletak longgar di atas kepala
dan hujung selendang cuma disemat dengan brooch di kedua belah bahu. Siap ala kadar je pun.
Bukan nak ke majlis orang kahwin. Cuma nak ke majlis Aqiqah, cukur jambul dan
kesyukuran. Majlis anak buah Zahin senang cerita majlis anak sulung kepada
kakak dia merangkap cucu sulung kat rumah banglo dua tingkat ni. Ya, majlis
inilah yang Zahin duk sibuk suruh Intan pergi. Tak boleh tak pergi kata dia.
Dalam pada
tengah berjalan tu, baru Intan terperasan yang ada berlambak-lambak canopy kat laman yang sangat luas ni. Kenduri
apa ni? Meriahnya. Tak sempat pulak Intan nak kira berapa biji khemah yang ada.
Tapi dalam congak-congak tu, ada la kut dalam 10 biji. Gila luas laman rumah
kat Taman Melawati ni.
“Ma… special guest dah sampai.”
Lamunan Intan terbang
melayang. Mata dia fokus kepada si anak yang menyapa ibu di hadapan pintu
rumah.
“Sape
dia Abang Angah?” Dahi mama Zahin berkerut tengok anak dia. Intan yang berada di
belakang orang itu, melentokkan sedikit kepala untuk melihat mama Zahin.
“Lah… Intan rupanya.
Mari masuk . Jom, jom…” Mama Zahin menolak bahu anak dia ke tepi. Dan orang
muda tu ketawa perlahan. Tangan Intan mula diraih masuk ke dalam rumah. Sempat
perempuan itu tersenyum melihat bracelet
yang ada di tangan Intan.
Kus semangat! Mujur
Intan teringat nak sarung bracelet tu
kat tangan sebelum keluar dari bilik tadi. Itupun jenuh mencari kat bawah
pelipat kain dalam almari baju. Nampak sangat memang tak pernah pakai.
Masuk je ke
dalam rumah, mata Intan dah terpaku pada pelamin yang nampak dari jauh. Meriah
habis dengan spotlight lip-lap lip-lap.
Betul ke majlis potong jambul ni? Intan dah mula suspen. Dia cuba ingat kembali
kata-kata Zahin selepas dia selesai dari kelas tutorial Isnin lepas.
“Yes Zahin. Ada apa nak
cakap tadi?”
“Ahad pagi pukul 10.30…
Kak Awin buat majlis potong jambul anak dia. Mama papa jemput Intan ke rumah.
Wajib datang… any excuses is not acceptable!”
Ye betul la tu
majlis potong jambul kan. Lepas tu, Intan bersalam-salaman dengan semua yang
ada di ruang tamu yang sebesar alam tu. Macam tak larat nak salam. Ramai giler
orang. Intan jalan kat celah-celah orang je. Akhir sekali Intan diperkenalkan
dengan sekumpulan orang yang berbaju maroon.
Kecil besar semuanya ada. Ada yang berbaju kurung, baju Melayu dan berjubah pun
ada. Nenek Zahin rupanya orang yang berjubah itu. Dia memeluk Intan dengan
mesra.
“Intan duduk
dekat nenek lah ye. Boleh?” Mama Zahin menunggu jawapan dengan senyuman.
Mengada sangat la
tu kalau tak boleh. “Oh no problem
auntie…” Intan duduk cermat di
sebelah nenek Zahin. Mama Zahin dah berlalu. Nak menyambut tetamu agaknya.
“Intan dan
adik-adik apa khabar?” Nenek menyapa dengan mesra. Intan angkat muka tengok
nenek.
Erk! “Baik nek.
Adik-adik pun okey…” Intan sorang je berbaju pink yang duduk di kalangan orang
bermaju maroon. Awkward
nya rasa.
“Adik bongsu
Intan tu ada di boarding school di
Kedah ya?” Nenek tanya lagi. Intan bagi jawapan dengan angguk. “Dengar cerita
dari Zahin… Intan dapat further study?”
Amboi! Banyaknya
nenek Zahin ni tahu tentang aku. Boleh tahan moden jugak la nenek Zahin ni. “ Ya
Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya nek.” Intan senyum
tawar. Tiba-tiba terasa diri ni kurang sangat bila berada di tengah-tengah keluarga
Zahin. Dia teringat mama…
“Insyaallah…
Allah akan tolong orang yang membela agama Dia. Itu janji Allah pada kita kan.”
Nenek mengurut lembut bahu Intan.
Intan terdiam. Kata-kata
nenek tadi meresap kemas ke dalam hati. Suasana ruang tamu rumah yang meriah tiba-tiba
terasa sangat sunyi. Sunyi yang datang dari hati sebenarnya dan bukan dari
bunyi. Entah kenapa Intan terasa kerdil ketika ini. Tak tahu kerdil dengan
siapa. Tak pasti. Susah nak jelas perasaan yang macam pelik ni.
“Yang penting…
niat dan tujuan nak belajar tu kena betul. Semuanya hanya kerana Allah, Intan. Niat
menentukan jalan yang kita ambil. Kalau tidak sia-sia jadinya…” Nenek tambah
lagi dengan suara yang sangat selesa di telinga.
“Hari ni kita
buat doa selamat untuk Intan sekali.Tanda kesyukuran kita semua. Zahin ada bagi
tahu?” Nenek memecah kesunyian. Agaknya, lama sangat Intan ‘bertafakur’ tadi.
Tentang buat
kenduri kesyukuran untuk Intan sekali tu, Intan memang tak tahu menahu
langsung. Patutlah beria-ia Zahin minta Intan ke sini.
Tak sempat nak
berbual panjang, nenek disapa oleh tetamu yang lain. Lagi sekali tak tahu apa
nak buat. Tak ada kerja langsung yang boleh ditolong. Sekurang-kurang kalau
pergi kenduri lain tu ada juga tolong potong puding caramel ke tak pun tolong lipat tisu. Kat sini Intan cuma tolong
bersimpuh dan senyum sekali-sekala.
Kala ini kakak
dan adik perempuan Zahin sibuk melayan baby
yang dalam buaian. Sibuk juga bergambar. Siap hired photoghraper lagi. Mula-mula masuk tadi ingat ada orang nak
menikah. Meriah habis dengan warna pink
dan bunga pahar. Deko punyalah cantik. Kalah orang kahwin. Rupa-rupanya pelamin
untuk si kecil yang nak berendoi. Kagumlah. Mata Intan tak lekang memandang
keindahan pelamin tu. Tenang je warnanya. Dah macam warna baju dia. Aku
tersalah tema rupanya. Zahin ni pun satu tak nak bagi tahu warna tema tu
kenapa?
Tak lama selepas
Intan sampai, majlis bermula. Majlis diisi dengan bacaan Yasin, Marhaban, berzanji
dan selawat ke atas Nabi. Seronoknya jugaklah sebab Intan diberi peluang untuk
potong beberapa helai rambut budak kecil tu. Entah apa-apa sebab boleh
terkial-kial nak gunting si baby tu. Rambut
itu dikumpul di dalam satu bekas. Kemudian, ditimbang beratnya untuk mendapat
nilai kiraan emas dan akan diberi kepada fakir miskin. Bab-bab nilai emas/perak
ni nenek yang bercerita. Nak harap Intan, dia memang dah terlupa dengan perkara
macam ni. Belajar dulu pun waktu-waktu sekolah je pun.
Allah akan tolong orang
yang membela agama Dia
Kata-kata nenek
tadi, asyik duk berlegar dalam kepala Intan. Apa yang tak kena ni wahai Intan
oii??
***************************************************************************
Air sejuk laju
menuruni celah-celah kerongkong. Gelas separuh penuh berisi air oren diletak
kembali di atas meja bulat. Sesekali, tisu lembut di tangan dibawa kesat ke
dahi. Berpeluh Intan walaupun duduk dibawah canopy
yang berkipas angin. Tak boleh lawan la angin sepoi-sepoi bahasa yang datang
bertiup kadang-kadang tu. Lega tak boleh cakap apa.
“Panas?” Zairil sua
sekotak tisu kat depan Intan. Dan dia terus meletak
punggung di tempat duduk di
hadapan Intan.
Intan tersenyum
kelat tengok Zairil yang datang tiba-tiba bawa kotak tisu. Panaslah, takkan
sejuk kut tengah-tengah hari buta ni. Adoi! Malas la nak bercakap dengan orang
yang tak kenal ni. Tak kenal ke? Kira tak kenal la kan walaupun dia abang
Zahin. Mana la nak pernah kenal sebelum ni.
Tadi ramai kat
sini hah. Makan sekali dengan adik dan saudara sepapat Zahin. Sekarang tinggal
Intan dan si mat ni je. Yang lain dah lesap mana hala. Entah macam entah perkara
begini boleh terjadi?
“Dah lama kenal Zahin?” Zairil pun lap peluh
kat dahi dia. Tahu pun panas sekarang ni!
“Tiga tahun… and lebih sikit dah.” Mata Intan melilau
kiri kanan tengok-tengok kalau ada orang kenal yang dia boleh buat sembang dan cabut
lari laju-laju dari situ.
“See… kenapa hari ni baru I nampak you?” Dia tanya dengan senyum merekah di bibir.
E’eh…dia guna I dan you! Kan manis kalau dia bahasakan Abang Ngah ke, Abang Zairil ke.
Macam tu lagi tenang hati aku ni. Dan cara dia bertanya tu macam la aku ni
hari-hari berjumpa seluruh ahli keluarga dia selama ni.
Intan angkat
bahu. “Ermm… kenapa yang macam mana?” Intan minum lagi air. Zairil ketawa
kecil. “No, tak de ape. I tak stay sini maybe…”
Sambil-sambil tu Zairil angkat tangan pada tetamu yang lalu lalang. Nak
menempek jugak dia kat kerusi tu. Apa kata bangun dan pergilah berterima kasih
pada tetamu yang dah nak gerak balik tu.
“So now tengah bercuti panjang la ni?” Intan
saja buat-buat ramah takkan nak berlagak sombong pulak kat rumah orang. Memang
tayang prestasi buruk la.
“Mana ada. Weekend break je. Tapi lately ni.. almost every weekend I fly ke sini..” Zahin dah letak songkok kat
atas meja. Berhelai-helai tisu dia tarik keluar dari lubang kotak dan lap peluh seluruh muka
dia.
Tiap-tiap minggu?
Bukan abang si Zahin ni kerja dekat Aussie ke? Dahi Intan berkerut. Zahin tak
pernah cerita pulak yang abang dia dah transfer
sini. “Dah transfer ke Kerteh ke?”
Kalau bukan Kerteh, mesti dia ke Melaka tak pun Miri atau Bintulu. Dah namanya
kerja kat offshore logik la tempat tu
je yang terlintas Intan nak ingat.
Zahin terus
bersandar di kerusi. Dia ketawa kecil tengok Intan. “Tak pernah bercadang nak transfer pun. Sayang nak tinggal Perth is for nothing without reasonable cause.”
Perlis. Alahai..
tak hairan la kalau balik tiga kali seminggu pun. Apa nak kisah kan. Eh jap!
Tapi Intan rasa Si Zairil cakap sesuatu yang berbunyi ‘Per’di awalnya… dan
lepas tu sambung dengan ‘is’dihujungnya. Per + is= Peris. Ape kenama tu? Mana
ke pulak datangnya Perlis. Argh…kau merepek la Intan. Telinga sumbat!
“Kak Intan!!!”
Airin adik si Zahin yang datang entah dari celah mana menarik tangan Intan.
“Ouchh!!” Intan
terjerit kecil. Terasa kerusi dah tertonggeng ke belakang. Kerusi dia hanya
berdiri dengan dua kaki ditarik Airin.Tangan terus mendepa pada meja macam gaya
orang sujud.
“E’eh Kak
Intan..jaga-jaga!!! Tolong jangan jatuh kat tempat awam ni!” Airin gelabah tolong
menstabilkan kerusi Intan. Tapi dia ketawa punyalah kuat. Apa Airin ingat aku
boleh letak target ke nak jatuh di mana-mana aku suka.
“Apa tiba-tiba
datang sergah orang ni? Dari mana nak ke mana.. jatuh dari langit ke?” Zairil mengarah dagu pada
Airin. “Mujur tak jatuh orang tu.” Muka Zairil macam nak tergelak tengok muka Intan
yang dah pucat.
“Beribu ampun
Kak Intan… break tak makan. Kalau
tak… kita jatuh bersama tadi.” Dia gelak tak ingat dunia.
Intan mengurut
dada. “Kalau tak… free-free la akak
dan kerusi ni hempap Rin.”
“Oh jangan la
begitu.” Airin menggeleng kepala di depan Intan. “Abang Ngah jangan nak cuba try test Kak Intan… ini Abang Chik yang
punya eih. Airin warning Angah
siang-siang ni!!” Airin mencemik tengok Zairil.
“Simpan la warning Rin tu.. Angah tak sempat nak
jatuh simpati pon haha.” Zairil duduk bersandar sambil ketawa berpeluk tubuh.
Airin dah
bercekak pinggang tengok Zairil. Kurang asam punya abang. “Jom masuk rumah Kak
Intan… ada orang nak jumpa. Tinggalkan je engineer
giler ni sensorang kat sini.”
Engineer
GILER? Intan tengok Zairil sekilas. Zairil memang tak pernah lekang dengan
senyum. Lepas tu kaki dihayun mengikut langkah Airin. Kepala terus berputar
mengingatkan PERLIS, PER+IS dan PERTH+IS. Yang mana satu ni? Sejak bila tak
faham bahasa? Atau sejak bila jadi pekak?
Allah akan tolong orang
yang membela agama Dia
Dan sekali lagi
kata-kata nenek datang dalam kepala Intan.
p/s : kena sindrom writer's block gamaknya sebab tu tak boleh nak menulis selama dua bulan ni. Writer's block la sangat... konon dah tulis banyak sangat la tu haha.