Dah 6.30 pagi, Najihah
tekan butang stop dekat alarm handphone. Dia bingkas bangun ke bilik air mengambil wuduk. Kalau
mandi dulu, jawabnya terbabas Subuh. Lepas solat, sempat lagi dia terlelap atas
katil.
“Ya Allah… tidur lagi
budak ni, dah pukul 7 tau tak? Bangun cepat, mandi!” Mak Cik Aisyah tarik kasar
selimut dari badan Najihah. Brutal betul mak aku ni. Terkejut akak!!!
Najihah bangun dengan malas. Tuala yang tersangkut kat penyidai, dia capai dan jalan masuk bilik air dengan mata separuh tutup.
“Jiha, Jiha…apa kamu
buat lama-lama dalam bilik air tu. Kamu tidur ke apa?” Lebih kurang 20 minit
macam tu, Mak Cik Aisyah terjerit-jerit panggil Najihah yang masih tak keluar
dari dalam bilik air.
“Mana ada. Kenapa bu???
Lama sangat eih orang mandi? Dah nak keluar dah ni…jappppp!” Najihah jerit dari
dalam bilik air.
“Okeh siap cepat…boleh
sarapan! Dah pukul berapa dah ni.” Mak Cik Aisyah membebel-bebel kat depan pintu
bilik air Najihah.
Lama sangat ke aku
dalam bilik air tadi? Mesti ibu risau, sebab aku selalu tertidur dalam bilik
air hahahaha. Tapi, itu cerita lamalah. ‘Penyakit’ tu dah hilang sejak masuk
hostel kat universiti. Pernah jugak Mak Cik Aisyah tanya aku dulu.
“Jiha…macam mana kamu
boleh lena dalam bilik air tu? Kamu bersila ke, mencangkung ke…tak pun kamu
baring betul-betul?”
“Entahlah bu…tak
sengajalah boleh tertidur hahahaha.” Aku gelak kuatlah bila dengar Mak Cik
Aisyah tanya gitu.
Pukul 8.10 pagi dia sudah sampai di pejabat, bermakna ada 20 puluh minit lagi untuk memulakan kerja. Wah, sesaknya nak masuk sini. Dia terpaksa mengecilkan badan untuk membolosi ruang Jabatan Operasi untuk sampai di meja dia. Semua yang ada di situ pandang Najihah tak lepas. Lagak macam tak pernah tengok perempuan je dia orang semua ni. Manakala ada dua, tiga orang staf sudah mengetahui bahawa dia adalah orang baru di situ. Jabatan ini biasanya di penuhi dengan pemandu-pemandu yang keluar masuk tak kira masa untuk menyemak trip perjalanan bas dia orang.
Ruang ofis Najihah
ditempatkan di dalam wisma utama bersama empat department lain. Department
yang Alia duduki dekat bangunan lain pulak. Dekat belakang wisma ni je pun.
Sebaik sahaja Najihah
duduk kat kerusi, dia disapa oleh seorang pemandu. Mestilah pemandu lelaki,
menurut Suzana syarikat ini belum pernah lagi mencipta sejarah untuk mengambil
pemandu dari kalangan wanita.
“Pegawai baru kat sini?”
Tanya seorang pemandu yang agak berumur. Senang je nak kenal dengan driver kat sini sebab dia orang
semua pakai uniform syarikat yang berwarna biru.
“Ye…baru start hari ni.” Pendek Najihah jawab.
“Cik atau puan?”
Pemandu itu menambah. Najihah berfikir sebentar mencari jawapan. Pemandu yang
sebaya abah Najihah itu tersenyum. Nak tahu samada aku dah kahwin ke belumlah
tu. Sibuk betul orang tua ni.
“Hermm…PUAN!” Najihah
selamba.
“Eh tipulah!! Tak nampak
macam orang dah kahwin pun. Muka pun berseri-seri je.” Pemandu tadi cakap
dengan yakin.
Eh…boleh kenal ke orang
dah kahwin ke tak? Bahaya orang tua ni. Tipu pon tak lut.
“Oh…dah kahwin rupanya.
Anak berapa?” Seorang pemandu lagi mencelah. Ini soalan perangkap.
“Tiga orang. Dua
perempuan satu lelaki. ” Lancar betul mulut aku ni kalau masuk bab menipu.
Bukan apa, saja nak tutup cepat cerita kahwin-kahwin ni.
Tak lama lepas itu, Haji Ramli dilihat melintas bilik operasi untuk menuju ke bilik dia. Keadaan bertukar menjadi senyap. Nak tunjuk hormatlah dia orang tu. Belakang pak aji tu, bukan main lagi dia orang.
“Assalamualaikum, Tuan
Haji.” Najihah menyapa Haji Ramli dan salamnya disambut.
“Ain…ikut saya ke
dalam. Saya ada beberapa perkara nak bincang.” Haji Ramli mengarah.
“Baik, Tuan Haji.”
Hamba menurut perintah. Najihah sambung Najihah dalam hati.
Kemudian dia
mengekori Haji Ramli dari belakang dengan membawa sekali diari.
Haji Ramli menerangkan tentang
selok-belok bidang tugas Najihah dengan lebih lanjut. Pak aji tu jugak menunjukkan prosedur untuk membuat laporan
sesuatu kes saman melalui Gantt Chartt. Selain
tu, Najihah perlu tahu mengenai
PERKESO, KWSP, PUSPAKOM dan banyak lagilah
tugas aku. Kalau nak cerita semua kat sini mau dua tiga bab pulak karang.
Mengantuk je semua yang baca cerita ni hahaha.
Hampir ke tiga jam
jugalah Najihah bertapa di dalam pejabat Haji Ramli. Walaupun aircond cukup kuat kat situ, tapi peluh
dingin tetap memercik kat dahi Najihah yang sedang pick-up arahan daripada Haji Ramli.
“Cukuplah tu Ain…saya
tahu awak pening nak cacth up semua
benda ni. Tengok dahi awak yang berkerut tu pun saya dah dapat agak.” Haji
Ramli ketawa kecil.
“Eh…sampai macam tu
sekali ke Tuan Haji?” Najihah risau. Terasa over
acting pulak.
“It’s okay…awak boleh semak semua dokumen tu di luar. One more thing…di belakang tempat duduk
awak ada sebuah bilik kecilkan. Bilik tu ada semua maklumat mengenai saman dan
rekod-rekod pekerja. Awak boleh masuk ke situ untuk ambil segala rekod dan buat
rujukan. Awak boleh minta tolong daripada Intan. Sebahagian daripada tugas dia
memang untuk membantu awak di sini.” Panjang lebar Haji Ramli membuat penerangan.
“Ok Tuan Haji…kalau tak
ada apa-apa lagi saya keluar dulu.”
“Tapi kalau ada yang
tak faham…just ask me,okay.” Haji
Ramli pandang Najihah dengan mata yang tak lokek nak hulur bantuan. Baguslah
pak aji ni.
“Baik Tuan Haji… I will ask you later, for sure.” Jawab Najihah tanpa berselindung. Dia
melangkah ke meja kerja dia dengan melenggang. Sebaik sampai je, ada seorang
lelaki dalam lingkungan 40an datang mendekati.
“Cik Ain…tinggal kat
mana?”
“Panggil Ain je…En.
Rahim. Rumah saya dekat Taman Cempaka.” Jawab Najihah sambil membelek-belek
dokumen yang bertimbun di atas mejanya.
“Eh…tahu nama saya?”
En. Rahim terkejut.
“Hish En. Rahim ni…apa
guna pakai pas pekerja yang besar gedabak tu kalau bukan nak tunjuk nama En.
Rahim.” Najihah tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya.
“Hehehe…” En. Rahim
tepuk dahi. “Sorylah Cik Ain…orang
tualah katakan.” Ketawa kecil pulak En. Rahim ni.
“Tak ada hallah….” Tak
sempat Najihah menghabiskan kata-kata, telefon di mejanya berdering. Najihah
dan En. Rahim sama-sama pandang telefon tersebut. Najihah jawab. En. Rahim dah
gerak ke tempat dia.
“Hello Jiha…aku ni.” Alia!!!!
Pandai dia guna ‘kemudahan percuma’ kat syarikat ni.
“Hargh kau..ingatkan
sapa tadi. Kenapa?”
“Jap lagi lunch time …kita makan sama-sama kat café
eih.” Najihah tengok jam kat tangan, ada lagi setengah jam untuk keluar
rehat. “Aku pergi kat tempat kau. Kau tunggu je situ.” Tokok Alia.
“Ok.” Najihah jawab tanpa
banyak soal.
*****************************************************************************
“AIK…sikit
je makan. Tak habis pun…” Tanya Alia.
“Aku memang macam
ni…kalau berubah tempat, selera lambat nak mari. Macam lah kau tak kenal aku?”
“Ada juga orang pelik
macam kau ni. Tapi yang buat aku lagi pelik…kalau makan kat mana-mana restoran even first time pun…lalu je, berselera
je kau makan aku tengok.” Alia mengutuk.
“Aku tak pelik lah…aku
unik.” Najihah angkat kening. “Itu lain…suasananya enjoy…mestilah berselera. Kat sini suasana bekerja…first day pulak, macam-macam aku nak kena
pick up. Bila aku dah adapt tempat ni, kau tengoklah nanti
berapa banyak aku boleh makan.” Najihah tergelak.
“Tulah…siapa suruh
belajar tinggi-tinggi, kan dah pening kepala.” Alia ketawa perlahan.
“Apa punya nasihatlah
kau bagi kat aku ni… tak ada motivasi memajukan diri langsung. Menjahanamkan
aku adalah.” Najihah mengeluh.
“Alah…biasalah tu Jiha,
bila dah kau familiar kat sini nanti
ok lah tu.” Alia mula memberi semangat.
“Tapikan…kalau aku tau
macam ni punya susah bekerja, baik aku jadi doktor je dulu.” Najihah tiba-tiba
tergelak besar.
“Ahahahahaha…aper punye
perbandingan yang kau buat tu? Tak logik langsung!” Alia gelak kuat-kuat.
Kemudian Najihah turut gelak dengan idea bodoh dia tu. Orang lain yang tengah menjamu
selera tertoleh tengok dia orang.
“Tak payahlah Jiha oii…dah
tak ada makna nak tukar profesyen. Eh, Jie…aku baru teringat nak tanya kau satu
benda ni.” Bunyi macam serius. Najihah angkat kepala tunjuk reaksi bertanya. “Kau
ada jumpa budak operasi tak? Amin nama dia.”
“Tak ada pun…En. Rahim
ada lah.” Najihah jawab acuh tak acuh.
“Cik Rahim yang tua
bangka tu nak buat apa???”Alia mencemik. “Kalau kau nak tahu, dia tu supervisor kat operasi tu. Satu sekolah
dengan kita dulu. Tapi yang itu…aku sure
kau tak heran. Aku cuma nak bagi tahu kau…yang dia tu perangai tak semenggah
orang. Suka hati atok nenek dia je nak buat apa kat sini. Kalau bab
bergaduh…bagi kat dia jelah. Kau cuba tanya dia…perempuan mana yang kerja kat
sini…tak pernah bertekak dengan dia. Ada je point
dia nak bergaduh dengan orang.” Panjang betul Alia cerita pasal orang yang
bernama Amin tu.
“Aku bukan apa…aku tak
nak dia cari pasal dengan kau je. Sekarang aku dah bagi tahu…at least kau boleh berjaga-jaga dengan
mamat kurang ajar tu.” Ada lagi penambahan ayat dari mulut Alia.
“Ok-ok…aku dengar nasihat
kau tu.” Akhirnya Najihah baru dapat bersuara.
******************************************************************************
Sehari
suntuk Najihah mempelajari perkara baru pada hari ini. Lepas habis rehat tadi,
terus dia berjumpa dengan IT Technician
dekat sini. Belajar semua sistem apa yang patut. Kena buat emel baru sekali. Perkara
yang memang perlu dia beri tumpuan seratus peratus. Kalau tidak…boleh mati kutu
aku tak reti nak buat kerja nanti dengan segala software yang ada.
Keluar sahaja Najihah
di luar pintu ofis, dah boleh nampak kereta abah aku dekat luar pagar. Tak
sabar nak balik rumah lepas terasa penat kerja hari ni. Almaklum, dah lama
membuta dekat rumah. Hari ni rasalah kepenatannya!!!
“Macam mana kerja…boleh
ke?” Tanya Pak Cik Nazim sebaik sahaja Najihah membolosi kereta.
“Ermm…sakit kepala la
bah. Semua nak kena belajar.” Najihah bersandar lesu.
“Dah namanya baru masuk
kerja…mestilah kena balajar benda baru. Kerja tak sama dengan belajar. Belajar
sekurang-kurangnya bertanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga. Tapi, bila
kamu dah bekerja…tanggungjawab lebih daripada itu, kamu kena bertanggungjawab
pada syarikat merangkap majikan, orang atasan dan orang bawahan juga. Besar
amanah tu…jadi kena pikul baik-baik. ” Nasihat Pak Cik Nazim panjang lebar.
Adoi, banyaknya tanggungjawab aku!!!
“Ye bah…orang ingat
semua tu.” Jawab Najihah lemah. Kepala dia tetiba ingat balik pelawaan Alia
masa makan tengah hari tadi.
“Kau pergi balik kerja
ni naik apa? Abah kau jadi driver eih
angkut kau?”
“Amboi-amboi…aku rasa
ringan je tangan aku ni nak lempang mulut engkau tu.” Najihah buat action nak lempang pipi Alia.
“Emo pulak kau ni eih.”
Alia menyeringai gigi. “Kau jangan marah-marah…aku nak offer benda baik kat kau
ni. Apa kata…aku je yang ambil dan hantar kau. Senang kan sebab kita ke tempat
yang sama.”
“Memanglah kita ke
tempat yang sama…tapi kita dari tempat yang berbeza. Apa kau dah lupa? Rumah
aku tu lagi jauh dari rumah kau.” Sanggah Najihah pulak.
“Itu aku taulah…sebab
tu kau kena turun kat rumah aku. Lepas tu kau tak reti-reti nak jalan kaki
balik rumah kau.” Selamba betul Alia cakap. Ikut sedap mulut dia je kan.
“Bagus sangatlah tu!
Kau bukan tak tahu aku ni rajin sangat nak merentas desa dengan
berbaju kurung
ni. Huhh…tak kuasa mak.”
“Alah…tak jauh mana
sangat pun. Tiga, empat minit je nak ke
rumah kau kalau naik kereta.” Alia berkira-kira.
“Ohh…kau nak samakan
kaki aku dengan kereta kau pulak ke? Mahu empat, lima puluh minit kalau
berjalan. Boleh kurus aku.” Najihah membebel. Rasa nak cekik je tengkuk Alia time ni.
“Sama apa? Dua-dua mula
dengan huruf ‘k’…kaki…kereta…” Alia berkira-kira, loyar buruk. Cakap macam
budak-budak tak pergi sekolah.
“A’ah lah memang ‘k’.
‘K’…untuk kepala hotak engkau!!!!” Najihah tunjal kepala Alia. Banyak merepek.
Biar dia sedar sikit.
Lama Najihah
mengelamun, tak sedar dah sampai ke rumah. Sempat jugak Najihah jenguk Mak Cik
Aisyah yang sedang cabut rumput dalam pasu bunga. Lepas tu, dia terus naik ke
bilik dia. Campak tudung atas katil, tukar baju dan solat Asar. Kemudian terus
rebah atas katil. Nak buang rasa penat jap. Tapi rasanya hanyut terus kot
hahahaha.
(penulis bersama untuk part ini adalah member aku si YATI.kredit untuk dia hehe)
******************************************************************************
Hampir
ke pukul 9.30 pagi, Najihah tenampak ada seorang lelaki yang baru masuk ke bahagian
operasi. Pukul berapa lelaki ni masuk kerja?? Dilihat Cik Rahim mahu melintasi
mejanya dan Najihah sempat menggamit tangan panggil Cik Rahim. Cik Rahim
berpatah balik mendapatkan Najihah. Orang kat sini semua panggil ‘cik’ dan
bukannya dengan ‘encik’ sebab dah terbiasa begitu dengan Cik Rahim. Dia orang
cuma ambil hujung suku kata ‘encik’ itu je. Betul jugak kan, macam susah je nak
pangil encik-encik ni. Sebut ‘cik’ sudah.
“Ada apa Cik Ain?” Cik Rahim tanya dengan bersahaja.
“Sapa yang duduk kat
meja sebelah kanan tu? Dia baru sampaikan?”
“Amin…supervisor kat sini. Dia memang selalu
datang lambat.” Sekarang ni, Cik Rahim tunjuk muka bosan bila bercerita pasal
orang yang duduk di meja sebelah kiri dia tu.
“Semalam tak nampak dia
pun.”
“Semalam off day dia. Kenapa Cik Ain?”
“Tak ada apa. Saya
ingat siapa tadi.” Tutur Alia cuba berselindung.
Inilah rupanya budak
Amin tu, datang lambat buat company
ni macam bapak dia yang punya. Lepas ni apa pula perangai buruk dia??
Lepas Cik Rahim kembali
ketempat dia, Najihah nampak Cik Rahim dan Amin borak-borak kejap. Kemudian
Amin toleh ke belakang pandang Najihah. Mugkin baru tersedar kewujudan Najihah
di situ. Najihah hanya meyelak-nyelak dokumen nak tunjuk yang dia sedang
bekerja sedangkan ekor mata dia tengok Amin dari jauh. Sekarang ni, Amin sedang
jalan menghampiri meja Najihah.
“Eh siapa ni…orang baru
eih!” Amin menyapa Najihah sambil tersenyum riang. “Cik Rahim…siapa nama awek
ni?” Tanya Amin kepada Cik Rahim.
“Tanyalah pada tuan punya
badan sendiri.” Acuh tak acuh je Cik Rahim jawab. Tetiba Amin jalan ke pintu depan
memeriksa rak punch card. Dia
tercari-cari sesuatu, kemudiannya dia mengeluarkan satu kad.
“Nur Ain Najihah Binti
Mohd Nazim.” Amin baca kuat-kuat sambil tangan dia pegang satu punch card. Umur dia pun sebaya sayalah Cik Rahim.” Amin membelek-belek
punch card Najihah yang tertera
nombor kad pengenalan dan jabatan. Cik Rahim buat tak reti je.
Amin letak balik kad Najihah
dan pergi jenguk Najihah kat meja. Jenuh Najihah menjawab soalan daripada Amin.
Apa dia ingat company ni bapak dia
punya ke boleh bersembang anytime.
Dalam berborak Najihah sempat juga Najihah siapkan satu laporan mingguan.
Daripada bersaya awak bertukar menjadi aku dan engkau. Borak punya borak…sampai
juga mereka pada zaman sekolah dulu.
“Tak sangka kita satu
sekolah dulu. Kalau aku tau kau comel macam ni…dulu lagi aku dah ngorat sampai
dapat.” Amin senyum meleret-leret. Hish…dia cakap aku tak cantik dulu. Apa dia
ingat dia tu handsome sangat ke?
“Hermhh…kau dari dulu
sampai sekarang tak pernah berubah. Sapa yang tak kenal dengan perangai jahat,
lawan cikgu, kuat gaduh kau tu.” Najihah dah tembak-tembak Amin sekarang ni.
“Weh Ain…sampai hati
kau. Itu dululah…sekarang aku dah berubah.” Mendatar je suara Amin. Takkan
sedih kot? Muka gangster.
“Herm…boleh percaya ke?
Tak apa…biar aku tengok sejauh mana perubahan kau tu.” Najihah angguk-angguk
kepala dia.
“Kau cabar aku ke Ain?”
Amin merasa terpukul.
“Ada aku cakap ke? Aku
cakap nak tengok je.” Najihah berkias-kias. Kalut betul mamat ni.
“Dah…aku nak
buat kerja ni.” Najihah buat muka serius. Amin dah kembali ke tempat dia.
Najihah sambung kerja.
Keadaan ofis senyap
sunyi tiba-tiba bila ada sorang lelaki yang pakai kemas siap kot dan tali leher
yang lintas kat bilik operasi. Ada jugak yang tunduk hormat.
“Dato’.” Amin tegur. Dato’
Ramlan hanya mengangguk kepala.
Dato’ menuju ke sebelah
kiri bilik operasi. Bilik Dato’hanya
selang dua tiga buah je dari bilik operasi.
“Ain…kalau kau nak
tahu, tulah owner company ni.” Amin
cakap dari tempat duduk dia lepas Dato’ dah selamat masuk bilik.
“Ohh…patutlah aku
tengok muka kau kecut tadi. Rupanya nampak bos besar. Itulah asyik bercakap tak
henti-henti.” Sindir Najihah.
Dia ingat aku tak kenal
ke tuan punya syarikat ni. Haji Ramli dah bawa aku jumpa Dato’ dah pun sebelum
ni. Kena la jumpa bos besar dulu sebelum mula bekerja, syarat kat sini tu!!!
******************************************************************************
“Jiha
jom…kau tak nak lunch ke?” Alia datang
kat meja Najihah. Boleh tak sedar jam dah masuk ke waktu rehat.
“Ikut boleh?” Amin tiba-tiba
mencelah.
“Boleh blah! Lain kali
je, hari ni dia makan dengan aku. Esok dengan aku. Lusa dan tulat pun dengan
aku jugak.” Jawab Alia dengan suara kasar. Najihah tengok je. Tak dapat rentak
lagi nak faham keadaan dua makhluk kat depan dia ni.
“Heh Alia…sombong kau
eih! Mentang-mentang dah ada geng...besar kepala pulak” Amin tak puas hati.
Sebijik perangai dia macam waktu sekolah dulu-dulu. Langsung tak matang.
“Apa kau ingat kau je
yang boleh angkat geng? Kau je yang boleh besar kepala? Aku tak boleh…macam
tu?” Lagi tinggi suara Alia mengalahkan Amin. Hish…tak boleh dibiarkan budak
dua ekor ni.
“Lia…sudah-sudah la! Jom.”
Najihah taik tangan Alia keluar dari situ. Amin sempat tumbuk meja dia tunjuk
protes.
Alia berjalan laju ke
café hingga Najihah tertinggal kat
belakang. Marah betul Alia dengan Amin. Benci benar dia dengan Amin itu. Sebut
nama Amin pun dia tidak sudi. Inikan pulak nak duduk semeja menjamu selera.
Memang tidak berseleralah Alia jawabnya.
“Ermm…Lia, aku dah
bincang dengan abah aku semalam…pasal kau nak ambil hantar aku tu.” Najihah
buka cerita lain, tak sebut pasal Amin.
“Dah tu?” Alia angkat
kening.
“Abah aku yang hantar
selagi dia tak ada hal kat luar kawasan ni. Kalau dia ada hal…abah aku minta
tolong kaulah. Boleh?”
“Boleh je…dah aku offer ambil dengan hantar kau hari-hari,
takkan sekali-sekala pulak tak boleh.” Alia geleng kepala.
“Thanks,
Lia!”
“Thanks je tak cukup…belanja
aku makan hari ni.”
“Kejam la kau ni…aku
baru kerja dua hari. First gaji
nanti…aku belanjalah.” Najihah buat suara sedih.
“Eleh…buat muka kesian
pulak. Iyelah aku tau…saja nak test
kau.”
“Heheh…kau memang kawan
yang memahami la.” Najihah membodek.
“Jiha…pasal tadi, kau
dah tengok sendiri kan. Macam mana dia suka cari pasal…ini baru sikit. Lepas ni
kau kena berhati-hati dengan dia. Tempat kau tu, dekat je dengan dia. Memang
senang sangatlah dia nak ambil kesempatan kat kau.” Alia buka cerita tadi.
Bersungguh-sungguh dia berpesan. Najihah hanya menganggukkan kepala.
******************************************************************************
Malam-malam
macam gini memang bosan sebab tak ada aktiviti nak buat. Nak harapkan kak long,
tak muncul-muncul sampai sekarang. Berjanji je lebih kata nak chatting malam ni.
Okay sis, next Saturday…kita
chatting lagi eik. Oyasumi nasai! Sayonara!
Janji tinggal janji je. Sibuk sangat la kot
dengan kerja. Kerja, anak, suami semua nak handle.
Mesti dah lupakan aku yang tengah tunggu dia macam buah tak gugur. Ni nak marah
ni!!!
Sila fikir dengan
baik-baik ya, Najihah. Kakak ipar kau tu banyak lagi kerja selain nak layan
kau. Sudahnya, dia berteleku depan laptop sambil menopang dagu dengan mata
separuh tertutup.
<melissa_1701> Kon
Ni chi Wa!!!!
Hah…cik kak ni dah oren.
Tak sia-sia tunggu setengah jam. Sampai habis sekotak Rocky aku bedal.
<najihah_nazim> you’re
late kak long…kena denda
<melissa_1701> sorry
sis, so tiring…I’ve done my presentation by noon. So, now can take a deep
breath…fuhh
<najihah_nazim>
iyelah...wanita berkerjaya memang la cam gitu
<melissa_1701> amboih…macam
la orang tu tak ‘bekerjaya’. Congrates sis..boleh belanja kak long nanti :P
<najihah_nazim> congrates after a third weeks?? Hermmh…
<melissa_1701> ok
apa dari tak ada . Kak long baru tahu la dik…nak harap adik bukan nak cerita huhu
<najihah_nazim>
saja la tu nak buat sedih. If I didn’t mentioned...at the ends, you still got
that information, right? Hahaha… doesn't
matter what, thanks kak long. nanti orang belanja kak long makan cendol mamak
kat bawah pokok ketapang
<melissa_1701>
cakap jangan cakap cendol-cendol kat sini..nanti kak long homesick
<najihah_nazim>
balik raya tak pernah miss pon…still homesick kahkahakah. Kak long….last
Saturday…orang makan CENDOL PULUT dekat kedai Bismillah. Sedap kak long…tak
pernah lagilah makan sesedap hari tu…slrrrrppppp!!!!!
<melissa_1701>
you’re too much dik…sob, sob, sob. Tak
apa lah…kak long masih setia dengan sashimi, udon, danburi, ramen….dan banyak
lagi dik
<najihah_nazim>
Euww…silap oranglah kak long. saya kan benci dengan seluruh keturunan sushi dan
seangkatan dengannya. Kuey Teow Doly Special waiting you kak long….
<melissa_1701>
Abang Long & Irfan…tengah main snow ball dekat luar. Dia orang tengah
jerit-jerit panggil you datang sini…
Chopp!!! Najihah jeling
sekilas jam dekat toolbar skrin.
10.25 pm.
<najihah_nazim> Pukul
berapa sekarang ni Kak Long?? Agak-gaklah nak tipu orang pon.
Kak Long cuma balas
dengan ‘hahaha’ je bila aku cakap macam tu. Gila apa nak main kat luar dalam
waktu-waktu sekarang ni. Awal sejam je pon waktu kat sana. Macamlah aku tak
pernah ke sana. Ada hati nak tipu aku. Inilah kesannya bila selalu sangat makan
sup yang dibeli dari mesin hahaha. Kalau
boleh, semua benda orang Jepun nak beli dari mesin. Termasuklah Kak Long aku
yang sorang ni.
Bersambung ....
Bersambung ....