Showing posts with label [8]. Show all posts
Showing posts with label [8]. Show all posts

Friday, November 09, 2012

Mencari Warna : Bab 8



“Abang Chik dah jemu cakap dengan Rin…cer tepi sikit bagi Kak Intan pulak.” Zahin ketawa menyakat Airin. Dia tersenyum tengok Intan yang duduk di arm rest chair di sebelah Airin.

Tadi Airin heret dia ke sini. Ke satu sudut melepasi ruang tamu yang menempatkan komputer dan rak CD. Sesampainya dia ke sini tadi, kelihatan nenek bersuka-ria dengan Zahin di hadapan skrin HP 17 inci. Tersengeh Intan bila tengok orang tua tu berbual dengan headphone besar gedabak berwarna kuning terang yang melekap di telinga. Sah la nenek dah jadi mangsa kerasukan teknologi cucu-cucu dia.

Ush! “Jemu? Ayat penghinaan tu Abang Chik tau tak? Touching dua minit.”

“Dua jam pun okey je.” Zairil ketawa lagi. “Intan.. I have died everyday waiting for you. Darling don't be afraid I have loved you. For a thousand years...”

“Dah masuk Christina Perri lak dah. Sape yang tunggu sape ni Abang Chik?? Kak Intan  yang kena tunggu dia cakap banyak pulak. Jangan nak buat muka macam kena tinggal dengan bini eih.” Airin serius dengan Zairil.

Intan angkat bahu dan senyum segaris tengok Zahin. “Tunggu sorang-sorang la kalau sampai seribu tahun tu kan Rin.” Intan angkat kening pada Airin.

Airin ketawa kuat tengok reaksi Zairil bila kena sound dengan Intan. “Sayonara la Bang Chik. Kak Intan ni sekali petik 54 orang yang datang que la haha.”  Airin kenyit sebelah mata tengok Intan.

“Ye la tu seribu tahun! Dua tahun ni pun belum tentu la bro. Jangan janji tinggal janji je. Merana orang kat sini nanti.” Zairil tiba-tiba muncul kat sebelah Intan. Dia berpeluk tubuh dengan tenang. Suara dia tadi pun tenang je. Intan tengok Zairil tak berkedip. Dia orang adik-beradik ni memang aci ada je di mana-mana.
Airin angkat ibu jari depan muka Zairil tanda menyokong cakap-cakap Abang Ngah dia.

“Eh! Sape yang tak sayang mulut tu hah??” Zahin mengarah dagu pada Airin. 

Airin memusing web cam supaya tepat kena ke muka Zairil. “E’eh… semua pakai baju maroon!! Abang Chik nak jugakkkkkkk!!” Terus hilang mood marah Zahin. Suara dia lebih kepada teringatkan suasana majlis kenduri dan hari berkumpul bersama seluruh ahli keluarga. 

“Hah… jangan cakap nak balik sini eih!” Airin dah letak web cam ke posisi asal.

“Rin ingat Abang Chik ni… ada macam Abang Ngah tu ke yang ada beli shares Air Asia. Yang tiap-tiap minggu boleh lepak Malaysia.” Zahin juih-juih bibir tengok Zairil. Perli abang dia.

Airin ketawa tengok Zairil. Zairil dah jegil mata. “Now every week can fly, Abang Chik.” Sesuka hati je Airin ubah tagline catchy Air Asia tu.Apela sangat setakat Perth - KL…KL - Perth… 5 hours only. Macam KL – Penang je pun haha.” Airin ketawa galak perli Zairil. 

Zairil terus luku kepala Airin. “Melampau betul bebudak dua orang ni.” Perlahan je suara marah Zairil kemudian dia berpeluk tubuh. Tapi dia senyum tengok Intan yang masih cuba nak faham cerita tiga orang adik beradik yang terpisah antara dua benua ni.

“Apa Abang Ngah ni??” Airin pusing maut tengok Zairil. “Abang Ngah yang selalu cakap cam tu kan… dah tak ngaku pulak.”

“Bukan ke Tony Fernandes tu ada hubungan darah dengan kau Abang Ngah??” Zahin ketawa kuat bergabung pulak dengan Airin.

“Stop talking nonsenses babies…grrrrr!” Zairil mencemik tengok kedua-dua adik dia. “By the way, Intan… sorry on behalf of my litte child’s. Please forgive them… I beg you.” Zairil cakap tanpa perasaan dengan buat muka innocent.

Erkk! Mamat yang ala-ala macho-macho tenang ni pun pandai buat lawak dramatik. Intan tersenyum tapi dia rasa nak tergelak tengok gelagat Zairil yang kadang-kadang tak boleh nak dijangka.

Perth – KL… 5 hours only. Patut Airin cakap Abang Ngah dia giler. Mati-mati Intan ingat Zairil dah tukar kerja kat ladang tebu di Chuping Perlis nun yang boleh balik tiga kali seminggu. Padahal si Zairil tu dah gaya macam ada pesawat peribadi je buat kenderaan nak balik kampung. Haih, kalau ada duit… masalah bukan jadi masalah lagi. Iyeke macam tu? 

Money is everything but not definitely.

*************************************************************************

“Kak Jaja.. betul ni?” Intan tanya buat kali ketiga.

“Betul… Intan balik je. Tak ada maknanya akak akan mati ketakutan dalam bilik ni nanti. Kalau terdengar je suara-suara mistik… on the spot akak call polis.” Kak Jaja ketawa kecil. Sempat lagi dia buat lawak sambil membetulkan lipatan tudung di hadapan cermin.

Terbeliak mata Intan tengok Kak Jaja. Kak Jaja ni sekali-sekala buat analogi memang melampau.Ye la…memang la baru kenal Kak Jaja dalam semester ni je. Tapi Intan boleh baca karakter Kak Jaja. Budak baik, berjaga segalanya dari adab bercakap, cara berpakaian hinggalah cara dia jaga menjaga hubungan dia dengan Allah. Intan tahu dia tidak sebaik Kak Jaja.

“Good luck Kak Jaja!” Intan melaung pada Kak Jaja yang dah jauh meninggalkan pintu bilik. Kak Jaja cuma mengangguk.

Bilik dikemas sampai licin. Tinggal Kak Jaja yang masih struggle dengan dua paper. Empat hari lepas paper terakhir Intan tamat.  Lepas tu tak tidur sibuk edit thesis, pergi hantar kedai jilid dan submit terus. Dalam masa tu juga la duk sibuk berulang-alik ke bilik Prof. Mazni. Sibuk uruskan markah pelajar-pelajar dia.

Di rumah, ada Angah yang menanti sejak seminggu lepas. Mentang-mentang dia habis exam awal, boleh dia buat-buat tanya orang bila nak balik rumah. Bukan apa sangat Angah tu kalau tak suruh Intan balik kemas rumah dan masak apa yang patut. Kalau Irfan yang sampai dulu ke rumah, alamat tak henti la telefon tu berbunyi mintak Along dia balik cepat-cepat.

***************************************************************************

“Buk…ada enggak bajunya yang mau digosok?” 

“Buk…!!” Orang yang pekat slanga Indonesia itu melambai tangan di hdapan muka Intan.

“Erkkk…” Intan yang hampir terlelap di depan tv, celik membuka mata melihat Bibik Aseh berdiri di belakang sofa.

“Ada Bik. Tunggu saya pergi ambik.” Angah senyum panjang tengok Intan. Bibik hanya tersengih senang hati.

Tak berkedip mata Intan tengok Angah. Serta merta dia duduk tegak di atas sofa. Entah bila masa Angah turun dari bilik, bila dah habis cakap terus je dia pecut semula naik ke bilik. Pelik aku dengan budak Angah ni! Nak ke mana sangat la sampai nak bergosok-gosok baju.

“Duduk bik…duduk situ.” Intan mengisyaratkan tempat duduk di hadapan dia dengan mata. “Sorang lagi kawan bibik pergi mana?” Intan cuba meregang tangan ke atas, ke kiri dan ke kanan.

“Ohh…dianya di luar. Buang sampah.” Bibik Aseh terintai-intai kawan dia dari jauh melalui pintu gelongsor rumah. Intan hanya mengangguk.

Balik rumah malam tadi, tengok dalam rumah ni dah macam kena hambur dengan debu letusan gunung berapi. Habuk bertimbun-timbun. Dapur bersepah-sepah Angah kerjakan. Kalau  bersepah dengan masak hidangan ala-ala satu set makanan tengah hari tak mengapa la jugak. Ini setakat bakar pizza, panaskan sos spaghetti dalam microwave, masak air untuk rendam Maggi dalam cup pun bagai nak terbalik dapur mama ni.

Mama?

Mana la nak cari.

Sudah tak sudah… Angah mintak je Intan call je Radicare. Macam yang selalu kita orang buat kalau badan sendiri dah tak larat nak mengemas rumah. Angah cakap guna je petty cash yang ada untuk kesejahteraan rumah tangga. Dan dua orang bibik dari Radicare… berdesup sampainya. Lagi pun dah terbiasa dengan servis Bibik Aseh ni sebab dia orang ni jugak yang servis rumah Ayah Long. Sebelum ni Ayah Long yang tanggung segala kos servis rumah kita orang tapi sekarang secara senyap-senyap je kita orang call company yang bibik ni kerja. Bukan apa, sebab Intan nak rasa berdikari dan nak rasa buat keputusan sendiri. Tak nak rasa terhutang budi banyak sangat walaupun dah banyak budi yang kita orang terhutang dengan Ayah Long dan Mak Su.

Bab-bab duit memang Ayah Long dan Mak Su sangat bermurah hati. Tapi itu la…takkan pernah sama dengan wujudnya arwah dahulu. Selama ni pun kita orang adik beradik hidup makan dan pakai dengan tinggalan insurance kedua-dua arwah. Dan ada la sikit portion saham dalam klinik papa dan kawan-kawan dia yang dah kita orang jual semuanya. Tak guna simpan, sebab kita orang tak boleh dan tak mampu pun nak contribute apa-apa dalam klinik haiwan tu. Kalau nak kata semua tinggalan tu boleh tanggung makan sampai tujuh keturunan memang auta giler la. Kalau nak dibanding harta tu dengan Gunung Semanggol pun kira kategori bohong sangat-sangat jugak. Tapi kalau kata busut belakang rumah arwah atok dekat Perak tu…hah tu Intan boleh cakap yang harta dia orang rendah lagi dari busut tu. Bila dikira-kira… cukuplah dia orang adik beradik tanggung diri sampai habis belajar dan kalau sampai buat PHD pun agak-agak cukup lagi rasanya.

Berbalik kepada ‘bibik Radicare’… licin rumah ni dia orang kemas. Alas meja, cadar, langsir…semua dia orang tolong tukar bila Intan dah tolong bayar. Semua habuk kat segenap ceruk rumah ni dia orang sedut habis-habisan. Bayangkanlah dari pukul sembilan pagi tadi dia orang buat kerja sampai la sekarang baru nak berhenti. Tip top la! Arghh…apesal bunyi macam promote je ni Intan ? Tak apa…Intan memang tak ada sedara mara yang ada pegang saham kat Radicare tu!

“Ada apa lagi yang saya harus buat, Buk Intan?”

“Oh bibik dah habis buat kerja ya?” Intan tengok jam dinding. 2.45 petang. 

“Tak ada apa bik...” Kata-kata Intan mati apabila terdengar derap kaki Angah yang laju menuruni anak tangga. “…cuma itu je kerja terakhir bibik.” Mulut Intan dah muncung tunjuk Angah yang tersangkut baju di tangan. Baju Melayu! Bibik Aseh cepat mengatur langkah ke bilik menggosok.

“Nak ke mana Ngah?” Intan pandang Angah dengan penuh curiga ketika baju mula bertukar tangan dengan bibik di hadapan bilik menggosok. Angah mula buka senyum. Memang ada sesuatu la budak ni!

“Esok Jumaat Long! Jumaat! Sembahyang Jumaat la. Dah tak ingat hari?” Dia ketawa terkekeh-kekeh. Lepas tu dia rebahkan badan dia atas carpet gebu yang dah bebas daripada habuk.

Awalnya bersiap. Hari ni baru Khamis. Bohong la tu..!” Pandangan mata Intan mengekor pergerakan Angah yang berbaring sambil memeluk dua biji bantal sofa yang bertindan.. “Sejak bila Angah berbaju Melayu macam nak berhari raya bila nak pergi Jumaat ni??” Bukan dia pakai t-shirt je ke selalunya. Bukan sebelum nak pergi masjid ke baru dia nak gopoh-gopoh cari t-shirt. Dan bukan pagi raya ke baru dia nak iron baju dan bukannya sehari awal.

“Ngeeeee….” Dia senyum sampai terpejam-pejam mata. Sah la budak ni tengah angau tahap tiga. “Opps!!!  Along dah jumpa umi??” Dia terus duduk buat macam ada hal penting nak cakap. “Romeo tak lalu makan tau tak.”

Umi? Betul jugak, tak jumpa lagi sampai sekarang. Romeo tak jenguk lagi. Orkid hybrid pun tak tahu khabar berita. Memang la Melayu macam aku ni mudah lupa. Tapi kejap.. kurang asam punya budak! “Eh..jangan nak lompat-lompat cerita ye. Baik bagi tahu Angah nak pergi….”

“Bajunya udah di gosok ya Angah! Bibik sangkut di tempat biasa.” Bibik mengatur keluar dari bilik menggosok. 

Kata-kata Intan mati di tengah jalan dan cuma bersambung dalam hati. ‘….nak - pergi -  mana?’

Sejak bila Angah ada saudara dari Indon ni? Kelakar la bila dengar bibik panggil angah tu dengan panggilan Angah. Mana taknya orang di rumah ini, juga di rumah sebelah, tak pernah panggil angah dengan nama dia sendiri. Semua panggil angah je. Kawan-kawan pun sama. Dekat facebook pun letak nama Angah. Tak ke teruk semangat kekeluargaan dia tu? 

“Bibik dah nak balik ye…jom saya hantar ke depan.” Intan mengiringi langkah Bibik Aseh. Sempat dia pusing maut tengok Angah “Siap la Angah lepas ni!! Along siasat.” Cekap dia ambil sampul duit di dalam laci buat bayaran servis bibik.  

Angah cuma tersengih kaget. Intan dah jauh jalan ke pintu menghantar bibik.

***************************************************************************

Ikatan rambut yang disimpul tinggi seperti orang lepas beranak itu diikat semula. Cekak halus berwarna merah yang mencengkam rambut, dikemaskan di kepala. Sambil tersenyum, Intan melangkah masuk pintu pagar rumah sebelah dan merapati umi yang duduk di gazebo yang terletak di sudut kiri depan rumah.

Sibuk sangat ye semalam dah balik tapi hari ni baru nampak.”

“Sorry la mi…dari pagi tadi menuggu bibik Radicare tu kemas rumah.” Mana boleh tinggal rumah kan. Tangan wanita itu dikucup dan tubuhnya dipeluk erat seketika.

“Umi rasa awal tadi dah bibik tu balik kan.” Puan Adawiyah tengok jam dinding. Intan menarik segaris senyuman mengaku salah. Memang awal bibik tu balik. Tapi sekarang dah pukul enam lebih dah dekat Maghrib sangat-sangat. “Makan apa tengah hari tadi?” Puan Adawiyah menukar suasana dengan soalan baru.

“Ermhh…makan tak ada hal mi. Orang bujang. Angah beli lauk je.” Kalau nak memasak sedap-sedap, alamat tak berkemas la dapur tu tadi. “Angah cakap Romeo tak lalu makan. Apekehalnya Romeo tu, mi?”  Intan dah keluarkan Romeo dari sangkar bersegi empat. Kucing jantan itu dibawa duduk sama di atas gazebo. "Kau demam ke Romeo? Ke kau sakit tua ni..?" Intan bercakap perlahan dengan Romeo.

“Entah…” Puan Adawiyah macam tengah fikir sejenak. “Umi tengok dia macam batuk, bersin-bersin. Hidung berair… mata pun sama. Macam tak sedap mulut jugak kot…”

Pehh… hebat la Puan Adawiyah ni elobrate! Peka betul dengan kesihatan Si Romeo ni.

“Kena Influenza kot mi.” Intan tak henti mengusap perlahan Badan Romeo yang macam tengah lali. “Tak apa… esok kita bawa dia pergi klinik papa.” Dalam satu nafas Intan bercakap. “Opps silap… dah jadi klinik kawan papa dah sekarang.” Hanya senyum kelat yang terukir.

Puan Adawiyah hanya memerhati riak wajah Intan dari hujung mata. “Doktor dah bagi vaksin dah semalam. Abang Am yang bawa ke klinik…”

Serentak! Mengaum-ngaum. Meluncur bro dengan ‘Red Devil’ dia melepasi pagar rumah bila Puan Adawiyah sebut ‘Abang Am yang bawa ke klinik’ tadi. Awal dia balik. Bagai diseru-seru bro sampai macam peleset.

“Kus semangat….ape ke laju sangat ni, Am??” Puan Adawiyah mula buka mukadimah. Siap la bro lepas ni! Siap-siap!!!

Diam! Dia mula tanggalkan fullface helmet, glove, leather jacket dan backpack diletak atas meja bulat. Kerusi besi ditarik lalu dia duduk bersandar menghadap gazebo yang jarak dalam tiga meter. Masih lagi diam. Penat menyelit kat jalan raya tadi gamaknya. Intan dah rasa nak balik.

“Nanti Am beli kapcai, Mi. Tak pun beli Vespa je.” Dia menuturkan selamba lepas lama berdiam diri. Motor berkuasa tinggi, mana ada orang bawa perlahan. Hilanglah fungsi jentera kuasa kuda yang ada tu. Baik tak payah bawa Ducati beli je beca.

“Kalau nak menjawab tu menjawab jugak la.” Puan Adawiyah tokok lagi sambil mulut dah herot tahan senyum. Am duduk bersandar letih sambil kepala dongak memandang awan. Dia diam tak banyak cakap macam selalu.

Perlahan-lahan Intan jalan memasukkan Romeo ke dalam sangkar. Pintu sangkar ditutup.

“Kita balik dululah, mi… dekat Maghrib dah ni.” Intan melibas-libas bulu kucing yang melekat di baju.

Am masih di situ gaya letih tak terkira macam dia sorang je yang jadi peguam kat bumi ni. Puan Adawiyah menyarung selipar lepas turun dari gazebo.

“Ha’ah ye lah…” Puan Adawiyah mengekori Intan sampai depan pagar.

“Terima kasih mi, bawa Romeo ke klinik.” Intan tetiba ingat nak berterima kasih. Dah la orang tolong bawakan ke klinik takkan tak boleh nak hargai sikit pun kan. Jasa orang kena ingat Intan!

“Eh…bukan umi! Tu ha…” Puan Adawiyah memuncungkan mulut tunjuk Am yang nun duduk jauh di tempat tadi. Am mengerut dahi tengok Puan Adawiyah tanda tak faham. Bukan tak faham tapi tak berapa nak dengar butir bicara.

Erkkk! Intan telan air liur. Tiba-tiba tak reti nak jadi orang yang pandai berterima kasih. Cancel la cancel. Cancel!!! “Sama la... umi kan ikut jugak ke klinik tu.”

“Okey sama-sama.” Puan Adawiyah ketawa. “Kunci pagar tu..”

“Ye baik.” Pagar dikunci. Kaki dihayun melangkah menuju pintu masuk ke rumah sambil tengok telefon bimbit yang hantar isyarat mesej.

“Abang teringin nak makan gulai lemak udang galah dengan pegaga!” Laju dalam satu nafas.

Refleks Intan angkat muka. Mata terarah kepada suara yang berbunyi dari tepi pagar. Jelas ternampak Am yang sedang menahan dua belah siku di atas pagar bersimen. Dia pandang Intan dengan muka layu.

“Ha ape dia??” Intan mengecilkan mata. Tak berapa jelas jugak la tadi. Tadi elok je aku kat rumah dia tak pulak dia cakap apa-apa. Sekarang dah aku nak masuk rumah baru nak hegeh-hegeh buat muka seposen.

“Tak ada apalah…” Dia pusing laju membelakangkan Intan dan jalan selamba masuk ke rumah.

Huhhhh!!!

Tak faham! Tapi macam ada bunyi-bunyi galah dan rumput tadi kan.Haaaaa!

Wednesday, April 04, 2012

Kisah Najihah : BAB 8

Salam sejahtera...

Hari ni nak buat pengumuman sikit.  At-10-tion please !!

Mulai hari ni, post title aku ni dah berubah sikit gaya bahasa dia. Aku dah labelkan dia sebagai KISAH NAJIHAH di hadapan dan selepas tu diikuti dengan bab la kan. Tujuannya hanya untuk senang ditag je haha. Dah tu senang la nak click pada setiap bab. Dah tak payah nak susah2 cari dalam kotak archived lagi.

By the way, KISAH NAJIHAH is not the actual title pada manuskrip aku ni. Cuma aku mahu ia digelar begitu setakat ini (ayat skema).

Cerita aku ni bukan tak ada tajuk, cuma aku belum bersedia nak appear kat sini (saja gatal). Kawan2 pon ada jugak yang bertanya tentang tajuk cite aku ni. Aku dengan senang hatinya cakap rahsia haha. Nanti aku buat pengumuman lain la kalau dah sedia nak letak tajuk.

Sekian dahulu untuk waktu ini. Mengantuk sudah!!


KISAH NAJIHAH : BAB 8


Lepas selesai makan malam, Najihah tolong mak dia berkemas di dapur.  Tak sempat nak habis kemas, Pak Cik Nazim dah panggil Najihah ke depan. Rasa-rasanya, dah lama jugak tak duduk bertiga dekat ruang tamu ni sejak peminangan Farid tu lah. Bukan apa, cuma tak tau apa nak jawab kalau orang tua berdua tu bertanya.

“Ada apa bah??” Najihah bersuara bila dia dah letak punggung dekat sofa bertentang dengan Pak Cik Nazim. Mak Cik Aisyah yang baru keluar dari dapur terus duduk sebelah Najihah.

“Apa ceritanya kamu dengan Farid tu?” Hah…soalan jangkaan dah bermula dari mulut Pak Cik Nazim. Abah aku tu terus perlahankan volume tv sampai ke angka dua. Tak dengar apa langsung dah sekarang ni. Nampak mulut Neelofa tu je yang bergerak-gerak kat tv tu.

Boleh tersedak aku time ni. Tak mampu nak mengelak jika Pak Cik Nazim yang bertanya. Abah aku tu lebih tegas berbanding mak aku. Kalau dia diam, kira okey la tu. Kalau sekali dia bertanya, rasa tak sedap satu badan haha. Bukan abah aku tu marah pon, tapi aku yang dah terbiasa gini. Mak Cik Aisyah buat tak endah je. Sampainya hati.

“Ibu…kan orang dah cakap kat ibu hari tu.” Najihah tarik hujung kaftan Mak Cik Aisyah. Mak Cik Aisyah buat tak reti seolah-olah aku tak bercakap dengan dia. “Ibu…” Najihah cuba raih simpati pulak. “Tolonglah bu…”

“Cakap sendiri dengan abah…ibu tak tahu.” Tak beralih mata Mak Cik Aisyah tengok tv. Macam la faham sangat dengan cerita yang sepatah haram pon tak berbunyi tu. Saja la kan mak aku tu.

Sudahnya, kena cerita jugaklah bagaimana boleh terjumpa Farid. Kena bagi abah aku ni faham yang Farid tu bukan BF aku. 

“Habis tu…kamu nak abah buat apa?” Tenang je Pak Cik Nazim bersuara. Plup!!! Tv dah kena tutup dengan Pak Cik Nazim. Perggghhh….dah makin serius perbincangan ni.

“Orang tak tau bah.”

“Kamu jangan nak main-main, Jiha. Cincin dia ada kat ibu. Kamu jangan nak malukan 
keluarga kita dengan keluarga dia. Kalau ikut ibu…ibu kahwinkan je kamu dengan dia.” Mak Cik Aisyah bagi amaran.

Najihah tersentap. Apa ni?? Apa salah aku??? Tak nak kahwin dengan dia. Uwaaaaaa.

Najihah pandang muka Mak Cik Aisyah minta simpati. “Tak nak bu…orang tak kenal dia bu. Ibu pun tak kenal dia lagi. Abah pun tak kenal dia jugak kan?” Najihah toleh pulak tengok abah dia. “Susah jadinya nanti…orang memang tak boleh terima. Orang tak suka dia. Orang tak nak dia.” Apa benda yang aku merepek ni. Arghhhh….lantaklah!!! Itu je alasan yang boleh aku bagi.

“Dah tak suka…macam mana dia boleh pinang?” Dah Mak Cik Aisyah pulak yang mencelah.

“Manalah orang tahu bu…dia yang pinang orang. Bukan orang yang pinang dia.” Jenuh nak bersilat jawab soalan mak bapak aku malam ni.

“Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, cakap tak nak, kan senang!!” Mak Cik Aisyah cakap dengan suara sarkastik. Jangan tak tau, mak aku ni memang selalu sarkastik dengan aku. Aku je buat-buat tak nak ngaku yang mak aku tu sarkastik haha.

“Pernah ke orang cakap nak dia, bu?? Orang memang tak nak.” Laju Najihah buat keputusan.

“Abah nak kamu bincang sendiri dengan Farid. Cakap elok-elok...dia ada keluarga yang kita kena hormat. Abah tahu je, semua mesti selesai nanti. Dah tak nak dengar apa-apa komen dah lepas nie. Faham, Najihah??” Pak Cik Nazim pintas dengan serius selepas lama dia menyepi. Sekaligus bagi arahan macam nak pancung kepala aku.

“Faham bah…” Lambat-lambat Najihah jawab sambil tertunduk lemah.

“Kalau macam tu…bagi tahu dia cepat-cepat. Ini tidak…dia telefon, kamu tak nak angkat. Dia ajak bincang kamu ngelat.” Kali ni Mak Cik Aisyah pandang muka Najihah.

Bulat mata Najihah bila dengar cakap Mak Cik Aisyah. Memang kaki reportlah mamat skema ni.  Susah betul nak kawtim. Entah apa-apa je.

“Dia ada datang sini tadi sebelum kamu balik kerja.” Mak Cik Aisyah sambung cakap lagi bagi menjawab pertanyaan dari riak muka Najihah yang hampir tersembul biji mata.

“Buat apa dia datang sini???” Laju Najihah tanya. Melampau betullah dia ni.

“Tanya jawapan kamulah. Dah kamu tak nak jumpa dia…dia tanya ibu dan abahlah.” Berdesing suara Mak Cik Aisyah.

Dah…Mak Cik Aisyah dah serang aku la tu.  Tak malu betullah Farid tu, ada ke patut tanya lagi dekat mak abah aku. Macamlah dia orang ada jawapan. Dia orang takkan jawab punya bagi pihak aku. 

“Tak pelah…ibu abah tak payah risau. Nanti orang settle sendiri.”

Settle sendiri- settle sendiri…dah berapa kali ibu dengar, tapi tak settle-settle jugak.” Mak Cik Aisyah membebel.

“Okey-okey…orang janji kali ni.” Bersungguh-sungguh Najihah berjanji.

“Ibu tengok budak Farid tu okey je. Apa yang tak kenanya…hormat orang tua, kerja bagus, keluarga pun okey. Apa lagi yang kamu nak? Siap dia tolong ibu kaitkan buah mangga lagi.” Mak Cik Aisyah dah cuba-cuba tarik perhatian Najihah.

Najihah bertambah jengkel dengan tindakan Farid. Agak-agaklah nak bodek orang tua aku pon.

“Ya Allah bu…sempat dia bodek ibu ye.” Najihah cakap dengan perasaan jengkel. “Orang naik dulu.” Najihah terus angkat kaki. Sakit hati dengan sikap Farid.

Adoi! Geramlah aku dengan mamat ni. Ada jugak ke spesis manusia macam dia tu?? Cuba jangan kaitkan mak bapak dalam hal ni tak boleh ke?? Dia betul-betul buat aku stress. Sorang-sorang suka buat pasal. Mula-mula Amin libatkan mak dia. Lepas tu, si Farid ni lagi dasyat dia buat onar dalam hidup aku. Habis seluruh keluarga aku kecoh. Sampai Kak Long pon usik-usik aku masa chatting tempoh hari.
  
<melissa_1701> BUZZ!!!

<najihah_nazim> apa buzz-buzz??

<melissa_1701> garangnya adik kita ni. Your abang long yang tengah busy siapkan report kirim salam

<najihah_nazim> jawab salam dalam hati. Kesiannya abang long hehe. My lovely Irfan??

<melissa_1701> Ohh…dia cakap sangat tak sabar nak makan nasi minyak acu. Inform your plan early on…senang nak book ticket hehe  :p

<najihah_nazim> KAK LONG…..grrrrrrrrrrrrr!!!!!!!

<melissa_1701>  Eleh….blushing la tu

<najihah_nazim> Ohh damn…not funny okay!!! Just come back to Malaysia la sis… eventhough i’m not exactly listed in your plan

<melissa_1701> Your wedding plan…suppose to be our plan. Kenapa…plan tak jadi??(Ohh no…sadis nak dengar). Or not plan yet??

<najihah_nazim> wrong for both. Gladly NEVER plan anything.

<melissa_1701> Harghhhhh???

<najihah_nazim> Don’t react resembling shocked, sis. Macamlah tak tahu…

<melissa_1701> Haha…so scared! Nasi minyak…frustrated! Malangnya dia. Farid Helmi..isn’t it?

<najihah_nazim> Hohoho…siap tahu nama penuh. Dasyatlah your informer.                     

p/s: nasi minyak suruh ibu tercinta yang masak nanti ;) hahaha nak beriani gam pon boleh

<melissa_1701> :) Hopefully I will get a good news by soon

<najihah_nazim> Nak berita gembira kena la senyum sis…cepat senyum sikit haha

<melissa_1701> Waiting your ‘wajah indah’…waiting in smiling

<najihah_nazim> Stop it, sis!!! Aduhai mak cik ni…

<melissa_1701> Hahaha…marah pulak. Cuba aminkan cakap kak long ni. Mudah-mudahan masin la kan. Kita pulak yang jadi tak sabar nak tengok bakal adik ipar. Dia.. macam tak ada perasaan je. 

Lepas masuk ke biik tadi, Najihah terus menjunam atas katil.  Kusut fikir hal Farid. Sejak-sejak kes pinang dia tempoh hari, aku macam tak dapat nak tidur lena. Jenuh nak pujuk diri sendiri. Tidur Najihah, tidur!! Nanti esok pagi, ada orang tanya buat apa semalam sampai mata serupa mata panda bear yang tengah makan daun buluh?

Farid – aku tak peduli apa pon motif mamat tu. Tapi, satu yang penting aku dah mula risau dengan tindakan dia. Aku tak boleh nak anggap tindakan dia tu sebagai angin lalu je.

Najihah bangun pada pukul dua pagi malam itu. Pertama kali sepanjang hidup buat Istikharah. Nak mohon petunjuk daripada Allah Yang Maha Esa. Selesai mengerjakan solat sunat dua rakaat itu, dia menadah tangan memohon petunjuk.

Lama Najihah berteleku atas sejadah – Al-Quran dibaca. Agak lama tidak menyentuh Kalam Allah itu semenjak sibuk dengan hal kerja dia. Terasa jauhnya dia di sisi Allah SWT…Najihah beristighfar. Sesal menguasai diri.              
                                    
                                  ******************************************************************************
Sedang Najihah buat kerja pada tengah hari tu, Farid datang tiba-tiba kat tempat kerja dia. Nak ajak keluar lunch kata Farid. Terkejut jugak aku pada mulanya. Sepanjang hidup, inilah kali pertama lelaki cari aku sampai ke pejabat. Macamlah ramai lelaki dalam hidup aku ni haha.

Kan aku dah cakap, dia ni suka-suka je nak buat apa pon. Bolehlah geng dengan Amin tu. Tak boleh ke call dulu, tak pon text je aku ni.  Susah sangat ke nak buat?? Sekarang tengoklah, banyak mata yang memandang termasuk Amin.

Kalau aku tahu Farid nak ke mari, laju je aku pergi menyorok kat dalam tandas, tak pon kat dalam kereta Alia. Main nyorok dalam bas pon boleh jugak, sebab kat sini kan banyak bas yang keluar masuk. Tapi tak sempat aku nak plan apa pon, Farid dah muncul dulu.

+Lia…aku lunch dengan king kong.

-Siapa king kong?

+Siapa lagi…Faridlah kawan baik kau tu L

-Sikit punya kacak Franco tu kau panggil king kong.

+Ahhh…sudahlah kau. Aku sibuk ni.

-Sibuklah kalau dah keluar dengan buah hati…

Apa Alia ingat, best sangat ke nak jumpa Farid? Aku terpaksa sebenarnya keluar dari ofis sebelum semua orang kat sini nampak dia. Malas nak cipta kontroversi kat ofis ni hehehe.

Text dengan siapa?” Farid tanya dalam perjalanan ke tempat makan. Sibuk je dia ni, semua nak tahu hal aku. Stresslah!!!

“Alia. Bagi tahu yang I ‘terpaksa’ CANCEL lunch dengan dia.” Saja cakap gini, nak bagi Farid rasa berdosa sikit.

“Oh okey…apa salahnya kan? Hari-hari dia dengan you, right? Bagilah chance dekat I pulak hari ini.” Farid kenyit sebelah mata.

Hadoilah…gelinya aku. Meremang bulu tengkuk. Bukannya dia nak rasa berdosa, rasa bersalah pon tidak. Najihah dah alih muka tengok ke luar tingkap kereta.

“Kenapa Jiha…you dah tak sudi nak pandang muka I?”
Huh..skema! Skemanya ayat dia. Farid soal dengan suara kecil hati. Muka dia pon keruh je.

No issues la...” Agak sinis bunyi Najihah.

Sekarang ni, dia orang sedang menapak ke restoran McDonalds…itupun atas permintaan Najihah. Malas nak ajak ke tempat lain, nanti banyak sangat pulak tempat kenangan kita orang haha. Hush…jauhnya aku fikir!!

You nak makan apa?” Farid berbasi-basi.

I makan je apa yang you beli…” Mendatar je suara Najihah. Tapi, ada riak ceria kat muka Farid sekarang ni.  

Lebih kurang 10 minit, Farid kembali ke meja dengan membawa dulang makanan. 

“Jiha…you ingat lagi tak….”

“Tak ingat…” Najihah pintas cakap Farid. Dingin.

You dengarlah dulu apa yang I nak cakap ni…” Farid lepas nafas berat.

Tahan betul dia dengan perangai aku kan? Aku pon tak tau macam mana nak layan dia elok-elok. Salahnya sebab aku tak suka dia. Jadi, dia buat baik macam mana pon tetap aku tak suka. Aku tak boleh nak anggap dia buat baik walaupun dia tak buat jahat.

Najihah cuba-cuba memaniskan mulut. Dia suruh Farid teruskan cakap. Tak baik bertengkar depan rezeki.

I nak cakap...dekat sinilah kita jumpa dulu. Tu…dekat meja depan tu.” Farid muncungkan mulut dia tunjuk tempat yang pernah kita orang jumpa. “Meja depan satu lagi tu…you duduk dengan Alia. Don’t you remembered that time?”

“Huh…who’s are dare to forget?” Najihah tunjuk muka yang susah nak baca. Teringat jugak aku pada detik-detik pertemuan pertama kita orang kat sini. Aiceceh…romantiknya ayat aku. Macam bunyi jatuh cinta pandang pertama. Tapi bukan, benci pandang pertama sebenarnya!!!!

Aku kena banyak-banyak bawa bersabar hari ini. Biar semuanya selesai sekarang. Kalau tak settle jugak nanti, mati kena lenyek dengan  four wheel Pak Cik Nazim la habuan aku.

Ya Allah…lindungilah aku, peliharalah imanku, pertahankanlah kesabaranku, dan lembutkanlah bicaraku.

“Ermm…macam mana you boleh senang-senang hantar rombongan?  Seriously I memang tak suka dengan apa yang you buat ni. Kenapalah you buat macam ni kat I?? Tak fahamlah…”
Belum habis Najihah cakap, Farid dah pintas. Banyak sungguh idea nak bertanya. 
Maklumlah juara pantun di univeristi dulu. Eh…ada kena mengena ke pantun dengan hal sekarang?

Simple. I ikhlas suka dekat you…that’s it.”  Pendeknya point jawapan dia. Setengah markah pon belum tentu dia dapat kalau jawab gini dalam exam.

“Is it fair to me?” Najihah tanya dengan muka tegang. “Have you ever asked me anything before these?No, right? Did you ever think’s on my parents and your parents too? Did you Farid?” Hey…geram giler dengan dia ni. Melantun-lantun suara aku marah dia.

“Nak jumpa you pun susah…inikan pulak nak bertanya. Frankly speaking…sebab you selalu cabar I. So, I thought this is the best way for both of us, lah. So far… my family have no problem with that. They do like you…” Tenang Farid cakap. Tapi aku yang  jadi tukang dengar ni macam nak pergi hantuk kepala dekat dinding. Bukan hantuk kepala aku, tapi kepala Faridlah. Nak bagi dia peringatan sikit.

“Ahhaa…nonsense.” Najihah sinis. “Macam mana dia orang boleh suka, kalau jumpa I pun tak pernah.”

“Dekat rumah you dulu tu apa?” Farid tengah tegakkan pendapat dia.
Najihah tepuk dahi. Memang tak boleh terima statement Farid. Family dia tu kenal aku pon tidak. Celah manalah yang dia orang boleh suka aku? Adoihhh!!! Macam mana nak handle king kong yang complicated ni?? Tak reti dah haihh!!

“Apa maknanya jumpa…kalau setakat I salam dia orang je. Cakap dengan dia orang pon I tak pernah. Mana satu mother you pun I tak tahu.” Najihah cakap dengan geram. Bukan tak ada sesi perkenalan waktu salam-salam tu, cuma aku yang buat pekak dan tak nak ambil tahu.

I boleh bawa you anytime jumpa dia orang dekat KL…I tak pernah ada masalah. Tapi you macam mana…jumpa I pun you tak nak.” Luah Farid macam kecewa.

“Hai En. Farid…makan dengan buah hati ke?”

Sorang awek cantik dan boleh tahan seksi datang tegur Farid. Dia datang dari arah belakang Najihah bersama dua orang lagi kawan dia. Awek tu pakai skirt pendek sedondon dengan blazer hitam dia. Elegannya minah ni!! Siap buat sanggul lagi. Dah serupa pramugari Air Asia pun ada, bezanya cuma warna baju. Memang meletuplah minah ni. Farid dah tersenyum lebar.

“Eh, hai…” Farid tak jawab pon soalan awek ni tadi. Tapi, muka dia ceria je.

Farid kenalkan Najihah dekat kawan dia tu. Marina nama si gerangan pramugari celup ni. Marina hulur tangan pada Najihah. Najihah bangun dan sambut tangan Marina dan dua lagi kawan dia. Wow…lembutnya tangan dia, mesti guna Soflan ni ahaha. 

We all gerak dululah...tak elok ganggu orang makan.” Punyalah menggoda suara Marina. Rasa macam dibuat-buat je suara dia tu. Gerak-geri si Marina ni pon boleh tahan hebatlah. Boleh kasi goncang hati semua lelaki yang pandang.

Farid balas dengan senyum. Marina and the gangs jalan menjauh dari dia orang.

Officemate Marketing Exec.” Terang Farid sukarela. Najihah angguk kepala.

“Farid, I harap kita boleh jadi kawan…I belum bersedia nak ada apa-apa komitmen.  I tak sehebat, tak secantik kawan-kawan you. You ada semua Farid…anytime you boleh dapat perempuan yang lebih sesuai dengan you.” Najihah cuba bawa berlembut lepas masing-masing dah lama sunyi sepi lepas si Marina tu pergi.  Cuba guna pendekatan psikologi yang belum tentu boleh berjaya dengan cemerlang.

“Why the things is going harder with you?? I nak you, bukan orang lain.” Suara Farid kecewa. Muka dia dah berubah. Aku rasa dia ni memang tak malu la.

“Cinta tu lahir dari dalam hati…dia datang secara senyap, tanpa dipaksa. Pernah tak you rasa semua tu pada I. Pernah tak you tanya diri you sendiri samada you betul-betul cintakan I atau tak?” Najihah serang peribadi Farid.

Farid terdiam lepas dengar Najihah cakap. Dah hang ke apa otak mamat ni? Rimas betullah bila kena bercakap dengan tertib dan skema-skema giler ni.

Youit’s okay kalau you tak suka I. Tapi, you tak boleh nak persoalkan perasaan I? You sebenarnya yang tak pernah buka hati you pada I. I tahu, sebab cinta I memang tak pernah datang secara senyap or whatsoever laju ke pada you.” Giliran Farid pulak bidas. Menusuk kalbu betul ayat mamat ni. Sampai terdiam aku. Hah…ambik kau Najihah.“Lagi satu…sorry if I disturbing your days before. Tapi, I cukup menghormati you and family. I buat cara baik, cara terhormat untuk dekat dengan you. Tapi you yang tak pernah nak bagi peluang pada I.” Farid serius. Muka dia  merah.

“Farid…I letihlah. Walau apa pon…nanti I pulangkan cincin you tu.” Najihah tak terkata bila kena hentam dengan Farid. Letih aku nak melayan mamat poyo lagi jiwang ni. Macam mana nak reject dia??

Akhirnya makanan tadi dibiarkan sepi tidak berusik. Kalau tak segankan Farid, nak je aku tapau dua bijik (tamak betul) Chicken McDeluxe ni bawak balik ofis. Tapi kena bertahanlah…control cunlah katakan. Sudahnya, aku jugak yang kebulur. Makan oat lah aku karang. Hailah nasib…

                                   ******************************************************************************
Dari jauh lagi dah boleh nampak kereta Farid yang merah menyala tu betul-betul terletak di hadapan gate rumah. Suka sangatlah mamat ni bertandang ke rumah. Alia yang kat sebelah dah tersengih-sengih bila nampak kereta Farid. Baru je jumpa tengah hari tadi, sekarang nak jumpa lagi. Aduh…bosannya aku!!!

Mata Najihah dan Alia tertinjau-tinjau dari dalam kereta tengok Farid yang tengah campak palet dalam kolam Mak Cik Aisyah. Rajinnya dia ni? Sebab tu la mak aku suka dia kan.

“Wei Jie…Farid tu dah macam family members kau la sekarang. Happy je nampak mak kau tu…menantu kesayangan la katakan.” Alia dah ketawa kecil. Geram je tengok perangai dia ni.

Najihah mencemik. Dia dah malas nak layan cakap Alia. Karang bertambah merapu lagi minah ni. Najihah terus keluar dari kereta, dan lambai-lambai tangan pada Alia hingga kereta Alia hilang jauh. Kemudian, Najihah jalan laju-laju sambil tunduk dengan penuh warak menuju ke pintu rumah. Nak buat-buat tak nampak Farid dan Mak Cik Aisyah yang tengah duduk di kerusi batu. Sia-sia je usaha aku ni, mak aku tu dah terjerit-jerit panggil. Tak jadi nak buat perangai.

Najihah berpatah balik, dan jalan merapati kerusi batu dengan langkah yang paling longlai. Dalam pada tu, dia berselisih dengan Mak Cik Aisyah yang menuju ke dalam rumah. Hermm..langkah jugaklah ke meja batu tu. Takkan nak biar Farid yang sememangnya tengah tunggu aku tu kan walau itu yang aku nak buat tadi haha.

Najihah berbual-bual kosong dengan Farid seketika. Tak sampai lima minit, Mak Cik Aisyah datang semula dengan bawa semangkuk besar mee dan kuah kari. Macam tahu-tahu je mak aku tu, Farid nak ke sini. Melihatkan itu, Najihah masuk ke dalam rumah dan tolong angkut segala mangkuk, sudu, garfu dan seteko air panas. Dan selebihnya, Mak Cik Aisyah yang angkat. Sebelum tu, Farid offer nak tolong tapi Mak Cik Aisyah berkeras halang.

Bila semua benda terhidang lengkap atas meja, Najihah dan Mak Cik Aisyah mula melabuhkan punggung. Tangan Mak Cik Aisyah mula mencapai pengepit untuk mengagihkan mee kuning ke dalam mangkuk.

“Tak apa auntie…biar saya buatkan. Auntie dengan Jiha dah letih mengangkat tadi.” Pantas Farid mencapai pengepit dari tangan Mak Cik Aisyah.

“Ish…kamu ni lah Farid.” Mak Cik dah tak terkata. Kemudian dia ketawa. Meriah je suasana. 

Najihah hulur satu persatu mangkuk kosong yang ada depan dia pada Farid. Dalam diam, dia tengok Farid masukkan mee, kuah, telur rebus dan akhir sekali Farid tabur segala sampah sarap (taugeh, cili, daun bawang, dan bawang goreng). Sempat lagi aku berpesan tak nak cili. Langsung tak kekok la mamat ni buat kerja.

Sah!! Aku memang tak boleh kahwin dengan dia, nanti aku jadi queen control dalam rumah. Mengarah je kerjanya aku. ‘Farid…cuci pinggan dan jangan lupa cuci baju sekali!!’ Bukan setakat tu, carpet pon aku suruh dia cuci jugak. Hish Najihah…jangan merepek jauh-jauh boleh tak?? Semakin banyak dia buat kebaikan depan mata aku, semakin banyak rasa ketidaksesuaian yang wujud antara aku dan dia. Serius ni aku cakap.

“Ni…you punya. Tak ada cili…” Farid hulur mangkuk pada Najihah sambil ketawa kecil. Mangkuk pertama dia hulur pada Mak Cik Aisyah yang tak henti-henti tersenyum.

“Thanks.” Najihah cakap sepatah sambil tengok Mak Cik Aisyah tuang air kopi ke dalam dua cawan. Aku macam biasa minum air kosong je. Tak sesuai minum Milo dengan kuah berlemak.

You makan la dulu…tengah hari tadi you tak sempat makan kan.” Farid arah Najihah bila semua yang ada di situ belum mula makan sebab tunggu dia tengah cedok kuah untuk dia sendiri.

I dah makan roti yang you beli tadi…” Najihah jawab jujur. Memang dia makan roti Gardenia coklat yang Farid singgah beli dekat 7-Eleven sebelum dia hantar Najihah semula ke ofis. Bertimbang rasa la jugak dia pada aku yang tak sempat makan burger tadi. Macam mana nak makan bila asyik bertegang urat je waktu makan tadi. Eh, dia makan apa pulak?

You pon tak makan jugakkan, tadi?” Najihah cuba berbasi-basi. Amboi-amboi!! Sejak bila kau reti ambil berat pasal Farid ni, Najihah?

“Hah okey…tak payah tolak-menolak. Semua boleh makan sekarang.” Kedengaran suara Mak Cik Aisyah disambut dengan tawa kecil dari Farid. Pada kali ni aku tengok mak aku tu senyum menguntum-nguntum. Tahulah dia, aku dah keluar dengan Farid kesayangan dia pada tengah hari tadi. Sukakah dia??

Bersambung…