Monday, June 18, 2012

Mencari Warna : Bab 1


Salam..

Hai. Macam tak tahu pula nak buat mukadimah macam mana kali ni (ciss.. macam la setiap kali entri baru ada buat mukadimah kan haha).

Direct to the point, aku upload cerita baru hari ni. 'MENCARI WARNA' ialah tajuk sementara yang mampu aku fikir setakat ni. Sekejap je pun fikir sebab dapat idea secara tiba-tiba sekejap tadi. Hopefully dapat meneruskan usaha menyusun penceritaan ini hingga ke penghujung tanpa kering idea. Indahnya kalau begitu. Mana la mungkin kan - ini kenyataannya hehe. May Allah always be with me. Amin.

Ohh.. KISAH NAJIHAH, akan di update dari semasa ke semasa. Itu pasti (cewah...yakin sangat la tu).

Okey. Harap enjoy dengan cerita ini. Kekurangan yang ada, maafkan saya kerana tidak sempurna. Ewah.. dah macam lagu Rossa. Heheh.


Terimalah  ------>  MENCARI WARNA !!

                **************************************************************************************************************** 

MENCARI WARNA : BAB 1


Lelaki berambut ala-ala Taylor Lautner Style yang sedang berjalan tenang di sebelah dia itu diperhatikan dari ekor mata. Lelaki itu sedang merenung jarum Swacth besi di tangan kiri. Orangnya berkulit cerah, bersih. Kurus dan biasa-biasa sahaja tingginya. Tersarung V-neck cardigan berwarna kelabu di tubuh dan di dalamnya dibaluti dengan T berwarna putih jernih. Dan Levi’s 501, menjadi jeans wajib jika diikuti dari pemerhatian selama ini.

Sungguh la, memang sejuk mata yang memandang. Bukan kerana imejnya tapi kerana hatinya. Tak susah nak memahami dia kerana dia terlalu selesa bagi aku. Okey Intan jalan cepat-cepat, jangan nak jadi penglipur lara kat sini.

“Snow cap?”

“Already have.”

“Scarf?”

“Ada tiga.”

“Winter coat.. urm.. trench coat ke??”

“Pakai yang lama je.. ”

“Thermal dress, thermal shirt, jacket, wool glove, jeans, boot, luggage.. kain pelikat, 
sejadah…??”

“Woo wooo… semua dah ada la cik Intan. Yang lama pun still in good condition.” Zahin memintas jalan di hadapan Intan. Terbehenti langkah mahkluk Allah itu. Si lelaki itu ketawa sambil bercekak pingang – memerhati riak wajah orang di hadapan dia yang sedang menayang muka tak puas hati. Stress je muka si perempuan berambut panjang lurus dan berdress separas lutut serta skinny jeans yang membaluti tubuhnya.

“Habis tu nak beli apa?? Bukan semalam beria cakap nak shopping untuk fly ke??” Dah lenguh dah hai kaki aku ni menyukat kaki lima di sepanjang kedai di dalam Mid Valley. From top to toe keperluan dia aku dah sebut. Semuanya dia dah ada. Habis tu apa yang dia ni nak beli??

“Nak beli rain coat haha.” Dah buat lawak pulak Zahin ni. Berubah air muka Intan. “Mana ada. Nak beli sweater fleece and tight sock je. Jom la masuk Topman..” Intan menunduk letih sambil menyaingi langkah Zahin di sisi yang mula menghala ke hujung wing Mid Valley.

“Jangan bergerak!! Kami polis.”

Kaki mereka statik. Tercengang Intan dan Zahin ketika ini. Lengan kanan Intan terasa ditarik serentak dengan arahan suara tadi.

“Gotcha!! Haha.” Suara itu bergema lagi.

“Ciss!! Mangkuk kau Miza. Kecut perut aku..” Bahu Miza ditampar Intan . Mati-mati ingat kena rush apa ke tadi. Tapi, ada terfikir juga la yang kita orang terkacau orang tengah shooting drama Gerak Khas ke kan. Zahin yang mengenakan kaca mata Tom Ford terus menyangkutnya di kepala. Dia pun sentap jugak tadi tu. Tetiba pulak boleh ada polis wanita kat tengah-tengah megamall ni. Mau tak terkujat dia. Aku, tak payah cakap la kan.

Si Miza ni datang dengan adik perempuan dia. Dah ada lima enam paper bag kat tangan dia. Ada B.U.M Equipment, Bless Shop dan Jusco. Hah, itu je yang aku nampak. Shopping sakan minah ni. Itu belum kira lagi beg yang ada kat tangan adik dia. Serius memang banyak.

“Kau pun shopping kat sini??” Dagu Miza mengarah pada Zahin.

“Ha’ah.. cari satu dua barang. Kau tu yang dasyhat..” Zahin ketawa. Intan angkat bahu tengok Miza.

“Aku ni first time. Kau tu dah selalu. Holiday je pun dah fly merata alam. Confirm luggage dah complete. Kalau tak complete jugak.. memang slack la kau.” Miza smash Zahin sedas.

“Hah awak.. dengar tu.” Intan dah tersenyum mengejek.

“Aippp.. jangan derhaka!!” Zahin jegil mata pada Intan dan dia balas dengan menjeling. Miza dan adik dia turut ketawa.

Dan selepas itu, mereka bergerak mengikut haluan yang bertentangan. Intan dan Zahin jalan ke Topman. Beli barang yang Zahin cakap nak shopping sangat tu. Lepas selesai, dia orang singgah makan di Spaghetti Grill. Suka sangat Zahin ni makan segala jenis suku-sakat pasta. Kalau aku, makan lauk kampung lagi best apa, kan? Ikan pari bakar cicah budu. Mak oii, meletup!

Vios TRD Sportivo berwarna putih selamat tiba di hadapan rumah Intan. Matahari dah makin condong ke barat. Cerah siang makin mengundur dan senja kelabu baru mula berlabuh. Apa sahajalah aktiviti yang orang bujang itu buat di dalam rumah yang kosong ini. Kosong dan suram sebenarnya. Hampir tiga tahun terasa begini. Tiga tahun yang terlalu panjang untuk aku lalui. Benarlah kata orang, setelah kehilangan barulah kita mula sedar apa yang tidak nampak di mata. Begitu jugalah bila hari menginjak ke malam barulah kita tercari-cari cahaya untuk menerangi. Sedangkan terang siang itu, kadangkala kita tak sedari cahayanya.

“Intan..”

Zahin yang duduk di tempat pemandu dipandang senang. “Hmmm..”

“Why not we tie up.. towards a more serious relationship. Engagement ke dulu..?” Dalam tenang Zahin meluahkannya. Sedikit terkejut bagi Intan bila kali pertama mendengar Zahin menyebut tentang perhubungan. “At least.. Zahin tak risau kat sana.”

“Zahin tak percaya Intan?” Intan statik pandang depan dengan hanya pandangan kosong.

“Zahin jauh. Zahin tak nak hilang Intan.” Laju dia menjawab.

“Zahin, look. Dua tahun tak lama. Kalau Zahin boleh setia.. Intan lebih daripada tu.” Intan menghembus nafas berat. Tapi yakinnya tinggi.

Tak sampai dua minggu je lagi Zahin akan berlepas. Tak perlu serabutkan kepala dia dengan perkara macam ni. Bertunang atau tidak bukan ukuran pada kepercayaan dan kesetian. Jarak juga bukan masalah.

Perkara penting ialah janji. Janji itu tanggungjawab kan. Kalau masing-masing tahu ada tanggungjawab, galaslah amanah ini sehabis baik. Sebab kita tak mampu nak mengubah atau membentuk orang lain mengikut apa yang kita nak. Jadi, amanahlah pada diri sendiri dahulu. Yang baik akan datang kemudian. Prinsip kena ada tak kira di manapun kita berpijak. ‘Whoever you are today, never forget your roots’. Satu quote daripada seorang professor yang tidak pernah aku lupa sejak mula-mula kaki ini menjejak ke menara gading. Quote yang bernama prinsip.

Pintu kereta Vios itu ditutup. Langkah diatur masuk menuju ke pintu pagar. Sebelum tangan memulas tombol pintu rumah, sempat lagi mata melirik pada rumah sebelah. Terlihat Superbike Panigale 1199 yang baru dibeli oleh jirannya itu tersadai elok di penjuru kaki lima rumah teres semi D itu. Pehh.. Ducati tu, mana mampu nak beli. Melainkan mampu dekati je. Bau kedai lagi superbike berwarna merah macam Ferrari ini. ‘The Most Beautiful Bike of Show’ bak kata si tuan punya motor . Cantik memang cantik la. Ceitt!! Bangga sangat la dia tu.

                                      ***************************************************************************

Musim-musim cuti semester begini, ada tugas rutin yang menuggu dia – Intan. Selepas solat Subuh dia mula mengemas, membuat sarapan, membasuh, mengemop dan menyiram pokok bunga serta perlu membaja juga hari ini. Tiga tahun dahulu, halaman rumah ini pernah terhias dengan warna-warni bunga kertas, dengan segala macam keladi, asam batu dan ros juga.

Aku bukanlah peminat bunga, malah ros merah sekalipun tidak. Tapi, jika ditanya bunga kesukaan aku, akan tetap ada jawapannya. Dan jawapannya – orkid. Hanya semata-mata kerana mama, perasaan ‘suka’ kepada bunga itu wujud. Kini di hadapan aku ini – hanya  tinggal sebatang kara orkid yang aku jaga baik-baik seperti mana mama pernah tatang dahulu.

Orkid berbunga putih itu, dibelek. Kemudian, bunga kesayangan mama itu dipandang simpati. Ternyata, kecantikan orkid itu tidak ada lagi pada pandangan mata. Pokok itu tetap berbunga indah bila tiba masanya tapi serinya tak mungkin lagi ada. Dahulu yang aku rindu. Semuanya tentang dulu.  Tiada siapa yang boleh menjaga orkid hybrid ini secantik jagaan mama.
‘Hybrid? Orkid apa tu ma?’

Mama ketawa. ‘Orkid kacukan la Long. Spesis orkid macam ni lebih cantik. Bunga dia besar-besar. Sebab tu mama suka.’ Bibir mama tak henti menarik senyum.

Manisnya senyuman itu masih terasa hingga saat ini. Lebih-lebih lagi di sini. Bila mana melihat mama meletakkan arang, serpihan batu-bata dan sabut kelapa di dalam pasu sambil bercakap-cakap dengan pokok. Tipikal perempuan gilakan pokok bunga – kata papa. Kita akan bahagia kalau kita suka apa yang kita buat – kata mama. Dan mama cakap lagi – jangan kacau! Haha.

“Along. Apa yang tenung orkid tu lama-lama?”

Refleks Intan menoleh ke belakang. Angah ni lah! Dia mengucap panjang. Terkejut. Terus lenyap segala apa yang ada di dada dan kepala.

“Awal bangun. Nak keluar ke?” Intan memandang Angah yang sudah bersiap-siap dan backpack camera bag dia hanya digalas sebelah bahu. Tripod ada di tangan kanan.

“Ada orang nikah hari ni. Kat Masjid Wilayah..” Angah melabuhkan punggung di buaian berkembar dua di depan rumah yang menghadap ke jalan raya. Iaitu di sebelah tempat di mana Intan bertinggung.  Backpack dan tripod itu diletak di sisi. Kamera dikeluarkan dari beg. Kemudian, dia cuba-cuba mengambil beberapa angel yang entah apa-apa pun aku tak tau.

“Ambik gambar cantik-cantik, Ngah. Orang dah bayar mahal.” Lembut dan ikhlas dia memesan. Dia bangun dan duduk di hadapan kiri Angah.

“Insyallah. Bukan baru hari ni Angah buat kerja ni, Long. Dah makan tahun pun.” Tangan kiri Angah masih lagi mengampu lens di bahagian bawahnya manakala tangan kanan dia sedang support kamera sambil cuba mengawal setting DSLR itu. “Along ingat mama, papa?” Senada Angah bertanya. Diam. Hening. Dan awan juga redup seiring.

“Tak pernah lupa, Ngah.” Lama baru Intan bereaksi. Dia kemudian menunduk lemah.

Angah terus menyimpan Nikon D90 di dalam backpack. “Jadi ke tahlil malam Jumaat depan?”

Intan mengangguk. “Along dah mintak tolong umi book caterer. Orang surau nanti Pak Cik Mus jemput.”

“Okey. Nanti Angah jemput Ayah Long, Mak Su, semua la.. ” Angah berkira-kira. Tugas biasa Angah yang tak pernah missed.

“Jangan lupa ambik adik sekali, Ngah!”

“Allah. Almost forgot.” Angah nampak cuak. “Lusa kan kena ambik dia??”

“Ye. Ingat tu Ngah. Jangan lupa lagi lepas ni!” Intan menggeleng. Tak mudah nak pikul tanggungjawab seperti hari ini. Secara tak sedar, tanggungjawab menjadikan aku dewasa. Kalau bukan kerana terpaksa, tidak mungkinlah secepat ini.   

“Apa sajelah dua beradik ni berbual?”

Serentak kepala kedua beradik itu tertoleh ke arah rumah sebelah. Mata mereka menyapa pada wanita separuh umur yang berdiri di sebelah tembok yang menjadi penghadang rumah mereka.

“Umi…” Intan menyapa Puan Adawiyah.

“Tak ada ape la, umi. Abang Am mana? Tak nampak pun.” Mata Angah tertinjau-tinjau pada sudut parkir superbike yang dah kosong itu.

“Hermm.. mana pernah dia lekat kat rumah ni ha. Konvoi ke Melaka.” Bunyi bosan je suara Puan Adawiyah.

“Oh.. best la tu. Ada masa.. kita kena enjoy kan, mi. Bagi peluang untuk diri sendiri.” Angah tersengih tengok Puan Adawiyah. Makin blurr muka orang tua tu buat dek Angah.

“Along, Angah pakai kereta, lupa nak cakap.” Angah bangun jalan ke kereta. “Ohh, Umi tolong tengok-tengokkan Along eih..

“Kenapa?” Puan Adawiyah tertanya-tanya. Kening dah bercantum.

“Dia sentimental sikit hari ni.” Angah ketawa kecil. Intan mencemik. Tahulah Puan Adawiyah pada asas kata-kata Angah tadi. Honda City 1.5E yang satu-satunya tinggalan kenderaan mama, dah laju berundur. Hon berdenting. Hanya Puan Adawiyah yang mengangkat tangan pada Angah.

“Along okey?” Penuh santun Puan Adawiyah bersuara.

“Okey je. Umi jangan terpegaruh dengan cakap budak Angah tu.” Dia ketawa kecil dalam usaha cuba sembunyikan rahsia hati.

“Along tak payah masak tengah hari ni. Makan kat rumah umi. Jangan cakap tidak!”

Erkk! Kenapa la umi ni nak susah-susah? Dah tak boleh nak menolak dah pun. “Baik.”

Laju Puan Adawiyah masuk ke rumah. Tinggal Intan yang terkebil-kebil di buaian yang dibuai perlahan. Cuaca hari ini, amat menenangkan suasana. Redup sejak tadi, belum lagi menjemput terik. Perlahan-lahan bibir mengungkap syukur. 

Bersambung...


p/s: Secara jujurnya, cerita ini belum ada rangka yang konkrit untuk diterjemahkan di sini. Ideanya ada, tapi belum menyeluruh. Huh... aku ingat senang je nak menulis ni. Tapi susah jugak la sebenarnya. Malaysia boleh, kan !!!

Thursday, June 07, 2012

Quote #1


Ini adalah satu cliche quote. Mungkin la.

Tapi, tak apa la sebab aku nak motivate diri sendiri. Siapa lagi nak motivate diri sendiri kalau bukan aku kan? 

Your choice in your hand, bak kata orang putih. And happiness is a choice. So takkan nak pilih derita pulak kan kalau kita boleh memilih. Berbahagialah walaupun dalam derita. Amboi aku ni!! Boleh ke?? Haha.

Frankly speaking, kadang-kadang dah rasa tak mampu nak hadap dengan apa yang ada sekarang ni. Ohh.. sungguh la payah hidup ni!!! 

Orang kata ada pelangi selepas hujan. Yang patah akan tumbuh. Yang hilang akan berganti.Stay cool ! Tapi, jangan lupa.. bila ada yang berganti akan ada yang hilang. Pro and con la.  And be patient, good things come to those who wait. Tapi, sia-sia je tunggu kalau tak ada usaha. Actually, I'm too tired to wait. Bukan sebab tak usaha, tapi belum ada rezeki mak aku kata.

So now.. keep going, keep moving and keep whatever i can keep. I'll try to keep it. May Allah be with me.

Sajak di bawah tidak ada kena mengena dengan quote di atas. Cuma aku rasa sangat bersemangat bila baca sajak orang ni. Cilok sajak orang je sebab aku memang tak reti nak tulis sajak apa tah lagi nak buat sajak yang bersemangat macam gini ha. Tak jadi nak sedih kalau baca sajak ni. Alahai, jiwangnya kau Bedah !! wakaka.


Ke mana jua aku jatuh, di situ aku berjalan

Bosan berjalan, aku berlari

Tak mampu berjalan dan berlari, aku mengengsot

Hancurkan aku dengan derita

Musnahkan aku dengan senjata

Dan kau masih tidak mampu membunuh jiwaku

Wahai kesedihan . . .
 
~ Aishah Madadiy ~
Velvet di Durham


p/s : I love your ideas in Velvet di Durham. Dapat pengisian jiwa bila baca buku anda. Thanks. Nak sainnnn !! Heheh.

Tuesday, June 05, 2012

Kisah Najihah : Bab 12

“Apesal cepat sangat kau discharged? Dah betul-betul sihat ke?” Alia duduk bersila kat sebelah Najihah yang sedang rebah atas katil. Lepas je Alia habis kerja, dia terus datang bertapa kat rumah Najihah.

“Aku pengsan je, Lia. Bukannya koma nak duduk sana lama-lama.” Najihah bersahaja. “Tapi badan ni letih sikit. Kepala pusing-pusing…”

“Kau kena makan ubat-ubat tu semua.. perut tu jangan biar kosong. Dah tau ada penyakit, suka sangat nak lewatkan makan. Cuba makan ikut time. Satu lagi kurangkan sikit makan junk food.”

“Mak oii.. dah macam dietitionlah kau ni.” Najihah pekup telinga tanda tak nak dengar.

“Jiha, kau nak dengar cerita tak?” Alia dah tukar topik tiba-tiba. Dia tepuk-tepuk lengan Najihah perlahan.

“Hikayat apa pulak kali ni? Aku ingat kau dah nak balik tadi…” Najihah menyeringai gigi. Dia masih lagi terbaring dengan muka memandang ceiling. Daripada duduk bersila tadi, Alia pun tumpang baring sekali kat atas katil yang bersaiz queen itu.

“Dah kecoh satu ofis. Dia orang cakap.. kau pengsan sebab kena gertak dengan Pak Cik Khalid.”

Hah..  itu lah orang kita. Senang-senang nak jaja kisah orang. Kalau kisah tu betul tak apa… no hal!! Ini langsung tak betul sama sekali. Free je dapat dosa kering wakaka. Dia orang tak tahu yang aku ni hampir menutup mata sebab sakit bergulung-gulung. Hal tu, dia orang mestilah tak pernah kisahkan. Dia orang peduli apa?

Rajin si Alia bercerita itu ini. Cerita aku kena gastrik sampai termuntah-muntah kat tepi jalan pun dia dah tahu. Najmi ada mentioned pada doktor yang in charge aku katanya. Tetiba aku teringat pada Najmi yang tak tentu hala angin cool dan serius dia tu.  Haha.. Najmi, Najmi!!

“Ada lagi satu benda yang kau tak tahu…” Alia sambung cakap. Najihah angkat kening. “Dia orang cakap kau saja-saja buat pengsan sebab kau nak tarik perhatian Najmi dengan Amin.” Alia cakap sebiji-biji. Berhati-hati dia jaga ayat.

“Tak tergamak aku nak buat dia orang macam tu.. tak masuk akal.” Najihah ketawa geli hati. Otak cap ayam betullah dia orang ni. “Baik aku tarik perhatian Dato’ je.. untung-untung dapat jadi menantu dia. Barulah berbaloi-baloi.. heee.”

“Macam la anak Dato’ tu nak ngan kau haha.” Alia mencemik. Najihah ketawa. “Aku rasa.. dia orang jelous nampak kau kena dukung dengan Najmi semalam.”

Terus terduduk Najihah dibuatnya. “DUKUNG AKU?? Arghhhhhhhh!!!!” Lantang suara Najihah. Alia dah pekup telinga. “Betul ke apa yang kau cakap ni, Lia??” Najihah goncang-goncang badan Alia.

“Ishh!! Jangan goncang aku.” Alia tepis tangan Najihah.

“Lia, cepat cerita Lia. Aku tak main-mainlah!!” Najihah desak Alia yang cuba lengah-lengah cerita. Alia pejam mata buat bodoh. “Aliaaaaaa!!!” Najihah jerit dekat lubang telinga Alia.

“Jie.. pecah koklea aku nanti!!!” Alia gosok-gosok telinga dia. Suara dan muka dia memang tunjuk marah. “Betullah.. dia dukung kau sampai ke kereta. Takkan kau baru sedar hari ni kot?”  Kejam betul statement Alia yang last tu.

“Apa kau ingat aku buat-buat pengsan ke?” Najihah dah naik darah. Takkan aku nak buat-buat tak sedar kot. Agak-agaklah kan.

“Heeee.. lawak je la, Jie.” Alia sengih tunjuk gigi.

“Malunya aku! Mana aku nak simpan muka aku yang ‘cantik’ ni?” Najihah garu-garu kepala. 

“Patutlah tadi dia cakap aku.. opps.” Najihah cepat-cepat pekup mulut dia. Padanlah dia cakap aku berat, rupa-rupanya dia yang dukung aku.

“Siapa? Cakap apa? Cakap biarlah bagi habis.. alahai kau ni!!!” Alia ketap gigi.

“Tak.. Najmi ada datang melawat aku tengah hari tadi.” Bagi tau benda ni jelah. Takkan nak bagi tau Najmi cakap aku berat. Mau gelak dua jam minah kat sebelah aku ni.

Terbuntang biji mata Alia. “Wow.. Shahid Kapoor gi tengok kau. Mesti ada apa-apa ni?” Alia main tembak sekarang ni. “Kau borak apa dengan dia?” Dia cuba korek rahsia pulak. Dah nak jadi penyibuklah tu.

“Dia hantar buah tangan dari Dato’.  Tapi, mesti bestkan kalau ada apa-apa dengan dia.” Najihah tenung mata Alia dengan renungan yang tertunggu-tunggu reaksi Alia.

“Kau nak apa dengan dia? Kau jangan nak merepek eih.” Alia bantah keras. “Banyak lagi pilihan yang kau ada. Farid yang beria-ia nak kau, kau tak nak layan.” Bunyi macam kecewa je si Lia ni.

Senang-senang biar Alia jelah ambil si Farid tu. Tak adalah dia nak kecewa tak bertempat. Cepat sikit aku makan nasi minyak.

“King kong tu? Sapelah aku ni Lia.. dia tu anak gajah. Aku ni semut merah…”Arghhhh! Apehal tetiba tempo lagu Semut Merah dah masuk dalam kepala aku ni??

“Semut merah-semut merah, suka sangat dengan dangdut.” Alia juih-juih bibir. “Apesal panggil dia king kong?” Alia dengan muka keliru dia. Najihah dah tergelak.

“Kau tak nampak ke badan dia berketul-ketul.. macam badan king kong.” Selamba je Najihah cakap. Alia tercengang. Tapi muka dan mata dia tunjuk yang dia tengah berfikir sesuatu. Lepas tu, Alia tergelak besar.

“Teruklah kau ni.. macho apa muscle dia. Susah-susah je dia pergi gym..” Tak henti Alia ketawa.

“Macho ke?? Ngeri la!!! Kalau Yogi Bear tak pelah.. comel, nak jugak aku peluk.”

“Itulah lambang keunggulan seorang lelaki!!!” Melantun-lantun Alia puji si Farid. Apa dia dapat pun entah?

“Aku tak pandanglah lambang-lambang dia tu. Takut adalah.” Najihah kecikkan bahu dia tunjuk yang dia takut dengan orang yang berketul-ketul. Macamlah Farid tu berketul-ketul sangat haha.

“Sebab tu je kau tolak pinang dia?” Tiba-tiba Alia melencong ke bab sensitif.

“Ish kau ni.. sebab apa lagi? Sebab tulah!!” Najihah tergelak. “Aku tak ada hati dekat dia. First time jumpa dia memang aku tak suka dia. Bila dia buat benda yang aku tak suka.. memang aku terus benci dia.”

“Aku tau kau tak suka lelaki yang maskulin sangat. Tapi, orang cakap.. lebih baik kita kahwin dengan orang yang cintakan kita daripada kita kahwin dengan orang yang kita cintai.” Alia cuba klise bila sampai time macam ni.

“Cinta tak boleh dipaksa!” Najihah tetiba jadi serius. “Aku dah slow talk dengan Farid masa lunch dengan dia hari tu.. aku akan pulangkan cincin dia.”

“Kau tak menyesal tolak dia?” Cepat betul Alia pintas cakap Najihah.

“Aku berserah pada jodoh. Kalau dia milik aku, aku yang akan datang pada dia satu hari nanti. Kalau bukan, dia bukan untuk akulah. Tapi nak terima dia sekarang.. aku tak mampu lagi. Masa depan aku tak tau…” Jauh Najihah berfikir sambil merenung dalam kata-kata dia.

“Eh.. itu cincin Farid kan?” Mata Alia tertumpu pada kotak cincin yang ada dia atas meja solek Najihah. Najihah pun tertoleh sama. Cepat tangkap jugak mata minah ni kalau bab-bab gini. Dia memang pro la.

“A’ah.. kau nak ambik la.” Bersungguh-sungguh Najihah cakap.  “Syaratnya.. kau kena ganti tempat aku.. terima je pinang dia. Jangan nak banyak soal!” Najihah dah merebahkan semula badan dia di atas katil.

“Giler engkau!!! Tak pernah dibuat orang.. kau yang kena pinang, aku pulak yang kena jadi mak sanggup.” Alia marah-marah tapi kaki dia dah merapati meja solek ambil benda alah tu. Lepas tu dia buka dan tengok isi kat dalam kotak merah tersebut.

“Fuhhyyoo.. cantik giler!! Mesti tinggi karat emas putih ni.” Alia tenung cincin itu jauh-jauh sambil belek-belek. “Pandailah dia pilih.. mesti mahal! Tengok pun tau.” Kali ni Alia puji lagi si Farid tu. Suka benar dia dengan segala yang ada sangkut paut dengan Farid.

“Tak tau aku berkarat ke tidak? Cincin tu pun aku tak pernah tengok.” Najihah cakap acuh tak acuh seolah-olah tak berminat langsung dengan cincin tersebut. Tak ada maknanya seolah-olah, memang aku tak berminat pun. Confirm!!! Ish-ish.. sombongnya aku. Tak eloknya perangai.

“Hish.. tak tengok lagi?”Alia geleng-geleng kepala tanda tak percaya. “Nah, sarung la kejap.” Dia henyak punggung sebelah Najihah sambil tangan dia sua kotak cincin depan hidung Najihah.

“Eh.. tak nak-tak nak, biar je dia berkarat atas meja tu!!” Najihah tolak tangan Alia yang pegang kotak cincin tu menjauh dari dia. Rasa meremang bulu tengkuk bila nak cuba-cuba pakai cincin tu. Tak tergamak! Ali dah juih bibir tengok Najihah.

“Kita bawa pergi gadai nak?” Celah Najihah tiba-tiba. “Duitnya kita bahagi sorang separuh. Kau 30 percent sudah. Upah bawa kereta. Mahal tu.. dengan orang lain kau tak dapat tau.” Najihah sengih.

“Kalau sorang separuh.. apesal aku dapat 30 percent je? Dasar fail math.” Alia dah keluar ayat tak puas hati dia. “Dahlah… aku blah dulu. Menyampah aku nak melayan kau ni…” Alia terus bangun dan keluar dari bilik Najihah.

“Bye…jangan lupa letak padlock dekat pagar!!” Najihah gelak kuat-kuat seronok tengok muka Alia yang dah naik bengang. Ingat aku nak pujuk ke kalau dia merajuk.

                                  ******************************************************************************

“Jiha.. Farid dekat bawah tu. Dia nak jenguk kamu…” Sergah Mak Cik Aisyah yang tiba-tiba terjah masuk bilik Najihah. Lepas je Maghrib tadi, Najihah sambung baring atas katil. Memang tak ada mood nak buat apa-apa. Kepala masih pusing-pusing. Nak tidur je rasa.

“Orang sakit kepala. Ibu jelah layan dia.. orang nak tidur ni.” Najihah cari alasan paling bagus nak mengelat dari jumpa Farid.

Masa aku tengah sakit nilah, dia nak datang rumah. Tak ada masa lain ke? Tapi aku rasa, aku memang tak pernah ada masa yang sesuai nak jumpa dia.  Kalau pun ada, saja aku buat-buat tak ada. Bila ingat dia, mesti ingat cincin yang menyakitkan hati dan peristiwa tak dapat makan burger masa lunch tempoh hari. Burger pulak yang aku kisahkan, bukan nak kisah pasal pertengkaran depan burger tu haha. E’eh.. burger lagi yang aku sebut!!!

“Turunlah kejap.. makan sikit. Kamu tak makan lagikan dari petang tadi. Takkan ibu nak bawa nasi naik atas pulak.” Lembut je Mak Cik Aisyah cakap sambil sindir-sindir Najihah. Mesti mak aku ni dah tau taktik aku yang sengaja tak nak jumpa Farid. Susah la gini.

“Okeylah bu. Lagi lima minit.” Terpaksa ikut cakap Mak Cik Aisyah. Lepas je cakap ‘okey’, Mak Cik Aisyah angkat kaki dari singgahsana aku ni. Pandai mak aku ni berkira-kira. Kalau aku turun, maknanya aku kena makan semeja dengan Farid. Adoiii…berat betul bahu yang nak memikul.

Sebelum turun ke ruang tamu, Najihah tengok diri dia kat cermin. Eh, takkan nak pakai baju tidur paras lutut yang ada gambar Agry Bird dengan seluar tiga suku ni? Tukar baju ‘sopan’ sikit la.

Lepas tu, dia turun ke bawah.  Dia nampak Farid tengah borak-borak dengan Pak Cik Nazim. Mak Cik Aisyah tak ada kat situ. Kat dapurlah la tu, kat mana lagi kan.

“Ibu.. nak tolong apa ni?” Aku tengah ikhlas nak tolong ni. Mak Cik Aisyah yang tengah menyenduk lauk dari dalam periuk tertoleh tengok Najihah. Terperanjat dia bila tengok Najihah. Dia pandang Najihah dari atas ke bawah banyak kali.

“Kamu dah buang tebiat ke, Ain Najihah?” Terbeliak biji mata Mak Cik Aisyah. Kira kes serius dah ni sebab mak aku tu dah tersebut nama penuh. “Tak pernah-pernah pakai kain batik.. dah tu baju siapa kamu pakai ni??” Terberhenti kerja Mak Cik Aisyah menceduk lauk. Senduk dan mangkuk, dia letak atas meja. Dia belek-belek baju Najihah sekarang ni.

“Baju ibulah.. orang pinjam kejap heee.” Najihah tersengih-sengih. Muka Mak Cik Aisyah nampak stress.

Mana tak stress orang tua bila nampak aku pakai Kurung Kedah yang entah zaman bila pun tak tau. Buruk betul rupa aku, langsung tak padan pakai macam tu. Baju dah rupa orang balik menoreh. Kain batik, entah apa-apa je aku ikat, serebeh. Macam nak terlucut.

“Masyaallah.. apa kena dengan budak ni?” Mak Cik Aisyah mengeluh sorang-sorang sambil geleng-geleng kepala.

“Ibu.. anything wrong with me?” Najihah berlakon. Mak Cik Aisyah terkebil-kebil.

“Huh.. everything’s is wrong with you!! ” Masih tak lepas Mak Cik Aisyah pandang anak dia tu.

“Mana ada!!” Najihah berdalih. Padahal, dia pun dah tergelak sakan tadi bila tengok diri dia  depan cermin.

“Pergi tukar. Jangan nak malukan ibu. Terlondeh kain kamu karang, demam panas pulak budak Farid tu nanti.”

Wakaka.. mak aku buat lawak. Ohh, ngeri kalau nak biar kain terlondeh depan Farid! Mak Cik Aisyah tolak Najihah yang tengah sakan tergelak naik ke bilik. Terpaksa la tukar baju. Niat di hati masih nak kenakan Farid, biar Farid benci dia seumur hidup.

Dia cuma tukar baju je ke baju kurung. Kain batik, dia tak tukar pun. Tudung Syria dia sarung di kepala. Sambil tu, dia tersengih lagi depan cermin. Tak sabar nak tunggu komen Mak Cik Aisyah haha.

“Ibu.. okay eih gini? Orang dah tak larat nak tukar dah…” Najihah buat suara letih. Mak Cik Aisyah pandang dia atas bawah lagi.

“Okey la tu.. walaupun nampak dah macam buang tebiat.” Mak Cik Aisyah tak terkata apa. Najihah tersenyum puas hati. Najihah disuruh bawa dulang air ke meja makan.

“Abahnya.. ajak Farid makan. Dah siap hidang semuanya...” Mak Cik Aisyah melaung. Najihah terus duduk di meja makan. Pak Cik Nazim jeling pada Najihah atas bawah sementara dia berjalan merapati meja makan. Farid turut mengekor dari belakang.

“How are you, Jiha?” Farid menyapa setelah ambil tempat sebelah Najihah. Sebelum tu, sempat dia mengerling Najihah, kemudian tersenyum sumbing.

“Good, thanks.” Najihah cuba maniskan muka. Takkan nak buat muka sombong bila orang tanya khabar. Tak logik le.

Farid cakap dia ada bawa buah tangan untuk aku. Sampai je kat dapur tadi, Mak Cik Aisyah dah tunjuk buah tangan Farid tadi kat aku. Tak ada benda lain lagi ke  nak bagi. Asal sakit aje bawak buah, asal bawak buah je mesti sakit. Najmi pun bawak benda yang sama jugak. Tension tau tak  makan buah hari-hari.

“Kenapa tak bagi tahu I yang you masuk ward. Mujur Alia bagi tahu…”  Farid bercakap sehabis baik nak ambik berat.

“Saja…” Balas Najihah acuh tak acuh. Charged satu malam je pun takkan nak heboh satu kampung. Mak Cik Aisyah dan Pak Cik Nazim dah jeling tajam tengok Najihah.

“Jiha, kenapa cakap macam tu?” Kan aku dah kata yang Pak Cik Nazim tak puas hati dengan aku. Najihah tunduk tak ada mood.

“Tak apa uncle.. kita orang memang selalu macam ni. Saya dah faham Jiha ni macam mana.” Boleh pulak si Farid ni backup aku.

Najihah pandang Farid, kemudian dia angkat ibu jari kiri dia kat Farid. Macam nak take five pon ada. Farid senyum lebar. Tetiba je, Farid boleh jadi geng aku. Mana tak geng, kalau Farid berpihak pada aku haha.

“Kalau auntie tau Farid nak datang tadi.. boleh auntie masak special.” Erkk.. lebih-lebih la Mak Cik Aisyah ni. Najihah tengok mak dia dengan perasaan lain macam.

“Eh.. ini pun dah cukup baik dah auntie. Sedap. Saya tak memilih.. semua saya makan.” Ceria je bunyi Farid. Mak Cik Aisyah tersenyum lebar.

“Amboi bu.. anak sendiri ibu bagi makan nasi lembik ni je. Anak orang pulak ibu nak masak special. Tak boleh jadi ni!” Perlahan je Najihah cakap. Tapi bunyi macam tak puas hati.

“Perut kamu tu sensitif.. jangan nak ngada-nagada nak makan apa yang kami makan ni.” Amboi Mak Cik Aisyah ni! Dah berapa kali amboi dah ni. Najihah muncung mulut sedepa. Terasa hati. Bukan perut je sensitif tapi hati pun tahu sensitif.

“A’ah…you kan sakit. Nanti you dah sihat.. you nak makan apa I belanja.” Farid cuba mengambil hati. Najihah dengar bagai angin lalu. Tak payah susah-susah, Najmi nak belanja aku nanti. Pehhhh.. berlagak gila aku ni kan.

“Hah tambah Farid.. tambah nasi tu lagi.” Pak Cik Nazim pulak mencelah bila nampak Farid berselara makan pada malam itu. Takut aku tengok dia orang ni melayan Farid.

Siaplah kau Farid, kau nak tambah lagi ye. Aku boleh uruskan. Jangan risau! Bersenduk-senduk nasi aku tolong tambahkan nanti. Biar terburai urat perut kau kat sini.

“Farid.. I sendukkan untuk you.” Warghhhh! Lembut giler suara aku. Mesranya, aku pun tak sangka aku boleh cakap gitu. Lembut bukan sebarang lembut. Tapi lembut yang ada agenda jahat. Kenapalah aku selalu bertukar jadi jahat bila jumpa si Farid king kong ini?

“Eh.. cukup-cukup, dah banyak I makan ni.” Farid tolak dengan baik.
Memandangkan aku duduk kat sebelah Farid, aku tambah tiga senduk penuh nasi ke dalam pinggan Farid. Macam nak pitam Farid tu aku tengok. Sekarang ni, mata Farid dah terbeliak. Jahatnya engkau Najihah oiii!!

Oppss!! Matilah aku. Pak Cik Nazim dah jeling maut tuu…

“Tadi you kata sedap kan? Kalau sedap.. you kena makan banyak-banyak.” Saja aku cakap selemah lembut yang mungkin. Terasa akulah penjahat di alam semesta ni. Nafas Farid turun naik. Tapi, dia pasrah je sambung makan. Apa pun dia tak cakap. Najihah gelak berdekah-dekah dalam hati. Baru puas hati aku, rasa macam nak melompat-lompat cecah ke ceiling rumah ni.

“Tinggal je nasi tu Farid kalau dah tak larat. Jiha ni saja dengki tengok kita makan sedap-sedap. Dia kan tak boleh makan semua ni…” Mak Cik Aisyah menyelamatkan keadaan bila tengok Farid yang dah terdaya nak mengabihkan nasi.

“Apa pulak bu.. Farid kan tak pernah makan kat sini? Jadi apa salahnya dia makan lebih sikit? Betul tak Farid?” Najihah sengeh pada Farid. Saja nak tutup kesalahan depan mak bapak dia.

“Betullah tu…” Macam terpaksa je Farid jawab.

Yeehaa.. dia sokong aku! Bagus betul la Farid ni, nampaknya boleh jadi pom-pom boy aku. Tapi, kesian pulak tengok dia yang dah macam pancit. Kang meletup perut mamat ni, tak ke 
menyesal aku?

“Sudah Farid.. tinggal nasi situ.” Pak Cik Nazim bagi arahan keras sambil cuci tangan. 

“Melampau benar Jiha ni buat lawak dengan kamu. Anak gajah pun tak makan banyak macam ni…” Pak Cik Nazim buat-buat gelak. Aku tau abah aku tu dah geram dengan perangai aku. Matilah aku kena ganyang lepas ni.

Farid cuci tangan lepas tu. Nampak sangat dia memang dah tak larat nak habiskan nasi yang berlambak dalam pinggan dia tu. Pak Cik Nazim dah pergi ke ruang tamu. Mak Cik Aisyah dah ke dapur semula. Najihah mula berdiri dan mengemas sikit-sikit meja makan.

“You duduk je.. I tolong auntie kemas.”
Najihah terlopong macam tak percaya. “Erkk.. kemas?? Eh jangan.. I boleh buat dengan ibu.”

“No.. you duduk. I yang tolong malam ni!!” Tegas suara Farid. Najihah duduk semula sebab dia terasa Farid bercakap dari hati. Dan bukan buat-buat rajin. Tangan Farid dah mula mengumpul pinggan dan gelas kotor. Nama dia Farid ke Faridah?? Hah.. rajinnya dia! Dia tegah aku hantar semua pinggan kotor ni ke dapur. Najihah tengok je Farid buat kerja. Rileks je cara dia. Kenapa dia harus buat aku rasa bersalah pada dia??

“Fariddddd…” Hampir terjerit Mak Cik Aisyah bila Farid masuk ke dapur dengan tangan penuh dengan pinggan mangkuk. Periuk belanga je tak ada.

Jenuh Mak Cik Aisyah tegah si Farid tu. Tapi mamat tu ketawa je. Sudahnya dia kemas meja sampai licin sambil ketawa dengan Mak Cik Aisyah. Suka sangatlah mak aku tu kan. Hish!!!

                                   *****************************************************************************

Selepas je Farid mintak diri, Najihah baru teringat untuk pulangkan barang Farid. Najihah minta Farid tunggu dia di kerusi batu yang ada kat tepi kanan halaman rumah dia. Tak jauh dari situ ada kolam ikan koi Mak Cik Aisyah.

Secara perlahan-lahan, Najihah hulur kotak kecil colour merah depan Farid. Mata Farid jatuh pada kotak yang ada atas meja depan dia. Masing-masing diam sejenak.

“Kenapa ni, Jiha?” Sayu je suara Farid. Sampai aku pun naik sayu jugak. “You kan masih tak sihat.. kita discuss lain kali je. You perlu rehat dulu.. you ambillah berapa banyak masa yang you nak. I tunggu…”

“Tak Farid.. kitakan dah bincang sebelum ni. Keputusan I sama.” Najihah agak bertegas cuma suara dia mengendur. “I cuma nak pulangkan barang you ni balik.. I dah janji pada you dulu kan.”

“Okey.. tapi bersyarat. I nak you simpan cincin tu dulu sampai I berpuas hati yang you bukan milik I. Kalau you anggap I ni kawan you.. please continued kept the ring. Bolehkan?” Farid mintak kepastian pada wajah Najihah. Najihah mendengus kasar. Tak sedar boleh keluar lagi perangai buruk depan Farid.

Pening aku dengan Farid ni. Kejap nak buat aku ni milik dia. Kejap nak jadikan aku kawan dia. Ada masalah kecelaruan minda ke king kong ni?? Kalau aku simpan lagi cincin dia, bermakna aku masih perlu berhubung dengan dia. Seolah-olah aku terikat dengan simbolik cincin dia ni walaupun aku tak pernah sarung benda alah ni.

“Bolehkan Jiha?” Farid ulang lagi soalan. Dia ni memang banyak bersabar dengan aku. Aku layan dia teruk kot. Tapi dia rileks je. Langsung tak pandai nak tunjuk marah dia. Ni yang aku stress ni!!!

“I dah  tak boleh simpan.” Najihah bersuara lebih tegas kali ini. “Ini bukan hak I…” Najihah cakap dengan mata melirik pada kotak cincin yang ada kat depan dia. Dengan segera, kotak tersebut ditolak kasar merapati Farid. Entah bila Farid letak kat situ tadi pun, dia tak sedar.

“Besar sangat ke permintaan I ni, Jiha? Berat sangat ke you kena tanggung?”

“Please ambik balik!! Farid.. kita boleh jadi kawan kan?” Najihah luah isi hati lepas rasa bosan nak tawar menawar dengan Farid. Farid ni degil orang dia.

Farid cuma angguk setuju. Dia buka kotak cincin dan tengok isi dalamya.  Lepas tu, dia mengeluh berat sambil letak balik kotak tu depan dia. Nak suruh aku tolong simpan dalam kocek seluar dia pun aku sanggup. Macam ngeri je nak pandang lagi kotak tu.

“Minggu depan I  dah nak balik KL…” Ujar Farid tiba-tiba.

“Iye.. you kerja dekat sana terus ke?” Teruja Najihah dengar sampai Farid tak sempat nak habiskan ayat dia. Mood serius Najihah tiba-tiba bertukar ceria. Harap ada berita baik.

“You.. seronok you eih dengar I nak balik KL.” Farid menyindir. “I pergi kejap je.. tapi tak tahu lagi berapa lama. Maybe dalam seminggu dua...”

“Ohhooo.. okey.” Najihah tersengih malu. Rasa nak tepuk dahi. Cisss!!! Bukan berita baik daa.

“Hopefully you are going to miss me….” Farid tersenyum tengok Najihah.

Janganlah berharap!!! Aihhh.. meluat pulak tengok senyum dia tu. Tapi, aku tersengih jugak bila dia cakap begitu.  Sebab aku dah rasa advance best sebab tak payah susahkan diri nak tengok muka mamat ni dalam seminggu dua ni. Bukan thrill pun nak rindu-rindu dia. Aman suasana hidup ni terasa kalau dia tak ada.

“Okey.. kita tungguuuuu!!” Najihah tunjuk muka paling ceria. Tak sabar nak tunggu dia ke KL sebenarnya wakaka.

“Sepanjang I tak ada ni you tak payahlah workaholic.. nanti you pengsan lagi.” Farid memang suka bagi kata-kata nasihat.

Najihah angkat bahu. “I bukan workaholic.. I gastric.” Najihah saja nak kenakan Farid. Aku nak kerja kuat pun apa kena mengena dengan dia. Tak ada kaitan pun.. selama ni pun bukan dia yang susah.                    

Farid ketawa kecil. “ I balik dululah.. dah lewat dah ni.”

“Sebelum tu Farid.. I nak minta maaf pada you. Tadi I tambahkan nasi terlebih pulak.” Najihah menyeringai gigi. “I ingat badan you yang berketul-ketul…” Najihah angkat kedua-dua tangan dia seperti atlet bina badan. “Sebab you makan banyak …” Farid tergelak besar.

“Cik adik sayang.. you ingat muscle-mucsle I ni sebab makan banyak ke?” Sampai berair-air mata dia gelakkan aku. Najihah gelak kecil, konon-kononnya sangat naif.

“Ohh.. macam tu eik.” Najihah garu-garu kepala. Buat-buat macam tak bersalah. Berlakon je tu, padahal memang dia sengaja nak sabotaj Farid.    

Farid geleng kepala tengok Najihah. Dia bangun dari kerusi dan terus berlari laju ke kereta dia. Najihah tengok Farid tak berkelip. Apahal king kong ni berlari tetiba??  Naik heran aku tengok. Sempat pulak Farid toleh tengok Najihah sebelum dia masuk kereta.

“Jiha.. cantik you malam ni. Macam perempuan Melayu terakhir.” Farid laung dari jauh. Tapi dia gelak lepas tu. Nampak sangat dia macam tak ikhlas puji aku.

Ciss! Tak guna kau Farid. Fesyen aku yang macam bini pendekar filem epik ni pun kau kata cantik. Perli aku habis-habisan la tu.

Tiba-tiba, mata Najihah terpandang kotak cincin Farid yang masih lagi ada di atas meja.

“FA… RIDDDDDDD!!!!!” Najihah jerit kuat-kuat. Hantu punya Farid. Patutlah dia lari laju-laju, dia memang sengaja nak tinggal benda ni kat sini. Marah betul aku dengan dia. Aku dah tak boleh fikir dengan baik time ni. Kotak tu, aku ambik dan baling sekuat hati ke arah kereta Farid. Apa yang aku nampak, Farid dah pecut laju. Kotak tu cuma jatuh kat atas rumput carpet laman rumah aku je. Jauh lagi nak sampai kat gate. Herghhh.. ngong jugak aku ni kena pergi kutip balik kotak tu. Itulah, aci baling je.. kan dah letih badan. Sudahnya, aku pergi jalan ambik kotak tu semula sambil mulut maki hamun dia sorang-sorang.

Bersambung . . .